Ahad, 7 Oktober 2012

Biaqpila

Biaqpila


Mahathir, Pak Lah, Najib Ada Kepentingan Dalam PKFZ - Dr. Ling Liong Sik

Posted: 07 Oct 2012 01:04 AM PDT

KUALA LUMPUR 7 Oktober: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajib hadir memberi keterangan dalam perbicaraan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di mahkamah. 

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kedua-duanya, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh memberi alasan untuk lari daripada undang-undang. Beliau mengulas keterangan bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik bahawa ketiga-tiga mereka mempunyai kepentingan peribadi dalam projek itu.

Namun, Fuziah tidak menolak kemungkinan mereka memilih untuk berdiam diri dan tidak hadir dalam perbicaraan. 

“Kita perlu ingat ketika kes Fitnah 1 pada tahun 1998, Mahathir juga disapina oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim namun beliau tidak hadir. 

“Mahathir manusia yang kebal dari undang-undang, malah beliau mengatasi undang-undang yang ada dan kesinambungan kekuasaan mutlak itu diteruskan Najib. 

“Jadi saya tidak terkejut jika mereka memilih untuk tidak hadir,” katanya. 

Akhbar Sinar Harian semalam melaporkan 3 Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disapina untuk memberi keterangan dalam perbicaraan skandal PKFZ membabitkan mantan Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik. 

Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberi persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang. 

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya. 

Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan lembaga Pelabuhan Klang (LPK). ~kd

addin77


LAWAK AHAD: NAJIB KAKI PONTENG

Posted: 06 Oct 2012 06:00 PM PDT




Suatu hari di sebuah sekolah, perbualan antara cikgu dan Najib (bukan nama sebenar)

Cikgu : Mengapa kamu selau ponteng sekolah? Kamu nak jadi apa ni ha Najib?

Najib : Saya nak jadi Perdana Menteri cikgu.

Cikgu : Huh! sekolah pun malas nak pergi ada hati nak jadi pm.

Najib : PM pun ponteng parlimen rilek je boleh jadi PM.

Cikgu : @*%!*#$#%@rosmah%@%*$^#$!#*




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Penan terus 'kepung' empangan Murum

Posted: 06 Oct 2012 04:56 PM PDT


Masyarakat Penan terus berhimpun dan menghalang jalan masuk ke tapak pembinaan empangan Murum, selaki gus memutuskan perhubungan keluar masuk kenderaan pengangkut bahan binaan bernilai ribuan ringgit.

Halangan baru di buat pada Khamis di jalan balak lama melalui ladang kelapa sawit, yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

"Sarawak Energy Berhad (SEB) sebelum ini menggunakan jalan itu sebagai alternatif ke tapak empangan untuk tiga hari lepas," kata Penyelaras Gabungan Pemeliharaan Persekitaran Semula Jadi Sarawak (Scane) Raymond Abin.

Katanya, hadangan itu menyebabkan SEB dan syarikat lain berhenti menggunakan jalan utama untuk ke Murum dan tapak projek itu.

"Kerja-kerja penting pembinaan untuk empangan itu lumpuh sejak minggu lepas, manakala pemandu kenderaan sudah meninggalkan lori simen, trak dan lori treler mereka tersadai dengan bahan pembinaan dekat hadangan itu," katanya.

MK


Siri Jelajah Selangor benamkan Umno bermula 14 Oktober

Posted: 06 Oct 2012 04:30 PM PDT

Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan siri Jelajah Selangor membabitkan semua 22 kawasan Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Penerangan KEADILAN Negeri, Shuhaimi Shafiei berkata, jelajah yang dimulakan di Parlimen Selayang pada 14 Oktober ini akan berakhir di Parlimen Klang pada 8 Disember depan.

Menurutnya, program ini melibatkan semua anggota parti komponen di setiap peringkat dan dipantau oleh Sekretariat Penerangan Pakatan Rakyat Selangor.

Ia bagi memantapkan organisasi dan sistem jentera pilihan raya agar selari dengan misi dan visi Pakatan Rakyat.

"Kita akan jelajah semua 22 Parlimen dan 56 DUN untuk terangkan prestasi program yang dilaksana di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya dalam sidang media di Pejabat KEADILAN Selangor, di sini hari ini.

"Kita ingin pastikan setiap maklumat dan fakta penting kejayaan kerajaan negeri sampai kepada rakyat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda itu lagi.

Tambah beliau, risalah dan maklumat akan diedar untuk menangkis propaganda Umno BN, seperti isu air dan hutang Talam Corporation.

Hadir sama dalam sidang media itu, Ketua Penerangan PAS Negeri, Saari Sungib dan Setiausaha Publisiti DAP Negeri, Janice Lee.

Saari berkata, program ini pertama kali dirangka bersama oleh Sekretariat Pakatan Rakyat.

"Sebelum ini memang kita bekerjasama...Biasanya kalau PAS anjur program, kita akan jemput penceramah dari KEADILAN dan DAP.

"(Tetapi) kali ini, kita rangka secara bersama untuk tewaskan Umno BN sehabis-habisnya pada PRU akan datang dan bawa perubahan yang lebih besar," kata Adun Hulu Kelang itu.

KD


Tiada ulasan: