Selasa, 23 Oktober 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


YUM SENG Untuk Chua Soi Lek dan Eng Seah Kie

Posted: 23 Oct 2012 10:48 AM PDT

 
Jom raikan kebiadapan mereka dengan menghadiakan mereka minuman di atas ini. Yum Seng ! Yuuuuuuuuuuum Seng!


Najib pun tak kata apa kerana kerana dia memang setuju mengenai apa yang mereka katakan itu.Eloklah bersama mereka - di dunia dan akhirat .... 

Najib, kamu pun seperti mereka...Paling Biadab!

Posted: 23 Oct 2012 03:08 AM PDT

Ini sudah melampau - Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie mendakwa mursyidul am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat.

Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang sebelum ini membuat kenyataan mendakwa 1.2 juta pekerjaan akan hilang apabila hukum hudud dilaksanakan turur mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.

Kenyataan-kenyataan sedemikian sebenarnya mempersenda-sendakan Islam itu sendiri.

Mana maruah Najib sebagai umat Islam? Sewaktu pimpinan MCA berucap menyerang Islam begitu biadap sekali Najib boleh duduk senyum.Dayus sungguh pemimpin Umno yang sering mendabik dada konon memperjuangkan Islam.Bila dia diberikan peluang untuk berucap, langsung tidak berani tegur pun!

Sedangkan seorang yang bukan Islam, Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Heng Seah Kie yang disokong Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

Kalau Heng Seah Kie dan Chua Soi Lek itu dianggap  "paling biadap", bagaimana pula PM Najib?

Apakah yang patut dikatakan terhadap Najib yang dilihat merestui sikap dan perbuatan dua manusia "paling biadap itu? Sehingga kini, Najib tidak berani memberikan apa-apa kenyataan mengenainya. Bersekongkollah tu!

Sedarlah wahai Najib, serangan biadap MCA itu bukan terhadap PAS tetapi sebenarnya terhadap Islam itu sendiri. Allah telah berfirmah dalam surah An-Nisaa, ayat 140 , maksudnya :

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam. 

Tiada ulasan: