DIALOG RAKYAT |
- Kenyataan penuh Khir Toyo minta maaf dari Ronnie
- Pilihanraya Umum Ke13 Pada Mac 2013?
- Kabel voltan tinggi: MCA berbohong
- Chua boleh kata apa, Umno akan pertahankannya
- AES kawasan sekolah tak sesuai
- Guan Eng janjikan 'AES' untuk rakyat Pulau Pinang
- Pembaca: AES bukan langkah popular, harus dikaji semula
- Khir Toyo mohon maaf pada Ronnie Liu di mahkamah
- SPR temu ahli Parlimen selepas Aidiladha
- 'Mana maruah Najib bila Soi Lek serang Islam?'
- ADUN DAP digantung hadiri sidang DUN Sabah
- Dr M: MCA tentang hudud agar Cina tak sokong DAP
- Naik harga rokok, kerajaan seperti lintah darat – Abdullah Sani
- Shahrizat sokong Raja Nong Chik calon BN Lembah Pantai
- Rapid: Azalina beri Mazlan 7 hari minta maaf
- Dilema SK Simpang Empat 80 tahun terpaksa ditutup
| Kenyataan penuh Khir Toyo minta maaf dari Ronnie Posted: 23 Oct 2012 03:20 AM PDT
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah memohon maaf kepada Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew (gambar) berkaitan tuduhannya yang mendapat Ronnie menyekat usaha menutup premis pelacuran.Penyataan minta maaf ini dibuat Khir di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Berikut adalah kenyataan penuh Dr Khir Toyo: Saya, MOHAMAD KHIR BIN TOYO, dengan ini memohon maaf kepada YB RONNIE LIU TIAN KHIEW , Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Pandamaran dan juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor kerana telah menyebabkan dicetak dan disiarkan di suratkhabar China Press bertarikh 9.5.2008 sebuah Artikel bertajuk "Khir Membongkarkan Laporan Polis Liu Tian Khiew Pernah Bercampur Tangan Dalam UrusanMenghapuskan Kegiatan Pelacuran " di mana saya merujuk YB RONNIE LIU TIAN KHIEW sebagai telah menghalang pegawai-pegawai MPSJ dan polis dalam operasi menutup sebuah hotel di Puchong di mana saya gambarkan sebagai sebuah pusat pelacuran. Saya juga memohon maaf kepada YB RONNIE LIU TIAN KHIEW kerana terus menggambarkan beliau terlibat dalam kegiatan seumpama itu gambaran yang mana adalah tidak benar sama sekali. Saya benar-benar menyesal kerana menyebabkan YB RONNIE LIU TIAN KHIEW mengalami kesusahan yang amat akibat penyiaran Artikel tersebut. Saya dengan ini menarik balik kesemua kenyataan yang dibuat terhadap beliau sepertimana terkandung dalam Artikel tersebut dan memohon maaf tanpa syarat terhadap beliau. English version : I, MOHAMAD KHIR TOYO , hereby apologize to YB RONNIE LIU TIAN KHIEW, State Assemblyman for Pandamaran and also EXCO Kerajaan Negeri Selangor for causing to be published in the Chine Press newspaper dated 9.5.2008 an Article entitled "Khir Membongkarkan Laporan Polis Liu Tian Khiew Pernah Bercampur Tangan Dalam Urusan Menghapuskan Kegiatan Pelacuran" in which I implied that YB RONNIE LIU TIAN KHIEW had obstructed the officers of the MPSJ and the police in closing down a hotel in Puchong which I insinuated was a center for prostitution activities. I also apologize to YB RONNIE LIU TIAN KHIEW for further insinuating that he was involved in such activities which insinuation is totally untrue. I deeply regret for causing YB RONNIE LIU TIAN KHIEW severe distress as a result of publication of the said Article. I hereby retract all statement made against him as evident in the said Article and apologize to him unconditionally. | ||
| Pilihanraya Umum Ke13 Pada Mac 2013? Posted: 23 Oct 2012 03:09 AM PDT Pilihanraya Umum Ke 13 dijangkakan akan di adakan pada bulan Mac 2013. Ini berdasarkan kepada pindaan terhadap cuti sekolah penggal pertama tahun hadapan berbanding dengan tahun 2012 seperti yang disiarkan di atas.Kemungkinan itu tidak dapat ditolak kerana biasanya premis sekolah akan digunakan sebagai tempat pembuangan undi. Dan cuti sekolah pada penggal 1 tahun hadapan ialah pada 23.03.2013 - 31.03.2013. Apa-apa pun semua parti politik akan bersiap siaga sentiasa bermula sekarang. ![]() | ||
| Kabel voltan tinggi: MCA berbohong Posted: 23 Oct 2012 03:07 AM PDT
![]() (Kami tidak pernah luluskan, ia diluluskan semasa kerajaan BN iaitu ketika MCA memerintah Selangor bersama Umno) SHAH ALAM: Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat tidak pernah memberi kelulusan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meneruskan Projek Pembinaan Kabel berkuasa tinggi sehingga hari ini. Projek ini sebenarnya telah diluluskan oleh Kerajaan Selangor Barisan Nasional pada 2007. "Oleh itu, MCA tidak berkelayakan untuk mengadu sekarang. Kenapa mereka tidak menyuarakan semasa mereka memegang kuasa masa itu?" kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Katanya, sebaik saja menerima bantahan dan aduan daripada penduduk setempat tentang pembinaan ini pada tahun 2010, beliau telah mengarahkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) agar tidak memberi apa-apa kelulusan pembinaan kepada TNB sehingga pihak TNB memberikan cadangan lain. Tetapi malangnya, TNB baru-baru ini telah mula meneruskan kembali pembinaan bertumpu hanya di kawasan Taman Connaught, Kuala Lumpur di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) manakala di Selangor pembinaan tidak diteruskan. "Justeru, tuduhan MCA Bandar Tun Razak pada 17 Oktober yang mendakwa bahawa saya dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) memberi kelulusan kepada TNB untuk membina kabel ini merentasi beberapa kawasan di Cheras di Negeri Selangor dan Taman Connaught di Kuala Lumpur, adalah tidak benar. "Saya akan mencadangkan TNB dan DBKL untuk bertemu dengan penduduk Bandar Tun Razak dalam tempoh 2 minggu ini untuk mencari jalan bagi menyelesaikan perkara ini untuk kebaikan semua pihak," katanya. Selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, kata Khalid, beliau menyokong penuh projek-projek pembangunan untuk keselesaan rakyat pada masa hadapan tetapi ia perlu dilakukan secara berhemat dengan mengambil kira pandangan dan ketidakselesaan rakyat yang bimbang keselamatan dan kesihatan mereka terjejas akibat projek ini. | ||
| Chua boleh kata apa, Umno akan pertahankannya Posted: 23 Oct 2012 03:05 AM PDT
KUALA LUMPUR: Umno bolehlah berpesta habis-habisan apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek makin ganas mengutuk Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar)."Ego Presiden MCA sudah melambung hingga ke peringkat tidak takut apa-apa pun lagi untuk mengutuk dan menghina Islam. Dia tahu Umno pasti melindunginya. "Sekarang bolehlah Umno, ulama-ulamanya termasuk lebai-lebai pecacai terbarunya dan semua yang mengampu bodek parti itu memeriahkan lagi sepuas-puasnya pesta mengutuk dan menghina Islam," katanya sambil menyifatkan Chua seolah-olah ditabalkan sebagai 'mursyidul am' Umno dalam pakatan jahat mereka menghina Islam. Mohamad mengingatkan bahawa pakatan jahat mengutuk dan menghina Islam diasas dan dimulakan oleh para pemimpin Umno dan semakin menjadi-jadi apabila PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990. "Semua kutukan, penghinaan dan persendaan mereka direkodkan dalam sejarah. "Contohnya, merekalah mencipta istilah 'sup tangan' untuk menghina dan mempersendakan hukum potong tangan seperti yang diperintahkan di dalam al-Quran," katanya. Apabila mereka melihat para pemimpin Umno berbuat demikian, orang-orang bukan Islam akhirnya semakin berani menghina Islam secara terbuka dan lantang, kata Mohamad. Beliau yakin, orang-orang bukan Islam seperti Chua tidak akan berani mengutuk dan menghina Islam jika para pemimpin Umno tidak mengajar mereka berbuat demikian. "Kenyataan Chua bukan sekadar menolak perlaksanaan hudud berdasarkan keyakinan agamanya dan tafsirannya terhadap Perlembagaan, tetapi sudah melampau hingga ke peringkat mengutuk dan menghina Islam," katanya. Mohamad menyifatkan apa yang dilakukan oleh Chua itu sebagai menyambung kerja Umno yang kini sudah pandai berdalih dengan alasan kesesuaian masa untuk melaksanakan hudud, maqasid syariah dan sebagainya. "Dulu ketika mereka tidak pandai lagi menggunakan hujjah dalam ilmu-ilmu Islam seperti maqasid syariah untuk menolak perlaksanaan hukum Islam, para pemimpin Umno dan pengikut mereka mencaci dan mencerca hukum Islam habis-habisan dan menuduh hukum Islam primitif, menimbulkan huru hara dan sebagainya. "Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya. Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua. "Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran. "Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau. | ||
| AES kawasan sekolah tak sesuai Posted: 23 Oct 2012 03:01 AM PDT Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Sharif Pemasangannya seolah-olah menjadi perangkap automatik di mana alat berkenaan tetap berfungsi seperti biasa walaupun bukan lagi waktu kemuncak sesi persekolahan. Berdasarkan perancangan asal pemasangannya di longitud 100.816212 dan latitud 6.0022178, alat itu berada antara persimpangan Jalan Belantik dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau. Jalan berkenaan juga digunakan penduduk untuk ke Naka, Nami dan Alor Setar. Tinjauan Sinar Harian juga mendapati tidak terdapat papan tanda had laju 30 kilometer sejam dan pemasangan AES di sepanjang Jalan Gulau-Nami itu. Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Sharif berkata, pemasangan AES pada kawasan itu perlu dikaji kerana ia akan mendatangkan kesusahan kepada masyarakat. Katanya, pemasangan di kawasan sekolah tidak tepat kerana ia rakam kesalahan dalam masa 24 jam sedangkan kawasan itu hanya ada pelajar sekolah dalam tempoh masa tertentu. "Kase bukan menentang apa dilakukan kerajaan, sebaliknya kita desak kerajaan menambah baik kekurangan pelaksanaannya. "Bagi kes ini, sepatutnya ada pengecualian sebagaimana kenderaan berat dilarang memasuki jalan utama ketika waktu puncak, begitulah keadaan ini," katanya, semalam. Menurutnya, rakaman automatik selama 24 jam itu akan membebankan rakyat sedangkan ia tidak praktikal di kawasan sekolah. Sementara itu, penduduk, Md Alif Md Isa, 40, dari Kampung Gulau berkata, pemasangan AES di kawasan itu bukan hanya menyusahkan penduduk setempat, tetapi melibatkan orang luar yang melaluinya. "Pemanduan 30 kilometer sejam terlalu perlahan. Jika terdapat kamera di sini, pasti ramai kena saman. "Kebanyakan pemandu memperlahankan kenderaan apabila waktu persekolahan sahaja, selepas itu akan memandu seperti biasa," katanya. Menurutnya, jika perlaksanaan itu diteruskan, ia akan menyulitkan masyarakat setempat. Bagi peniaga tempatan, Adam Yusof, 40, dia juga tidak bersetuju sekiranya AES dilaksanakan di kawasan sekolah itu. Menurutnya, pemanduan tidak melebihi 30 kilometer sejam memang baik, tetapi hanya sebilangan kecil memandu tidak melebihi had laju itu. "Kebanyakan pemandu memandu antara 40 hingga 60 kilometer sejam," katanya. Katanya, pemasangan papan tanda had laju adalah wajar dan bersesuaian kerana terdapat sekolah di kawasan ini. | ||
| Guan Eng janjikan 'AES' untuk rakyat Pulau Pinang Posted: 23 Oct 2012 02:55 AM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah berjanji untuk membawa AES kepada penduduk Pulau Pinang - tetapi bukannya Sistem Penguatkuasaan Automatik yang dipertikaikan sekarang. Sebaliknya, Lim berkata, belanjawan Pulau Pinang untuk tahun depan akan dikenali sebagai "AES", yang bermaksud "Agenda Ekonomi Saksama". Ketua menteri Pulau Pinang itu mendakwa, AES (pemasangan kamera bagi kesalahan trafik) bukan untuk kepentingan rakyat kerana ia dilaksanakan untuk keuntungan syarikat-syarikat swasta yang terlibat. "Apa yang kita mahu bukan Sistem Penguatkuasaan Automatik. Kita mahu Agenda Ekonomi Saksama. Itulah perbezaan antara AES BN dengan AES Pakatan Rakyat," katanya ketika merasmikan forum mengenai bajet di Kuala Lumpur malam tadi. Lim berkata, bajet AES, yang akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2 November, akan menjurus ke arah menangani ketidaksamaan. Kerajaan telah dikecam kerana melaksanakan sistem kamera bagi kesalahan lalulintas kerana dua syarikat swasta - Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd - yang mengendalikan sistem tersebut berhak mendapat bayaran daripada saman yang dikutip. Lim mengumumkan Selasa lepas bahawa dua majlis tempatan di negeri itu telah diarahkan untuk menggantung pelaksanaan sistem tersebut sementara menunggu hasil kajian mengenainya. Kedah mengikut jejak langkah kerajaan Pulau Pinang itu tiga hari kemudian. 'Menangani ketidaksamaan keutamaan Pakatan' Beliau memberitahu forum bajet tersebut bahawa usaha menangani ketidaksamaan, terutama untuk membantu mereka yang memerlukan, adalah satu keutamaan bagi Pakatan. Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah gagal membina sebarang perumahan kos rendah untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah. "Sejak 2008, kami telah membina 4,000 unit perumahan kos rendah dan kita akan membina 18,000 lagi. "Sudah tentu negeri tidak membinanya secara langsung. Ia telah dibina oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, yang 100 peratus dimiliki kerajaan negeri," kata Lim. Ini tiada bezanya dengan kerajaan persekutuan, yang membina unit perumahan melalui Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB). ` Lim berkata, bajet bayangan Pakatan juga turut menangani ketidaksamaan itu dengan memberi tumpuan kepada tiga teras - memecahkan monopoli melalui persaingan, mensasarkan kumpulan kritikal (miskin, muda dan wanita) dan memerangi rasuah. | ||
| Pembaca: AES bukan langkah popular, harus dikaji semula Posted: 23 Oct 2012 02:50 AM PDT Seramai 89 peratus daripada 2,197 pengunjung portal Sinar Harian Online, yang menyertai bancian online, menyifatkan penggunaan AES sebagai langkah tidak popular. Sehubungan itu, seramai 2,517 menjawab soalan sama ada wajar AES dikaji semula. Menjawab soalan itu, seramai 86 peratus memilih jawapan "setuju" manakala 14 peratus tidk setuju. Pengunjung portal ini juga ditanya sama ada AES wajar diberi peluang untuk diuji keberkesanan. Daripada 2,118 menjawab soalan itu, sermaai 41 peratus berkata "setuju" manakala 59 peratus kata "tidak setuju". Dalam laporan diberi Sinar Harian sebelum ini, Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) menggesa kerajaan mengkaji semula penggunaan AES di negara ini. Pengerusinya, Sa'adan Man berkata, kerajaan harus mengkaji penggunaan AES itu dengan lebih terperinci merangkumi semua aspek, terutama kepada pengguna jalan raya yang menggunakan pelbagai jenis kenderaan bermotor berbeza. Katanya, PPBSM tidak menyalahkan mana-mana pihak, tetapi mahu kerajaan mengkaji semula pengguna AES ini kerana ia secara jelas membebankan rakyat. Berikut beberapa pandangan yang diutarakan oleh pembaca Sinar Harian Online: Alanzo Shariff: "Point camera AES sekarang macam nak mencari untung kerana seperti di Putrajaya dan Equine - Uniten bukanlah tempat biasa berlaku kemalangan. Tapi seolah-olah dibubuh untuk mencari keuntungan semata kerana had kelajuan 60-70 bagi kawasan tersebut tidak munasabah dan cuba tanya orang ramai... siapa bawak kereta di kawasan tiga laluan dengan 60km." Syed Hidayat: "Pergi lawan di mahkamah, ada peluang menang sebab... sebab tiada papan tanda had laju dan operasi had laju dipacak dalm jarak 300m." Razman Rashid: "Saya cadangkan kerajaan keluarkan kereta Proton berkelajuan maksimum 100km/j saja, dgn ini duit rakyat lagi jimat dr perabis duit buat bayar saman." Mohamad Takiudin Abd Rahman: "Tambahan lagi kawasan itu kawasan sesak... peluang menyaman dan mendapat untung adalah tinggi.... takkan ini orang tak faham." Worldkuliah Kuliah: "Keengganan kerajaan memansuhkan AES membuatkan kita terpaksa memansuhkan kerajaan yang sedia ada, insya-ALLAH." Esa Adam: "Orang dungu aja berfikiran begini." Hasanul Hamid: "Wajar bagi sistem AES diteruskan. Tetapi lokasi AES perlu dikaji dan diteliti dengan lebih mendalam sebelum diputuskan untuk diletakkan di tempat tersebut. Contohnya, AES tidak wajar diletak di jalan lebuh raya yang lurus, jalan lurus menuruni bukit atau jalan-jalan yang sememangnya tiada bahaya kepada pemandu. Bagi AES di kawasan lampu isyarat, ia sepatutnya diteruskan dah diperluaskan, tetapi tidaklah diperlukan sepanjang 24 jam sehari di kawasan-kawasan yang tidak sibuk. Ada persimpangan berlampu isyarat yang sememangnya lengang pada 3 hingga 4 pagi." Mohamad Hakimi Azmi: "Saya nak mengemukakan ketidakpuasan hati saya mengenai AES di mana ia dilaksanakan 24 jam. Ini kerana, pada waktu malam, AES menggunakan FLASH dan ini akan menjadi punca berlakunya kemalangan. Saya juga pernah merasakan terutama di lebuh raya. Saya ingin menceritakan situasinya, bayangkan anda sedang memandu walaupun 115 km/j, tiba-tiba anda terkejut dengan lampu 'flash' dari AES, ada kemungkinan kereta yang dipandu akan terbabas? Bagi orang biasa OK, jika orang itu mempunyai penyakit? Bagaimana? Fikirlah!" Sukri Mohd Salleh: "Sesuai diteruskan tapi harus berada..." Badaruddin Muhammad: "Kamera AE diletakkan di kawasan 'blackspot' yang berisiko tinggi dan sering berlaku kemalangan. Tidak timbul isu lubuk duit. Sila buang pemikiran negatif dan keterlaluan dari pemikiran saudara. Maknanya kawasan yang ada kamera AES tu memang kawasan berbahaya." Hamdan Nazam: "Badaruddin anda baca komen saya di atas dan lakukan di negara kita pasti semua selamat duit poket selamat, duit kerajaan selamat dan kemungkinan risiko kemalangan rendah iaitu pemasangan meter kelajuan dihadkan kepada 110km/j sepertimana yang dilakukan ke atas trak tentera." Rohaifi Azri: "Kerajaan andai serius nak membendung kemalangan, laksanakanlah seperti cadangan saudara Hamdan Nazam. Kalau sekadar kuat kuasa had laju 110km/j tapi pada masa yang sama Proton pun dok keluarkan kereta yang enjinnya bersuntikan turbo, pejadah turbo kalau tidak boleh bawak lebih 110km/j? Kancil pun selamba henjut 120km/j kat lebuh raya." Halim Samad: "Pemasangan AES kalau di tempat yang sesuai adalah wajar, tetapi kalau ia dipasang di kawasan yang telah ditentukan had laju 60-90km sejam di kawasan jalan dua atai tiga laluan, memang ia bukan satu tindakan holistik untuk mengurangkan kemalangan tetapi semata-mata tindakan holistik nak memerangkap pengguna jalaraya untuk dikenakan saman. Adakalanya had laju yang ditetapkan sudah tidak sesuai lagi, kalau keadaan jalan dua hingga tiga laluan mana ada orang pandu kurang 90km sejam, sekarang zaman dah berubah, mana ada sangat dah pengguna memandu kereta berusia 30-an, semua kereta baru, teknologi enjin pun hebat, setakat 60km sejam tu macam rase kayuh basikal je." | ||
| Khir Toyo mohon maaf pada Ronnie Liu di mahkamah Posted: 23 Oct 2012 02:44 AM PDT Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad. Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia. Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia. Khir berkata beliau meminta maaf kepada ADUN Pandamaran dan exco kerajaan negeri Selangor itu berikutan artikel bertajuk "Khir membongkarkan lapuran polis Liu Tian Khiew pernah bercampur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran. Artikel itu disiarkan dalam China Press bertarikh 5 Mei 2008. | ||
| SPR temu ahli Parlimen selepas Aidiladha Posted: 23 Oct 2012 02:36 AM PDT Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, langkah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semalam adalah perkembangan baik kerana membolehkan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) bertemu dengan suruhanjaya itu. Difahamkan pertemuan itu akan diadakan di bangunan Parlimen. Menurutnya, pertemuan SPR dengan parti politik salah satu program SPR untuk berbincang serta berinteraksi dengan ahli-ahli Parlimen yang mempunyai keraguan dan sebagainya. Tambahnya, "kita memang nak jumpa sangat dengan semua pemimpin politik yang menjadi ahli Parlimen, mereka selalu mempertikaikan kita di belakang." "Jangan jadikan persidangan Parlimen sebagai platform untuk meluahkan perasaan tak puas hati dan sebagainya kepada SPR tapi apabila kita adakan perjumpaan tak mahu hadir," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, SPR akan bersedia pada bila-bila masa jika pihak Parlimen mengaturkan pertemuan dimaksudkan. Katanya, "SPR sentiasa bersedia untuk bertemu dengan ahli Parlimen, jika Nazri kata minggu depan kita ikutlah, tapi yang pasti kita akan buat dalam bulan November ini, selepas sambutan Hari Raya Haji." "Lagi pun memang kita akan buat perjumpaan dengan mereka untuk urusan pilihan raya, seperti penggunaan dakwat kekal dan bersoal jawab dengan mereka," ulasnya lagi. | ||
| 'Mana maruah Najib bila Soi Lek serang Islam?' Posted: 23 Oct 2012 02:29 AM PDT ![]() Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar perdana menteri supaya menyatakan pendirian terhadap dakwaan MCA bahawa hukum hudud yang dianjurkan PAS akan menggalakkan orang Islam untuk merogol wanita bukan Islam. Menurut Anwar, Datuk Seri Najib Razak tergamak menghadiri pembukaan mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu lalu tetapi hanya membungkam apabila kenyataan timbalan pengerusi sayap wanita parti itu disokong presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek."Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu biadap sekali dan dia boleh duduk senyum. "Kemudian bila berucap tak tegur pun. "Mana dia maruah (Najib) sebagai umat (Islam)?" tanya Anwar dalam ucapannya di program ceramah di Taman Melati, Kuala Lumpur semalam. Anwar berkata, tindakan Chua Soi Lek itu keterlaluan dan turut membangkitan isu rakaman hubungan seks luar nikah presiden MCA itu dengan seorang wanita lain. "Siapa dia (yang bercakap)? Chua Soi Lek. "Bercakap soal moral, saksi dia Datuk Najib. Saya ingat ini sudah keterlaluan," kata Anwar sinis.Sabtu lalu, Chua memperakui kenyataan Heng Seai Kie yang mendakwa mursyidul am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat. Heng dilaporkan menyatakan demikian berdasarkan satu video ceramah Nik Aziz yang dipercayai dirakam sekitar tahun 2008. Nik Aziz bagaimanapun dilaporkan tidak langsung menyebut tentang wanita bukan Islam dalam video itu dan Heng menyesuaikan sendiri konteks ceramah Nik Aziz untuk meliputi wanita bukan Islam. Minggu lalu, Chua turut mengundang kontroversi apabila membuat kenyataan mendakwa 1.2 juta pekerjaan akan hilang apabila hukum hudud dilaksanakan. Turut sama membidas kenyataan MCA pada majlis ceramah semalam adalah MP Petaling jaya Utara, Tony Pua yang berkata Umno sebagai rakan MCA dalam BN hanya mendiamkan diri dalam perkara itu.Tetapi pada masa sama DAP bertindak membela Nik Aziz walaupun mereka menolak pelaksanaan hudud, katanya. "YB Lobak, Anthony Loke dia masuk Dewan (Rakyat) tepuk sama meja minta supaya MCA meminta maaf sama tok guru dan minta MCA dikenakan tindakan kerana mereka menghina Islam," katanya. Beliau turut mengulangi pendirian DAP bahawa parti itu menghormati Islam sebagai agama rasmi Persekutuan walaupun menolak hudud. "DAP tak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud dalam perlembagaan kita tetapi kita hormat kepada penganut agama Islam. "Kita hormat agama Islam adalah agama rasmi negara kita. Kita tak hina agama Islam seperti MCA dan BN," katanya. | ||
| ADUN DAP digantung hadiri sidang DUN Sabah Posted: 23 Oct 2012 02:26 AM PDT Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menggantung Jimmy Wong Sze Phin (DAP-Sri Tanjong) daripada menghadiri persidangan dewan kerana mengingkari arahan Speaker Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak supaya menarik balik kata-katanya yang bersifat jahat terhadap kerajaan negeri. Salleh berkata Wong tidak mengendahkan arahannya supaya menarik balik perkataan 'korupsi' yang dikatakan mempunyai unsur niat jahat ketika membahas bajet negeri 2013 hari ini. Selepas dewan kecoh kira-kira 15 minit kerana keengganan Wong untuk menurut arahan itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin mengusulkan agar Wong digantung daripada menghadiri persidangan DUN itu.- Bernama | ||
| Dr M: MCA tentang hudud agar Cina tak sokong DAP Posted: 23 Oct 2012 02:21 AM PDT Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendirian bahawa kenyataan keras MCA terhadap hudud anjuran PAS hanyalah bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina agar tidak menyokong DAP. Beliau percaya kenyataan berkenaan tidak bertujuan untuk menjauhkan pengundi Cina daripada BN memandangkan MCA tidak membantah perisytiharan negara Islam yang dilakukan BN sebelum ini. "Dia (MCA) bertujuan untuk menakutkan orang Cina, bukan orang Melayu atau Islam. "Tujuan MCA nak takutkan orang Cina supaya tak sokong DAP. "Tapi dulu pun MCA tak pernah bantah bila kita isytihar negara ini negara Islam dan kita akan amal nilai-nilai dan ajaran Islam," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada satu program dialog di Universiti Malaya petang ini. | ||
| Naik harga rokok, kerajaan seperti lintah darat – Abdullah Sani Posted: 22 Oct 2012 04:54 PM PDT Oleh Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR : Kenaikan harga rokok saban tahun oleh kerajaan diibarat seperti lintah darat yang menghisap 'darah' rakyat demi meraih keuntungan, kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid. Kata beliau, kerajaan tidak ikhlas membantu rakyat sebaliknya 'meratah' hasil rakyat melalui kenaikan harga rokok. "Kerajaan tidak ikhlas untuk menurunkan tabiat merokok. Sebaliknya, niat utama adalah meraih keuntungan dengan menekan golongan perokok tegar. "Berapa tinggi sekalipun kerajaan naikkan harga rokok, mereka tahu perokok tetap akan membelinya," kata Abdullah ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN itu berkata, kempen kerajaan untuk mengurangkan tabiat merokok juga tidak seiring dengan pelaksanaannya. Abdullah berkata, kerajaan seolah-olah bermain wayang dalam sibuk-sibuk berkempen, tetapi tetap menjual rokok secara berleluasa. "Ia ibarat pengedar dadah yang menasihatkan orang lain supaya jangan menagih dadah, tetapi dalam masa sama membekalkan dadah kepada penagih," sinisnya. Beliau mencabar kerajaan mengharamkan penjualan rokok jika benar ikhlas mahu membantu rakyat mengurangkan tabiat merokok. Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyokong usaha kerajaan mahu mengurangkan tabiat merokok di kalangan rakyat, namun mesti ikhlas dan tidak menjadikan perokok tegar sebagai mangsa. "Menaikkan (harga) rokok dengan niat meraih keuntungan daripada perokok tegar bermakna kerajaan menjadikan golongan ini sebagai mangsa. "Golongan ini sepatutnya dibimbing supaya meninggalkan tabiat merokok, bukan dijadikan mangsa untuk meraih keuntungan," tegas Setiausaha Agung KEADILAN itu lagi. British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai hari ini. | ||
| Shahrizat sokong Raja Nong Chik calon BN Lembah Pantai Posted: 22 Oct 2012 04:46 PM PDT SINAR HARIAN Shahrizat Abdul Jalil Bekas anggota Parlimen Lembah Pantai itu berkata tiada siapa yang lebih layak selain Raja Nong Chik yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno kerana kerja kerasnya di kawasan Parlimen Lembah Pantai selama ini. Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat itu juga berkata: "Sebenarnya saya telah menyokong Datuk Raja (Nong Chik) sejak tiga tahun yang lalu, cuma hari ini saya umumkan. "Ini kerana Datuk Raja Nong Chik telah bersama saya selama 15 tahun ketika saya menjadi ahli parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar turut hadir pada sidang akhbar itu. Shahrizat yang merupakan anggota Parlimen Lembah Pantai sejak pilihan raya umum 1995 setelah mengalahkan bekas ketua hakim negara Tun Mohamad Salleh Abas dari parti Semangat46 dengan majoriti 13,361 undi gagal untuk mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal ke-empat pada pilihan raya umum lepas. Shahrizat telah dikalahkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar. Nurul Izzah mendapat kelebihan sebanyak 2,895 undi. Raja Nong Chik berkata hubungan beliau dengan Shahrizat tidak pernah putus walaupun terdapat dakwaan bahawa beliau menjadi punca karier politik Shahrizat berakhir. "Semasa dalam kabinet, saya duduk sebelah menyebelah dengan Shahrizat. Saya akui kadang-kadang saya ada perbezaan pendapat, tapi saya tidak pernah bergaduh dengan Datuk Seri. "Sebenarnya yang nak sangat kami gaduh cuma pembangkang, mereka seboleh-boleh mahu Umno berpecah supaya mereka menang dengan mudah. Kalau parti Umno ini bersatu padu, mustahil mereka akan dapat menang," katanya. Sementara itu, Shahrizat juga menuntut Nurul Izzah menunaikan janji untuk memberikan elaun saraan dari RM600 hingga RM1,500 kepada suri rumah jika menang pilihan raya umum 2008. "Semasa kempen 2008, beliau menjanjikan elaun saraan kepada suri rumah, sekarang sudah empat tahun, mana dia janji-janji mereka? "Ternyata ini adalah janji kosong mereka, asalkan mereka dapat menang pilihan raya, mereka tidak lagi mempedulikan rakyat," katanya. - Bernama | ||
| Rapid: Azalina beri Mazlan 7 hari minta maaf Posted: 22 Oct 2012 04:42 PM PDT SINAR HARIAN AZALINA Mazlan dalam ucapannya semasa Perhimpunan Hijau di Pengerang baru-baru ini mendakwa Azalina mempengaruhi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memilih Pengerang bagi menjalankan projek Rapid itu. Azalina berkata, beliau tidak teragak-agak untuk menyaman Mazlan, yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), sekiranya beliau tetap dengan pendiriannya untuk tidak memohon maaf. Beliau berkata, pihaknya telah bersedia membawa perkara itu ke mahkamah dan telah menyerahkan 'letter of demand' kepada Mazlan melalui peguamnya. "Tidak mahu mohon maaf tidak apa...kita jumpa di mahkamah," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini. Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa Mazlan tidak akan meminta maaf kepada Azalina. Sementara itu, Azalina turut menyifatkan pembangkang tersilap langkah apabila mendakwa penduduk Pengerang menolak projek berkenaan di kawasan itu. Azalina berkata, sebaliknya penduduk di lokasi projek memberi sokongan penuh malah menerima tawaran pengambilan tanah oleh kerajaan negeri Johor. "Tiada bantahan daripada penduduk terlibat dalam fasa pertama projek berkenaan malah apabila borang pengambilan tanah diserahkan, semua menerima tawaran pengambilan tanah itu," katanya yang enggan mendedahkan maklumat terperinci mengenai identiti penduduk serta jumlah pampasan yang diterima mereka. Beliau turut menegaskan bahawa projek Rapid tidak mengganggu alam sekitar termasuk mengganggu habitat dugong dan ikan lumba-lumba. "Dugong dan ikan lumba-lumba hanya ada di sebelah Sungai Johor iaitu Sungai Lebam...tidak ada dugong di kawasan laluan kapal di Pengerang dan tiada sebarang pelanggaran pernah dilaporkan," katanya. - Bernama | ||
| Dilema SK Simpang Empat 80 tahun terpaksa ditutup Posted: 22 Oct 2012 04:29 PM PDT Pemandangan dari luar Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat. Nasib 464 murid sekolah berkenaan masih belum dapat dipastikan. Dalam pada itu, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan masih berusaha membuat rayuan manakala Pejabat Pelajaran Daerah mengakui tidak mempunyai kuasa untuk menahan sekolah itu daripada ditutup. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah memohon maaf kepada Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew (gambar) berkaitan tuduhannya yang mendapat Ronnie menyekat usaha menutup premis pelacuran.
Pilihanraya Umum Ke 13 dijangkakan akan di adakan pada bulan Mac 2013. Ini berdasarkan kepada pindaan terhadap cuti sekolah penggal pertama tahun hadapan berbanding dengan tahun 2012 seperti yang disiarkan di atas.

KUALA LUMPUR: Umno bolehlah berpesta habis-habisan apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek makin ganas mengutuk Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).
Ketua menteri Pulau Pinang itu mendakwa, AES (pemasangan kamera

Menurut Anwar, Datuk Seri Najib Razak tergamak menghadiri pembukaan mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu lalu tetapi hanya membungkam apabila kenyataan timbalan pengerusi sayap wanita parti itu disokong presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.
"Bercakap soal moral, saksi dia Datuk Najib. Saya ingat ini sudah keterlaluan," kata Anwar sinis.
Turut sama membidas kenyataan MCA pada majlis ceramah semalam adalah MP Petaling jaya Utara, Tony Pua yang berkata Umno sebagai rakan MCA dalam BN hanya mendiamkan diri dalam perkara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan