. |
Mengulas Kabinet PR Versi Subky Latif Posted: 14 Oct 2012 02:48 AM PDT JENAKA AHAD Semasa dalam perjalanan untuk 'futur', makan pagi (betul ke), bersama taukeh kopi janda yang kini bertukar menjadi Kopi Bunda, Sdr Zulaimi Kazin, saya sempat membelek-belek akhbar Harakah terbaru yang tersedia dalam keretanya. Kebetulan bila belek terbuka muka surat menempatkan kolum Subky Latif.
Arwah Cikgu Wan Mahmod, guru darjah satu saya tatkala saya berjumpa dengannya setelah saya jadi penulis, Allahyarham menyebut mengenai Subky. Subky sampah pun dia tulis tetapi apa yang dia tulis akan jadi besar dan penting. Itulah kehebatan Subky. Saya juga bernasib baik kerana sempat berkawan dengan Ustaz Subky Latiff ini yang kini sudah bersara dari memegang jawatan dalam Pas, namun tidak pernah bersara dalam tugas dan tanggungjawab dakwah Islamiyahnya. Minggu ini Subky menulis mengenai kabinet bayangan Pakatan Rakyat. Saya rasa Subky berbuat demikian sebagai membalas atau menjawab persoalan puak UBN yang gila-gila bertanya mengenai kabinet bayangan Pakatan Rakyat. Najib mencabar meminta Anwar atau Pakatan Rakyat mengemukakan kabinet bayangan untuk menunjukkan mereka mampu menyediakan barisan kepimpinan jika berkuasa kelak. Kononnya Najib merasakan Pakatan Rakyat tidak memiliki tokoh berkemampuan dan akan berlaku perebutan kelak. Membaca tulisan Subky itu menyebabkan saya tersenyum sendiri apabila membaca satu demi satu anggota kabinet dan juga jawatan-jawatan yang dipadankan. Menurut kabinet Subky ada 23 kementerian di mana Anwar Ibrahim tetap diberikan jawatan perdana menteri, manakala Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang masing-masing menjadi timbalan perdana menteri merangkap Menteri Agama dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Penyusunan kabinet oleh Subky itu mengikut senioriti 'menteri-menteri' di dalam parti masing-masing. Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu dicadangkan memegang Menteri Dalam Negeri, Naik Presiden DAP, Tan Seng Geok Menteri Kesihatan, Ahli MPT Keadilan, Khalid Ibrahim Menteri Kewangan, manakala Pengerusi DAP Karpal Singh Menteri Undang-Undang. Menteri Pertahanan diberikan kepada Naib Presiden Keadilan, Mohammed Azmin Ali, Menteri Kerjaraya diserahkan kepada Pengerusi PPS Lajim Ukin. Menteri Penerangan dikhasnya kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, manakala Naib Presiden Pas, Mahfoz Omar pula diberi kementerian Perdagangan. Menteri Buruh dan Tenaga Manusia diserahkan kepada Tony Phua, Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali pula Menteri Pelajaran, Kulasingam Menteri Sains dan Teknologi. Bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali menteri Pengajian Tinggi, Anthone Loke Perdagangan,Koperasi dan Kepenggunaan Dalam negeri. Tian Chua dan Teresa Kok masing-masing diberikan menteri Pelancungan dan Menteri Alam Sekitar.
Keseluruhan kabinet Subky itu saya melihat kena pada tempatnya dan sesuai dengan kebolehan dan profesional tokoh-tokoh yang dilantik itu. Setidak-tidak kabinet bayangan Subky itu dapat diguna pakai oleh UBN dan Najib untuk membuat penilaian. Kabinet itu memberi jawaban bahawa Pakatan Rakyat ada tokoh dan mampu untuk membentuk kabinet yuang dinamik. Pada saya kabinet itu munasabah dan adil serta berpadan dengan tokoh dilantik. Cuma apa yang saya ingin menyentuh sedikit mengenai Husam Musa. Kenapa Subky menghantar Husam ke luar negara. Ia menjadi persoalan kepada saya apakah benar Husam akan meninggal Kelantan pada pilihan raya umum akan datang. Ataupun Husam bakal dilantik menjadi Senator sekiranya beliau menghadapi apa-apa masalah di Kelantan kelak. Kerana setakat ini setahu saya Husam masih still bertanding di kerusinya kini di Dun Salor dan antara tokoh yang disebut bakal menggantikan Tokguru Nik Aziz Nik Mat. Dalam pada itu kedudukan Husam di kementerian luar juga amat sesuai. Mungkin Subky sudah mengambil kira kebolehan dan juga sifat dan perangai Husam yang kuat berkerja dan kurang gemar untuk bersosial seperti ahli parlimen lain. Selain itu kebolehan dan kepakaran Husam dalam berunding dan mahir dalam bidang ekonomi dikira berjaya menarik pelaburan terutamanya dari China dan Arab Saudi. Saya juga yakin kalau Husam menjadi menteri luar beliau akan dapat menjaga maruah negara yang selama ini telah dirosakkan oleh kerajaan UBN. Sudah pasti sebagai seorang yang kreatif dan bijak Husam akan cuba mendapatkan semula beberapa wilayah Malaysia yang telah hilang disebabkan kelemahan kita dalam menggunakan undang-undang untuk menjaga martabat kita. Pulau Batu Putih, tanah milik Keretapi Tanah Melayu di Gelang yang diberikan kepada kerajaan Singapura saya pasti akan dikaji dan dinilai semula oleh Husam untuk dikembalikan kepada pengakuan negara. Mengenangkan kelebihan dan kebolehan Husam dalam hal inilah maka saya rasa Subky tidak suka-suka dan saja-saja mencadangkan Husam di letak di kementerian luar. Mengamati muka-muka dalam kabinet Subky itu ada beberapa tokoh yang memegang jawatan penting dalam parti tidak dilantik memegang apa-apa kementerian. Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin, Ketua Muslimat Pas Siti Zailah Yusuf, Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Hassan dan juga Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Md Akin tidak diberi apa-apa jawatan menteri. Untuk Zailah mungkin sudah ada maklumat dari Subky yang ahli parlimen itu akan dibawa bertanding di Dun dalam pilihan raya akan datang untuk dilantik menjadi anggota Exco. Zailah dikatakan akan diturunkan ke Dun Gual Periok untuk mengganti Ahmad Awang yang diberitakan sudah tidak mahu bertanding lagi kerana mahu menumpukan kepada pendidikan pondoknya. Kekosongan kerusi Parlimen Rantau Panjang bakal diisi semula oleh bekas MP itu, Abdul Fatah Haron yang kini Adun Bukit Tuku. Sekiranya ini berlaku Dun Bukit Tuku akan diletak muka baru. Orang sama juga akan dibawa ke parlimen Rantau Panjang kalau Fatah tetap mahu kekal di Bukit Tuku ataupun berhajat untuk bersara. Kesimpulannya kabinet versi Subky Latiff menjelaskan Pakatan Rakyat berwibawa dan berkemampuan mengemukakan barisan kepimpinan bagi sebuah negara berkebajikan di Malaysia. [wm.kl.5:42 pm 14/10/12] tanpa edit. | ||||
Kenapa Nampak Filem, Tak Nampak Kapal? Posted: 13 Oct 2012 09:00 AM PDT LINTAS MALAM Bila klik video filem Innocence of Muslim yang menghina dan mengaibkan agama Islam ditaburkan dalam alam siber dan memasuki ke rumah kita sampai ke ruang dapur dan tandas, kita - orang Melayu Islam bangkit membantah. Kita semua mengecam pembikinan filem tersebut dan pengedarannya di ruang internet. Kononnya ia menghina dan mengaibkan kita.
Anak-anak muda yang baru tumbuh susuh dan bulu kepak baru hendak bersinar pun, baik dari dewan anak-anak muda atau kelab anak-anak muda nasionalis, turun melalak menjerit melaungkan kecaman ke atas Yahudi dan melaknatkan Amerika. Bukan main lagi mereka bertempik sampai tercabut serban dan songkok serta hingus sampai meleleh ke pipi dibiarkan atau ditelan dengan asin peluh. Tidak mengapa kerana aksi itu mengundang syahid kononnya. Semua aksi itu untuk menunjuk kononnya akulah pejuang Islam dan sedia syahid demi Islam. Dua kumpulan menjadi ketua kepada dewan budak-budak dan kelab anak-anak muda ikut sama mengambil bahagian. Mereka menujukkan kekuatan masing-masing berdasarkan jumlah yang hadir. Seorang melaung di Jalan Pekeliling berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat sementara satu lagi melalak di kawasan masjid Kampung Baru. Saya bukan anti demostraai, saya juga pernah turun dan berpeluh pelai menyertai berdemoratsi. Bahkan lebih awal dari sesetengah mereka. Tetapi demonstrasi yang satu ini - menentang filem - saya merasakan tidak relevan kerana ia bukan ada kena mengena secara langsung dengan umat Islam negara ini. Betapa tuntutan dan desakan kerajaan UBN tidak boleh berbuat apa-apa. Bukankan itu satu perbuatan sia-sia? Jika dibandingkan dengan demonstrasi menuntut royalti minyak yang dianjurkan (R) jauh demonstrasi itu lebih 'auliya' dan perlu disokong. Malangnya semasa demonstrasi 'R' di Shah Alam minggu lepas tidak kelihatan ketua dewan budak-budak di majlis berkenaan. Kenapa? Mungkin mereka mengira penghinaan kerajaan pusat ke atas Kelantan dengan menafikan royalti minyak sebagai tidak mengaibkan, bukan satu dosa yang perlu dibersihkan.
Saya merujuk perkara ini kepada kedatangan kapal perang Amerika Syarikat, USS George Washington yang berlabuh di Pelabuhan Klang dan Teluk Sepaggar Sabah yang semacam tidak ada bantahan dari anak-anak muda Melayu Islam negara ini baik dari dewan budak-budak dan juga kelab kanak-kanak. Saya menanti-nanti mereka berarak dan menaikkan sepanduk di Pelabuhan Klang membantah pendaratan kapal yang mempunyai berbagai kapal perang itu. Apakah mereka tidak ada maklumat atau pun kesedaran bahaya dengan kedatangan kapal bernama USS George Washington itu. Kapal perang berkenaan mempunyai 6,102 orang anak kakapal yang lengkap dengan 90 buah pesawat perang yang ada didalamnya. Kapal ini ialah kapal ke-6 dalam kelas Nimitz dan sudah beroperasi sejak tahun 1992. Setengah kapal perang ini juga dilengkapi dengan pelancar peluru berpandu. Mungkin soal saiz dan kapastian itu tidak penting. Tetapi sejarah .. yang diciptanya cukup memilukan kita. Kapal ini dikatakan terlibat dalam membunuh lebih 50,000 semasa kapal ini digunakan menyerang Iraq dan Agfhanistan dalam pencerobohan dan perang Teluk. Tanpa mempedulikan kecanggihan itu umat Islam negara ini sepatut sensitif dengan apa dilakukan kapal berkenaan. Namun malang, tidak ada mana-mana anak muda yang membuat apa-apa bantahan. Tidak ada perarakan di Pelabuhan Klang dan sedihnya ia seolah tidak disedari akan kehadiran kapal berkenaan. Apalkah kerana anak-anak muda kita 'keralikan' bermain dengan stiker, minum petang dengan artis, sepanduk mengutuk Israel dan Amerika dan sebagainya sehingga tidak nampak musuh menceroboh dapur rumah kita. Saya tidak tahu apakah anak-anak muda politik tidak mengetahui akan hal ini. Apakah mereka tidak mengikuti perkembangan dan maklumat semasa. Kalaupun media penjilat buntut tidak menyiar atau pun mengulas akan bahaya pendaratan kapal itu, tetapi bukankah ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaaffar telah membawa usul persendirian di Parlimen untuk membincang perkara itu. Apa yang dibawa Kamaruddin itu sudah cukup memberi maklumat ataupun respons untuk bertindak ke atas kedatangan kapal puasaka berkenaan. Sikap bisu atau kurang perihatin inilah menyebabkan timbul persoalan di kepala saya apakah pemuda termasuk pemuda Pas tidak melihat perkara ini satu kewajiban penting atau teralpa terhadapnya kerana obses soal akidah sehinggakan soal keselamatan dan ketahanan negara terabai. [wm.kl.8:29 pm 13/10/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan