DIALOG RAKYAT |
- Audit 2011: Kerajaan BN terus seleweng, membazir
- Umno tidak dakwah Chua Soi Lek isu hudud
- Kerajaan Kedah tangguh pelaksanaan AES
- 5 syarikat dicalon tindas pengguna
- Perkasa: Haram undi MCA
- Ana Dahlia nafi curang pada Chef Riz
- Motorsikal Tersangkut Di Bumbung, Cerita P.Ramlee Jadi Kenyataan - Wajib Tonton
- Orang Berak Tengah Jalan Tidak Akan Mengaku...
- 611 HILANG TEMPAT TINGGAL DI SEMPORNA
- BERTEMAN NYAMUK DI RUMAH ORANG TUA SABAH
- VIDEO - NAN YAAKOB MENCABAR ORANG ASLI BERGADUH
- 18,009 Pemilih DUN Taman Templer Tidak Ada Alamat Lengkap - SPR
- Pemilik Banglo Runtuh Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang
- Skandal Musa calar visi Najib
- Dakwaan Tawas akan bankrap tidak benar
- Konkrit banglo diubah suai runtuh, satu maut 5 selamat
- Denda RM40,000 tidak jejas semangat Kelantan
- Muslihat Najib Altantuya Ke Lumut Terbongkar?
- SWP tanding semua kerusi PRS
- Pembangkang turut dapat sumbangan politik
- Pemaju jual rumah kos sederhana lebih tinggi
Audit 2011: Kerajaan BN terus seleweng, membazir Posted: 19 Oct 2012 02:57 AM PDT
Laporan Audit 2011 sekali lagi mendedahkan berlakunya penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang berterusan berlaku di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Saban tahun laporan audit dikeluarkan dengan beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan di dalam tadbir urus kewangan, namun ianya terus berlaku seolah-olah ia tidak diambil berat oleh kerajaan. Ini menunjukkan sikap sebenar kerajaan yang tidak bersungguh-sungguh untuk melakukan perubahan dan penbambahbaikan. Apa yang dibimbangi laporan audit yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara hanya sekadar untuk memenuhi kewajipan sebagai sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawab mengaudit perbelanjaan kerajaan semata-mata dan hanya untuk melengkapkan Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 yang menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti Kementerian/Jabatan serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen. Laporan audit dijalankan melalui 4 jenis pengauditan, antaranya :- Pengauditan Penyata Kewangan - untuk memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun berkenaan menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Pengauditan Pematuhan - untuk menilai sama ada pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan Persekutuan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan. Pengauditan Prestasi - untuk menilai sama ada sesuatu aktiviti Kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif/matlamat yang ditetapkan. Pengauditan Pengurusan Syarikat Kerajaan - untuk menilai sama ada pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan dengan teratur. Persoalannya, adakah kerajaan dan Jabatan Audit Negara hanya berselindung di sebalik kaedah pengauditan dan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka telah menjalankan pengauditan secara professional dengan menggunakan kaedah yang betul tetapi dalam masa yang sama, ada perkara-perkara yang menimbulkan banyak keraguan terutama projek-projek yang tidak dinyatakan di dalam laporan audit tersebut. Amat wajar rakyat meneliti beberapa intisari kepada laporan audit 2011 yang jelas menunjukkan berlakunya beberapa perkara yang membimbangkan tentang gejala penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Apa yang pasti disebalik perkara tersebut akan menguntungkan sesetengah pihak yang tertentu dan membebankan negara dengan perbelanjaan yang tidak sepatutnya berlaku. Intisari laporan yang boleh diteliti melalui beberapa Kementerian dan agensinya,antaranya ; KEMENTERIAN PENGANGKUTAN Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Ipoh Ke Padang Besar Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya. Antara kelemahan tersebut ialah: i. dua lanjutan masa selama 669 hari telah meningkatkan kos keseluruhan projek dengan kenaikan yuran perunding; ii. pihak Audit tidak dapat menentukan sama ada bayaran yuran khidmat nasihat kewangan berjumlah RM1.06 juta kepada CIMB Investment Bank Bhd. dan Maybank Investment Bhd. adalah pada kadar yang kompetitif kerana Kementerian Pengangkutan (Kementerian) tidak mengeluarkan tawaran kepada bank-bank lain; iii. kelewatan dalam pengambilan tanah di antara 82 hingga 1,227 hari; iv. pelantikan kontraktor tidak secara pembidaan kompetitif; v. syarat kontrak yang tidak menjamin kepentingan Kerajaan; dan vi. kerja pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti. KEMENTERIAN PELANCONGAN Pengurusan Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan Objektif program penyediaan/peningkatan kemudahan pelancongan adalah untuk menyedia dan menambahkan lagi kemudahan asas/infrastruktur pelancongan serta membaik pulih dan menaik taraf kemudahan pelancongan. Kementerian Pelancongan Malaysia (Kementerian) telah diperuntukkan sejumlah RM795.15 juta dibawah RMKe-9 dan PRE. Jumlah peruntukan ini adalah untuk melaksanakan 846 projek infrastruktur dan penyenggaraan, di mana ia meliputi sejumlah RM548.81 juta untuk 210 projek pembinaan infrastruktur dan sejumlah RM246.33 juta untuk 636 projek penyenggaraan. Setakat bulan Disember 2011 sejumlah RM772.41 juta (97.1%) telah dibelanjakan. Pada keseluruhannya pengauditan yang dijalankan mendapati bilangan projek yang dilaksanakan adalah memuaskan di mana sebanyak 742 (87.7%) daripada 846 projek telah disiapkan. Bagaimanapun, daripada sampel projek yang diaudit terdapat kelemahan seperti berikut: i.bayaran telah dibuat untuk kerja pembinaan/bekalan yang tidak dilaksanakan/dibekalkan; KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Perolehan Peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) Di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional Kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM76.83 juta di bawah RMKe-9 bagi tujuan perolehan peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV). Perolehan 1,293 item peralatan berjumlah RM63.02 juta telah diuruskan secara tender terbuka yang melibatkan 14 syarikat. Baki peruntukan berjumlah RM13.81 juta pula disalurkan kepada 85 Sekolah Menengah Teknik (SMT)/Sekolah Menengah Vokasional (SMV) untuk tujuan perolehan secara sebut harga atau/dan pembelian terus. Pengauditan yang dijalankan mendapati pada umumnya perolehan peralatan MPAV adalah memuaskan. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan seperti berikut: i. satu syarikat masih gagal membekalkan 2 jenis peralatan bernilai RM1.50 juta; ii. sebanyak 139 unit peralatan bernilai RM2.21 juta tidak mengikut spesifikasi; iii. sebanyak 30 unit peralatan bernilai RM337,077 telah dibayar sebelum diuji lari; iv. tuntutan yang meragukan untuk bekalan peralatan MPAV bernilai RM1 juta; v. sebanyak 2,447 unit peralatan bernilai RM7.39 juta masih belum/tidak digunakan sehingga tarikh lawatan Audit; dan vi. pemantauan secara fizikal yang dilaksanakan sama ada di peringkat Kementerian atau negeri tidak disokong dengan laporan mengenainya. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Projek Pembinaan Hospital Kluang, Johor Kementerian Kesihatan Malaysia (Kementerian) telah menandatangani perjanjian projek pembinaan Hospital Kluang, Johor berkapasiti 256 unit katil dengan Kluang Health Care Sdn. Bhd. (Kluang HC) bagi menggantikan hospital sedia ada. Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina. Ketua Setiausaha Kementerian telah bertindak sebagai Pengarah Projek manakala Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan dilantik sebagai Wakil Pengarah Projek. Projek ini telah siap dibina pada 12 Oktober 2011 dan mula beroperasi pada 30 Disember 2011. Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek pembinaan Hospital Kluang adalah kurang memuaskan. Terdapat beberapa kelemahan yang ditemui seperti berikut: i. pelantikan perunding yang tidak teratur sehingga mengambil masa 66 bulan; ii. yuran profesional perunding terlebih dinyatakan sejumlah RM0.74 juta dan RM0.62 juta telah dibayar; iii. bayaran perunding sejumlah RM0.75 juta dibayar sebelum kontrak ditandatangani; iv. asas kelulusan bagi Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) 2 dan EOT 3 adalah diragui; v. kerja pembinaan yang berkualiti rendah; vi. perolehan 385 peralatan import bernilai RM11.64 juta telah dibuat tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri walaupun nilai perolehan yang diimport melebihi RM50,000; dan vii. sebanyak 158 unit kuarters yang siap dibina masih belum diduduki oleh kakitangan hospital. Pihak Audit mengesyorkan Kementerian mempertimbangkan tindakan seperti berikut: i. mempertimbangkan tindakan terhadap pegawai yang memperakukan dan meluluskan bayaran kepada perunding sebelum perjanjian ditandatangani; ii. memantau kerja kontraktor dan memastikan kerja yang tidak mengikut spesifikasi, tidak sesuai dan belum dilaksanakan dapat dibuat dengan segera agar hospital baru dapat beroperasi secara maksimum. Tindakan juga perlu diambil terhadap kontraktor sekiranya gagal melaksanakan kerja tersebut; dan iii. tawaran perlu dibuka kepada agensi Kerajaan yang lain sekiranya pegawai di hospital tidak berminat mendiami kuarters tersebut bagi mengelakkan pembaziran. KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA Pengurusan Pembinaan Dan Perolehan Peralatan Pembelajaran Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Setakat tahun 2011, Kementerian Sumber Manusia (Kementerian) telah membina 8 Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di seluruh Malaysia termasuk 4 yang baru siap dibina pada tahun 2009 hingga 2011. Bagi perolehan peralatan pembelajaran, di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) sejumlah RM228 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan dan perolehan dibuat secara rundingan terus. Pengauditan yang dijalankan mendapati secara amnya prestasi pembinaan 4 ADTEC iaitu Taiping,Kemaman, Bintulu dan Jerantut adalah memuaskan. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang boleh menjejaskan objektif pembinaannya seperti berikut: i. empat ADTEC tidak dapat disiapkan dalam tempoh kontrak asal dan telah diluluskan antara satu hingga 6 lanjutan masa melibatkan tempoh antara 90 hingga 706 hari. ADTEC Jerantut mengalami kelewatan yang paling lama iaitu sehingga 706 hari (23 bulan); ii. prestasi perolehan peralatan pembelajaran adalah kurang memuaskan kerana kelewatan melaksanakan proses rundingan harga mengakibatkan peralatan pembelajaran tidak dapat dibekalkan sebaik sahaja bangunan disiapkan; dan iii. terdapat kerja yang tidak mematuhi spesifikasi/tidak berkualiti/tidak sesuai. Namun begitu, Kementerian telah memberikan komitmen untuk memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan di mana tindakan segera telah diambil terhadap beberapa kelemahan/ kecacatan kerja yang dilaporkan. Pihak Audit mengesyorkan pihak terlibat mengambil tindakan seperti berikut: i. Jabatan Tenaga Manusia (JTM) perlu mempercepatkan proses perolehan peralatan pembelajaran bagi memastikan kemasukan pelajar dapat dibuat mengikut perancangan asal serta keupayaan serta kapasiti bangunan dapat diuji bersama-sama dengan peralatan pembelajaran sebelum berakhirnya Tempoh Tanggungan Kecacatan. Bagaimanapun, JTM juga bertanggungjawab untuk memastikan proses perolehan peralatan pembelajaran dibuat dengan teratur bagi mengelakkan Kerajaan mengalami kerugian; ii. Kementerian/JKR hendaklah menyenaraihitamkan kontraktor/ konsultan yang gagal melaksanakan kerja pembinaan mengikut syarat kontrak KEMENTERIAN PERTAHANAN Kemudahan Rumah Keluarga Anggota Tentera Bagi Angkatan Tentera Malaysia Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya prestasi pembinaan bagi 12 projek Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT) yang dibina dalam RMKe-9 dan pengurusan RKAT yang diaudit adalah kurang memuaskan. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut: i. kontraktor gagal menyiapkan projek dalam tempoh kontrak asal dan diberi lanjutan masa antara 94 hingga 1,240 hari; ii. projek RKAT yang telah siap mempunyai bilangan kecacatan pembinaan dan kerosakan yang tinggi dan kontraktor gagal membaikinya dalam tempoh tanggungan kecacatan; iii. peningkatan kos projek RM174.43 juta (15.5%) kepada RM1,297.18 juta berbanding kos kontrak asal berjumlah RM1,122.75 juta; iv. kelemahan dalam pengurusan kemudahan RKAT yang disediakan seperti RKAT tidak diduduki sepenuhnya, kualiti perabot yang rendah dan tahap kepuasan penghuni terhadap kemudahan RKAT adalah kurang memuaskan; dan v. pentadbiran kontrak dan pengurusan penyenggaraan yang kurang memuaskan. RAHSIA Pihak Audit mengesyorkan supaya Kementerian mengambil tindakan seperti berikut: i. memastikan kontraktor yang dilantik bagi kerja-kerja pembinaan dan penyediaan kemudahan RKAT adalah berkelayakan dan berwibawa; ii. membuat pemeriksaan dan memastikan kontraktor membaiki kerosakan/kecacatan yang ditemui dengan segera sebelum memulangkan Bon Pelaksanaan atau sebelum Tempoh Tanggungan Kecacatan tamat. Pelarasan harga projek bagi kerja-kerja yang tidak disempurnakan oleh kontraktor hendaklah dibuat; iii. melaksanakan pengurusan nilai bagi semua projek yang bernilai RM50 juta untuk mendapat value for money dalam perbelanjaannya; iv. memastikan kesemua unit RKAT sedia ada digunakan secara optimum dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengisi RKAT yang masih kosong dan memperbaiki unit RKAT yang rosak; dan v. memastikan klausa kontrak dikuatkuasakan bagi menjamin kepentingan Kerajaan serta mengelakkan implikasi kewangan yang akan merugikan Kerajaan. KEMENTERIAN DALAM NEGERI Polis DiRaja Malaysia Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah Projek Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah adalah memuaskan di mana ia telah dapat disiapkan dan berjaya mencapai objektif pembinaannya. Namun begitu, terdapat kelemahan seperti berikut: i. projek mengambil masa selama 2 tahun 5 bulan untuk dimulakan daripada tempoh projek diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 12 Ogos 2002 sehingga ke tarikh sebenar pemilikan tapak; ii. projek lewat disiapkan dari tarikh asal projek sepatutnya siap di mana 2 lanjutan masa selama 299 hari telah diluluskan (Fasa I) dan 3 lanjutan masa selama 528 hari telah diluluskan (Fasa II); iii. terdapat reka bentuk/spesifikasi yang tidak sesuai serta terdapat kerja pembinaan yang tidak memuaskan/tidak siap; dan iv. Kementerian tidak merancang dan menyediakan kontrak perkhidmatan pembersihan bagi kawasan pembinaan setelah projek diserahkan kepada pengguna. Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dan juga memastikan perkara yang sama tidak berulang dalam pelaksanaan projek yang lain, pihak Audit mengesyorkan pihak yang terlibat melaksanakan perkara seperti berikut: i. Kementerian/Kementerian Kewangan perlu mengambil tindakan segera terhadap permasalahan yang wujud di peringkat perancangan dan pelaksanaan projek. Ini bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan objektifnya dapat direalisasikan mengikut perancangan. Ia juga bagi memastikan Kontraktor tidak terjejas dengan sebarang keputusan yang tertangguh oleh pihak Kerajaan yang memberi kesan kepada pematuhan Kontraktor terhadap jadual pelaksanaan projek yang ditetapkan;RAHSIA ii. Kementerian perlu memastikan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan diperolehi sebelum sesuatu kerja pembinaan ditawarkan; iii. Kementerian perlu mengambil tindakan terhadap perunding yang gagal mengambil kira keperluan tertentu semasa menyediakan reka bentuk bangunan yang menyebabkan ketidakselesaan dan kesusahan berpanjangan kepada pengguna dengan menyenaraihitamkan perunding berkenaan daripada mengambil bahagian dalam manamana projek pembinaan Kerajaan di masa hadapan; iv. Kementerian melalui perunding yang dilantik perlu memastikan kerja yang dilaksanakan oleh Kontraktor mematuhi spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan bagi menjamin kualiti pembinaan; Pihak Jabatan Audit Negara turut menunjukkan bukti penyalahgunaan kuasa,penyelewangan dan pembaziran melalui penemuan-penemuan audit yang telah dilaporkan di dalam Laporan Maklum Balas Aktiviti Badan Berkanun. Penemuan audit yang perlu diberi perhatian antaranya : Suruhanjaya Koperasi Malaysia Pelantikan Konsultan Progam TUKAR Semakan Audit mendapati pelantikan konsultan dan pembekal program TUKAR telah diuruskan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM dengan melantik sebuah syarikat secara lantikan terus. Bagaimanapun, tiada surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk pelantikan ini. Selain itu, SKM tidak mengeluarkan surat tawaran pelantikan konsultan dan pembekal program TUKAR kepada syarikat tersebut. Pelantikan ini hanya dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah SKM pada Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada 30 Mei 2011. Syarikat ini telah melaksanakan pengubahsuaian kedai runcit, bekalan peralatan dan P.O.S System kepada 111 koperasi yang terlibat dengan program TUKAR dengan jumlah peruntukan RM5.40 juta. Sehingga bulan Mei 2012, SKM telah membayar balik tuntutan pembekalan sejumlah RM5.41 juta kepada syarikat itu dengan menggunakan peruntukan RMKe-10 berjumlah RM3.05 juta dan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi berjumlah RM2.36 juta. Pada pendapat Audit, SKM perlu memastikan setiap perolehan bekalan atau perkhidmatan dilakukan hendaklah mengikut tatacara perolehan yang telah ditetapkan. Kelulusan bertulis daripada Kementerian Kewangan perlu diperoleh bagi pengecualian terhadap peraturan yang berkenaan. Ini adalah untuk memastikan semua perolehan mematuhi peraturan serta mengelakkan ketidakpatuhan dalam proses perolehan. SKM memaklumkan permohonan kelulusan khas dan perolehan secara runding terus telah dikemukakan pada 5 Jun 2012. SKM telah menerima kelulusan khas perolehan secara rundingan terus dari Kementerian Kewangan bagi perkhidmatan/bekalan program pemodenan kedai runcit koperasi untuk pembayaran kepada Felda Trading Sdn. Bhd. pada 2 Julai 2012 bagi tempoh selama 5 tahun mulai tahun 2011 hingga 2015. SKM telah mengeluarkan surat tawaran perlantikan konsultan dan pembekal melalui surat bertarikh 27 Januari 2012. Amat wajar perkara ini diberi perhatian kerana dilihat ada unsur penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa telah berlaku melalui pelantikan Konsultan tersebut. Amalan tatacara yang tidak mengikut prosedur seperti ini tidak harus dibiarkan berterusan kerana ia akan membawa kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa. Di dalam laporan Maklum Balas tersebut banyak teguran yang telah dibuat oleh pihak audit terhadap Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM terutama melibatkan beberapa perkara lain yang berkaitan tatacara pelantikan konsultan. Lembaga Getah Malaysia LGM Penemuan audit banyak berkaitan dengan pembelian peralatan yang kategorikan belum digunakan, tidak digunakan dan tidak digunakan sepenuhnya. Terdapat beberapa kes yang seumpama itu di dalam penemuan audit berkaitan dengan Lembaga Getah Malaysia, antaranya : Contoh peralatan yang belum digunakan : Lawatan Audit 19 Disember 2011 mendapati 6 jenis peralatan berjumlah RM5.22 juta masih belum dipasang dan telah disimpan di premis pembekal dan pihak yang dilantik olehnya. Semakan lanjut mendapati tiada surat atau perjanjian yang menyatakan pembekal dan pihak yang dilantik olehnya boleh menyimpan komponen peralatan tersebut bagi pihak LGM. Contoh peraltan yang tidak digunakan : Peralatan 13L dan 100L Fermenters telah diterima oleh LGM pada bulan Disember 2008. Lawatan Audit pada bulan November dan Disember 2011 mendapati peralatan ini telah siap dipasang sepenuhnya tetapi tidak digunakan. Tempoh peralatan tidak digunakan selama 36 bulan kerana masih belum ada keperluan bagi tujuan penyelidikan menyebabkan objektif pembelian peralatan tidak tercapai. Contoh peralatan yang tidak digunakan sepenuhnya: Lawatan Audit pada bulan November dan Disember 2011 mendapati peralatan berjumlah RM1.71 juta telah dipasang tetapi tidak digunakan sepenuhnya sebagaimana objektif pembelian. Peralatan ini hanya dapat digunakan untuk mengujilari Profile Product dan Surface Product. Perkara ini disebabkan komponen peralatan iaitu Cooling dan Cutter Line belum dibeli untuk menghasilkan produk. Semakan Audit mendapati komponen peralatan ini tidak dimasukkan dalam spesifikasi pembelian Cold Feed Extruder. Mengikut Minit Mesyuarat Ringkasan Projek Pembangunan RMKe-9, peruntukan yang tidak mencukupi menyebabkan pembelian komponen peralatan terpaksa ditangguhkan. Laporan audit 2011 telah menggunakan beberapa perkataan seperti; "kurang memuaskan", "kelemahan", "beberapa kelemahan", "tidak digunakan", "belum digunakan" dan "tidak digunakan sepenuhnya". Penggunaan perkataan tersebut telah mendedahkan wujudnya penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran. Ini adalah sebahagian daripada penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional,terdapat banyak lagi penemuan-penemuan yang ditunjukkan di dalam Laporan Audit 2011. Semua penemuan ini jelas menunjukkan salah urus dalam pentadbiran dan perbelanjaan kerajaan dan agensi di bawahnya. Ini jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang banyak sehingga mencecah berbillion ringgit. Rakyat mesti berazam untuk menghukum kerajaan dalam PRU 13 nanti, kerajaan yang sanggup berbelanja besar dan membazir demi kepentingan mereka dan kelompok tertentu bukan untuk rakyat. Penyalahgunaan kuasa,penyelewangan dan pembaziran tersebut sekaligus akan meningkatkan kadar hutang negara. Ini akan menyebabkan rakyat terus dibebani dengan hutangh Negara yang tidak berkesudahan. Disediakan oleh Majlis Penyelidikan, Dewan Ulamak PAS Pusat. | |||||||
Umno tidak dakwah Chua Soi Lek isu hudud Posted: 19 Oct 2012 02:51 AM PDT
"Walaupun setelah berpuluh tahun Umno berpakat dengan parti bukan Islam untuk memerintah Malaysia, mereka masih gagal memberi penjelasan tentang Islam yang sebenarnya kepada rakan-rakan politik mereka di kalangan bukan Islam," kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin A. Razali (gambar). Katanya, kenyataan terkini Presiden MCA, Chua Soi Lek dalam satu video blog mendakwa jika hudud dilaksanakan di negara ini, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja adalah satu lagi bukti kegagalan Umno menyampaikan dakwah Islam. Hal ini, ujarnya sangat berbeza dengan PAS yang menjadikan Pakatan Rakyat sebagai medium menyampaikan kebaikan Islam dan perundangan Islam kepada bukan Islam. Beliau berkata, hasilnya dalam tempoh 4 tahun kebelakangan ini tidak sedikit pemimpin bukan Islam dalam DAP dan PKR mula bersikap mesra hukum dan perundangan Islam. "Keadaan ini membuktikan bahawa Tahaaluf Siyasi yang digagaskan oleh PAS telah berjaya mencapai sebahagian matlamatnya iaitu memperkenalkan Islam kepada bukan Islam. "Insya Allah sekiranya rakyat memberi mandat kepada PAS menggantikan Umno dakwah Islam akan lebih lancar di negara Malaysia tercinta ini," ujarnya dalam satu kenyataan. | |||||||
Kerajaan Kedah tangguh pelaksanaan AES Posted: 19 Oct 2012 02:49 AM PDT
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kedah mengambil pendirian menggunakan kuasa negeri untuk menangguhkan sementara pelaksanaan Sistem Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) hingga taklimat dan kajian dibuat ke atas sistem itu. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi, keputusan itu dibuat setelah mendengar keluhan rakyat yang tertekan dengan pelaksanaan sistem AES oleh Kerajaan Pusat. Bercakap kepada Harakahdaily, Phahrolrazi menegaskan, denda dan kaedah yang digunakan dalam sistem AES ini amat membebankan rakyat. "Rakyat merungut, rakyat tertekan dengan sistem ini.Kita ambil pendirian sama dengan negeri Pakatan Rakyat yang lain untuk tangguh hingga penjelasan membabitkan agensi berkaitan dibuat, dan kajian dilaksanakan," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor. Malahan pula kata beliau, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih tidak meluluskan lagi penggunaan atau pemasangan AES di kawasan membabitkan hak PBT di sana. Ditanya samada keputusan itu adalan keputusan bersama pimpinan kerajaan Negeri Kedah, beliau memaklumkan ianya telah dibincang di peringkat PAS Negeri dan makluman kepada Pesuruhjaya, Dato' Seri Azizan Razak selaku Menteri Besar Kedah. "Kita tunggu taklimat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); Kementerian Pengangkutan dan dua syarikat terbabit dalam AES ini," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah. Mengulas keputusan itu, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pula menyokong penuh pengumuman itu memandangkan rakyat menolak pelaksanaan kamera AES yang dikatakan akan mengkayakan kroni. Kata beliau lagi, sistem tersebut hanyalah sebagai sandaran pemimpin BN untuk mendapat laba hasil kontrak yang bernilai RM717 juta tidak termasuk saman yang dikenakan ke atas pengguna jalan raya. "Ini kaedah mereka nak ragut wang rakyat, nak bagi kepada kroni.Sebab itu kita di Kedah tidak mahu ia diteruskan," katanya. Sementara itu Pengguna Lebuhraya Lembah Klang (SKVE) mendesak kerajaan mengalihkan kamera AES daripada laluan Hospital Serdang ke lokasi lain yang lebih sesuai. Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Serdang, Mohd Sharifudin Johan berkata, kerajaan perlu mengkaji semula pemilihan lokasi dan had laju bersesuaian untuk pelaksanaan sistem itu. "Dalam keadaan kecemasan terutamanya membawa pesakit ke hospital kelajuan 80 kilometer sejam adalah tidak wajar. Kami minta kerajaan mengkaji semula pelaksanaan sistem ini di lokasi bersesuaian," katanya dalam satu laporan akhbar tempatan. Pelaksanaan AES sejak dua minggu lalu mendapat reaksi negatif daripada pengguna jalan raya berhubung lokasi alat tersebut tidak relevan dengan situasi jalan raya. | |||||||
5 syarikat dicalon tindas pengguna Posted: 19 Oct 2012 02:46 AM PDT Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menamakan rangkaian kedai kopi Starbucks sebagai calon untuk Anugerah Organisasi Tiada Kemanusiaan (OXK). Menurut mereka, penganjuran 'anugerah sinis' itu didakwa bertujuan untuk mempertahankan hak pengguna. Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, kedai kopi itu dicalonkan bagi anugerah berkenaan atas dakwaannya bahawa sebahagian wang mereka diperuntukkan kepada rejim Yahudi di Israel. "Starbucks memperuntukan sebahagian keuntungan kepada rejim Yahudi sebagai sokongan mereka kepada perjuangan Yahudi. Yahudi juga bersubahat lakukan kezaliman. "Mereka (Yahudi) membunuh bukan sahaja orang Islam tetapi kanak-kanak juga. Sebab itu kita letak mereka di bawah anugerah tiada kemanusiaan," katanya pada sidang media di ibu negara semalam. Nadzim juga berkata, mereka menamakan organisasi tersebut berdasarkan aduan yang diterima sebelum ini. Malaysiakini telah menghubungi Starbucks Corporation melalui alamat emel yang diperolehi melalui laman starbucks.com.my bagi mendapatkan reaksi berhubung dakwaan berkenaan serta pencalonan untuk anugerah tersebut. Tiada maklum balas diberikan setakat ini. Selain anugerah OXK, PPIM semalam turut melancarkan Anugerah Organisasi Tidak Prihatin (OXP) bagi kempen ke atas organisasi yang didakwa menindas serta mendiskriminasi pengguna. Bagi calon anugerah OXP, PPIM menamakan pasaraya Giant, pasaraya The Store, organisasi kewangan Bank Rakyat, firma Malaysian Building Society Berhad (MBSB), penyedia perkhidmatan televisyen berbayar Astro dan agensi tiket, Ticket Charge. Bagaimanapun, organisasi yang dinamakan PPIM sebagai calon untuk Anugerah Organisasi Tidak Prihatin (OXP) melahirkan rasa "kurang senang" kerana dibariskan dalam senarai tersebut. The Store misalnya berkata perkara dibangkitkan itu sebagai "kesilapan teknikal" cawangan pasarayanya sementara Giant pula berkata belum maklum berhubung perkara tersebut. Malaysiakini masih cuba mendapatkan reaksi daripada syarikat lain yang dinamakan PPIM.Sumber: Malaysiakini | |||||||
Posted: 19 Oct 2012 02:37 AM PDT Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam. Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA. "Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan. "Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat. Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka "pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi". Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan juga membangkitkan persoalan tujuan kenyataan Dr Chua yang menyentuh isu sensitif itu sedangkan pemimpin veteran itu sudah lama bersama dengan "rakan Islam". "Apakah kita mahu berlaku di sini? Umat Islam wajib pertahankan hukum hudud yang sebenar. Bukan hukum hudud ala PAS," katanya. Menyentuh kenyataan Dr Chua itu, Syed Hasan membidasnya, hudud tuntutan Islam tidak akan membuatkan rakyat hilang pekerjaan, malah memberi banyak peluang pekerjaan. Justeru, katanya lagi, Chua lebih baik berdiam diri kerana beliau didakwa tidak faham apa itu hukum hudud sebenarnya. Syed Hassan juga mengingatkan supaya perkara sensitif tidak diusik, termasuk yang melibatkan agama bukan Islam, kerana ia pasti mendatangkan kemarahan pihak lain. "Banyak terjadi di sesetengah negara luar, isu agama boleh jadi huru hara sehingga bunuh membunuh antara penganut agama berlainan." katanya lagi. | |||||||
Ana Dahlia nafi curang pada Chef Riz Posted: 19 Oct 2012 02:27 AM PDT Pelakon Ana Dahlia menganggap tuduhan yang mengatakan dia berlaku curang sehingga menyebabkan konflik dalam rumah tangganya bersama Chef Riz sebagai kontroversi yang tidak dapat dielak dalam dunia hiburan. Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, berkata, dia tidak perlu melenting atau terkejut kerana tuduhan itu tidak benar sama sekali kerana dia sibuk bekerja hampir setiap hari. "Saya tidak terkejut pun dengan tuduhan ini kerana ia tidak berlaku. Demi Allah, saya tidak pernah curang kerana hampir setiap hari saya sibuk bekerja. "Saya percaya isu ini timbul kerana perasaan dengki dan cemburu pihak tertentu terhadap rumah tangga kami. "Ia adalah perkara normal dalam dunia hiburan," katanya. Gosip terbaru mengenai perkahwinan Ana dengan anak lelaki chef tersohor, Chef Wan ini kembali diperkatakan apabila Ana didakwa kerap keluar bersama bekas teman lelakinya. Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 31, pada 11 Disember 2011. Ditanya mengenai tuduhan tersebut, bekas pramugari AirAsia ini memberitahu dia dan bekas teman lelakinya sudah terputus hubungan dan membawa haluan hidup masing-masing. "Bagi saya, kisah dengan bekas kekasih adalah perkara lepas dan ia sudah lama berakhir. "Saya tidak pernah berhubung dengan dia, apatah lagi untuk keluar bersama atau menjalin hubungan semula. "Saya pun tidak tahu di mana dia dan mungkin juga sudah berkahwin. Kalau betul saya keluar dengan bekas kekasih, pernah ke ada pihak yang nampak atau jumpa kami?" soalnya. Kata bekas peserta rancangan Pilih Kasih musim pertama ini, dia enggan mengambil peduli mengenai gosip itu kerana kebenaran sesuatu perkara terletak hanya diketahui oleh Allah. "Tuhan maha mengetahui setiap apa yang berlaku. Tidak perlulah saya bersusah-payah hendak menafikan atau sembunyikan kisah ini jika benar saya berlaku curang. "Kalau ia benar-benar berlaku, lambat-laun orang pasti tahu juga," katanya yang mengakui pelbagai dugaan hidup yang berlaku menjadikannya semakin kuat dan tabah. Dalam perkembangan lain Ana berkata, dia mengalami demam dan sakit tekak kerana kurang rehat ekoran komitmen pada penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Cinta Itu Bukan Milikku arahan Emi Suffian Sabhe yang pernah mengarahkan Vanila Coklat sebelum ini. "Saya tidak sihat dan hilang suara sekarang. Mungkin kerana saya kurang rehat dan banyak menjerit untuk babak-babak saya diserang histeria dalam drama terbaru Cinta Itu Bukan Milikku. "Penggambaran drama ini masih berlangsung sehingga hujung bulan hadapan. Insya-Allah ia akan ditayangkan untuk slot Akasia di TV3 pada awal November nanti," katanya. | |||||||
Motorsikal Tersangkut Di Bumbung, Cerita P.Ramlee Jadi Kenyataan - Wajib Tonton Posted: 19 Oct 2012 02:10 AM PDT KELAB GREENBOC Gempar motosikal terbang, tiga remaja cedera JENGKA 4 - Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di atas atap garaj salah sebuah rumah milik peneroka tanah rancangan terbabit, petang kelmarin. Motosikal terbabit yang dinaiki tiga remaja berusia 16 tahun itu dikatakan terbabas sebaik sahaja keluar dari satu simpang kerana gagal mengawal brek lalu merempuh atap garaj rumah milik Ramlah Seman, 55, yang berada dalam kedudukan kira-kira tiga meter lebih rendah dari jalan tersebut. Ramlah berkata, ketika kejadian, dia dan anak serta cucunya sedang berehat di dapur rumahnya. "Tiba-tiba saya terdengar satu dentuman kuat seakan-akan bunyi guruh namun tidak mengesyaki apa-apa. "Tidak lama kemudian saya mendengar riuh rendah di luar rumah memanggil nama saya dan memberitahu ada motosikal tersangkut di atap garaj rumah saya," katanya. Sebaik sahaja keluar rumah, Ramlah memberitahu, orang ramai sedang berkerumun di hadapan rumahnya menyaksikan kejadian yang belum pernah terjadi sepanjang tinggal di tanah rancangan terbabit. "Saya meminta jiran-jiran untuk menurunkan dua orang remaja yang tercampak di atas atap rumah saya," katanya yang memberitahu jiran-jiran turut membantu menurunkan motosikal tersebut dari bumbung rumahnya. Suaminya, Mat Yusuf Noh, 66, berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 4.0 petang itu menyebabkan sebahagian atap garaj rumahnya rosak. "Kejadian ini sebenarnya bukan kejadian pertama menimpa keluarga saya di mana sebelum ini, rumah ini pernah dilanggar sebuah kereta yang terbabas di simpang di hadapan rumah saya ini. "Sebahagian dinding batu roboh, namun bernasib baik kerana secara kebetulan, tiada kereta diletakkan di bawah garaj tersebut," katanya. Penunggang motosikal terbabit, Muhammad Fikri Saridan, 16, yang patah kaki dan tangan, sempat terjun dari motosikal tersebut sebelum tercampak ke atas atap. Sinar Harian dimaklumkan, dua rakan sebaya Muhammad Fikri yang membonceng motosikal tersebut turut tercampak ke atas atap. Salah seorangnya patah tangan dan masih di rawat di Hospital Jengka manakala seorang lagi cedera ringan. Ulasan GB Seniman Bujang Lapok - itulah nama ceritanya dimana sebuah motorsikal boleh "terbang" ke atas bumbung rumah. Sebuah filem komedi arahan P.Ramlee yang telah diterbitkan puluhan tahun dahulu.... tiba-tiba sekarang sudah ada motorsikal yang betul-betul terbang ke atas bumbung rumah orang. Sungguh hebat ilham kurniaan Allah swt kepada Allahyarham P.Ramlee dimana apa yang dikisahkan itu seperti seolah-olah beliau telah menerawang puluhan tahun ke hadapan. B ezanya kalau dulu ia cuma lakonan, mungkin motorsikal terpaksa diangkut naik ke atas bumbung, kali ini betul-betul terbang ke atas bumbung sepertimana cerita itu. Saksikan. | |||||||
Orang Berak Tengah Jalan Tidak Akan Mengaku... Posted: 19 Oct 2012 01:52 AM PDT MSO Mahathir Mohamad sangat percaya beliau seorang yang perfect dan bijak. Kebijaksanaannya mengatasi daripada semua orang bijak di negara ini. Dia juga seorang yang bukan mudah mengaku dan insaf dengan apa-apa kesilapan yang dilakukan. Hampir tidak ada langsung pengakuan terbuka daripada Mahathir apa-apa kesilapan yang beliau lakukan dalam tempoh 22 tahun menjadi perdana menteri walaupun ada yang jelas kesalahannya.
Kalau beliau menuduh Anwar Ibrahim sebagai licit dan bijak mempengaruhi rakyat bagi melindungkan perbuatan rendah moralnya (seperti mana kata Mahathir), maka beliau juga begitu tidak lebih dan tidak kurang dengan Anwar. Mahathir juga ada tektik atau cara tersendiri untuk menghilangkan keraguan rakyat ke atas apa-apa perbuatan jahat dan buruknya. Salah satu tektik digunakan Mahathir ialah dia akan mengaku secara sinis apa-apa tuduhan ke atasnya. Misalnya kalau ada orang mengatakan pemimpinnya lemah, beliau akan menjawab dengan mengakui; iya pimpinan saya lemah, awak yang kuat. Kalau orang menuduh dia korupsi, merompak harta rakyat, dia akan menjawab; ia saya memang korupsi. Dengan menjawab secara sinis begitu menyebabkan beliau terlepas dari tuduhan itu. Jawaban sebegitu juga menjadikan orang akan lebih simpati kepadanya. Walhal jawaban merupakan pengakuan itu sesuatu yang benar dilakukannya. Inilah kelicitan Mahathir yang jarang diketahui atau disedari umum. Mahathit tidak akan mengaku kesalahan dan kesilapan dilakukannya. Perangai ini samalah dengan seseorang yang berak di tengah jalan, dia tidak akan mengaku. Seboleh-boleh dia tetap akan mempertahankan dirinya dan akan cuba mencari helah lain bagi tidak menampakkan dirinya yang buat jahat. Hatta kalau tahi 'berporah' di duburnya dia masih mengelak dengan berbagai helan dan alasan. Dia tetap akan mencari kambing hitam untuk melepaskan diri. Misalnya tuduhan berupa kajian kenapa orang Melayu kini berpecah menjadi kepada tiga firkah, Umno, PKR dan Pas, puncan besarnya ialah terletak ditangan Mahathir. Dia kena bertanggungjawab ke atas perpecahan ini. Apakah Mahathir sedar atau tidak, sehinggakan beliau boleh menolak situasi ini, begitu saja? Mahathir tidak mudah lupa sebab dia bukan Melayu? Bila berhadapan dengan masalah ini Mahathir tidak akan mengakuinya dan akan menolak serta mencari sebab-sebab lain bagi tidak menampakkan dia bersalah. Menurutnya perpecahan di kalangan orang Melayu bukan baru tetapi ia berlaku sejak lama dulu. Orang bertanggungjawab memecahkan orang Melayu menurut otak Mahathir ialah Onn Jaafar kerana Onn Jaafar keluar dari Umno dan menubuh parti baru. Begitu juga dengan apa dilakukan Tengku Razaleigh Hamzah, beliau menyifatkan perpecahan kedua disebabkan Tengku Razaleigh yang menubuhkan parti Semangat 46. Perpecahan itu terbawa pula kepada Anwar Ibrahim yang menubuhkan Parti Keadilan Nasional (Keadilan). Nama-nama disebut Mahathir dan peristiwa itu untuk menunjukkan perpecahan Melayu bukan baru dan bukan disebabkan olehnya. Mahathir boleh bergendang dengan sejarah itu, meralatkan dirinya dengan mengungkitkan peristiwa pada tahun sebelum merdeka, apa dilakukan Onn Jaaafar, tetapi apakah beliau boleh menari seiri9ng dengan gendang itu kerana kepincangan dan kesumbangannya jelas. Apa-apa petaka yang berlaku selepas separuh tempoh pasca merdeka beliau kena bertanggungjawab? Perpecahan tahun 1987 hingga tertubuh Semangat 46, adalah kerana Mahathir. Begitu juga dengan perpecahan tahgun 1998 sehingga tertubuhnya Keadilan kerana Mahathir. Kecuali perpecahan orang Melayu sehingga tertubuhnya Pas, Mahathir tidak boleh dipertanggungjawabkan, tetapi dua perpecahan kemudian adalah atas tanggungjawab Mahathir. Kalau beliau ingin mengatakan Onn Jaaffar sebagai "bapa perpecahan" beliau harus menerima gelaran bapa dan ibu perpecahan, kerana dua kali orang Melayu semasa pentadirannya berpecah. Jika dilihat kepada luruh perpecahan itu Mahathir seakan sengaja mahu melakukannya kerana kepentingan diri dan kekuasaanya. Beliau sanggup mengambil jalan ganjil dan anih untuk mengekalkan kekuasaanya. Dalam kes ini beliau benar-benar menjadi diktator politik terhadap orang Melayu. Parti Semangat 46 tidak akan tertubuh kalau bukan disebabkan pengaruh Tengku Razaleigh sama hebat dengannya, dan beliau hampir-hampir kalah ditangan Tengku Razaleigh. Kekalahan itu menyebabkan beliau menjadi berang dan dendam. Cara bijak tetapi jahat dilakukan ialah dengan 'mengharamkan' Umno dan menubuh Umno Baru. Sekali lagi Mahathir akan mengelik dengan berselindung disebalik mahkamah terhadap pengharaman Umno ini. Sebenarnya sebagai presiden dan PM beliau boleh menyelamatkan Umno dari tidak diharamkan. Tetapi kerana itulah idea yang lahir untuk memastikan beliau terus kekal, maka rumah (Umno) terpaksa dibakar dan menubuh rumah baru (Umno Baru). Apakah perbuatan ini tidak boleh dinamakan jahat? Demikian juga dengan penubuhan PKR kini disebabkan kezaliman Mahathir terhadap Anwar. Ketakutan yang menghantu-jemalangkan Mahathir menyebabkan beliau mengambil jalan songsang membunuh anaknya sendiri. Tidakkah Anwar masuk Umno menerusi pintu rumah Mahathir? Tidak perlu dipersoalkan apakah anak itu (Anwar) bersifat dan berperanan sebagai Musa dengan Firaun, tetapi yang jelasnya Mahathir tidak menyelesaikan pertikaikan beliau dengan Anwar secara baik sehingga berlaku perpecahan Melayu. Dari dua peristiwa itu sekiranya Mahathir bersikap tawaduk, mungkin Melayu (Umno) tidak akan berpecah. Tetapi kerana Mahathir rakus dan tamakkan kuasa maka berlakulah apa yang berlaku. Natijah besar daripada hasil tindakan diktator politik Mahathir itu menyebabkan Umno hari ini keadaanya seperti telor di hujung tanduk menyebabkan nafas BN di hujung pedang! Umno kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen. Umno jadi terus menirus dengan perpecahan demi perpecahan yang dicipta Mahathir yang tujuannya bukan menguatkan Melayu tetapi memberaikan Melayu kerana beliau mahu memastikan kuasanya kekal. Sudah lama saya mengatakan Mahathir bukan seorang pemimpin yang bersifat dan berperanan sebagai biduk yang akan menakutkan kimbang-kimbang di tasik, tetapi dia adalah galah panjang yang menyocok hati orang Melayu terutamanya Pas supaya terus berpecah dan bergasak dengan Umno. Mahathir tidak mampu menafikan kejelekkan ini kerana semua yang beliau lakukan dikaji, dianalisa kemudian dirumuskan... dari masa ke semasa dari generasi ke generasi. Kewangian Mahathir tetap juga akan 'dawas' | |||||||
611 HILANG TEMPAT TINGGAL DI SEMPORNA Posted: 19 Oct 2012 01:47 AM PDT
| |||||||
BERTEMAN NYAMUK DI RUMAH ORANG TUA SABAH Posted: 19 Oct 2012 01:44 AM PDT
| |||||||
VIDEO - NAN YAAKOB MENCABAR ORANG ASLI BERGADUH Posted: 19 Oct 2012 01:37 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS AMAT memalukan apabila seorang pemimpin yang mempunyai moral dan adab yang terlalu rendah. Pemimpin ego yang sentiasa merasakan dirinya hebat dan kuat ini sanggup mencabar rakyatnya sendiri apatah lagi rakyat kaum Orang Asal yang sepatutnya dibela dan diberi lebih perhatian. Tindakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang memperlekeh dan menghina masyarakat Orang Asli (OA) yang berdemo dan menyerahkan memorandum kepada beliau baru-baru ini amat tidak profesional dan memalukan. Malah tindakan beliau yang sanggup mengucapkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang' serta telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong bergaduh dengannya, jelas memperlihatkan sikap tidak hormat kepada rakyat. Ini lah yang dikesalkan oleh KEADILAN Negeri Pahang seperti yang disuarakan oleh Timbalan Pengerusinya, Sdr Ahmad Nizam Hamid."Ketika OA berdemo dan menyerahkan memorandum kepada MB Pahang semalam, Majlis Peguam telah memantau dan terdapat laporan beliau (Adnan) telah memperlekeh dan menghina masyarakat OA dengan mengeluarkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang'. "Malah beliau telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong untuk bertumbuk dengannya. Saya selaku alah seorang panel peguam kepada OA dalam isu tuntutan yang dibuat mereka, sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkah laku MB Pahang yang jelas sangat tidak bertamadun dan langsung tidak punya rasa hormat kepada rakyat," tegasnya. Kira-kira 500 OA melalui Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) telah berkampung di pekarangan Wisma Sri Pahang di Kuantan, baru-baru ini bagi menyerahkan memorandum mengenai pencerobohan, tuntutan tanah dan wilayah adat kepada MB. Melalui memorandum berkenaan, sebanyak lapan perkara dibangkit dan dituntut oleh kumpulan berkenaan serta mereka bertegas menyerahkan sendiri kepada MB. Kumpulan Orang Asli dari seluruh Pahang berkenaan tiba kira-kira jam 11 pagi dengan membawa sepanduk yang antaranya tertera "Batalkan status tanah rizab yang bertindih dengan tanah adat orang asli", "Iktiraf hak dan tanah adat Orang Asli" dan pelbagai lagi perkara menjurus kepentingan tanah adat kaum mereka. Ahmad Nizam yang juga peguam kepada komuniti berkenaan, berkata, memorandum yang diserahkan itu adalah penyataan bersama seluruh masyarakat Orang Asli melalui JKOASM sebagai tanda melahirkan kesepakatan supaya kawasan atau tanah dan wilayah diiktiraf. Menurutnya, sejak kebelakangan ini sering wujud pertikaian antara kerajaan dan masyarakat orang asli mengenai perkara tersebut. "Tanah yang kaum OA diami sejak dari zaman nenek moyang sering dikatakan sebagai tanah kerajaan, rizab perhutanan, rizab Perhilitan dan rizab Melayu sehingga tanah serta wilayah adat mereka dipindah milik atau diberi kelulusan kepada pihak lain. "Melalui memorandum berkenaan mereka mahukan segala aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat OA dihentikan, menarik balik lesen yang telah diberi kepada semua kontraktor yang bekerja di atas tanah wilayah adat dan membayar pampas an sewajarnya di atas kerugian kami alami. "Selain itu, kerajaan harus membatalkan semua rizab bertindih dengan tanah dan wilayah adat OA bagi membolehkan pengiktirafan atau perlindungan serta mengiktiraf seluruh tanah dan wilayah adat OA mengikut peta komuniti," katanya. Memorandum berkenaan turut mengandungi sebanyak 6,000 tandatangan OA mewakili kaum mereka di seluruh Pahang. LIHAT VIDEO | |||||||
18,009 Pemilih DUN Taman Templer Tidak Ada Alamat Lengkap - SPR Posted: 19 Oct 2012 01:27 AM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesan sebanyak 18,009 pemilih daripada 48,372 pemilih berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer, Selangor, tidak mempunyai alamat lengkap. Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata semakan dilakukan SPR sehingga suku tahun kedua tahun ini mendapati kesemua pemilih itu hanya meletakkan nombor rumah sahaja. "Kesemua pemilih itu telah berdaftar sebelum Julai tahun 2002, pada ketika itu pangkalan data alamat pemilih yang disimpan oleh SPR tidak dihubung terus dengan rangkaian pangkalan data alamat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi Agensi Link-Up System (Sistem ALIS)," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis. Beliau mengulas laporan akhbar Harakah bertarikh 15 hingga 18 Oktober lepas mengenai dakwaan Yang Dipertua PAS Selayang Zaidi Abdul Talib bahawa terdapat 12,296 pemilih berdaftar di Taman Templer yang mempunyai alamat mencurigakan. Kamaruddin berkata pemilih yang tidak mempunyai alamat lengkap itu telah berdaftar dengan SPR antara 1961 dan Jun 2000. "Pada masa itu, keperluan memberi alamat hanya untuk diisi pada borang permohonan bagi membantu SPR menentukan lokaliti pemilih. Bagaimapun, tidak ada keperluan untuk SPR merekod alamat lengkap dalam pangkalan data SPR pada masa itu. "Hanya selepas 16 Julai 2002, SPR mula merekodkan alamat lengkap pemilih dalam proses pendaftaran pemilih berdasarkan kepada alamat direkodkan oleh JPN," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta Zaidi mengemukakan senarai pemilih berjumlah 12,296 pemilih berdaftar yang mempunyai alamat yang mencurigakan untuk SPR melakukan semakan. Selain itu, Kamaruddin berkata semua nama pemilih berdaftar telah disemak dengan JPN terlebih dahulu dan disahkan sebagai warganegara yang layak untuk mengundi. Bagaimanapun, katanya pemilih berdaftar berhak membuat bantahan sekiranya wujud kecurigaan mengenai kemasukan nama ketika SPR mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (Rang DPT) selama 14 hari bagi setiap suku tahun. Beliau berkata pihak yang tidak berpuas hati boleh membuat bantahan kepada Pendaftar iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri semasa tempoh pameran Rang DPT tersebut. "SPR bersikap telus terhadap kes-kes bantahan berkaitan Daftar Pemilih dan tidak membuat keputusan berdasarkan kepada status kewarganegaraan tetapi melalui proses semakan dengan JPN," katanya. -BERNAMA | |||||||
Pemilik Banglo Runtuh Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang Posted: 19 Oct 2012 01:19 AM PDT SHAH ALAM: Pemilik banglo di Seksyen 7 di sini yang bumbung konkritnya runtuh ketika kerja-kerja pengubahsuaian, Khamis sehingga mengorbankan seorang pekerja bakal berdepan tindakan undang-undang kerana pengubahsuaian itu tidak mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata pemilik banglo terbabit gagal memohon kelulusan pelan pengubahsuaian mengikut Seksyen 70(1) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974. "Kes ini kita akan bawa ke mahkamah kerana ada mangsa yang meninggal dunia. Di bawah peruntukan ini, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM250,000. "MBSA bertindak tegas dalam hal ini kerana pemilik rumah sepatutnya mengemukakan permohonan untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian yang hanya mengambil tempoh 24 jam untuk diluluskan sekiranya permohonan mengikut piawaian yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian di sini Jumaat. Dalam kejadian itu, seorang buruh binaan warganegara Indonesia, Totok Mochamd Anthony, maut manakala lima lagi parah selepas sebahagian bumbung konkrit banglo mewah milik seorang ahli perniagaan itu runtuh. Seorang daripada mangsa putus kaki kanannya sementara 10 lagi pekerja berjaya menyelamatkan diri. Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.20 petang ketika kesemua 16 pekerja binaan terbabit sedang melakukan kerja pengubahsuaian di bahagian dalam dan aras atas banglo dua tingkat itu. Mengulas lanjut, Mohd Jaafar berkata banglo yang terlibat dalam kejadian runtuh itu merupakan antara 26 unit banglo yang dibina dalam lima reka bentuk berlainan atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga jualan RM1.2 juta ketika diiklankan. Beliau berkata proses kelulusan pelan pembinaan bangunan utama membabitkan dua kali pindaan iaitu pada 11 April 2011 dan 12 Julai 2011, dengan kedua-duanya diluluskan. "Semua 26 unit banglo ini juga telah memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan yang dikeluarkan oleh jurutera atau arkitek yang bertanggungjawab pada 29 Dis 2011," katanya. Beliau berkata daripada 26 unit itu, empat banglo sedang dalam pengubahsuaian tetapi hanya dua sahaja yang memperolehi kelulusan pelan pengubahsuaian sementara dua lagi termasuk banglo yang terlibat dalam runtuhan itu tidak mempunyai kelulusan. - BERNAMA | |||||||
Posted: 18 Oct 2012 04:36 PM PDT Skandal terbaru ini hanya satu dari banyak lagi skandal yang timbul sejak akhir-akhir ini walaupun kita diambang menghadapi pilihan raya umum. Keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan siapa penderma wang sebanyak S$16 juta (RM40 juta) yang dirampas di Lapangan Terbang Hong Kong menguatan lagi keyakinan kita betapa buruknya bentuk penyelewengan dan amalan rasuah yang sedang berlaku di kalangan mereka yang berkuasa. Ini berikutan pengakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa wang tersebut adalah sebagai sumbangan untuk tabung Umno Sabah. Nazri pada 11 Oktober lalu memberi jawapan bertulis di Parlimen menafikan bahawa wang tunai dolar Singapura sebanyak $S16 juta atau RM40 juta itu adalah untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Beliau mendakwa wang tersebut sebaliknya adalah merupakan sumbangan untuk Umno Sabah walau pun pembawa wang itu, Michael Chia Tien Foh merupakan seorang agen peribadi yang diketahui ramai rapat dengan Musa Aman. Dalam usaha lanjut untuk menolak anggapan bahawa terdapat berlakunya penyelewengan dalam episod ini, Nazri menambah, dalam kenyataannya bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memutuskan bahawa tidak ada elemen rasuah yang dapat dibuktikan. Bagaimanapun, kenyataan ini jelas bercanggah dengan pendirian SPRM dalam menanggani isu terbaru ini kerana SPRM baru beberapa hari sebelum ini mendedahkannya. Timbalan Pesuruhjaya (operasi) SPRM Shukri Abdul berkata, "siasatan terhadap Musa ialah atas sebab rasuah dan kami telah siap siasatan itu tetapi panel mengarahkan kami untuk mendapatkan lebih banyak bukti." Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan para wartawan selepas tamat Persidangan Lembaga Persatuan Anti Rasuah Antarabangsa Keenam (IAACA) di Kuala Lumpur pada 5 Oktober lalu. "Panel" yang dimaksudkan oleh Shukri Abdul ialah sebuah panel semakan operasi SPRM, yang mengarahkan bahagian operasi untuk mengutip lebih banyak bukti terhadap Musa Aman selepas menerima laporan kes itu ketika mesyuarat panel pada bulan Mei. Ketika mana ketua penyiasat SPRM itu mendakwa kes ini masih dalam siasatan, bagaimana mungkin Nazri mendakwa bahawa SPRM telah membuat keputusan bahawa tidak ada bukti berlakunya rasuah? Jawapan tidak jujur Jelas, salah seorang daripada mereka berbohong, atau kedua-dua mereka berbohong kerana tidak ada kredibiliti tentang apa yang disebutkan oleh mereka jika kita melihat kepada keseluruhan kes ini. Besar kemungkinan Nazri tidak bercakap benar kerana tentu beliau tidak lebih tahu dari ketua penyiasat (Shukri Abdul) tersebut. Mengenai Shukri Abdul, bolehkah kita mempercayai kata-katanya bahawa SPRM tidak boleh membuat keputusan walaupun sudah empat tahun penyiasatan dilakukan, dalam kes yang mudah di mana seseorang ditahan ketika menyeludup sejumlah wang yang banyak? Lagi pun, segala bukti yang dimuatkan di Internet menunjukkan rangkaian aliran wang yang berasal dari hasil rasuah kayu balak di Sabah. Michael Chia memainkan peranan utama dalam rangkaian ini di mana akhirnya wang tersebut didepositkan ke dalam akaun Musa Aman di UBS AG di Zurich. Malahan carta aliran itu menunjukkan pergerakan wang lengkap dengan butir-butir akaun yang keluarkan oleh Pesuruhjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) di mana sesalinannya dikirimkan kepada SPRM. Menurut laman web Sarawak Report, portal berita itu juga memuatkan carta aliran wang tersebut melalui http://www.sarawakreport.org/2012/04/hold-on-trust-for-aman-more-devastating-evidence-from-the-icac-investigation/. Bukannya susah untuk meneliti rangkaian akaun bank dan transaksi wang dan insiden RM40 juta hanya merupakan sebahagian kecil sahaja dari usaha untuk menyeludup wang rasuah kayu balak dari Sabah. ICAC juga menghantar hasil penemuan siasatannya kepada SPRM dan memohon kerjasama antara-kerajaan untuk menyelesaikan kes ini tetapi usaha ini dilaporkan telah dihalang oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Bolehkah SPRM membuat penafian bahawa pihaknya mempunyai hasil siasatan ICAC dalam kes ini termasuk carta aliran wang yang menuding jari kepada Musa Aman? Barangkali Jawatankuasa Terpilih Parlimen perlu mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim untuk menjawab soalan ini. Pembohongan Musa terdedah Musa Aman, dengan membuat penafian terhadap segala tuduhan terhadapnya, meningkatkan lagi krisis kredibiliti yang dihadapi Nazri dan Shukri Abdul. Sebagai respon terhadap berbagai tuduhan yang dibuat Sarawak Report, di antaranya termasuk dua anak lelaki Musa Aman yang belajar di Australia menerima wang suap dari akaun bank yang dikawal oleh Chia. Musa Aman menafikan perkara ini dalam kenyataan bertulisnya bertarikh 12 April, 2012. Kenyataan bertulis itu berbunyi: "Saya menafikan segala tuduhan. Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa saya tidak mempunyai sebarang urusan perniagaan dalam apa bentuk pun jua, dengan seorang individu bernama Michael Chia." Penafian Musa Aman bagaimanapun, bercanggah dengan kenyataan-kenyataan bank yang dikeluarkan di Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes saman (No Saman 752, 2010/N) pada Jun yang diketengahkan oleh bekas kenalan Chia dan kini mereka berbalah tentang wang. Bagi mempertahankan dirinya dalam pertikaian tersebut, UBS AG mengeluarkan kenyataan-kenyataan bank yang secara jelas menunjukkan anak-anak Musa, Mohammad Hayssam Musa dan Hazem Mubarak Musa adalah penerima wang yang berterusan yang dimasukkan dari akaun syarikat-syarikat yang didakwa Chia berada di bawah kawalannya. Syarikat-syarikat ini yang berdaftar di British Virginia mempunyai sejumlah wang tunai yang besar, kerap kali mengalir ke dalam akaun- akaunnya dan ini sudah jelas menjadi alat untuk menyeludup wang. Makanya kedua-dua UBS AG dan Michael Chia, dalam usaha mereka untuk mempertahankan diri, terpaksa mengeluarkan bukti-bukti ini dalam mahkamah. Ini menunjukkan bahawa Musa Aman telah melakukan pembohongan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Michael Chia. Lebih dari itu, dokumen bank ini sama dengan dokumen dalam simpanan Sarawak Report (termasuk carta aliran wang yang disebutkan di atas) yang seringkali timbul dalam pendedahannya terhadap kegiatan Musa Aman sebagai tauke balak yang licik di Sabah. Menurut Sarawak Report, yang menarik ialah laporan-laporan rahsia ini bocor bukan sahaja dari ICAC, tetapi juga dari SPRM. SPRM turut menjalankan siasatan yang serentak dalam skandal rasuah balak di Sabah, berikutan tertangkapnya Michael Chia di Hong Kong pada 14 Ogos 2008 kerana menyeludup dan memindah wang secara haram. Melihat kepada sikap membisu SPRM yang begitu lama dan tanpa mengambil sebarang tindakan walaupun mempunyai bukti yang banyak maka tidak sukar untuk kita memahami bahawa SPRM mempunyai batasannya untuk beroperasi. Umno terperangkap Sikap Najib yang tidak mahu mendedahkan sumber maklumat tentang skandal RM40 juta duit untuk Umno Sabah ini tidak membantu meringankan keseriusan skandal ini. Ketika disoal dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi Barisan Nasional pada 12 Oktober lalu, beliau malah cuba untuk mengambil mudah masalah ini dengan berkata: "Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ianya dilakukan dengan cara yang betul." Beliau menambah, jumlah sumbangan itu tidak relevan, sambil mengulang ungkapan, "selagi ianya dilakukan dengan cara yang betul." Agak memeranjatkan untuk memikirkan bahawa Perdana Menteri boleh menyifatkan sumbangan seumpama ini sebagai "cara yang betul." Mari kita mengingatkan Najib bahawa perbuatan menyeludup dan memindah wang secara haram adalah satu kesalahan yang serius di mana Michael Chia sepatutnya didakwa, dihukum dan dipenjara serta wang tunai itu dirampas; jika kerajaan Malaysia enggan menghulurkan kerjasama dengan pihak berkuasa Hong Kong. Dan yang lebih bersalah ialah Umno sendiri kerana Michael Chia hanya 'budak suruhan' Umno, bertugas sebagai pembawa atau posman. Dalam sebuah negara demokrasi, pihak penguatkuasa undang-undang akan segera bertindak berikutan pengakuan Najib itu. Tetapi sudah pasti, dalam Boleh Land, ini merupakan perkara biasa, tidak perlu bising-bising. Skandal terbaru ini hanya satu dari banyak lagi skandal yang timbul sejak akhir-akhir ini walaupun kita diambang menghadapi pilihan raya umum. Ini membuktikan bahawa transformasi Najib yang ingin beliau laksanakan hanya merupakan satu ilusi dan bukan realiti. Berhubung dengan visinya untuk "demokrasi terbaik" dan status "negara maju" pada masa depan, tidakkah masih jauh untuk digapai? | |||||||
Dakwaan Tawas akan bankrap tidak benar Posted: 18 Oct 2012 04:33 PM PDT Tawas diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor yang mendapat geran sepenuhnya dari kerajaan negeri untuk beroperasi, kata MB Selangor. SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan Dr Mohd Khir Toyo bahawa Skim Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) akan bankrap berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011. Beliau berkata dakwaan tersebut tidak berasas memandangkan Tawas diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) yang mendapat geran sepenuhnya dari kerajaan negeri untuk beroperasi. "Yawas yang menguruskan skim Tawas ditubuhkan bukan berasaskan keuntungan. "Justeru, dakwaan Khir bahawa skim ini akan lingkup adalah tidak berasas kerana Yawas mendapat geran sepenuhnya dari kerajaan negeri untuk perbelanjaan operasi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini semalam. Bagaimanapun kata Abdul Khalid, Yawas mengambil inisiatif sendiri untuk meringankan kos dengan menjana pendapatan dari dana yang belum dibelanjakan untuk dilaburkan ke dalam pasaran wang. Jelas beliau, sejak 2008 hingga 2011, sebanyak RM622,782 telah dijana daripada pelaburan tersebut yang secara tidak langsung telah mengurangkan kos operasi. Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya menegur kos operasi skim Tawas lebih tinggi daripada kos yang dibelanjakan untuk peserta skim tersebut. Kos operasi skim tersebut mencatatkan hampir RM5 juta manakala perbelanjaan RM3 juta diperuntukan untuk peserta program yang layak. Laporan audit turut mendedahkan bahawa skim Tawas yang diperkenalkan sejak tahun 2008 gagal mendaftarkan lebih 80 peratus daripada kelahiran baru di negeri itu yang dijanjikan skim simpanan berjumlah RM1,500. Laporan terbaru itu mendedahkan Tawas hanya berjaya mendaftar 60,972 daripada 313,706 kelahiran anak Selangor di antara tahun 2008 hingga 2011. Khalid sebaliknya menafikan laporan itu dan menjelaskan bahawa kegagalan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membekalkan statistik kelahiran yang layak dikategorikan sebagai rakyat Selangor kepada Yawas. Sementara itu, beliau turut berharap agar perbincangan dapat diadakan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat membabitkan pertukaran pegawai kerajaan negeri pada masa akan datang. Beliau mengulas mengenai tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa melaksanakan pertukaran Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Ariff Abdul Rahman ke Putrajaya berkuatkuasa 15 Oktober lalu. Ujarnya sebarang pertukaran pegawai akan menjejaskan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri. | |||||||
Konkrit banglo diubah suai runtuh, satu maut 5 selamat Posted: 18 Oct 2012 04:30 PM PDT [DIKEMAS KINI, JAM 12 TENGAH MALAM] SHAH ALAM - Seorang pekerja ubah suai rumah maut manakala lima yang lain selamat dalam kejadian konkrit banglo di Seksyen 7 di sini, yang masih dalam proses pengubahsuaian, runtuh kira-kira jam 4.30 petang tadi. Bagaimanapun seorang daripada lima mangsa yang selamat terputus kaki dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan. Kesemua mangsa merupakan pekerja dari Indonesia, berusia dalam lingkungan 30-an. Kejadian berlaku di Jalan JED, 7/5, Seksyen 7, berhadapan dengan Kolej Kediaman Jati, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Mangsa dikeluarkan secara berperingkat sejak jam 4.50 petang tadi dengan bantuan bomba. Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan. Sementara itu, laporan Bernama dipetik berkata, polis mengesahkan mangsa sebenar kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo hanya melibatkan enam pekerja binaan warga Indonesia. Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, pada mulanya, pihaknya mendapat maklumat terdapat lapan pekerja terperangkap dalam kejadian itu tetapi kemudian dimaklumkan rakan sekerja mereka dikenali sebagai Supardi bahawa hanya enam mangsa yang terlibat. Mangsa terakhir dikenali sebagai Kasmuji berjaya diselamatkan pada 10.15 malam dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Dalam kejadian petang tadi, seorang buruh binaan yang dikenali sebagai Totok Mochamad Anthony maut. Mayat mangsa dikeluarkan pasukan penyelamat kira-kira 6.24 petang dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat. Empat lagi pekerja binaan berusia lingkungan 30-an yang dikenali sebagai Afifin, Waras, Kabir dan Ghadami, yang putus kaki kanan, turut dihantar ke hospital itu. Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 4.29 petang berhubung kejadian di banglo No. 15, Jalan Jed 7/5A, Seksyen 7, milik seorang ahli perniagaan. Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, operasi menyelamat dihentikan pada 10.45 malam selepas mangsa keenam dibawa keluar dari runtuhan. Beliau berkata, pihaknya menggunakan kren dengan kekuatan 40 tan bagi mengangkat runtuhan konkrit selain membuat terowong secara manual untuk menyalur bantuan gas oksigen kepada mangsa terakhir sebelum dibawa keluar. "Konkrit agak berat termasuk dengan timbunan batu dan bomba terpaksa memotong beberapa bahagian runtuhan dalam keadaan sempit, kren pertama yang kita gunakan ialah bagi kekuatan 10 tan dan tidak membantu," katanya. Beliau berkata, pihak bomba memanggil mangsa namun tidak disahut dan tiada sebarang tindak balas bagi mengesahkan masih ada yang terperangkap di bawah runtuhan itu. Othman juga berkata, kerja pembersihan di kawasan runtuhan itu akan diteruskan sepanjang malam ini. Operasi menyelamat, yang bermula kira-kira 5 petang, diteruskan walaupun hujan lebat bermula 9 malam. Selain itu, khidmat anjing pengesan Unit K9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor digunakan sepanjang operasi tersebut. Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ketika kejadian beliau sedang membaca akhbar dan mendengar bunyi dentuman kuat dari arah depan rumahnya. "Mula-mula saya lihat tidak serius, hanya debu sahaja kelihatan. Tetapi setelah melihat bumbung rumah tersebut runtuh. "Saya terus hubungi bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk maklumkan kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. | |||||||
Denda RM40,000 tidak jejas semangat Kelantan Posted: 18 Oct 2012 04:23 PM PDT "INI bukan petanda buruk buat kami." Itulah kata-kata jurulatih Kelantan, Bojan Hodak ketika ditanya sama ada masalah kehilangan dua penyerang sensasi, Mohamad Ghaddar dan Mohd Nor Farhan, dan denda RM40,000 dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam melemahkan semangat mereka menjelang final Piala Malaysia, esok. Kelantan bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam. Jelasnya, situasi itu adalah secara kebetulan dan tidak memberi sebarang makna buat Kelantan. "Ketiadaan Ghaddar, Farhan dan hukuman yang dikenakan denda adalah satu kebetulan, bukannya satu petanda buruk buat kami. "Lagipun saya tidak tahu menahu berkaitan denda tersebut, jadi saya tidak memikirkannya," tegas Bojan. Semalam, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dikenakan denda RM40,000 atas kesalahan penyokongnya membaling botol ke dalam padang, akhir Ogos lalu. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, kesalahan ini dilakukan oleh penyokong Kelantan ketika perlawanan menentang ATM di Stadium Selayang pada 28 Ogos lalu. Ketika ditanya sama ada kehadiran penyokong The Red Warriors di stadium hanya pembawa masalah kepada pasukan itu, Bojan menyangkal sama sekali dakwaan itu. Sebaliknya kata beliau, kehadiran mereka adalah pembakar semangat buat pemain bagi mencipta kejayaan. "Penyokong adalah semangat buat kami, bukannya mendatangkan masalah. "Isu penyokong buat hal ataupun tidak, itu hak mereka, lagipun mereka sudah matang untuk memikirkan mana yang terbaik. "Jadi, bagi saya kehadiran penyokong amat penting untuk memeriahkan lagi sesuatu kejohanan, di samping memberi semangat kepada pemain untuk beraksi," kata jurulatih yang berasal dari Croatia itu. Pada masa yang sama, Bojan turut menasihati para penyokongnya agar dapat mengawal emosi dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa supaya tidak timbul sebarang insiden yang tidak diingini. "Patuhilah segala peraturan FAM dan jagalah nama baik Kelantan sepanjang perlawanan itu nanti," katanya lagi. | |||||||
Muslihat Najib Altantuya Ke Lumut Terbongkar? Posted: 18 Oct 2012 04:19 PM PDT Kedatangan Perdana Menteri Najib Altantuya ke pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut hari ini rupanya bukan setakat lawatan biasa tetapi rupanya ada udang di sebalik megi! Selain memuji kununnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai institusi yang begitu penting dan perlu terus dipertahan serta diperkuat dalam semua dimensi dan aspek, kedatangannya adalah untuk memastikan undi tentera tidak terlepas ke tangan Pakatan Rakyat! Walaupun menteri besar haram Perak, Zambry Kadir bukanlah calon pilihan Najib Altantuya semasa rampasan kuasa di negeri itu pada 4 Februari 2009, tetapi jika sudah terdesak, yang lawan akan menjadi sahabat untuk berpaut di dahan yang rapuh. Turut hadir selain Zambry adalah menteri pertahanan Zahid Hamidi yang juga difahamkan goyah di parlimennya sendiri di Bagan Datoh serta ahli parlimen Lumut yang juga menteri pengangkutan, Kong Cho Ha yang menang tipis dengan majoriti hanya 174 undi pada pilihanraya umum lalu. Semua orang mengetahui bahawa TLDM kini diletakkan sebagai 'kem panas' berikutan salah seorang bekas panglimanya telah menyertai Pakatan Rakyat. Dan ini menyebabkan undi anggota tentera laut kini seolah-olah terpisah dua apabila semakin ramai anggota tentera di kem tentera laut terbesar di negara itu menunjukkan simpati kepada Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini. Selain isu perumahan anggota tentera yang seakan tidak pernah selesai, kebajikan anggota tentera lain-lain pangkat seolah diabaikan Kementerian Pertahanan apabila tiada satu pun langkah konkrit dilakukan untuk menyelesaikan masalah sejak lebih 30 tahun itu. Maka ura-ura bahawa Pakatan Rakyat akan meletakkan calon dari kalangan bekas anggota tentera bagi menentang Zambry di DUN Pangkor tambah meresahkan menteri besar yang dilantik mahkamah itu. Kebimbangan Zambry ada asasnya apabila sebelum kedatangan Najib Altantuya, telah banyak program bermotifkan politik dan memancing undi dilakukan yang menyebabkan sedikit ketidak selesaan di kalangan anggota tentera yang dianggap berkecuali dari fahaman politik. Persoalannya, mampukah kehadiran Najib Altantuya menyelamatkan Zambry dari ambang kekalahan atau adakah ini satu petanda besar bahawa Barisan Nasional (BN) kini terdesak mengekspliotasi anggota tentera untuk memenangi pilihanraya umum? Jelas kini, Zambry mahupun Najib Altantuya sudah merasai bibit-bibit kekalahan hingga terpaksa mengerah seluruh anggota perkhidmatan awam termasuk anggota tentera supaya hadir ke majlis politik walaupun berselindung di sebalik nama Jamuan Rakyat 1Malaysia. Harapnya kini anggota tentera kian sedar dari lamunan panjang dan berani mengubah corak geopolitik negara kerana tentera adalah benteng pertahanan negara yang tidak sepatutnya dicampur adukkan dengan manipulasi politik sempit BN! -JALAN PULANG | |||||||
Posted: 18 Oct 2012 04:13 PM PDT Presiden SWP Larry Sng memberitahu beliau sendiri akan bertanding di salah satu kerusi yang difikirkan dapat memberi kemenangan kepada partinya. MIRI: Parti Pekerja Sarawak (SWP) akan bertanding di semua enam kerusi kawasan parlimen yang diperuntukan kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang. Presidennya, Larry Sng ketika mengesahkan perkara tersebut malahan turut memberitahu beliau sendiri akan bertanding di salah satu kerusi yang difikirkan dapat memberi kemenangan kepada SWP. Pada masa ini, PRS diperuntukan kawasan parlimen Selangau, Julau, Konawit, Sri Aman, Lubok Antu dan Hulu Rajang. "Ya, kita akan bertanding di semua kerusi yang meletakkan calon PRS, kali ini kita akan lawan PRS habis-habisan di semua kerusi yang mereka bertanding. "Malahan saya sendiri akan bertanding di satu daripada kawasan berkenaan yang dirasakan sesuai serta dapat memberi kemenangan kepada SWP. "Sebagai presiden rasanya saya patut menjadi calon di salah sebuah kawasan yang dipertandingkan itu," katanya ketika dihubungi FMT di Kuching, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PRS, Tan Sri James Jemut Masing mendedahkan ada bekas pemimpin masyarakat Iban di dapati bersekongkol dengan pembangkang. Larry menjelaskan, perkara tersebut memang diakui kalau ia ditujukan kepadanya dan anggota parti SWP termasuk bapanya, Datuk Sng Chee Hua. Bagaimanapun katanya, SWP tetap sebuah parti 'sahabat baik' kepada parti dalam komponen Barisan Nasional (BN) yang lain kecuali PRS tetapi tidak bermakna SWP bersekongkol dengan parti pembangkang. "Kita akan tetap menjadi sahabat baik kepada parti SPDP, PBB termasuk SUPP dan BN pada keseluruhannya," katanya. Mengulas kemungkinan parti itu diterima dalam BN pada masa akan datang, Larry memberitahu, ia adalah sesuatu yang masih terlalu jauh untuk difikirkan dan adalah lebih baik ia tidak menjadi isu pada masa ini. Katanya, apa yang penting pada masa ini, parti SWP mengambil peluang yang ada untuk memenangi hati rakyat sebagai persiapan menghadapi PRU13 yang akan datang. | |||||||
Pembangkang turut dapat sumbangan politik Posted: 18 Oct 2012 04:12 PM PDT Tiada halangan mahupun menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak termasuk pembangkang menerima sumbangan dan wang bagi kegiatan politik, kata Nazri Aziz. Sekitar Dewan Rakyat KUALA LUMPUR: Pembangkang tidak seharusnya mempertikai Umno Sabah mendapat sumbangan luar untuk kegiatan politik, sedangkan DAP sendiri mendapat wang kira-kira RM3.5 juta daripada penyokong setianya untuk membina bangunan baharu di Pulau Pinang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Beliau berkata tiada halangan mahupun menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak termasuk pembangkang menerima sumbangan dan wang bagi kegiatan politik. "Tiada masalah untuk mana-mana parti terima apa-apa sumbangan. Kita faham DAP pun dapat. Tetapi kalau Umno dapat lebih, itu kerana penyokong Umno lagi ramai. "Bukan merupakan satu kesalahan…tetapi kalau hendak dijadikan satu kesalahan, kita bersedia buat undang-undang," katanya menjawab soalan tambahan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno Sabah. Dana itu ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Nazri turut menjelaskan bahawa siasatan mengenai sumbangan yang diterima Umno Sabah bukan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) yang telah menyatakan tiada unsur rasuah dalam siasatan itu. "Duit itu masuk ke bank akaun atas nama Badan Perhubungan Umno Sabah. Kalau Yang Berhormat tidak bersetuju boleh tanya ICAC sebab mereka yang siasat dan menutup kes," katanya. Terdahulu beliau ditanya mengenai jumlah pemimpin tertinggi dalam kerajaan yang sedang disoal siasat oleh SPRM kerana rasuah. Menurutnya, sehingga kini, enam individu dalam kategori itu disiasat yang melibatkan seorang bekas menteri besar, dua anggota Parlimen, dua exco dan dua anggota Dewan Undangan Negeri. "Peruntukan akta SPRM tidak benarkan kita zahirkan (dedahkan) kes terkini yang sedang disiasat. Ini kerana kalau tengah siasat, kita bagi tahu orang, itu kesempatan pada orang itu untuk sembunyi fakta dan maklumat dan saksi-saksi juga boleh dikompromi. "Selagi belum didapati bersalah termasuk dibawa untuk didakwa di mahkamah, kita tidak boleh zahirkan. Kita kena berlaku adil kepada mereka juga," katanya.- Bernama | |||||||
Pemaju jual rumah kos sederhana lebih tinggi Posted: 18 Oct 2012 04:09 PM PDT Kementerian Perumahan gagal menyemak harga-harga jualan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor apabila meluluskan lesen pemaju perumahan. PETALING JAYA: Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan didakwa meluluskan harga jualan melebihi dari harga maksima untuk Rumah Kos Sederhana. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata kementerian berkenaan juga didapati gagal menyemak harga-harga jualan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor apabila meluluskan lesen pemaju perumahan. Kerajaan Negeri Selangor mensyaratkan bagi setiap pembangunan melebihi 10 ekar sebahagian darinya perlu dibina Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah dan Rumah Kos Sederhana. Katanya, Rumah Kos Rendah hanya boleh dijual dengan harga maksima RM42,000, Rumah Kos Sederhana Rendah RM72,000 dan Rumah Kos Sederhana RM100,000. Bagaimanapun terdapat kes-kes di mana kementerian berkenaan telah meluluskan harga jualan melebihi dari harga maksima untuk Rumah Kos Sederhana. "Sebagai contoh, terdapat Rumah Kos Sederhana di Bukit Subang, Shah Alam yang telah diberi kelulusan untuk dijual dengan harga sehingga RM220,000 sebuah. Ini bermakna RM120,000 lebih tinggi dari harga yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri. "Oleh yang demikian, Kementerian Perumahan perlu menyemak harga jualan maksima yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebelum meluluskan lesen pemaju. "Sekiranya pemaju gagal membina menurut kelulusan Kerajaan Negeri, pembeli-pembeli akan menghadapi masalah untuk mendapatkan surat hakmilik," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ujarnya, kerajaan Persekutuan mengumumkan bahawa mereka akan memberi penekanan kepada pembinaan Rumah Mampu Milik tetapi Kementerian Perumahan pula telah mengeluarkan lesen yang membenarkan pemaju menjual dengan harga yang lebih tinggi dari yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Maka beliau mahu Kementerian Perumahan perlu lebih bertanggungjawab dalam hal ini. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan