MIMPI SENJA |
- Mahathir Lebih Bahaya Dari Soros
- HARAMJADAH : Bapa 53, rogol anak sendiri 18
- [Video] Ceramah DSAI di Tenom Sabah 12/10/2012
- Hampa tengok la Najib, betapa hebat nya dia. Soros yang minta nak jumpa dia tau, bukan dia yang pi jumpa Soros ... hahaha hampa dengaq la klentong Najib tu ....
- [Video] Ceramah DSAI di Pensiangan Sabah 12/10/2012
Mahathir Lebih Bahaya Dari Soros Posted: 12 Oct 2012 09:08 PM PDT Barang kali Najib Razak sudah habis cara dan buntu fikiran sehingga akhirnya dia terpaksa mengakui yang dia memang ada berjumpa dengan George Soros. Bagaimana pun beliau berlapik dan sedikit ego dengan mengatakan yang hendak berjumpa dengannya Soros bukan dia. Peristiwa penting dan eksklusif itu berlaku tahun 2010. Saya percaya kalau boleh mengelak Najib tidak akan mengaku semudah itu. Tetapi kerana sudah tidak ada cara dan kaedah lain lagi akhirnya dia terpaksa angkat tangan. Betul bagi Najib baik dia mengakui sesuatu yang benar. Menegak benang basah tidak ada faedah dan menjadi sesuatu yang menyusahkan. Apa lagi bukti-bukti jelas menunjukkan Najib 'berlaga' gelas dengan Soros. Walaupun Najib nampak hebat kerana diminati Soros tetapi pendedahan itu memberi sedikit kesusahan kepadanya. Apa lagi Mahathir tidak habis-habis menggeleng-geleng kepala mendengar pengakuan Najib itu. Perjuangan Mahathir untuk memastikan UBN memang bagi membolehkan anaknya jadi timbalan perdana menteri terganggu dengan pengakuan Najib yang mugkin dianggap pandir itu. Mahathir merasakan usahanya memburukkan pembangkang dengan mengaitkan Soros jadi anti klimek. Pengakuan Najib itu menjadikan Mahathir tersandar di kerusi malas, sikap dan gelagatnya sebelum ini yang menghentam Soros dan mengaitkan Soros dalam membantu pembangkang dapat diterjemah dengan mudah oleh rakyat. Selain orang Umno totok sudah mengetahui siapa dan apa dia Mahathir ini. Selain itu pengakuan Najib itu juga ada implikasinya. Apabila Najib membuat pengakuan itu maka timbullah berbagai persepsi terhadapnya dan intgeritinya sendiri. Orang akan mengait dengan beberapa hal misteri lagi mengenai Najib. Apa yang Najib sembunyikan selama ini dianggap benar. Cuma Najib tidak mengaku kerana tidak ada bukti nyata, tetapi hakikatnya benar. Misalnya orang akan ingat tuduhan ke atas Najib yang beliau pernah dicekup dengan seorang artis di Port Dickson beberapa tahun lalu. Orang juga akan mengaitkan Najib dengan Altantuya Shahribbu. Selama ini Najib tidak mengaku yang dia mengenali dan berjumpa dengan Altantuya. Penafian itu dibuat dengan bersumpah "Demi Allah". Sumpah ini dilapaz dihadapan saya sendiri. Juga akan dikaitkan dengan pembelian kapal selam Scorpone dan sebagainya. Semuanya bermula dengan pengakuan Najib berjumpa dengan Soros itu. Orang akan menganggap mungkin kisah-kisah lain Najib itu benar belaka cuma ia tidak terbongkar lagi. Bagi Najib kalau boleh selindung dia akan selindung sampai ke bila-bila. Perjumpaan Najib dengan Soros bukan rekaan, ada bukti dan paling penting sekali apabila Najib mengakui. Sebenarnya tidak ada salah pun pertemuan itu ia perkara biasa. Namun apabila Soros itu dianggap hanyir dan jahat oleh Mahathir menyebabkan pertemuan itu juga menjadi hanyir. Mahathir cuba mendedahkan kehanyiran pembangkang bila berjumpa dengan Soros. Jadi bila Soros berjumpa dengan Najib kehanyiran itu kini terlumur di tubuh Najib. Kesimpulan cerita Soros yang cuba dijadikan isu Mahatir ini tidak memberi bekas apa-apa lagi. Isu Soros sudah tawar 'lembar' dan menjadi senjata memakan tuan. Bagaimana pun bagi saya Najib tidak perlu gementar dengan pertemuan itu. Sebaliknya yang perlu Najib takut dan berwaspada ialah bertemu dengan Mahathir kerana Mahathir dalam konteks politik Najib lebih bahaya dari Soros. Mahathir lebih berpotensi untuk menjatuhkan Najib berbanding dengan Soros. Soros tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangi kalau kerajaan UBN jatuh tetapi Mahathir dapat merasai apa yang akan berlaku kepadanya. Ini menyebabkan Mahathir lebih jahat dan celaka dari Soros. Padan muka. Soros juga tidak ada anak dan harta untuk dilindungi di Malaysia, sebaliknya keperluan melindungi anak dan harta itulah yang ada kepada Mahathir. - MSO |
HARAMJADAH : Bapa 53, rogol anak sendiri 18 Posted: 12 Oct 2012 08:52 PM PDT Bapa 53 tahun rogol anak OKU 13 Oktober 2012 IPOH – Nafsu binatang! Gelaran tepat bagi seorang lelaki yang tergamak merogol anak sendiri berusia 18 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU). Ketua Polis Daerah Ipoh, Azisman Alias berkata, kejadian sumbang mahram itu disedari kakak mangsa yang membuat laporan polis kelmarin. Menurutnya, berdasarkan siasatan, mangsa yang mempunyai masalah mental tinggal bersama-sama keluarganya termasuk suspek di sini. "Mangsa merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik dan masih bersekolah di sebuah sekolah pendidikan khas di daerah Ipoh. "Semalam (kelmarin), mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan media yang difakskan kepada Sinar Harian, semalam. Bagaimanapun, suspek yang berusia 53 tahun itu ditahan pada jam 1.40 pagi, semalam, di rumahnya dan direman tujuh hari untuk siasatan. Dalam perkembangan lain, Azisman berkata, pihaknya juga sedang mengesan suspek yang merempuh kereta polis di kawasan perumahan di Lebuh Bercham Selatan di sini, kelmarin. Katanya, tindakan agresif itu menyebabkan salah seorang anggotanya melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta suspek. "Kejadian jam 12.30 tengah malam itu, anggota bertugas melakukan rondaan ternampak sebuah kereta Hyundai warna kuning dengan nombor pendaftaran WLX 659 dalam keadaan mencurigakan. "Walaupun disekat di kawasan kejadian, suspek bertindak nekad membuat pusingan U lalu melanggar kereta yang dinaik anggota polis," katanya. Suspek yang dipercayai terlibat dalam kes dadah berjaya meloloskan diri setelah merempuh dan menghimpit kereta polis.- SINAR |
[Video] Ceramah DSAI di Tenom Sabah 12/10/2012 Posted: 12 Oct 2012 07:43 PM PDT |
Posted: 12 Oct 2012 09:41 AM PDT October 12, 2012 KUALA LUMPUR, 12 Okt — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui mengadakan perjumpaan dengan asing George Soros tetapi atas dasar memenuhi permintaan yang dibuat oleh spekulator mata wang tersebut. Najib juga berkata pertemuan tersebut tidak menjadi suatu kesalahan malahan berkata mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad turut pernah melakukan perkara sama bertemu Soros. "Ya, saya ada berjumpa dengan Soros. Ia hanya sekadar memenuhi permintaan beliau dan adalah satu kunjungan hormat yang biasa. Apabila ditanya mengenai perbincangan yang diadakan antara kedua-dua pihak, Najib enggan mendedahkan dan berkata ia hanya perbincangan biasa. "Ia bukan satu masalah mengadakan pertemuan dengan Soros. "Asalkan ia bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan dan tidak mengenai mendapatkan bantuan kewangan, saya rasa ia bukan satu kesalahan," tambah Najib lagi. Semalam, naib presiden PKR, Chua Tian Chang, menggesa PM memberikan penjelasan ekoran pendedahan perjumpaan sulit beliau dengan spekulator mata wang asing Soros pada tahun 2010. Gesaan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu semasa sesi perbahasan di parlimen petang semalam. "Najib seperti Mahathir juga pernah mengadakan perjumpaan sulit dengan Soros," kata Chua (foto fail). Pendedahan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Subang, R. Sivarasa, minggu lepas semasa perdebatan dengan ketua penerangan Perkasa, Ruslam Kassim. Chua juga menyelar sikap kerajaan yang bersandiwara dan memutar belit fakta dengan bertindak menyerang badan bukan kerajaan (NGO) yang menerima dana asing dengan tujuan untuk menumbangkan kerajaan pusat. Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga didakwa oleh Chua pernah bertemu dengan Soros bagi melobi untuk mendapatkan dana bagi sebuah NGO yang menentang peperangan pada 2006. Susulan pendedahan dalam debat tersebut, media hari ini melaporkan Najib pada telah bertemu Soros pada hari sama dia menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.Sebelum itu, Najib mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini. Najib, yang juga pengerusi BN, tiba di Menara Datuk Onn pada pukul 8.20 malam dan disambut oleh setiausaha agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Mesyuarat yang bermula pada pukul 9 malam itu dijangka membincangkan beberapa isu politik semasa termasuk kemungkinan tentang persiapan jentera pilihan raya umum parti-parti komponen. Turut hadir presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, timbalan presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam, presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M.Kayveas, presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Liew Vui Keong, naib presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin parti-parti komponen BN lain. |
[Video] Ceramah DSAI di Pensiangan Sabah 12/10/2012 Posted: 12 Oct 2012 03:32 AM PDT |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan