Jumaat, 19 Oktober 2012

Biaqpila

Biaqpila


PERKASA Keluaq Fatwa Haram Umat Islam Undi MCA

Posted: 19 Oct 2012 06:33 AM PDT


Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.

"Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan (kanan).

"Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.

Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''.

Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut.

Apa tujuan Soi Lek?

Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan juga membangkitkan persoalan tujuan kenyataan Dr Chua yang menyentuh isu sensitif itu sedangkan pemimpin veteran itu sudah lama bersama dengan "rakan Islam".

"Apakah kita mahu berlaku di sini? Umat Islam wajib pertahankan hukum hudud yang sebenar. Bukan hukum hudud ala PAS," katanya.

Menyentuh kenyataan Dr Chua itu, Syed Hasan membidasnya, hudud tuntutan Islam tidak akan membuatkan rakyat hilang pekerjaan, malah memberi banyak peluang pekerjaan.

Justeru, katanya lagi, Chua lebih baik berdiam diri kerana beliau didakwa tidak faham apa itu hukum hudud sebenarnya.

"Seorang bukan Islam adalah lebih baik tidak menyentuh hukum Islam lebih-lebih lagi di Malaysia," katanya melalui SMS ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Syed Hassan juga mengingatkan supaya perkara sensitif tidak diusik, termasuk yang melibatkan agama bukan Islam, kerana ia pasti mendatangkan kemarahan pihak lain.

"Banyak terjadi di sesetengah negara luar, isu agama boleh jadi huru hara sehingga bunuh membunuh antara penganut agama berlainan." katanya lagi.

MK

Gaji RM500, Robengah mampu bina rumah RM100K.. Jingga 13 serah memo minta penjelasan Rais Yatim

Posted: 19 Oct 2012 04:09 AM PDT

Anak Sungai Derhaka
anaksungaiderhaka@gmail.com


thumbnail Gaji RM500, Robengah mampu bina rumah RM100K.. Jingga 13 serah memo minta penjelasan Rais Yatim

Oct 19th 2012, 18:39



Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 di negara asalnya.


Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoalkan bagaimana Robengah, yang bekerja selama 8 tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia.

Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun.


"Suami Robengah, Sukiman pula lumpuh sebelah kaki dan tidak boleh bekerja, malah mereka ada dua anak bernama Monica dan Tina yang masih bersekolah," kata Fariz.

"Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja," kata Fariz.

Menurut Fariz, adalah tidak masuk akal jika Robengah tidak pernah menghantar wang kepada keluarganya sepanjang 8 tahun hingga mampu membina rumah sebesar itu, sedangkan jirannya memberitahu rumah Robengah sebelum ini sangat daif.


Rumah jirannya disebelah kanan


Rumah jirannya disebelah kiri
Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia.


Seperti yang telah dimaklumkan oleh Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa semalam, satu memorandum telah diserahkan kepada Rais Yatim hari ini dan telah diterima oleh Ketua Pentadbiran Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Berikut adalah  kandungan memorandum tersebut..


Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.



If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

RUMAH INI "BERGEGAR" SECARA TIBA-TIBA !!!!

Posted: 18 Oct 2012 11:00 PM PDT


Apa yang menarik mengenai rumah ini sehingga menjadi hiasan di dada-dada blog sepanjang hari ini? Jom kita terajang sampai BERGEGAR!!!

Rumah ini terletak di salah sebuah kampung di Banjarnegara, Indonesia sekitar 12 jam perjalanan dari Bandar Jakarta, Indonesia jika menaiki kereta.

Wanita yang berdiri bersama suaminya di depan rumah ini dikatakan sangat rapat dengan Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Hari ini satu sidang media akan diadakan oleh aktivis maya (cyberwarrior) yang juga merupakan NGO, Jingga 13 berhubung gambar rumah dan wanita di atas. Para wartawan dan pengamal media dijemput hadir untuk membuat liputan.

Tarikh: 19 Oktober 2012
Masa: 2.30 petang (Selepas solat Jumaat)
Tempat: Pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Komplek Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, Kuala Lumpur.

Sumber: MILOSUAM


IKLAN PALING LAWAK TAHUN INI....HIDUP UMNO!!!



HUKUM ORANG YANG TIDAK MENUNAIKAN HAJI SETELAH CUKUP SYARAT WAJIBNYA

Posted: 18 Oct 2012 09:00 PM PDT


Bagi orang yang telah cukup syarat-syarat wajib haji tetapi tidak segera menunaikannya tiba-tiba dia meninggal dunia, maka sangatlah besarlah dosanya, kerana boleh menyebabkan dia mati sebagi seorang Nasrani dan Yahudi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa yang ada mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia tidak menunaikan haji,maka tidak ada halangan ke atasnya jika dikehendaki matinya sebagai yahudi atau Nasrani. Dan yang demikian itu, sesungguhnya Allah berfirman dalam kitab-Nya (Al-Quran ) "Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah". (Riwayat - Turmizi)

HAJI DAN UMRAH KANAK-KANAK

Haji dan Umrah yang dikerjakan oleh kanak-kanak (yang belum akil baligh atau cukup umur) hukumnya adalah sunat sahaja dan wajiblah dikerjakan sekali lagi apabila baligh nanti. Sebagaimana dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Nabi s.a.w bersabda "Siapa dari kanak-kanak mengerjakan haji, maka apabila dia cukup umur, wajiblah dia mengerjakan haji sekali lagi". (Riwayat - At - Tabarani)

HAJI BAGI WANITA

Seperti lelaki, wanita juga wajib menunaikan fardhu haji jika cukup syarat-syarat wajibnya seperti yang telah disebutkan dahulu. Tetapi ada syarat tambahan bagi wanita yang hendak menunaikan fardu haji iaitu:-

Hendaklah ditemani oleh suaminya atau muhrimnya (iaitu orang haram nikah dengannya), atau dengan sekurang-kurangnya tiga orang perempuan yang boleh dipercayai dan;
Dengan izin suami atau walinya. Berhubung dengan larangan pergi haji bagi wanita tanpa muhrim ini, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya Nabi, s.a.w bersabda: "Janganlah seseorang perempuan pergi musafir kecuali beserta muhrimnya, janganlah seseorang lelaki mendatangi perempuan kecuali perempuan itu berada dengan muhrimnya". Lalu seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w. " Ya Rasulullah, saya hendak pergi berperang tetapi isteri saya hendak pergi menunaikan fardhu haji" Nabi s.a.w. menjawab, " Pergilah haji bersama isterimu" (Riwayat - Bukhari) Disyaratkan bagi lelaki yang menemankan perempuan itu, dan hendaklah jangan berada jauh dari perempuan itu supaya diketahui orang bahawa lelaki itu menemani dan menjaganya. Jika tidak ada lelaki menemankan perempuan itu, maka memadai juga ditemani oleh tiga orang perempuan yang boleh dipercayai.

HUKUM MENYEGERAKAN HAJI

Mengenai hukum segera menunaikan fardhu haji setelah cukup syarat-syarat wajib haji, menurut Imam Syafie adalah sunat iaitu tidaklah berdosa menangguhkannya asalkan sahaja ditunaikan pada sebarang waktu sebelum meninggal dunia. Dalil atau alasan yang diberikan ialah fardhu haji itu telah diwajibkan pada tahun ke enam selepas hijrah, tetapi Nabi s.a.w menangguhkan pelaksanaan haji hinggalah pada tahun kesepuluh, barulah Nabi s.a.w bersama-sama para sahabat pergi menunaikan fardhu haji, walaupun mereka telah berkuasa pergi pada tahun ketujuh, kelapan atau kesembilan. Sekiranya wajib dikerjakan segera sudah tentulah Nabi s.a.w tidak akan menangguhkannya.

al-azim

TAHNIAH! MALAYSIA BAKAL JADI HUB HIBURAN LUCAH TERLAMPAU

Posted: 18 Oct 2012 06:00 PM PDT


Memang Malaysia ni dah terbalik wa cakap lu. Kalau ada blog yang sikit menghentam raja ataupun pemimpin Umno/BN, bukan main lagi SKMM ni bertindak. Tangkap sana, tangkap sini. Saman sana, saman sini.


Tapi bila ada pelajar Malaysia yang buat blog lucah, mungkin video lucah pun ada kot berdasarkan gambar yang di upload dalam blog mereka tu, SKMM buat pekak badak jer. Tak ada tindakan yang di ambil.


Alasan yang SKMM ni bagi memang tahap cibai punya alasan. Takut masa depan 2 orang pelajar Malaysia ni terjejas jika di dakwa. Kalau lu orang tak percaya, lu cuba klik sini dan kat sini.




Apa punya hamjad Menteri yang jaga SKMM bila dia kata dia serahkan pada orang ramai untuk menilai tindakan yang dah dibuat oleh 2 orang pelajar terlampau ni. Dia orang nak mengongkek pun Menteri ni serah pada orang ramai untuk menilai samada boleh terima atau tidak? Hilang akal ke Menteri ni? Ke akal dia dah di bawak lari oleh amah Indon ke Indonesia nun.


Ke blog tu pun Menteri ni suka singgah? Sebab tu dia tak mau ambik action, nanti kena delete pulak blog tu kan. Baik lu ngaku, lu suka singgah situ erk???


keh keh keh keh keh keh keh keh..


Dua ekoq pelajar yang 'horny' tak kira masa tu bernama Alvin Tan Jye Yee dan makwe dia pulak bernama Vivian Lee. Anak sapa la yang rendah akhlak mengalahkan binatang ni. Bukan malu 1 Malaysia la weyh.


Tapi wa sikit pun tak heran sebab video lucah la ni dah boleh masuk kat dalam berita perdana dah pun. Budak2 pun dah boleh tengok cerita lucah, cuma tunggu jer depan TV. Kalau nasib baik, ada la cerita lucah dalam warta berita.


Dan dengan wujudnya blog lucah rakyat Malaysia ni, maka sasaran Malaysia untuk menjadi hub hiburan lucah melampau akan mencapai sasarannya menjelang 2020 nanti.


Wa ucapkan tahniah kat Menteri yang jaga SKMM ni dan seluruh warga SKMM yang terpalit sama dalam isu ni kerana telah membuktikan bahawa SKMM hanya berani bertindak kepada rakyatnya berbangsa melayu sahaja dan mengsahihkan jugak bahawa SKMM hanya berani membuat dakwaan terpilih.

kopitarikkaw2


CHUA SOI LEK DAH TAK DAK MODAI

Posted: 18 Oct 2012 03:00 PM PDT

Chua Soi Lek timbul isu hudud untuk hadapi PRU 13

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terus membangkitkan isu hudud dengan memperbesarkan apa yang didakwa ancamannya kepada ekonomi negara, mendakwa 1.2 juta rakyat bakal kehilangan pekerjaan jika undang-undang itu dilaksanakan.

Kenyataan terbaharu Chua itu tidak banyak perbezaan dengan kenyataannya sebelum ini berhubung hudud, termasuk mengatakan pelabur asing akan meninggalkan Malaysia sekiranya hudud dijalankan.

Kenyataan Chua kali ini, dengan memetik sumber teks pesanan ringkas melalui telefon, menampakkan isu hudud sengaja ditimbulkan lagi untuk meneruskan kehangatan debat isu ini dalam politik negara.

Dari sudut strategi, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, isu hudud yang menjadi satu isu yang boleh menentukan undi kaum Cina perlu dimainkan lagi untuk kepentingan MCA.

Kejayaan pertama Chua ialah isu ini telah hangat menjadi perhatian di media, dan dijangka akan turut menjadi perhatian khusus media berbahasa Cina, kerana debat ini melibatkan parti-parti mewakili kepentingan Cina.

Perhatian pengundi Cina terhadap isu ini, mengikut kepentingan MCA, perlu diteruskan dan dijadikan isu yang menjadi faktor pengundian mereka.

Dakwaan yang disebut - yang hanya dipetik daripada SMS - akan segera berakhir, tetapi kehangatan debat hudud dalam media akan berterusan.

Pengundi Cina menjadi sasaran debat terkini ini, yang dijelaskan melalui fokus kepada ekonomi yang menjadi tumpuan utama MCA dalam mengulas isu hudud.

MCA turut mengundang reaksi daripada DAP, yang bakal terus diserang kerana mempunyai hubungan dengan PAS yang dikaitkan dengan hudud, walaupun hal ini bukan lagi menjadi keutamaan parti Islam itu.

DAP, sebagai tindakan untuk menenangkan dan meyakinkan konstituensinya biasanya akan memgeluarkan kenyataan tegas menolak hudud untuk membuktikan yang parti itu tidak dipengaruhi PAS dan menolak sepenuhnya hudud, seperti juga MCA.

Hal yang sama telah berlaku dalam bentuk yang hampir sama semasa DAP bersama PAS dalam gabungan Barisan Alternatif. Strategi yang sama digunakan lagi oleh MCA kali ini.

DAP, walaupun kelihatan semakin bijak menangani sentimen Melayu - seperti dilakukan di Pulau Pinang - masih terikat dengan komitmen ideologinya yang mengutamakan pemisahan agama Islam dengan politik di negara ini.

Seperti diperhatikan malah sejak tertubuhnya Pakatan Rakyat, DAP terpaksa memberi respons yang tegas dalam isu hudud, demi menjaga sentimen pengundinya dan pegangan sekular dan tidak mesra dengan Islam yang menunjangi parti dikuasai Cina itu.

siasahdaily


Tiada ulasan: