Khamis, 4 Oktober 2012

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


AkuTakPeduliAkuAkanRockSampaiTua - konsert G4 - Petikan Legasi

Posted: 03 Oct 2012 09:35 AM PDT

Era Rock berbeza dengan hari ini. Selain munculnya band-band rock yang gah seperti Sweet Charity, Black Dog Bone, Search, Lefthanded, Rusty Blade, BPR, White Steel, Unwanted, SYJ, Bloodshed dan seterusnya Wings, May, XPDC turut memeriahkan demam ini ialah munculnya hero gitar. Selain vokalis band yang popular, gitaris seperti Rosli Mohalim dan Wan Ahmad (Sweet Charity), Hillary Ang dan Kid dari Search, Man Kidal dan arwah Samad (Lefthanded), Khalid Mubin (Rusty Blade), Opie (Bloodshed) juga Joe (Wings). Sehingga hari ini hero gitar ini menjadi idola peminat muzik rock khususnya berbagai generasi.
Bertempat di Life Centre pada malam 30 September yang lalu aku ke sana menyaksikan Konsert G4 : Petikan Legasi menampilkan Man Kidal, Hillary Ang, Kid Search dan Joe Wings - pertama kali di dalam sejarah konsert gitar. Dianjurkan oleh RK Polaris (RK bukan Ronasina Kartunis tau? hihi), aku teruja ke sana dan seawal 7.30 malam sudah berkumpul jemaah-jemaah rock. Tiket RM100-120 ini mengumpulkan lebih kurang 300 penonton yang sangat menghargai bakat pemuzik selain mungkin meminati muzik rock itu sendiri.
Mereka muncul di atas pentas pada awal persembahan di samping pemuzik undangan yang duduk di posisi gitar kedua, bass, keyboard dan drum. 
Kemudian Kid Search mengambil tempat memulakan persembahan dengan riff dan sound yang tersendiri. Aku meminati sound dan solo Kid yang unik juga. Aru Koffin Kanser penyanyi undangan Kid menyanyikan beberapa lagu. Kid memainkan solo 'Mencari'. Secara peribadi aku agak kecewa dengan Kid kerana walaupun lincah tetapi aku lihat aksi beliau seakan dikawal sesuatu dan agak poyo seperti Frankenstein.
Hillary Ang kemudiannya mengambil tempat dan tak perlu dinafikan beliaulah yang memberikan nafas dalam album Search lebih-lebih lagi album Langit Dan Bumi dan Mentari Merah Di Ufuk Timur. Solo Sebatang Tongkat Untuk Berdiri, Serigala SEgalanya, Pelesit Kota masih berdesing di telinga aku sejak dahulu. Evelyn Feroza diberi kepercayaan menyanyikan lagu bersama Hillary. sayangnya HIllary gagal mengingati malam itu malam beliau, sebaliknya menyangka beliau ahanya sebagai pemuzik pengiring kerana hanya melekat di sudut kanan pentas.
Joe Wings akhir mengambil giliran dan menunjukkan skilnya menyanyi lagu Orang Timur dan sebuah lagu blues. "Jangan bandingkan suara saya dengan Awie" selorohnya. Joe dengan kepantasan jarinya dan sound yang pelik-pelik berjaya memukau.
Sebelum Joe, Man Kidal muncul dahulu dan walaupun aku memang peminat setia Man tetapi aku tak perlu 'bias' untuk menilai bahawa beliau raja malam itu. Memulakan dengan instrumental 'Arah Yang Hilang' dari album Lefthanded - Evolusi, Man menggoreng dengan gila. Sentuhan Kidal adalah anthem dan wajib selain menggigit gitar.
Putera- penyanyi muda menyanyikan lagu mengiringi Man dan sebelum itu ke semua mereka menyanyikan lagu Hati Emas. Elly anak Man Kidal yang sepatutnya turut mengiringi persembahan tidak dapat hadir. Tetapi Man Kidal berjaya mengatasinya.
Ahh! Cukuplah tuu...












Tiada ulasan: