Selasa, 23 Oktober 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Khir Toyo: Tiada Salah Mengakui Kesilapan

Posted: 23 Oct 2012 06:53 AM PDT


1. Saya tahu bahawa ramai rakan-rakan yang tidak berpuas hati dengan tindakan saya meminta maaf kepada Y.B. Ronnie Liu dalam kes saman malu beliau ke atas saya. Ada yang berpendapat tindakan saya memohon maaf kepada Ronnie merupakan tindakan bacul dan akan menjejaskan UMNO.

2. Bagi saya jika kita bersalah kita harus bersedia meminta maaf. Justeru itu saya tidak segan silu untuk merekodkan pengakuan permohonan maaf saya dalam mahkamah. Ini berikutan tujuan asal saya hanyalah mempersoalkan potfolio beliau menjaga Pihak Berkuasa Tempatan kerana terdapat aduan ke atas beliau kerana menghalang penguatkuasa PBT menjalankan tugas.

3. Bagaimanapun kenyataan-kenyataan dalam sidang akhbar tersebut telah membawa tafsiran yang lebih besar apabila akhbar China Press melaporkan seolah-olah Ronnie Liu terbabit dalam aktiviti pelacuran. Atas sebab inilah saya memohon maaf kepada beliau kerana saya tiada bukti atau fakta yang jelas menyatakan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan aktiviti pelacuran. Malahan sehingga kini, Ronnie belum disabitkan atas kesalahan menghalang tugas penguatkuasa. Ini menjadikan laporan akhbar mengenai kenyataan-kenyataan saya sungguhpun ada asas (berasaskan laporan Polis) tidak dapat disahkan sebagai fakta yang benar.

4. Saya dapati ada laporan yang tidak tepat mengenai permohonan maaf saya di Mahkamah Tinggi pagi tadi. Untuk rekod berikut ialah sebahagian teks permohonan maaf saya (dipetik semula dari Malaysiakini.com), "

In the article, I had implied that Liu had obstructed the officers of the Subang Jaya Municipal Council and the police in closing down a hotel in Puchong which I insinuated was a centre for prostitution activities.

"I apologise to Liu for further insinuating that he was involved in such activities, which is totally untrue. I deeply regret for causing Liu severe distress as a result of the publication of the said article and hereby retract all statements made against him and apologise unconditionally.

5. Ada yang meminta saya meneruskan perbicaraan dan menyerahkan kepada Mahkamah untuk membuat keputusan, dan orang ramai untuk membuat penilaian. Namun saya berpendapat cukuplah dengan apa yang telah berlaku. Memohon maaf bukan sahaja memberi ruang hubungan baik sesama Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi juga membuka ruang demokrasi yang lebih matang.

6. Menjadi mangsa kepada banyak tohmahan, tuduhan dan fitnah saya menyedari bahawa memanjangkan isu-isu yang tiada bukti nyata ini hanya memberi kesan yang sangat mendalam kepada ahli keluarga mereka yang terbabit.

7. Dalam keadaan inilah, saya fikir permohonan maaf ini sangat tepat pada masanya. Saya percaya permohonan maaf ini tidak memberi kesan kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana saya bukan lagi pemimpin UMNO negeri.

8. Apa pun pendapat kita, perbuatan memohon maaf dan mencari penyelesaian dalam pertikaian amat digalakkan dalam agama Islam. Saya berharap perkara ini dilihat dari sudut yang positif. Benarlah pesan orang tua saya, memohon maaf bukanlah satu perkara mudah untuk dilakukan. Malah ia memerlukan kekuatan dan keberanian untuk menjayakannya.

http://www.drkhir.com/2012/10/tiada-salah-mengakui-kesilapan.html

Penjelasan Dari Setiausaha Politik MB Kedah Dalam Pelbagai Isu

Posted: 23 Oct 2012 04:23 AM PDT


 
http://www.facebook.com/muhammadsanusi.mdnor

PBS membebankan bebankan guru

Posted: 23 Oct 2012 02:59 AM PDT




Pentaksiran Berasaskan Sekolah sangat membebankan guru. Saya tidak mampu menyiapkan kerja-kerja pbs seperti (membina instrumen(soalan) sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak dan sorting dan key-in ke dlm sistem) di mana melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan. masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dlm sistem. (160 X 216 = 34560 data) bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya. Sistem sedia ada pula tidak user friendly dan kerapkali menghadapi internal error.

Saya amat berharap instrumen(soalan) dapat dikurangkan supaya guru dapat mengajar secara efektif dan mengelakkan murid berasa jemu. Selain itu, deskriptor(kehendak lembaga peperiksaan) untuk membina soalan subjek sangat susah untuk difahami. Saya menghadapi masalah untuk membina instrumen bagi band 4, 5 dan 6. Saya berharap PBS dapat dikaji semula agar guru dapat memberi fokus kpd pengajaran dan mendidik kerana itulah kerja guru yang sebenar. Terus terang guru tidak dapat fokus kpd pengajaran kerana mengejar masa untuk menyiapkan PBS berdasarkan kehendak lembaga peperiksaan.

shakira hamdan

Cukai Rokok dan AES Cara Pantas Jana Hasil

Posted: 22 Oct 2012 11:42 PM PDT


A Kadir Jasin

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRLsA8BgY9RvvhlDXR8BG7QX9P2nUYCzhBUmLtO1gFESO-E7O6CwDFsdnB-UnBM22HisM4YHS6ny5wof5Hc7cHfxR-VkW6aJ15718_y7-mX82kAjhictzMGPxkkTUpgNnSCe4Kc4e6P3o/s1600/dt1-1.JPG

SAYA merokok ikut-ikutan selama dua tahun apabila mula bekerja pada tahun 1969. Selepas itu berhenti terus. Saya nasihati orang yang rapat dengan saya jangan merokok, berhenti merokok atau kalau tak tahan sangat, cuba kurangkan merokok.

Saya benci sikap penghisap rokok yang tidak bertanggungjawab dan tidak sopan. Mereka tidak peduli orang yang tidak merokok. Mereka buang puntung rokok yang masih menyala sesuka hati. Pengotor.

Jadi, saya sepatutnya mengalu-alukan kenaikan tiba-tiba harga rokok dan tembakau mulai 22 Oktober yang diumumkan oleh syarikat pengeluar rokok dengan persetujuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia), pengeluar terbesar, menaikkan harga semua produk sebanyak 20 sen. Ia berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 18 Oktober mengenai kebenaran menaikkan harga kilang rokoknya antara 26 peratus hingga 58 peratus bermula Jumaat 19 Oktober.

Saya terus mengalu-alukan usaha mengurangkan tabiat yang merosakkan kesihatan itu, tetapi langkah menaikkan cukai melalui kenaikan harga itu "menceritakan" sikap kerajaan, khasnya Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak selain kemungkinan bahawa Perbendaharaan memerlukan pendapat segera.

Lazimnya, pengumuman kenaikan cukai rokok dan arak dibuat ketika pembentangan belanjawan negara. Tetapi, Mohd Najib tidak melakukannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 September lalu.

Jadi, kenapa agaknya beliau berbuat begitu? Saya hanya berani dan boleh membuat andaian. Yang terlintas dalam fikiran adalah Mohd Najib mahu membentangkan belanjawan pilihan raya yang menyenangkan semua orang dan pihak. Beliau sendiri tidak menaikkan cukai rokok sebab beliau tahu banyak pengundi adalah perokok.

Tetapi, kenapa selepas 20 hari cukai rokok dinaikkan secara tidak langsung melalui kebenaran kenaikan harga oleh Kastam dan Eksais? Perokok lagi marah kerana mereka berasa tertipu. Dalam Belanjawan tak naik, tapi melalui prosedur Kastam dan Eksais naik.

Ada dua kemungkinan. Pertama, kerajaan memang hendak menaikkan harga dan cukai rokok, tetapi bukan melalui pengumuman Belanjawan. Kedua, Perbendaharaan kekurangan wang atau kehabisan wang untuk tahun semasa (2012).

Dan ketiga, dengan membenarkan kenaikan harga dan dengan itu kenaikan cukai di luar Belanjawan, kerajaan boleh memungut cukai serta-merta. Kalau dibuat melalui Belanjawan, ia hanya boleh dilaksanakan apabila Belanjawan diluluskan oleh Parlimen, diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan arahan-arahan kewangan tertentu dikeluarkan.

Perbendaharaan Kesuntukan Duit?

Melihatkan kenaikan pintu belakang cukai rokok dan betapa cepatnya Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcment System- AES) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaksanakan serta saman dikeluarkan, nampaknya Perbendaharaan mungkin kesuntukan wang atau kekeringan wang untuk tahun semasa.

Saya dapat merasakan kemungkinan bahawa Perbendaharaan mengalami kesuntukan wang setelah secara kebetulan, bercakap dengan tiga orang bekas Menteri Kewangan, yang semua bimbang dengan kedudukan kewangan kerajaan.
Hari ini, dalam akhbar The Star tersiar surat Mohd Zakry Omar, Ketua Unit Perhubungan Korporat dan Awam, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia bertajuk "AES Cameras Smart Enough" (kepintaran kamera AES memadai" dalam ruangan surat pembaca.

Setelah melihat saman yang dikeluarkan berikutan pelaksanaan AES, saya kurang yakin dengan kenyataan beliau. Sebaliknya, saya rasa sistem itu "is not smart enough" (tidak cukup pintar) apatah lagi meyakinkan.

Gambar yang disertakan hanya mempamerkan bahagian hadapan kenderaan dengan pelat nombornya sahaja. Gambar seperti itu boleh diambil di mana-mana pun. Kamera yang dikatakan pintar itu tidak mempamerkan dalam gambar tempat tangkapan, waktu dan tarikh tangkapan dan kelajuan (dalam kes melanggar had laju). (Lihat Gambar).


Kalau inilah hasil kamera AES, saya rasa kamera digital RM500 lebih "smart" kerana boleh pamerkan banyak maklumat atas gambar.

Terima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana membangkitkan ketidaksenangan dan keraguan umum terhadap sistem ini. Daripada apa yang saya lihat, sistem itu bukan sahaja tidak meyakinkan, tetapi kesilapan boleh berlaku ketika menulis saman kerana bukti bergambar seperti yang saya sebutkan di atas tidak ada atau tidak disertakan.

Tetapi, seperti lampu isyarat yang dipasang di tempat-tempat yang tidak diperlukan dan tidak dinyalakan, kemungkinan berlaku pakatan dan persekongkolan antara pembekal sistem dengan pembeli (JPJ) tidak boleh ditolak bulat-bulat.

Namun begitu, jelaslah sistem ini boleh menjana hasil yang lumayan dan "cost effective" kepada Perbendaharaan berbanding tangkapan laju dan sekatan jalan raya oleh pihak polis. AES tidak memerlukan tenaga manusia, tidak tidur malam dan beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Wallahualam

Najib penakut, tak berani tegur MCA hina Islam – Anwar

Posted: 22 Oct 2012 08:49 PM PDT



(Oleh Aedi Asri)

WANGSA MAJU 23 Oktober: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak penakut untuk menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Chua Soi Lek begitu biadap serang Islam (tetapi) Najib cuma duduk senyum sahaja, (malah) beliau langsung tak suarakan
bantahan dalam ucapannya selepas itu," kata Ketua Umum KEADILAN itu depan 3,500 rakyat pada Ceramah Perdana Demi Rakyat di tapak pasar malam Taman Melati, di sini malam tadi.

Soi Lek dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA Ahad lalu menyatakan 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika undang-undang Islam dilaksana.

Pemimpin MCA lain pula memfitnah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya beliau menggalakkan wanita bukan Islam dirogol.

Anwar berkata, tindakan berkenaan menunjukkan kegagalan Umno menjelaskan kefahaman Islam terhadap parti komponen BN dan tiada kesefahaman sesama mereka.

Tambah Ketua Pembangkang itu, ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang sentiasa mengadakan perbincangan jika berlaku salah faham.

"Ketika DAP buat kenyataan (dan timbul salah faham), saya undang semua pemimpin Pakatan Rakyat dan kita bincang.

"Dari pukul 8 hingga 12 tengah malam, kita bincang di ibu pejabat PAS untuk selesaikan (masalah) dan keluarkan kenyataan bersama," katanya.

Turut berucap Penyelaras KEADILAN Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin; bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dan artis tanah air yang juga Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.

Pemimpin Pakatan kecam MCA

Penghinaan MCA terhadap Islam turut mendapat pelbagai reaksi bantahan pimpinan Pakatan Rakyat.

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng membidas tindakan Soi Lek itu.

"Chua Soi Lek tidak patut hina agama lain. Lebih menghairankan Perdana Menteri langsung tidak tegur," katanya ketika dihubungi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S Manikumar mengingatkan pemimpin BN supaya mendalami sesuatu isu sebelum buat kenyataan.

"Sebelum buat kenyataan, elok fahami dulu. Jangan hina kerana ia merupakan satu cabang undang-undang Islam," tegasnya.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw memberi amaran kepada BN agar tidak mencampuri agama lain dan menganggap perbuatan itu tidak wajar.

"Tidak patut pemimpin MCA hina agama lain. Jangan sibuk dengan urusan agama orang lain," tempelaknya.

Ahli Jawatankuasa DAP, Datuk Teng Chang Kim kesal tindakan MCA, yang disifatkan beliau parti lama, tetapi tidak memahami Islam.

Main isu hudud politik sempit

Mengutuk sama kenyataan Soi Lek adalah Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.

Katanya, Soi Lek cuba mengalih perhatian rakyat daripada isu rasuah dengan memainkan isu hudud.

"Soi Lek banyak kali mempermainkan isu hudud demi politik sempit MCA tetapi memperlekehkan isu rasuah dan penyelewengan kerajaan Umno BN yang didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011," katanya dalam kenyataan.

Ramai Orang Bukan Islam Hormat Hudud, Bukan Seperti Chua Soi Seks

Posted: 22 Oct 2012 08:32 PM PDT

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/229934_456991481019872_43785938_n.jpg

Allahuakhbar!

Jika Anda Pengundi Dalam kawasan Ini, Anda Wajib Tolak YB Biadap!

Posted: 22 Oct 2012 06:24 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiefLR20-haHUUCD9Nv4N6f2i7LnX4vxMvNWjaY4dxijhs_j7xEbfpoEQTesND-U0JQ6mpNJRAoTKGv6WhdymegTprNm1GCwCww7SBbvnvn98irNhodE7J7td11pExvCMtqob1Pq8bUbEBi/s640/Kerusi2+MCA+yang+Wajib+Diboikot+oleh+Orang+Islam.jpg

parti mereka dengan sewenang-wenangnya hina hukum hakam allah

sungguh biadap!

Tiada ulasan: