Blog-list Malaysia |
- Scorpene: Peguam Perancis beri taklimat di parlimen, visa sudah dipohon
- PM: RM40 juta diterima Umno Sabah 'sumbangan politik'
- Aset, tanah KTMB RM50 bilion bakal lesap
- PM: Tiada salahnya saya jumpa Soros
- Umno terlibat seludup wang ke Hong Kong
Scorpene: Peguam Perancis beri taklimat di parlimen, visa sudah dipohon Posted: 12 Oct 2012 11:21 PM PDT KUALA LUMPUR 13 Oktober: Peguam mewakili Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen berhubung perbicaraan kes rasuah Scorpene di Perancis. Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, kedua-duanya telah memohon visa dan akan hadir sebelum sidang parlimen berakhir, November ini. "Kita sedang merancang tarikh sesuai untuk bawa mereka beri penerangan di Parlimen. Mungkin dalam bulan November. Visa kedua-dua peguam untuk ke Malaysia telah dimohon minggu lalu. "Kita akan bawa mereka masuk secara sah untuk beri penerangan kepada Ahli Parlimen Malaysia dan sekarang sedang cari tarikh sesuai," ujar Cynthia. "Kalau boleh kita tak nak buat penerangan di Singapura. Itu hanya pilihan terakhir," katanya kepada keadilan daily Menurut Cynthia, kerajaan tiada alasan untuk menghalang peguam berkenan masuk ke Malaysia sepertimana berlaku terhadap Wiliam Bourdon, Julai tahun lalu. "Wisma Putra dan Jabatan Imigresen sebelum ini guna alasan William salah guna Pas lawatan. Jadi kali ini kita mohon secara betul mengikut prosedur. "Kita bawa masuk mereka kali ini secara sah dan harap kerajaan beri kerjasama. Wisma Putra tak perlu beri alasan untuk halang peguam jumpa klien (Suaram)," tegas Cynthia. Awal bulan ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan surat kepada peguam berkenaan di Paris bagi menjemput mereka hadir memberi taklimat berhubung kes Scorpene di Parlimen Malaysia sebelum sidang berakhir 22 November depan. Bagaimanapun, ketua pembangkang itu menjangkakan sesi berkenaan akan diadakan di Singapura, ekoran halangan dari kerajaan Malaysia. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37821 |
PM: RM40 juta diterima Umno Sabah 'sumbangan politik' Posted: 12 Oct 2012 07:05 PM PDT SHAH ALAM - Langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. "Ia adalah sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia datang mengikut saluran yang betul," kata Perdana Menteri. Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Umno berkata, "pembangkang juga menerima sumbangan." "You (anda) boleh tanya soalan yang sama kepada pembangkang," katanya dipetik Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn, malam tadi. Najib ditanya mengenai siapa dan kenapa Umno Sabah diberikan wang sebanyak RM40 juta. Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno Sabah. Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong. Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada Tian Chua dari PKR di Parlimen. Setiausaha Agung TI-M, Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu. "Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno Sabah. "Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini. "Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM40 juta itu," katanya dalam kenyataan. -sinarharian.com |
Aset, tanah KTMB RM50 bilion bakal lesap Posted: 12 Oct 2012 05:54 PM PDT KUALA LUMPUR 12 Oktober: KEADILAN bimbang aset dan pegangan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dianggar berjumlah RM50 bilion tergadai selepas diserah kepada MMC Corporation Berhad, kata Senator Syed Shahir Syed Mohamud. Katanya, syarikat milik jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari itu tidak mungkin mengambil alih KTMB yang pada asasnya memberi perkhidmatan kepada rakyat, tanpa sebarang keuntungan. "Persoalannya mengapa Syed Mokhtar berminat (mengambialih KTMB)? Jika kita lihat aset kepunyaan KTMB antaranya (adalah) tanah. "Kedudukan tanah KTMB adalah di semua kawasan strategik di negara ini seperti di Butterworth, Ipoh, Kuala Lumpur, Gemas dan Johor Bahru," katanya kepada Keadilandaily. Beliau sebelum itu menyertai kira-kira 500 ahli Kesatuan Pekerja KTMB (RUM) berpiket di depan ibu pejabatnya di Jalan Hishamuddin, bagi membantah pengambilalihan itu. Tambah beliau, jika keputusan pengambilalihan itu dibuat berdasarkan pegangan hartanah yang dimiliki KTMB, ia bakal memberi pulangan lumayan kepada MMC Corp. "Jika itu kebarangkaliannya, maka itu kebimbangan kita. "Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada tanah KTMB di Singapura. Di Woodlands, Keppel Road, Bukit Timah hingga ke Tanjung Pagar. Nilainya berbilion ringgit," kata Syed Shahir. KEADILAN sebelum mendedahkan usaha penswastaan operasi KTMB kepada MMC Corp sebagai satu lagi usaha mengkayakan kroni BN. Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, pengambilalihan itu bermakna syarikat-syarikat yang dikawal Syed Mokhtar akan menguasai pengangkutan keretapi yang merupakan sektor terpenting di negara ini. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37811 |
PM: Tiada salahnya saya jumpa Soros Posted: 12 Oct 2012 05:44 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jutawan George Soros di New York dua tahun lalu. Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997. "Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Tun Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros. "Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu. Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata: "Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat". "Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi. Ditanya sama beliau menasihat Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata: "Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut. "Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya. "Dan hakikatnya Tun Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya. |
Umno terlibat seludup wang ke Hong Kong Posted: 12 Oct 2012 05:16 AM PDT ETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui wujudnya wang sebanyak RM40 juta milik seorang ahli perniagaan yang diseludup melalui Hong Kong adalah untuk sumbangan kepada Umno Sabah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai hal ehwal undang-undang itu mengaku berlakunya kejadian ini di Dewan Rakyat semalam, demikian menurut Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shaharin. Badrul Hisham @ CheguBard berkata, seorang ahli pernigaan bernama Micheal Chia telah ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur. "Namun berita ini diselindung sebaik mungkin dan tidak mendapat liputan dari media tempatan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut beliau, terbaru semalam apabila hal ini dibangkitkan semula oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua ekoran jawapan bertulis yang diperolehinya dari Menteri terbabit yang mengatakan ia bukan wang untuk Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman tetapi untuk Umno Sabah. Bankrap negara "Apa yang harus disedari ialah mungkin dalam keghairahan regim pertahan pemimpin mereka maka mereka tidak sedar secara tidak langsung diakui bahawa penyeludupan wang RM40 juta itu memang wujud. Makanya apa tindakan undang-undang terhadap kejadian yang diakui wujud itu? CheguBard yang juga Ketua PKR Cabang Rembau menegaskan, untuk membela Musa, Nazri mengakui wang itu bukan untuk Musa secara peribadi tetapi untuk Musa selaku Ketua Umno Sabah maka ini bermakna sahlah Umno Sabah terlibat dalam penyeludupan wang. Kata beliau, menurut satu sumber, wang tersebut ada kaitan dengan kawasan balak yang diluluskan di Sabah dan adalah amalan biasa sebahagian keuntungan harus dipulangkan sebagai dana politik untuk komponen Barisan Nasional (BN) atau terus kepada pemimpin tertentu. "Bukan sedikit wang negara diseludup keluar berkaitan kepentingan pemimpin BN," jelas CheguBard. Contoh katanya sebelum ini terbongkar bagaimana Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan dikaitkan dengan penyeludupan wang RM10 juta ke London dan setelah didapati sahih berlaku, hanya syarikat penghantaran yang dihukum dengan lesennya ditarik. "Inilah pengkhianat sebenar menjejaskan ekonomi negara. Sudahlah terlibat merompak wang rakyat terlibat pula melarikan wang keluar negara. "Yakinlah jika regim ini terus berkuasa pasti tidak akan ada antara mereka yang diambil tindakan, lebih penting kegiatan mereka ini akan pasti membankrapkan negara," ujar beliau. ***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/10/12/umno-terlibat-seludup-wang-ke-hong-kong/ |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan