DIALOG RAKYAT |
- Polis: Pencuri pecah masuk kediaman MB N Sembilan
- Guan Eng: Utusan 'putar' kenyataan pemimpin gereja
- Dr M: Undi pembangkang bermakna undi Soros
- Boleh percaya ke Mahathir benci Soros?
- Kutipan Hutang Talam Dikembali Untuk Pembangunan Rakyat
- MB Jumpa Sultan 10 Okt Mohon Perkenan Sidang Khas DNS
- Dr Ahmad Yunus Sampaikan Bantuan Kepada Bekas Pemain Bola Sepak Selangor
- Selangor Sumbangkan RM 50,000 Kepada SJK(C) Ijok
- 36 pelatih PLKN Kem Cenderawasih Cador gaduh
- Pas: PR utamakan karisma, bukan nepotisme
- Bekas pemain Selangor Ezmi mungkin disihir
- SSM, polis kendali kes Suaram
- PRU13: Pemuda Pas Pusat yakin pertahan Beserah
- BN Mengggelupur Apabila Majalah Antarabangsa Samakan Najib Dengan Gordon Brown
- Indeks Bursa Saham Capai Paras Tertinggi, Tetapi Saham Felda Terus Merudum
- Najib Selamba Dengan Muka "Poker Face"nya Untuk Bercakap Isu Rasuah!
- Ada Orang Umno Mahu Aniayakan Ali Rustam
- (KAJIAN) Kos Pemilikan Kereta di Malaysia Antara Terendah & Murah VS Negara ASEAN Lain? Benarkah?
- PPSMI punca pelajar tercicir tiga tahun – Nurul Izzah
- Tukar k’jaan jika tak mahu anak Mahathir bolot hasil minyak
- Scorpene: Surat jemputan diterima peguam Perancis – Tian
- Siri Jelajah Selangor benamkan Umno bermula 14 Oktober
- Umno BN ketepi bantahan penduduk Pengerang halang Rapid
- Mahasiswa tolak propaganda kabinet bayangan
- Pelanggaran BN terhadap “Borneosasi”: Diskriminasi terhadap bumiputera dan rakyat Sabah
Polis: Pencuri pecah masuk kediaman MB N Sembilan Posted: 07 Oct 2012 03:51 AM PDT Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamarudin berkata kediaman keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dipecah masuk dalam satu kejadian pagi ini. Ketika dihubungi, Saiful Azly mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 10 pagi ini. Satu set televisyen dan dekoder satelit Astro dilaporkan dicuri daripada kediaman yang terletak kira-kira 20 kilometer daripada bandar Seremban itu, katanya. Katanya lagi, polis setakat ini bagaimanapun belum menahan mana-mana suspek. | ||
Guan Eng: Utusan 'putar' kenyataan pemimpin gereja Posted: 07 Oct 2012 03:43 AM PDT Lim berkata, individu yang dipetik dalam laporan akhbar berkenaan hari ini menafikan menyebut seperti yang dilaporkan akhbar milik Umno itu. "(Presiden Majlis Gereja Malaysia) Thomas Philips menelefon saya untuk menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyebut seperti itu dan orang-orang saya juga menghubungi seorang lagi paderi, yang juga menafikan menyebut apa-apa mengenai saya atau Pulau Pinang. "Tentu Utusan bertanya soalan umum kepada mereka tanpa menyentuh politik di gereja dan mereka menggunakannya untuk diatur seiring dengan dialog yang saya adakan dengan pemimpin gereja di Pulau Pinang. "Ini (tindakan) yang tidak bermaruah," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Katanya lagi, Utusan benar-benar ingin menyerangnya dengan memuatkan berita tersebut di muka depan dalam edisi hari ini. Sedangkan, kedua-dua pemimpin Krisitan itu amat menyayanginya, kata Lim lagi. | ||
Dr M: Undi pembangkang bermakna undi Soros Posted: 07 Oct 2012 03:41 AM PDT MALAYSIA KINI Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undi kepada pembangkang merupakan undi kepada usaha jutawan George Soros untuk menjajah Malaysia.Dalam satu tulisan di akhbar New Sunday Times hari ini, Mahathir memetik beberapa sumber yang menyatakan Soros sebelum ini berusaha berbuat demikian di Hungary, Ukraine dan Georgia. Sumber yang dipetik Mahathir itu antara lainnya menyatakan bahawa Soros membiayai NGO untuk membentuk "masyarakat sivil" bagi memberi peluang untuk "penjajahan" baru. Beliau juga mengaitkan perkara itu dengan "kegemaran" bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di dalam kerajaan. Mahathir juga menyatakan betapa Anwar kini masih bercakap mengenai "masyarakat sivil". "Kesamaan idea di antara kedua-duanya, Soros dan Anwar adalah signifikan," tulisnya. Mahathir menganggap, salah satu proksi Soros adalah Malaysiakini yang disifatkannya sebagai NGO yang menjalankan perintah "jahat" bagi meletakkan "orang-orangnya" di tampuk kuasa. "Dia (Soros) menganggap Malaysiakini sebagai NGO untuk diperalat untuk mencapai objektifnya. "Tentu ada NGO asing dan kerajaan lain yang memperalat pembangkang Malaysia untuk kepentingan mereka. "Undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros, si penyangak matawang," tulisnya. | ||
Boleh percaya ke Mahathir benci Soros? Posted: 07 Oct 2012 03:39 AM PDT
(Mahathir dan Soros) Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata demikian ketika menolak apa yang disifatkannya sebagai 'histeria' terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Presiden Umno itu hari ini dilaporkan mendakwa, undi kepada Pakatan Rakyat (PR) sama seperti mengundi George Soros dan penjajahan semula. "Tak boleh pakai, tak boleh percaya cakap dia. Dulu masa krisis kewangan 1997/1998, garang sungguh dia maki hamun Soros. Penyangaklah, macam-macam dia kata dan pada masa itu ramailah yang percaya. "Tetapi pada tahun 2006, portal berita berkaitan MCA sendiri yang laporkan Dr Mahathir kata dia terima bahawa Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis kewangan itu. "Saya ulangi, portal berita berkaitan MCA dan bukan Malaysiakini yang Dr Mahathir tuduh dibiayai Soros," kata Mohamad sambil menyindir. Beliau berkata, memang itu sifat lumrah Dr Mahathir dan pengikut-pengikutnya. "Mula-mula dia maki Soros dan tuduh Yahudi itu jatuhkan nilai ringgit, bila jumpa Soros dia kata Soros tak terlibat. (Mohamad Sabu...boleh percaya ke kenyataan Mahathir tu?) "Sekejap dia keluar Umno, lepas itu dia masuk pula. Jenis itu cakap dia tak boleh pakai," katanya. Mohamad berkata, dakwaan Dr Mahathir kononnya undi kepada PR seperti undi kepada Soros dan penjajahan semula adalah sama bohong dengan tuduhan beliau bahawa Soros yang akibatkan krisis kewangan 1997/1998 itu. "Kalau 1997/1998 dulu Dr Mahathir berbohong dan main hentam sahaja mengenai Soros, sekarang pun sama - bohong," kata beliau. Bagi Mohamad, cakap Dr Mahathir hanya boleh dipercayai jika berkaitan kesetiaannya untuk mengkayakan anak-anaknya. "Dr Mahathir hanya setia kepada skim untuk mengkayakan anak-anaknya. Dalam bab itu sahaja cakap Dr Mahathir boleh dipercayai," katanya. Mohamad berkata, rekod PR membuktikan dengan jelas ia tidak boleh diperalatkan sesiapa pun. "PR perintah Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Tunjuk bukti jelas bahawa kerajaan-kerajaan tersebut dipengaruhi kepentingan asing. "Setakat cakap seperti cakap tidak boleh pakai Dr Mahathir, tidak guna," katanya. Apa yang jelas kepada semua rakyat, kata Mohamad, ialah kerajaan Umno Barisan Nasionallah yang menghabiskan puluhan juta wang rakyat untuk memohon petunjuk dari Yahudi Zionis Israel di dalam Apco Worldwide. | ||
Kutipan Hutang Talam Dikembali Untuk Pembangunan Rakyat Posted: 07 Oct 2012 03:34 AM PDT BESTARI JAYA : Dataran Anak Muda baru di Ijok yang dilancarkan hari ini adalah contoh bagaimana hutang yang dikutip oleh Kerajaan Selangor daripada Syarikat Talam Corporation dikembalikan semula kepada rakyat. Dataran Anak Muda Ijok yang memuatkan gelanggang bola keranjang dan futsal dan dibina dengan kos RM200,000 itu dibiayai daripada peruntukkan RM 20 juta Geran Selangorku untuk kemudahan generasi muda. "Kita dapat kutip wang ini, walaupun ramai orang memberikan komen kenapa saya mengutip hutang. "Jawapan saya ialah ia duit rakyat maka saya mesti mengutip hutang itu. "Sebab Menteri Besar bukan tugasnya memberikan hutang tetapi adalah tugasnya mengutip hutang dan menjaga duit rakyat," kata Abdul Khalid dalam ucapannya semasa merasmikan Dataran Anak Muda Ijok. Abdul Khalid berkata, pembinaan Dataran Anak Muda itu menelan kos kira-kira RM200,000 tetapi jika ia dilaksanakan oleh Kerajaan Umno-BN kosnya boleh melambung kepada RM 700,000 hingga RM 1 juta. Ujarnya, kerajaan negeri memberikan tumpuan kepada 'value for money' dalam melaksanakan projek serta membuat pemantauan teliti bagi mengelakkan ketirisan dalam pengurusan kewangan. "Hari ini kita melihat duit itu bukan daripada pinjaman dan bukan datang daripada kerajaan pusat, jadi ia adalah duit hak rakyat. "Aset-aset ini kita kena urus dan jaga dengan baik," kata Abdul Khalid. Selepas Dataran Anak Muda, kerajaan negeri akan melaksanakan aktiviti pembangunan generasi muda yang lebih bermanfaat seperti kiosk untuk aktiviti keusahawanan generasi muda dan menyediakan kemudahan internet wifi percuma. "Jadi, saya meminta pihak berkuasa tempatan agar dapat memberikan peluang kepada semua untuk menikmati kemudahan ini, dan saya akan sediakan peruntukkan untuk penjagaan dataran ini," katanya. Sementara itu, Exco Belia dan Sukan, Dr Yunus Hairi, berharap Penggerak Belia Tempatan (Pebt) akan mengadakan aktiviti sukan bagi memanfaatkan gelanggang tersebut. Turut hadir dalam majlis itu, MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Datuk Misri Idris. Kira-kira 300 belia dan remaja hadir dalam majlis itu yang turut diadakan kejohanan Futsal dan pertandingan motor klasik berhias. | ||
MB Jumpa Sultan 10 Okt Mohon Perkenan Sidang Khas DNS Posted: 07 Oct 2012 03:30 AM PDT BESTARI JAYA : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 10 Oktober ini bagi memperolehi perkenan untuk mengadakan Sidang Khas Dewan Negeri Selangor (DNS). Sidang khas DNS itu bagi membincangkan tiga kertas putih iaitu kutipan hutang Talam Corporation Berhad, laporan kempen Selangorku Bersih dan isu penyusunan semula industri air Selangor. Abdul Khalid berkata, Sidang DNS pada 19 November pula akan memberikan tumpuan kepada pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2013 Selangor. "Sidang Dewan Negeri yang dipersetujui adalah pada 19 November dan Tuanku Sultan telah mempersetujui untuk sidang itu yang perlu dilakukan setiap enam bulan," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas perasmian Dataran Anak Muda DUN Ijok di sini. Abdul Khalid berkata sidang khas berkenaan membolehkan Kerajaan Negeri membentangkan kertas putih tentang ketiga-tiga isu itu secara terperinci di samping memberi peluang kepada rakyat Selangor mendapat maklumat dengan jelas dan tepat. Sebelum ini, kempen Selangorku Bersih telah menjumpai 110,000 nama yang diragui di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). | ||
Dr Ahmad Yunus Sampaikan Bantuan Kepada Bekas Pemain Bola Sepak Selangor Posted: 07 Oct 2012 03:29 AM PDT HULU SELANGOR Penderitaan bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 35 yang menghidap barah hidung atau limfoma sejak empat tahun lalu mendapat perhatian Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan Selangor, Dr Ahmad Yunus Khairi. Dr Ahmad Yunus yang bersimpati dengan penderitaannya itu menghulurkan sumbangan kepada keluarga Mohd Ezmi di dalam satu lawatan ke rumah bekas pemain itu di Kampung Sentosa Tambahan, Batang Kali di sini. Dr Ahmad Yunus Hairi yang ditemui selepas melawat Mohd Ezmi di berkata, beliau terpanggil untuk menziarahi dan memberikan sumbangan bagi meringankan beban keluarganya. "Kita bersimpati terhadap nasib yang menimpa anak muda ini dan mendoakannya supaya segera sembuh," katanya. Turut hadir memberikan sumbangan adalah Majlis Sukan Negeri Selangor(MSNS) yang diwakili oleh Pengarah Eksekutif MSNS, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor. Ibu Mohd Ezmi, Latifah Daud, 55, berkata, anaknya mula menunjukkan tanda-tanda awal serangan kuman Limfoma sejak empat tahun lalu apabila dia kerap menghembus cecair daripada hidungnya. Latifah berkata, apabila keadaan itu tidak berubah, dia menjalani pembedahan bagi membuang sesuatu yang menyekat pernafasannya. Namun selepas itu keadaannya bertambah teruk hinggalah kesan yang dilihat sekarang. "Kuman limfoma merebak dan memakan tisu-tisu hidung anaknya bermula di sebelah kiri sehingga menjejaskan keseluruhan hidung termasuk bahagian atas bibir," katanya. Ayahnya, Mad Jan Abdullah, 60, berkata, pakar perubatan mengakui tidak mampu merawat penyakit tersebut dan menyebabkannya mengambil ikhtiar melakukan rawatan tradisional. "Anak saya ada harapan untuk sembuh tapi perlu pastikan lukanya kering dan bebas kuman bagi memudahkan doktor menggunakan tisu sesuai bagi menampal luka tersebut," ujarnya. Sehingga kini, keluarga Mohd Ezmi menerima bantuan daripada Jabatan Khidmat Masyarakat(JKM) berjumlah RM 300 sebulan. | ||
Selangor Sumbangkan RM 50,000 Kepada SJK(C) Ijok Posted: 07 Oct 2012 03:26 AM PDT IJOK : Suasana ceria pesta tanglung di Ijok lebih bermakna apabila Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ijok menerima sumbangan RM 50,000 daripada Kerajaan Selangor. Selain itu, Kerajaan Negeri yang diwakili Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menyumbang RM 6,000 kepada Kelab Kebajikan Ijok yang bertanggungjawab menganjurkan pesta itu malam tadi. Sumbangan berupa makanan keperluan dan beras turut diberikan kepada kira-kira 30 fakir miskin. Di dalam ucapannya, Abdul Khalid berkata beliau yakin masyarakat Selangor sedar akan kebaikkan yang telah dibawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat walaupun ia selalu difitnah Umno-BN. "Sejarah menunjukkan kita bahawa perkara baik pasti akan memenangi kejahatan. "Kerajaan Negeri juga sudah menunjukkan usaha memberi kebajikan kepada semua rakyat tanpa mengira asal usul dan keturunan. "Saya pasti rakyat nampak semua ini dan akan terus menyokong Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga Adun Ijok. Abdul Khalid turut berpeluang melakukan demonstrasi membuat kek bulan dan melepaskan sendiri tanglung ke udara di akhir majlis. Selain Abdul Khalid dan MP Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad, majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 500 hadirin. | ||
36 pelatih PLKN Kem Cenderawasih Cador gaduh Posted: 07 Oct 2012 03:23 AM PDT Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang di Kem PLKN Cenderawasih Cador, Pengkalan Berangan, Marang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian tersebut berpunca apabila satu kumpulan pelatih menuduh ahli kumpulan lain mencuri barang, sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan kedua-dua kumpulan berkenaan. "Kumpulan berkenaan seramai 27 orang kemudiannya bertindak menyerang kumpulan satu lagi yang terdiri daripada sembilan orang dan ada daripadanya bersenjatakan kayu, hingga menyebabkan kecederaan. "Kesembilan mereka cedera dan lebam di badan. Ekoran kejadian itu, satu laporan polis dibuat, sebelum polis bertindak menahan 27 orang pelatih itu untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Jelas Manoharan, kesemua yang ditahan direman selama empat hari bermula semalam dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata. | ||
Pas: PR utamakan karisma, bukan nepotisme Posted: 07 Oct 2012 03:19 AM PDT KUALA LUMPUR - Pas, salah satu komponen Pakatan Rakyat (PR), menafikan nepotisme menjadi amalan perikatan berusia empat tahun itu sebagaimana digambarkan oleh pesaing politiknya. Sebaliknya menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, jika pun amalan sedemikian wujud, ia hanya berlaku secara kebetulan dan pihaknya mengutamakan karisma seseorang dalam memperjuangkan dasar parti. Sehubungan itu kata beliau, pemilihan seseorang pemimpin dalam PR adalah mengikut kriteria yang diperlukan untuk memegang sesuatu jawatan tanpa mengira pertalian darah. "Kita lebih memilih kepada kriteria yang sesuai untuk seseorang itu memegang jawatan, bukan disebabkan dia anak orang itu, atau orang ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini. Selain Pas, PR dianggotai DAP dan PKR. Semalam, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata amalan nepotisme yang mengutamakan ahli keluarga dalam PR tidak perlu dibimbangi kerana setiap anak pemimpin ada hak untuk menceburi bidang politik. "Setiap anak kepada seseorang pemimpin mempunyai hak untuk bergiat aktif dalam politik. Berdasarkan Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan, setiap orang adalah sama dari sudut undang-undang. "Anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sudah membuktikan kepimpinannya di Pulau Pinang. Jadi saya fikir nepotisme dalam PR tidak perlu dikhuatiri," katanya. Isu itu menjadi perhatian semula ekoran laporan media tempatan baru-baru ini mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri dan anaknya akan dilantik menganggotai Kabinet jika PR membentuk Kerajaan Pusat. Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, masyarakat boleh menilai sendiri sikap Anwar yang 'cakap tak serupa bikin, apabila mempraktikan amalan yang ditentang sebelum ini. Mengulas lanjut, Mustafa berkata, perkara ini wujud dalam semua parti tetapi PR tidak menjadikannya amalan. Tambahnya, "dari dulu lagi perkara seumpama ini telah wujud dalam semua parti, tapi PR tidak menjadikannya amalan." | ||
Bekas pemain Selangor Ezmi mungkin disihir Posted: 07 Oct 2012 03:17 AM PDT BATANG KALI - Rawatan menggunakan daun sirih, pati ibu kunyit, air garam Laut Merah dan roti memberi kesan serta perubahan terhadap luka pada wajah bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 35, yang menghidap kanser hidung. Pengamal perubatan Islam, Mohd Habib Ahmad yang merawat bekas pemain bola sepak Selangor itu berkata, sel tisu hidung Mohd Ezmi sudah mulai tumbuh kemerahan dan menyifatkan perubahan ketara itu satu petanda baik untuk pulih. "Saya menggunakan wap rebusan daun sirih untuk membunuh kuman dan virus, manakala nanah dicuci dengan roti kemudian setelah bersih luka disapu dengan air garam serta pati ibu kunyit. "Alhamdulillah, setelah lebih tiga minggu merawat Mohd Ezmi kesan lukanya sudah mula surut dan daging baru juga tumbuh kemerahan," katanya ketika ditemui semalam. Mohd Habib yang juga peneroka Felda Gedangsa berkata, tindak balas positif itu sebenarnya memberi petanda berbeza dengan tanggapan Mohd Ezmi menghidap barah. "Kemungkinan besar Mohd Ezmi terkena sihir. "Ulat yang memakan daging pada hidung Mohd Ezmi pernah dibuang di dalam tandas tetapi hanya selang sehari ulat kembali semula dengan jumlah yang sama," katanya. Namun, katanya, setelah dibacakan ayat al-Quran dan menghembusnya pada ubun-ubun Mohd Ezmi, ulat itu mudah dibersihkan dan setelah dimasukkan ke dalam botol lalu dibuang ke sungai ia tidak lagi kembali. "Selepas itulah sel tisu muka dan hidung Mohd Ezmi kelihatan bersih dan kemerahan. "Jadi, ini berkemungkinan satu perbuatan khianat," katanya. Bagaimanapun, Mohd Habib berkata, dia tidak dapat membantu memulihkan sel tulang hidung Mohd Ezmi kerana sudah rosak dipercayai kesan kimoterapi. "Kita akan teruskan rawatan terhadap Mohd Ezmi bagi memastikan dia pulih sepenuhnya dan terhalang daripada gangguan berulang," katanya. | ||
Posted: 07 Oct 2012 03:14 AM PDT SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengendalikan kes siasatan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram). Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, kes itu disiasat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jumaat lalu, media melaporkan kenyataan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang mendakwa terdapat lebih 10 pegawai kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali barut Suaram untuk mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara. Presiden JMM, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998. Kelmarin, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menerusi Presidennya Datuk Omar Osman, turut menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan tersebut dan menegaskan sekiranya benar, hukuman setimpal perlu dikenakan kerana melakukan kesalahan berat. Bagaimanapun, Suaram menafikan semua tuduhan itu dan menuntut JMM menyertakan bukti terhadap semua tuduhan terbabit selain mendesak JMM supaya memohon maaf dan menarik balik semua dakwaan berkenaan. | ||
PRU13: Pemuda Pas Pusat yakin pertahan Beserah Posted: 07 Oct 2012 03:05 AM PDT KUANTAN – Pemuda Pas yakin kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Beserah kekal milik Pas, namun pihaknya tidak memandang ringan kepada Umno yang mungkin meletakkan calon terbaik untuk merampas kawasan itu. Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasarudin Hassan Tantawi berkata, Pemuda Pas berusaha memastikan kawasan itu masih 'kepunyaan' parti itu dengan meletakkan ahlinya dalam keadaan bersiap sedia menghadapi kemungkinan. "Kita tidak memandang ringan kepada parti lawan tetapi tidak juga 'over confident' kerana percaya ada saingan di Dun ini," katanya selepas merasmikan Jambori Amal ke-19 Pemuda Pas. Beliau berkata, beberapa program termasuk jambori itu bukan sahaja bertujuan meraih undi tetapi mengubah persepsi masyarakat terhadap parti itu. Katanya, jambori empat hari itu turut membabitkan semua kawasan di bahagian Dun Beserah termasuk Berserah, Balok, Sungai Ular, Chendor, Cherating dan Indera Mahkota. "Pemuda Pas kini dalam usaha memasyarakatkan Pas untuk bersama penduduk dalam sesi program kemasyarakatan termasuk pemeriksaan kesihatan, bantuan kepada mereka yang memerlukan dan konvoi amal," katanya. Nasarudin selepas itu melepaskan Konvoi Amal yang akan melakukan aktiviti kemasyarakatan dan gotong-royong di beberapa lokasi di Balok dan Chendor. Sementara itu, Pengarah Jabatan Amal Pahang, Saharudin Muhammad berkata, program itu bukan termasuk dalam agenda politik semata-mata tetapi memberi peluang kepada Pemuda Pas beramal kepada penduduk setempat. Beliau berkata, kira-kira 1,000 ahlinya hadir dari seluruh negara untuk menyertai Jambori Amal itu. "Atas kesedaran beramal kepada penduduk setempat, semua ahli hadir dengan inisiatif sendiri dan tiada badan khas yang membiayai program ini," katanya. | ||
BN Mengggelupur Apabila Majalah Antarabangsa Samakan Najib Dengan Gordon Brown Posted: 06 Oct 2012 04:49 PM PDT KELAB GREENBOC Politik Malaysia tidak sama dengan negara luar, kata BN Pemimpin Barisan Nasional (BN) mendakwa tindakan menyamakan perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dengan PM Britain Gordon Brown adalah tidak masuk akal memandangkan situasi politik Malaysia adalah berbeza dengan negara tersebut. Dalam satu rencana dalam majalah The Economist hari ini, Najib telah disamakan dengan Brown yang memegang tampuk pemerintahan selepas diberikan oleh PM terdahulu, Tony Blair, namun kelewatannya mengadakan pilihan raya menyebabkan Parti Buruh tewas pada tahun 2010. "Ia satu tindakan yang salah dan tidak masuk jika membuat perbandingan antara Malaysia dengan Britain," kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider. "Kerana situasi politik dan pilihan raya negara dengan mereka sama sekali tidak sama. "Bagaimana mahu menyamakan Najib dengan Brown?" Pandangan Tengku Adnan disokong Naib Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan, yang berkata corak pemerintahan dan politik Malaysia tidak sama dengan Britain kerana sejak merdeka negara hanya diperintah oleh BN dan tidak pernah bertukar tampuk kuasa banyak kali seperti di Britain. "Di Malaysia, sejak merdeka hingga sekarang hanya BN yang menjadi kerajaan pusat," kata Mugilan. "Bagaimana nak bandingkan Malaysia dengan Britain yang sudah banyak kali bertukar kuasa selepas pilihan raya." The Economist juga menyatakan pemerintahan yang dipegang oleh Najib ketika ini bukan hasil daripada mandat yang diperoleh sepenuhnya tetapi sebaliknya hasil daripada pengambilalihan kuasa daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Justeru itu ia memberikan kebimbangan kepada Najib untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Keadaan Najib menurut The Economist semakin terdesak hingga terpaksa membuat pelbagai rombakan ke atas polisi kerajaannya dan pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini membuktikan ia bertujuan untuk menarik pengundi muda menyokong BN dalam pilihan raya nanti. "PM tidak mengadakan pilihan raya bukan kerana takut tetapi kerajaan komited untuk menunaikan janji terlebih dahulu kepada rakyat untuk keselesaan dan kemudahan masa depan," kata Tengku Adnan lagi. "Bukan seperti pembangkang yang hanya menabur janji tetapi tidak ditunaikan. Lihat apa yang terjadi di Selangor dan Pulau Pinang." Mugilan turut menegaskan langkah Najib untuk tidak mengadakan pilihan raya bukan kerana takut kepada pembangkang tetapi sebaliknya mengatakan pembangkang yang takut untuk berdepan dalam PRU nanti. "Kita lihat di Selangor, tindakan kerajaan negeri yang mahu mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) berasingan dengan pusat membuktikan mereka yang takut untuk menghadapi PRU dan bukannya BN," kata Mugilan. "Najib sebagai PM mempunyai kekuatan sendiri. No time like tomorrow Ulasan GB Mungkin benar, politik Britain tak sama dengan politik Malaysia. Diantaranya: 1) Kerana terlalu lama berkuasa, mudah bagi BN mencari dan mewujudkan ruang untuk melakukan penipuan. 2) SPR di dalam tangan UMNO BN, tidak berkecuali sepenuhnya seperti di Britain. 3) Polis & SPRM masih boleh diperkudakan untuk menakut-nakutkan rakyat dan mereka yang tidak menyokong BN. 4) Media massa arus perdana boleh diperalatkan untuk menabur fitnah dan memburukkan lawan. 5) Gangsterism - halal untuk UMNO BN. 6) Politik wang - halal untuk UMNO BN dan bermacam-macam lagi. | ||
Indeks Bursa Saham Capai Paras Tertinggi, Tetapi Saham Felda Terus Merudum Posted: 06 Oct 2012 04:41 PM PDT KELAB GREENBOC Sungguhpun Indeks utama Bursa Saham telah mencecah paras tertinggi 1,668.32 pada hari semalam, namun harga saham Felda Global Ventures (FGV) terus tidak mampu untuk naik, malah menurun kepada 4.750 dari harga pembukaan 4.770 Para pelabur dan penggemar saham nampaknya tidak berminat terhadap saham FGV. Yang berminat memantau tetapi dengan rasa berketar-ketar mengikuti turun naik harga saham FGV berkemungkinannya ialah KWSP dimana KWSP telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 peratus pada 4 Julai kepada 7.02 peratus pertengahan bulan lepas. FBM KLCI telah ditutup 23.57 mata lebih tinggi pada 1,660.23 pada Jumaat berbanding 1,636.66 sebelumnya berikutan pengukuhan serantau. Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berazam berhimpun secara besar-besaran mendesak perdana menteri menyelamatkan Felda jika harga saham Felda Global Venture jatuh kepada RM4 seunit. "Kalau harga saham jatuh 4, kita akan buat himpunan besar-besaran lebih besar daripada himpunan oren. "Kita akan berhimpun untuk nyatakan sikap dan pendirian dan desak kerajaan umumkan pakej penyelamat (Felda)," kata presiden ANAK, Mazlan Aliman pada sidang media di ibu negara. | ||
Najib Selamba Dengan Muka "Poker Face"nya Untuk Bercakap Isu Rasuah! Posted: 06 Oct 2012 04:39 PM PDT KELAB GREENBOC DAP cabar Najib selesaikan kes pemimpin BN korup sebelum berhasrat banteras rasuah KUALA LUMPUR, 5 Okt — Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar kes-kes rasuah melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang korup terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk membanteras rasuah. Cabaran itu dilontar oleh Guan Eng bagi membidas ucapan perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak semasa upacara pembukaan Persidangan Persatuan Pencegah Rasuah Antarabangsa. Dalam ucapan tersebut, PM menyeru pemimpin dari semua lapisan masyarakat menonjolkan nilai-nilai yang betul dan kelakuan beretika agar membantu dalam usaha membanteras rasuah. "Adakah pemimpin BN mampu mengisytihar harta secara terbuka, mampu melaksanakan tender terbuka, mampu mengelak keluarga daripada urusan perniagaaan dengan kerajaan dan beranikah Najib menggugurkan pemimpin BN yang mempunyai gaya hidup mewah?," kata Guan Eng dalam kenyataan kepada media. Menurut Guan Eng lagi, penurunan Malaysia dalam tangga Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan Transparency International daripada nombor 37 pada tahun 2003 kepada nombor 60 pada tahun 2012 adalah bukti kukuh kegagalan kerajaan BN untuk membanteras rasuah. Turut disentuh oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut ialah melibatkan perkahwinan "Malaysian Book Of Record" anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hingga menyebabkan campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah memulakan siasatan hari ini. "Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka sendiri boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut," tambah Guan Eng. Malahan pemimpin DAP tersebut juga mempersoalkan sikap Najib yang seolah-olah berdiam diri terhadap isu kekayaan luarbiasa keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud yang didakwa bernilai berbilion-bilion ringgit. "Betapa besarnya kekayaan keluarga Taib ini telah dibuktikan dalam kes perceraian anaknya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, di mana bekas isterinya telah mendedahkan bahawa beliau mempunyai kekayaan bernilai sekurang-kurangnya RM1 bilion, dengan akaun-akaun peribadi di serata dunia. " Tegas Guan Eng lagi, Najib sebagai seorang pemimpin negara perlu segera mengambil langkah yang tegas tanpa memilih bulu serta komited dalam usaha membanteras rasuah dan bukannya sekadar bercakap kosong tetapi tidak melakukan sesuatu. "Sekiranya Najib ingin meyakinkan rakyat Malaysia tentang usahanya untuk membanteras rasuah, maka beliau harus menginstitusikan pengisytharan harta secara terbuka, gugurkan pemimpin BN yang hidup mewah dan menginstitusikan tender terbuka," ujar Guan Eng lagi. -TMI Kabinet bayangan kata orang kabinet bayangan kata Najib | ||
Ada Orang Umno Mahu Aniayakan Ali Rustam Posted: 06 Oct 2012 04:36 PM PDT MSO Saya baru mendapat panggilan telefon dari seorang rakan di Melaka. Dia mengakui hadir pada majlis kenduri Ketua Menteri Mohd Ali Rustam. Menurutnya majlis itu tidaklah sebesar mana yang dihebuhkan. Sesuai dengan kedudukan dia sebagai KM. Dikira okeylah... Tetapi katanya kenapa kenduri itu menjadi isu dan hebohkan kerana ia ada agenda lain. Waktu ini katanya orang marah kepada ketua angakatan muda Keadilan, Shamsul Md Akin kerana mempesarkan isu kenduri itu. Katanya apa dolakukan dilakukan Shamsul itu hanya sebahagian saja tetapi ada lagi perkara yang orang tidak tahu. Beliau yang mengakui pernah menjadi ahli jawatankuasa sebuah bahagian mengatakan orang Umno sendiri suka kalau isu kenduri itu disebar luaskan. Bahankan idea agar kenduri itu dibawa ke SPRM dan Ali disiasat merupakan idea orang Umno sendiri. Kata kawan itu ada orang Umno mahu mengkhianati Ali. Orang Umno mahu menyusahkan Ali. Katanya ada orang yang mengidamkan tempat Ali. Jadi untuk mencapai tujuannya biarlah Ali terjelapak dengan isu berkenaan. Soal SPRM, belanja melibatkan wangn lebih setengah juta, berita itu mahu menarik perhatian Najib Razak. Mereka mahu presiden parti tahu mengenai keburukan Ali. Bila Najib tahu mudahlah untuk Najib memberi kata dua kepada Ali kelak. Sebelum ini pun sudah terdengar desas desus Ali Rustam bakal dipindahkan ke pusat untuk mengosongkan kerusi menteri melaka. Ada beberapa nama dijual untuk menduduki kerusi berkenaan. Apakah Ali akan dirihat atau pun diberi tempat dalam kabinet masih belum pasti. Manakala Ali juga khabarnya kurang seronok dengan desas desus itu. Dengan kedudukan UBN kini bak nyawa di hujung pedang, beliau tidak yakin UBN akan mengekalkan pemerintah selepas pilihan raya nanti. Bagi Ali dia lebih senang untuk terus duduk di Melaka, kerana Melaka dikira satu dari dua negeri yang terselamat dari dirempuh gelombang dalam pilihan raya umum kelak. Biarlah kisah dan kes Ali ini kita serahkan kepada Umno mengurus dan menentukannya. Saya jamin esok atau lusa SPRM akan membuat kenyataan bahawa tidak ada bukti ataupun maklumat untuk menyiasat Ali dikaitan dengan rasuah. | ||
(KAJIAN) Kos Pemilikan Kereta di Malaysia Antara Terendah & Murah VS Negara ASEAN Lain? Benarkah? Posted: 06 Oct 2012 04:33 PM PDT Kami tidak pasti, adakah orang-orang MITI merasakan yang rakyat malaysia sekarang ini masih "diselimuti dengan peluru-peluru di udara" daripada askar Jepun dan British, seperti yang berlaku di zaman penjajah sehingga menyebabkan rakyat lama tak keluar dari rumah dan terputus hubungan telekomunikasi? Adakah orang MITI merasakan rakyat masih mempunyai satu saluran maklumat sahaja seperti di era 90 an dahulu?
Kajian MITI : Kos Pemilikan Kereta di Malaysia Antara Terendah di ASEAN?
Sebenarnya kami tidak pasti sebenarnya, apa motif sebenarnya berita seperti ini dimuatkan di media arus perdana termasuklah media elektronik dan media cetak. Adakah……..? Erm. Kenapa semasa nak buat kajian, masih lagi mahu memutar belitkan fakta yang sedia ada. Sepatutnya bandingkan harga kereta dengan harga kereta. Kenapa mahu pusing dengan cuba membandingkan dengan minyak, insurans, cukai kereta….Untuk apa? Apa tujuannya? Perbandingan Berita Semasa Mengenai Kos pemilikan Kereta di Malaysia Dengan negara ASEAN Yang LainWalaubagaimanapun, jika MITI mahu mengajak rakyat membuat perbandingan seperti yang mereka mahukan, kami akan juga membuat sedikit contoh pengiraan dan perbandingan bersama-sama pembaca Berita Semasa di sini….. 1) Sekarang mari kita bandingkan model Toyota Vios, 1.5 TRD (highest spec) yang mana sumbernya kami semak dan ambil daripada laman web Toyota Malaysia
Oleh itu, bagi model kereta 1.5 TRD A/T dengan harga yang dijual di Filipina sejumlah 865,000 Peso, selepas ditukarkan matawangnya kepada Ringgit malaysia adalah sebanyak RM63,68
Nampaknya, bermain kira-kira kita hari ini. Seterusnya, harga minyak RON95 di Filipina. Mahal, lebih mahal daripada Malaysia. Logik, sebab Filipina tiadak minyak. Malaysia, ada minyak. Berapa harga minyak di sana? Beza harga minyak RON95 antara Malaysia dengan Filipina (Manila) :
Berdasarkan dua perkiraan di atas, kita boleh perhatikan di sini beza harga vios di Filipina berbanding dengan Malaysia adalah sebanyak RM28,326 dan beza harga ron95 sebanyak RM2.10 yang mana mampu menampung sehingga 13,488L pembelian RON95 sebelum mencapai tahap "break even" kos penggunaan kereta vios antara Filipina dan Malaysia. Jelas? Secara puratanya penggunaan minyak bagi model kereta Vios contohnya adalah sekitar 13.5km/L. Adakah pemilik kereta Vios di sini?
Ini bermakna pemanduan Vios di Filipina boleh dipandu sekurang-kurangnya sejauh 13,488L x 13.5 = 182,088km sebelum Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) boleh merumuskan bahawa kos penggunaan kereta di Malaysia lebih murah berbanding dengan negara Asean yang lain.
Berkenaan negara Singapore, apa yang kami ingin sentuh di sini jikalau nak membuat perbandingan janganlah menukarkan matawang mereka kepada matawang Malaysia.. Sepatutnya pengiraan dibuat mengambil kira pendapatan per kapita rakyat negara Singapore dahulu menggunakan Sing dolar.
Isu utamanya isu utamanya hanyalah harga kereta yang terlalu mahal disebabkan cukai yang melampau yang dikenakan ketika ini.
Kami lebih senang jika perbandingan dibuat berdasarkan harga kereta antara negara untuk mengetahui harga kereta "on the road". Maksudnya untuk mengetahui harga kereta yang sepatutnya telah memberikan keuntungan kepada syarikat..dan untuk mengetahui cukai yang dikenakan oleh kerajaan kerana nilai cukai ini menggambarkan prestasi, pengurusan dan halatuju oleh sesebuah kerajaan. P/S : Apa kata pengguna kereta di Malaysia pula? Benarkah kos pemilikan kereta berpatutan bagi anda? | ||
PPSMI punca pelajar tercicir tiga tahun – Nurul Izzah Posted: 06 Oct 2012 04:29 PM PDT Oleh Sidiqin Omar KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) punca pelajar gagal mencapai tahap minima dalam kedua-dua subjek itu. "Ini menunjukkan tahap kemahiran pelajar tingkatan tiga di Malaysia tiga tahun ke belakang, sama seperti pelajar darjah enam, dan ia sama sekali berbeza dengan pelajar di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai. "Laporan 'Trends in International Mathematics and Science Study' menyatakan, 18 peratus pelajar Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minima bidang Matematik dan 20 peratus gagal dalam bidang Sains pada 2007. "Dalam 'Programe for International Student Assessment 2009′, Malaysia dalam kedudukan sepertiga terbawah dari 74 negara yang menyertai program tersebut, jauh lebih rendah dari purata antarabangsa," kata Izzah dalam perbahasan Bajet 2013 hari ini. Menurutnya, kadar tersebut tinggi berbanding tujuh peratus untuk bidang Matematik dan lima peratus dalam bidang Sains pada 2003 iaitu tahun PPSMI diperkenalkan dengan jumlah peruntukan hampir RM8 bilion. "Malangnya, dengan pendedahan kelemahan begini, kerajaan masih enggan mendedahkan kandungan laporan tersebut yang amat kita perlukan untuk memberi maklum balas," tegas Izzah. Beliau merujuk empat laporan Panel Ulasan Bebas Malaysia dan Antarabangsa yang dikeluarkan Unesco pada 2012 dan Bank Dunia bagi suku pertama 2012. Tambahnya, kualiti pendidikan lemah membantutkan pengupayaan generasi muda bersaing di masa depan, sedangkan kerajaan membelanjakan secara purata lima peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk pendidikan, antara kadar tertinggi di Asia. Dalam pada itu Izzah menjelaskan, generasi muda negara ini terus dibeban dengan hutang pinjaman seperti (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) , sedangkan kualiti pendidikan dan kelayakan untuk diambil kerja masih rendah dan tidak terjamin. Berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan 2011 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), seramai 40,000 siswazah Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara masih mencari pekerjaan. "Kita tidak boleh mendodoikan anak muda dengan rebat telefon pintar RM200 untuk mengkayakan kroni BN, tetapi kita tidak memberi tawaran selaras dengan tanggungjawab sebuah kerajaan," tegasnya. | ||
Tukar k’jaan jika tak mahu anak Mahathir bolot hasil minyak Posted: 06 Oct 2012 04:26 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR 5 Oktober: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Putrajaya perlu ditukar sekarang bagi mengelakkan hasil minyak dibolot keluarga pemimpin Umno."Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad. "Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno, kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar," katanya dipetik Harakah Daily. Ahli Parlimen Machang itu berucap pada ceramah di Putik, Pengkalan Chepa malam tadi. Saifuddin berkata, negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini berpeluang mengurus sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui syarikat milik kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan Rakyat. Katanya, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Saifuddin pada perbahasan Bajet BN Selasa lalu mendedahkan, SapuraKenchana Petroleum dimiliki anak ketiga Mahathir, Datuk Mokhzani mendapat kontrak minyak sebanyak RM2 bilion. Menurutnya, Armada Sdn Bhd milik Tan Sri Halim Saad turut diberi kontrak penyimpanan minyak dan gas bernilai RM8.5 bilion pada Isnin lalu. Halim adalah salah seorang tokoh korporat Melayu yang rapat dengan Mahathir terutama pada era 90-an. | ||
Scorpene: Surat jemputan diterima peguam Perancis – Tian Posted: 06 Oct 2012 04:24 PM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR: Peguam mewakili Suaram yang mengendalikan kes Scorpene di Perancis – William Bourdan dan dan Joseph Breham telahpun menerima surat jemputan supaya mereka hadir memberi taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung siasatan dan perbicaraan yang sedang berjalan di mahkamah Perancis. Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi. Turut menerima surat jemputan itu, peguam mewakili syarikat pertahanan Perancis yang terlibat dalam penjualan Scorpene iaitu Direction des Construction Navales Services (DCNS), Olivier Metzner. "Dua pucuk surat sudah dihantar, mereka sudah terima undangan daripada surat yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Pembangkang supaya mereka datang untuk beri taklimat," jelas Tian. Beliau bagaimanapun berharap kerajaan tidak menyekat atau menghantar pulang seperti yang dilakukan ke atas peguam Suaram, William Bourdon, tahun lepas. "Kita berharap peguam Perancis itu tidak lagi dihantar pulang kerana tiada alasan untuk menyekat kemasukannya ke Malaysia. Mereka (peguam) belum lagi beri respon, tapi kita harap dapat datang dalam masa Parlimen sedang bersidang. "Ini kerana mereka perlu pohon visa untuk datang ke Malaysia. Berapa lama saya tidak pasti kerana bergantung kepada kerajaan untuk luluskannya," ujarnya. Tambah Naib Presiden KEADILAN itu, jika kerajaan berkeras tidak membenarkan mereka masuk ke negara ini, jelas ada sesuatu yang mahu disembunyikan. "Tiada sebab untuk halang, mereka hanya dijemput memberikan taklimat berhubung status perbicaraan dan siasatan untuk kita dapat maklumat terus daripadanya," kata Tian. Dalam surat itu turut mengalu-alukan kehadiran mereka dalam tempoh sehingga Parlimen tamat bersidang pada 22 November depan. | ||
Siri Jelajah Selangor benamkan Umno bermula 14 Oktober Posted: 06 Oct 2012 04:22 PM PDT Oleh Aedi Asri PETALING JAYA : Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan siri Jelajah Selangor membabitkan semua 22 kawasan Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN). Ketua Penerangan KEADILAN Negeri, Shuhaimi Shafiei berkata, jelajah yang dimulakan di Parlimen Selayang pada 14 Oktober ini akan berakhir di Parlimen Klang pada 8 Disember depan. Menurutnya, program ini melibatkan semua anggota parti komponen di setiap peringkat dan dipantau oleh Sekretariat Penerangan Pakatan Rakyat Selangor. Ia bagi memantapkan organisasi dan sistem jentera pilihan raya agar selari dengan misi dan visi Pakatan Rakyat. "Kita akan jelajah semua 22 Parlimen dan 56 DUN untuk terangkan prestasi program yang dilaksana di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya dalam sidang media di Pejabat KEADILAN Selangor, di sini hari ini. "Kita ingin pastikan setiap maklumat dan fakta penting kejayaan kerajaan negeri sampai kepada rakyat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda itu lagi. Tambah beliau, risalah dan maklumat akan diedar untuk menangkis propaganda Umno BN, seperti isu air dan hutang Talam Corporation. Hadir sama dalam sidang media itu, Ketua Penerangan PAS Negeri, Saari Sungib dan Setiausaha Publisiti DAP Negeri, Janice Lee. Saari berkata, program ini pertama kali dirangka bersama oleh Sekretariat Pakatan Rakyat. "Sebelum ini memang kita bekerjasama…Biasanya kalau PAS anjur program, kita akan jemput penceramah dari KEADILAN dan DAP. "(Tetapi) kali ini, kita rangka secara bersama untuk tewaskan Umno BN sehabis-habisnya pada PRU akan datang dan bawa perubahan yang lebih besar," kata Adun Hulu Kelang itu. | ||
Umno BN ketepi bantahan penduduk Pengerang halang Rapid Posted: 06 Oct 2012 04:21 PM PDT Oleh Mohd Martin Kahar PETALING JAYA : KEADILAN menempelak pembinaan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid) di Pengerang oleh Umno BN tanpa mempedulikan bantahan penduduk, suasana ekonomi dan kesan masa panjang terhadap alam sekitar. Biro Pelaburan dan Perdagangannya, Wong Chen berkata, sesuatu pelaburan perlu dinilai berdasarkan merit ekonomi, pulangan, keuntungan dan kesan sosial serta alam sekitar. Beliau mempersoal adakah Umno BN mengambil kira kesan pada masa akan datang jika projek itu diteruskan. "Penduduk harus diberi masa mencukupi untuk menyuarakan pandangan mereka supaya boleh membuat keputusan yang bebas. "Semua kajian alam sekitar perlu dibuka untuk ulasan awam dan semua piawaian alam sekitar perlu dikuatkuasakan sepenuhnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini. Chen berkata, Pakatan Rakyat mempertimbang memindahkan projek Rapid itu ke Kertih, Terengganu sekiranya kajian dan pertimbangan asas ekonomi mewajarkan ia diteruskan. Katanya, Kompleks Industri Petroleum di Kertih mempunyai kemudahan pelaburan, infrastruktur dan tanah yang mencukupi untuk menampung projek Rapid. "Lokasi Kertih menjadi pilihan kerana tidak memberi kesan kepada masyarakat dan tidak perlu mengambil tanah secara paksa. "Ia juga berhampiran dengan perindustrian Gebeng dan Pelabuhan Kuantan. Sekurang-kurangnya RM5 bilion dari kos pembelian tanah dan pembinaan infrastruktur boleh dijimatkan," jelas Chen. Pakatan cadang lanjut FID jika tadbir negara Beliau juga menggesa tempoh lebih panjang diberikan kepada penduduk Pengerang untuk menyuarakan pandangan mereka sebelum Keputusan Pelaburan Akhir (FID) dibuat pertengahan Jun tahun depan. Melihatkan situasi ini, Chen berkata, Pakatan Rakyat bercadang melanjutkan tempoh FID bagi mempertimbangkan asas ekonomi setiap pelaburan jika mentadbir negara | ||
Mahasiswa tolak propaganda kabinet bayangan Posted: 06 Oct 2012 04:13 PM PDT Roketkini.com Semalam, lidah rasmi UMNO-BN, Utusan Malaysia dalam muka depannya mengetengahkan isu "Kabinet bayangan pakatan pembangkang" sebagai tajuk utama muka depan mereka. Prihatin dengan isu yang timbul, SMM menggesa individu-individu dan blok-blok politik yang terlibat dalam polemik ini untuk mengembalikan kuasa membuat keputusan memilih pemimpin dalam kabinet kepada rakyat. Menurut wakil SMM, Adam Adli, "Mahasiswa melihat bahawa situasi yang berlaku ini secara tidak disedari telah pun membelakangkan rakyat," "Hak dan peranan rakyat wajib dihormati dan tidak dipermainkan. Percaturan politik, perebutan jawatan dan kuasa yang terang-terangan membelakangkan rakyat perlu dihentikan segera dan setiap keputusan perlulah dirunding terlebih dahulu dengan rakyat." ujar beliau. Mainan politik; Mahasiswa makin sedar Mengulas isu tersebut, Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke ketika dihubungi berkata, ia merupakan rekaan dan mainan politik pihak lawan semata-mata. "Sebelum ini pun kita tidak pernah buat apa-apa perbincangan mengenai kabinet bayangan. Ini merupakan perangkap semata-mata, "Fokus kita sekarang adalah menang dalam pilihanraya. Soal jadi menteri adalah perkara kedua." katanya. Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah melihat wujud peningkatan kesedaran mahasiswa terhadap situasi politik semasa negara. "Mereka pemimpin masa depan. Kita sangat berharap golongan mahasiswa ini ambil berat dan mengambil bahagian dalam menjadi sebahagian dari proses pendemokrasian negara ini walaupun tidak semestinya menyertai mana-mana parti politik, Justeru tambah beliau, "Paling penting adalah kesedaran, ambil berat dan kepedulian mereka terhadap negara dan berdaftar sebagai pengundi. Masa depan negara terletak ditangan golongan muda." – Roketkini.com | ||
Pelanggaran BN terhadap “Borneosasi”: Diskriminasi terhadap bumiputera dan rakyat Sabah Posted: 06 Oct 2012 04:08 PM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: DAP memandang serius sebarang pencabulan dasar untuk menyeimbangi keperluan dan keadilan terhadap negeri-negeri Malaysia Timur dan menyifatkan kerajaan BN telah melanggar Perkara 8 berkenaan Borneosasi yang mengundang ketidakadilan sosio ekonomi negeri tersebut apalagi setelah 49 tahun bersama Malaysia. "Kebelakangan ini slogan kegemaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah "Janji Ditepati". Sudahkah Perkara 8 di dalam Perjanjian 20 Perkara berkenaan Borneonisasi telah ditepati?" soal Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalah ucapan perbahasan belanjawan 2013 di parlimen petang tadi. Menurut beliau kegagalan Barisan Nasional menghormati "Borneonisasi" yang termaktub dalam Perjanjian 18 Perkara yang telah ditekankan oleh cadangan Tun Zaki Azmi, Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam telah mengakibatkan kesengsaraan, peminggiran serta diskriminasi oleh kaum Dayak dan golongan etnik minoriti yang berhubung dengan sektor perkhidmatan awam. Suruhanjaya ini menurutnya adalah untuk menurunkan syarat keperluan bagi kaum Dayak dan golongan etnik minoriti untuk direkrut ke dalam sektor perkhidmatan awam dan juga untuk meneliti ketidakseimbangan komposisi kaum didalam barisan perkhidmatan awam. "Cadangan Tun Zaki tersebut telah diserang oleh pemimpin Dayak dari kedua-dua pihak politik yang berlainan dan dianggap sebagai satu sindiran komuniti Dayak, diatas tanggapan bahawa bilangan warga Dayak dan golingan minoriti yang berkelulusan adalah mencukupi, "Akan tetapi masalah sebenarnya adalah ketiadaan meritokrasi bukan sahaja dalam usaha perekrutan serta promosi dalam sektor perkhidmatan awam," kata beliau. Justeru katanya, kita sepatutnya berterima kasih kepada Zaki kerana telah mengetengahkan kegagalan Barisan Nasional untuk melaksanakan Borneonisasi seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak dan Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dalam tempoh lima dekad ini. Menjelaskan perkara tersebut, Kit siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berkata, Perkara 8 di dalam Perjanjian 20 Perkara Sabah dan Perjanjian 18 Perkara Sarawak pada tahun 1963 yang membawa kepada penubuhan Malaysia menyebut, "Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diwujudkan secepat mungkin." Kerajaan BN diskriminasi Bumiputera Sabah Dalam jawapan kepada soalan ketua Parlimen DAP itu di Parlimen, Perdana Menteri telah mendedahkan bahawa dari 133 Jabatan Persekutuan (termasuk badan berkanun Persekutuan) di Sabah, 61 atau 45.9peratus agensi diketuai oleh rakyat Sabah manakala hanya 72 atau 54.1 peratus diketuai oleh bukan rakyat Sabah. Berdasarkan jawapan Perdana Menteri katanya, sehingga 14 September 2012, pegawai berkelahiran Sabah yang memegang jawatan tertinggi (Gred Utama/Khas dan keatas) di Perkhidmatan Awam Persekutuan ialah seramai 19 orang. "Daripada jumlah tersebut, seorang pegawai masing-masing berada di Gred Utama Turus 1, Gred Utama Turus 2 dan Gred Utama A. Tiga orang pegawai pula di Gred Utama B serta tiga belas pegawai di Gred Utama dan Gred Khas C." "Adakah Janji Ditepati?" soal beliau kepada Dewan Rakyat. – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan