Kerabu Bersuara ® |
Posted: 06 Oct 2012 06:31 PM PDT iluvislam.com FILEM INI LEBIH HINA DARI INNOCENCE MUSLIM. KERANA IA DILAKONKAN DAN DI ARAHKAN OLEH ORANG YANG MENGAKU ISLAM PETIKAN KATA-KATA MEREKA: MELIHAT babak-babak mesra antara Nora Danish dan Rusdi Ramli dalam filem Mencari Cinta, tentunya ramai melabel ia filem lucah dan menjual elemen ranjang untuk menarik penonton. Apatah lagi sebagai filem sulung arahan pengarah drama, Shirin Khuzaimi dan juga filem pertama terbitan Armnet Integrated Sdn Bhd, elemen kontroversi seperti ini diharapkan untuk memancing penonton ke panggung. Bagaimanapun, Shirin yang pernah mengarah drama bersiri popular Ariana Mikhail, menegaskan karya sulungnya itu bukan filem lucah malah mengatakan tiada aksi ranjang. Apa yang dipaparkan katanya, adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Katanya, Mencari Cinta menunjukkan cara bagaimana sepasang suami isteri bersama di bilik tidur mengikut sunnah Nabi dan tidak sangka ia menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak. "Mereka tidak seharusnya melihat karya saya ini pada satu sudut saja sebaliknya tonton dulu filem ini sebelum memberi sebarang pandangan. Apa yang saya paparkan dalam filem ini adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. ---------------------------------------------------- Jikalau kelulusan filem mahupun drama semakin dipermudahkan dan diambil ringan sehingga "terlepas" banyak filem-filem sampah di pawagam, jangan kita "berteriak" soal mahu membendung gejala sosial dan keruntuhan akhlak. ---------------------------------------------------- MANA ORANG-ORANG YANG BERSUARA LANTANG MEMBELA AGAMA? SIAPAKAH YANG MELULUSKANNYA? |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan