Isnin, 1 Oktober 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TOLAK PEMIMPIN BACUL SEPERTI INI

Posted: 01 Oct 2012 11:08 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA kita telah melihat sendiri di Parlimen pagi semalam, Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim bangun dan membahaskan Bajet 2013 yang baru dibentangkan oleh Najib selaku Menteri Kewangan, di mana Najib sendiri tidak hadir mendengar jauh sekali berani untuk bersoal jawab dengan DS Anwar, maka jelaslah bahawa Najib selama ini hanya 'syok sendiri' dengan bajetnya itu.

Sewaktu Najib membentangkan Bajet, Ketua Pembangkang bersedia untuk mendengar walaupun banyak ucapan bajet beliau seperti ceramah politik dan memburuk-burukkan DS Anwar khususnya dan PR, amnya.  Ertinya, DS Anwar tahu menjaga adab dan lebih profesional selaku Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.  Malangnya, Najib tidak bersedia untuk menjadi seorang yang berani dan profesional kerana gagal hadir sewaktu Ketua Pembangkang membahaskan bajet beliau.

Pencacai Umno selalu berkata, Najib selama ini bukan tidak berani untuk berdebat dengan DS Anwar tetapi bagi Najib 'debat bukan budaya' kita.  Jika debat di tempat umum menjadi ketakutan buat Najib, amat malang sekali jika di Parlimen pun Najib masih tidak bersedia untuk berdepan dengan DS Anwar.  Adakah Najib hanya seorang PM yang hanya berani berkokok di dalam TV sahaja?

Bukan kita sengaja mahu merendah-rendahkan kewibawaan Najib, dan bukan tujuan kita untuk mengangkat DS Anwar sebagai hero.  Tetapi hakikatnya begitulah, perkara seperti ini tidak pernah berlaku di negara-negara maju yang lain selain dari negara yang mengamalkan pemerintahan diktator dan korup. 

Sekarang, rakyat boleh menilai sendiri siapakah yang lebih layak diangkat sebagai pemimpin kita.  Adakah kita mahu pemimpin yang bacul dan penakut? 

Tiada ulasan: