Ahad, 14 Oktober 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


BN Kini Terperangkap Dengan Isu Soros

Posted: 13 Oct 2012 11:33 PM PDT

Muhyiddin dakwa isu Soros bukan untuk keuntungan politik

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa BN tidak menggunakan isu jutawan George Soros – yang didakwa membiaya NGO tempatan untuk menjatuhkan kerajaan – demi keuntungan politik parti.

Beliau dipetik akhbar Mingguan Malaysia sebagai berkata, perkara itu hanya ditimbulkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sebagai peringatan bahawa bantuan Soros itu "tidak membantu negara."



"Rakyat boleh menilai, kalau kita biarkan bermakna kita mahu kuasa asing menguasai negara dan Soros mahu menggunakan kuasa wang untuk menimbulkan masalah dalam negara kita.

"Kita tidak menggunakan itu (demi keuntungan politik) tetapi kenyataan yang perlu dijelaskan," katanya dalam laporan akhbar milik Umno itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyatan timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada Khamis lalu yang bimbang serangan BN ke atas Soros akan "memakan diri sendiri".

Dalam laporan edisi hujung minggu Utusan Malaysia itu lagi, Muhyiddin berkata isu sama ada perkara itu menimbukan kesan buruk kepada BN tidak timbul kerana dakwaan tersebut telahpun dipersoalkan banyak pihak.

"Umum mengetahui peranan Soros di banyak negara, ini satu kenyataan yang perlu kita sedari kerana kalau rakyat tidak menyedarinya, ia adalah sat perkara bahaya.

"Peringatan Tun Mahathir adalah satu kenyataan dan badan yang mengharap bantuan Soros perlu sedar tindakan itu tidak membantu negara," katanya.

Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros – seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang – telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.

Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.

Dengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa membiaya Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.

"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."

Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.



Hasan Ali Disahkan Menghidapi Penyakit Anjing Gila..

Posted: 13 Oct 2012 08:51 PM PDT

Hasan Ali mahu Nik Aziz lepas jawatan mursyidul am

Presiden NGO pro-Melayu Jalur Tiga Datuk Hasan Ali menuntut supaya mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat – yang bertegas untuk meneruskan kerjasama PAS dengan DAP – supaya menyerahkan jawatan tersebut kepada Datuk Haron Din yang kini menjadi timbalan mursyidul am.

Akhbar edisi hujung minggu Utusan Malaysia melaporkan, Hasan menuntut demikian untuk mengelakkan "nasi menjadi bubur" kerana ahli akar umbi PAS dakwanya menentang kerjasama dengan DAP.

"Sebelum nasi menjadi bubur, Nik Abdul Aziz wajar memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai mursyidul am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan setara dengan beliau," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.



Hasan turut mengapi-apikan perkara itu dengan membangkitkan pendirian pemimpin DAP ke atas pelaksanaan hukum hudud yang dakwanya "mengguris hati dan perasaan ahli serta penyokong PAS".

"Lupakah Nik Aziz dan orang di sekeliling beliau bahawa Nik Aziz pernah beberapa kali menyanggah pendirian pengerusi DAP Karpal Singh dan penasihat DAP Lim Kit Siang yang berterusan menghina Islam dan menentang perjuangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud?," kata Hasan lagi dalam laporan itu.

Tambahnya, beliau bimbang sokongan yang dinyatakan Nik Abdul Aziz itu menjadikan "golongan parasit menjadi lebih ganas menghentam Islam serta perjuangan Islam".

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu galak menyuarakan kritikan ke atas PAS dan Pakatan Rakyat sebaik dipecat daripada parti awal tahun ini atas tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti.

Kenyataan semalam timbul ekoran laporan media semalam berhubung kenyataan Nik Abdul Aziz yang positif ke arah kerjasama dengan DAP bagi meraih sokongan bukan Melayu dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

http://www.malaysiakini.com/news/211628



Bangkrap Juga Sekinchan Ikan Bakar Akhirnya..

Posted: 13 Oct 2012 04:28 PM PDT

LOKASI: JALAN DUTAMAS 1, TAMAN DUTAMAS, 43200, BALAKONG, SELANGOR DARUL EHSAN.



“Tak payah layan lah Hasan Ali. Dia bukan ahli Pas,”

Posted: 13 Oct 2012 06:43 AM PDT

SHAH ALAM – "Saya tak layan Hasan Ali. Saya tak mahu komen pasal dia." Demikian menurut Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ketika diminta mengulas kenyataan terbaru, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, yang meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan tanggungjawabnya sebagai Mursyidul Am parti tersebut.

Menurut Harun, Hasan bukan lagi ahli Pas dan "dia tidak berhak" untuk bercakap mengenai apa jua hal kepimpinan dalam Pas, apatah lagi untuk meminta Nik Aziz digantikan oleh timbalannya, Datuk Dr Haron Din.



"Tak payah layan lah Hasan Ali. Dia bukan ahli Pas," katanya lagi sambil merujuk kepada desakan Presiden Jalur Tiga (Jati) itu yang mendakwa kenyataan Nik Aziz mempertahankan kerjasama di antara Pas dan DAP sebagai "menghiris hati" ahli dan penyokong Pas.

Ekoran kenyataannya mempertahankan DAP yang disifatkannya sebagai tidak pernah mengganggu perjuangan Pas dan menegaskan kerjasama dengan parti itu amat perlu bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Nik Aziz dikecam beberapa pihak.

Hasan juga berkata, Nik Aziz "agak keterlaluan" dalam mempertahankan DAP dengan menggambarkan parti komponen Pakatan Rakyat itu tidak pernah mengganggu Pas.



Hasan Ali Meroyan Dia Masih Ahli Pas

Posted: 13 Oct 2012 04:16 AM PDT



Tiada ulasan: