Rabu, 3 Oktober 2012

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


YANG DI LUPA...

Posted: 02 Oct 2012 02:08 AM PDT

Yaakub Dasan, 02 Okt 2012

RANTAU PANJANG: Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan mengingatkan usaha mengimarah masjid dan madrasah hendaklah berjalan secara terancang sebagai persediaan rohani sebelum mengambil alih kerajaan di Putrajaya.

Dato' Mohamed Daud berharap pendokong dan penyokong PAS di seluruh negara terus memantapkan diri dengan ilmu dan amalan agama.

Katanya, majlis-majlis ilmu dengan kelas ilmu tauhid, fiqah dan siasah sekurang-kurang perlu diadakan dua atau tiga kali seminggu.

"Begitu juga kelas memperbetulkan bacaan surah al Fatihah dan Tahiyyat serta membaca al Quran hendaklah dilakukan lebih tersusun.

"Dengan kemantapan ilmu yang ada dalam setiap diri pendokong PAS, membolehkan orang ramai tertarik dengan perjuangan mendaulatkan Islam.

"Selain itu dapat menarik lebih ramai anggota masyarakat datang ke masjid mengikuti pelbagai ilmu agama. Ini cukup penting sebagai proses sebelum memerintah pusat," katanya di sini.

Beliau mendedahkan perkara itu pada kuliah  Maghrib di Pusat Tarbiyah Rantau Panjang dekat  sini baru-baru ini.

Mohamed yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Mat Iraq juga berkata, pendedahan mengenai ilmu memerintah negara perlu diketengahkan kepada masyarakat.

Menurutnya Islam sebuah agama yang lengkap, di mana semua cabang ilmu sudah tersedia sejak lebih 1400 tahun lalu.

Beliau juga berkata, banyak aktiviti tambahan boleh diadakan di masjid dan madarasah termasuk kelas mempelajari al Quran, bahasa Arab, tiusyen subjek matematik dan sains.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Naib YDP, Ustaz Mohamad Awang, Ketua  Penerangan, Abdul Aziz Yunus dan penghulu-penghulu mukim.


HARAKAH DAILY..

Tiada ulasan: