Jumaat, 19 Oktober 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Mewahnya Rumah Bekas Pembantu Rumah Rais, Dari Mana Sumber Kewangannya?

Posted: 19 Oct 2012 12:13 AM PDT



[KD] Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 di negara asalnya.

Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoalkan bagaimana Robengah, yang bekerja selama 8 tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia.

Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun.

"Suami Robengah, Sukiman pula lumpuh sebelah kaki dan tidak boleh bekerja, malah mereka ada dua anak bernama Monica dan Tina yang masih bersekolah," kata Fariz.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan semalam, Jingga 13 turut mendedahkan bukti gambar rumah berkenaan.

"Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja," kata Fariz.

Menurut Fariz, adalah tidak masuk akal jika Robengah tidak pernah menghantar wang kepada keluarganya sepanjang 8 tahun hingga mampu membina rumah sebesar itu, sedangkan jirannya memberitahu rumah Robengah sebelum ini sangat daif.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam pada itu, Fariz mendakwa, surat yang muncul selepas empat tahun kes itu berlaku secara tidak langsung 'menyelamatkan' Rais daripada tuduhan itu.

"Adakah wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuan diperkosa oleh Datuk Seri Rais Yatim?"

"Justeru kami desak Rais dengan jujur dan bertanggungjawab jelaskan sumber kemewahan Robengah sehingga mampu hidup sedemikian rupa," katanya lagi.

Sementara itu, Jingga 13 akan menghantar satu memorandum berhubung perkara itu kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan di Jalan Raja, Kuala Lumpur jam 2.30 petang ini. 
 
 
 
 

[Video] Hebat MB UMNO, Dengan Rakyat Pun Nak Ajak Bertumbuk!

Posted: 18 Oct 2012 11:20 PM PDT




Berita Berkaitan:

Bodoh, bangang: Adnan dituntut mohon maaf

[HD] Temerloh - Tindakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang memperlekeh dan menghina masyarakat Orang Asli (OA) yang berdemo dan menyerahkan memorandum kepada beliau semalam, dianggap tidak profesional dan memalukan.

Malah tindakan beliau yang sanggup mengucapkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang' serta telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong bergaduh dengannya, jelas memperlihatkan sikap tidak hormat kepada rakyat.

Timbalan Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata, beliau sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkahlaku Adnan dan menuntut Menteri Besar (MB) itu menuntut maaf dengan OA.

"Ketika OA berdemo dan menyerahkan memorandum kepada MB Pahang semalam, Majlis Peguam telah memantau dan terdapat laporan beliau (Adnan) telah memperlekeh dan menghina masyarakat OA dengan mengeluarkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang'.

"Malah beliau telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong untuk bertumbuk dengannya. Saya selaku alah seorang panel peguam kepada OA dalam isu tuntutan yang dibuat mereka, sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkah laku MB Pahang yang jelas sangat tidak bertamadun dan langsung tidak punya rasa hormat kepada rakyat," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada media mengulas kira-kira 500 OA melalui Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) yang berkampung di pekarangan Wisma Sri Pahang di Kuantan, semalam bagi menyerahkan memorandum mengenai pencerobohan, tuntutan tanah dan wilayah adat kepada MB.

Melalui memorandum berkenaan, sebanyak lapan perkara dibangkit dan dituntut oleh kumpulan berkenaan serta mereka bertegas menyerahkan sendiri kepada MB.

Kumpulan Orang Asli dari seluruh Pahang berkenaan tiba kira-kira jam 11 pagi dengan membawa sepanduk yang antaranya tertera "Batalkan status tanah rizab yang bertindih dengan tanah adat orang asli", "Iktiraf hak dan tanah adat Orang Asli" dan pelbagai lagi perkara menjurus kepentingan tanah adat kaum mereka.

Ahmad Nizam yang juga peguam kepada komuniti berkenaan, berkata, memorandum yang diserahkan itu adalah penyataan bersama seluruh masyarakat Orang Asli melalui JKOASM sebagai tanda melahirkan kesepakatan supaya kawasan atau tanah dan wilayah diiktiraf.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini sering wujud pertikaian antara kerajaan dan masyarakat orang asli mengenai perkara tersebut.

"Tanah yang kaum OA diami sejak dari zaman nenek moyang sering dikatakan sebagai tanah kerajaan, rizab perhutanan, rizab Perhilitan dan rizab Melayu sehingga tanah serta wilayah adat mereka dipindah milik atau diberi kelulusan kepada pihak lain.

"Melalui memorandum berkenaan mereka mahukan segala aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat OA dihentikan, menarik balik lesen yang telah diberi kepada semua kontraktor yang bekerja di atas tanah wilayah adat dan membayar pampas an sewajarnya di atas kerugian kami alami.

"Selain itu, kerajaan harus membatalkan semua rizab bertindih dengan tanah dan wilayah adat OA bagi membolehkan pengiktirafan atau perlindungan serta mengiktiraf seluruh tanah dan wilayah adat OA mengikut peta komuniti," katanya.

Memorandum berkenaan turut mengandungi sebanyak 6,000 tandatangan OA mewakili kaum mereka di seluruh Pahang.



 P/s: Cakap banyak pun tidak berguna! Hukum BN dalam PRU 13 nanti!




Kes Anak Nazri "Diselesaikan Secara Baik"

Posted: 18 Oct 2012 09:20 PM PDT


[MK] Kejadian memukul penyelia keselamatan pada Mac 2012 sebenarnya dilakukan oleh bekas pengawal peribadi Mohamad Nedim Nazri - anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, kata menteri dalam negeri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Menurutnya, kes tersebut telah disiasat mengikut Seksyen 160, Kanun Keseksaan.

NONEKejadian itu berlaku apabila Mohamad Nedim dan pengawal
peribadinya didakwa tidak dibenarkan memasuki kondominium mewah Mont Kiara Mac oleh seorang penyelia firma keselamatan.

"Kes ini telahpun diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak," kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam jawapan bertulis itu ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh.

Loh meminta menteri dalam negeri itu menyatakan hasil siasatan polis terhadap Mohamad Nedim berhubung kejadian memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibunegara pada Mac 2012 dan kejadian kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di  Reston Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.

Mengenai kes kematian Darren, Hishammuddin berkata Mohamad Nedim didapati tidak terlibat dengan kes tersebut.

"Dalam kes ini, lima orang warganegara Thailand yang didapati bersalah, telahpun dituduh di mahkamah dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara," katanya.


P/s: Kalau orang biasa...


Kemas Kini:

PKR: Kes selesai, anak Nazri macam mana?


 
[MK] PKR menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan jawapan Parlimen bahawa kes pengawal peribadi anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah selesai.

Ini kerana, kata naib presidennya N Surendran, ia gagal menyentuh tentang siasatan terhadap Mohamed Nedim Nazri.

"Apakah hasil daripada siasatan terhadap Mohamed Nedim bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan?

"Walaupun mengakui perkara itu disiasat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Huseein sengaja tidak memberitahu sama ada Nedim bersih daripada sebarang kesalahan," kata Surendran.

Dalam kenyataannya hari ini, Surendran berkata, tanpa mengira kedudukan sosial, semua orang sama di mata undang-undang dan pengawal keselamatan terlibat juga berhak mendapatkan keadilan.

"Kami menggesa menteri dalam negeri mendedahkan segala-galanya fakta sebenar kes itu dan membuka semula siasatan ke atas kes serangan itu," katanya.
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan: