Blog-list Malaysia |
- Belum Masuk Umno Lagi Dah Mula Tabur Fitnah..
- Panas - MB Negeri Sembilan Nak Tumbuk Muka Benggali..
- Gara-Gara Rosmah Mansor..
- Sarjana UK sahkan Mat Indera komunis - Utuseks Malaysia
- Inilah Manusia Yang Bercakap Guna Kepala Lutut
- Nasharuddin Mat Isa Kini Hulubalang Membela Ali Rustam
- Nasharuddin Dakwa Ada Majlis Kesyukuran Supaya Malaysia Jadi Negara Kristian
- Mahathir Mengaku Dia 'Nyanyuk'
Belum Masuk Umno Lagi Dah Mula Tabur Fitnah.. Posted: 10 Oct 2012 01:10 AM PDT DAP Sarawak hari ini menafikan dakwaan bekas timbalan presiden PAS bahawa satu bacaan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" diadakan dalam satu majlis makan malam anjuran parti itu selepas pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu. "Dakwaan itu tidak benar, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab," kata pengerusinya Wong Ho Leng dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini. Tegasnya, majlis makan malam bersama sukarelawan pilihan raya yang turut dihadirinya itu hanyalah untuk menghargai individu terlibat dan tiada sesi doa dijalankan. Dalam sidang media sama, setiausaha DAP Sarawak Chong Chien Jien berkata parti itu menganggap dakwaan Nasharuddin itu sebagai satu perkara serius. Namun, DAP Sarawak tidak akan mengambil apa-apa tindakan ke atas Nasharuddin dan menyerahkannya untuk tindakan di peringkat Pakatan Rakyat. "Kami serahkan kepada PAS untuk tindakan sewajarnya," katanya. Berita Berkaitan: DAP gesa Nasharudin minta maaf [SH] KUALA LUMPUR - DAP hari ini menggesa bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa meminta maaf kerana mendakwa pernah diadakan satu majlis kesyukuran di Sarawak tahun lalu, antara lain mendoakan supaya 'Malaysia menjadi negara Kristian'. Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu mendakwa perkara tersebut tidak pernah berlaku. Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, majlis kesyukuran itu bertujuan untuk menyatakan kesyukuran dan sekali gus menyifatkan kenyataan Nasharudin merupakan tuduhan yang berniat jahat yang tidak berasas. Menurutnya, kenyataan Nasharudin akan menggugat kesejahteraan negara dan DAP akan membuat laporan polis di atas tuduhan yang tidak berasas itu. "Kami jemput semua pemimpin PKR dan Pas negeri untuk menghadiri semua majlis kesyukuran, mereka tidak berdoa untuk Malaysia jadi negara Kristian. "Kenyataan Nasharudin itu tidak benar, kami minta dia mohon maaf dan polis mengambil tindakan kenyataan yang berniat jahat dan tak berasas," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini. Dipetik satu portal berita tempatan semalam, Nasharudin mendakwa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu, menganjurkan doa supaya 'Malaysia menjadi negara Kristian'. Beliau mendakwa majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak awal tahun lalu. Mengulas lanjut, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, isu tersebut diserahkan kepada Pas untuk mengambil tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden Pas itu. Tambahnya, isu tersebut tidak akan membabitkan Pas kerana isu tersebut bersifat peribadi. | ||
Panas - MB Negeri Sembilan Nak Tumbuk Muka Benggali.. Posted: 09 Oct 2012 09:55 PM PDT
1. Selama ni kami agak kagum jugaklah dengan Mohamad Hasan aka MBN9. Walaupun dihentam kiri kanan depan belakang oleh ahli parti sendiri, dikritik ahli komponen BN, termasuk 'serangan' bertali arus pembangkang, namun Mad Hasan tetap nampak cool…tak mudah melatah. Sekali imbas…ado tokohlah sebagai pemimpin. 2. Akan tetapi peristiwa yang baru berlaku Sabtu lalu, 6 Oktober 2012, sedikit mencalar kewibawaan Mad Hasan pada pandangan kami. Hilang terus macho. Rupo eh tak bulih pakai jugak mamat ni 3. Sabtu lepas, Mad Hasan turun meninjau Projek Penaiktarafan di Jalan Loop (Jalan Tok Ungku), Seremban. Projek inilah sebelumnya heboh Mad Hasan dah anugerahkan pada Shahrul Ehsan aka Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, yang juga dikenali umum sebagai salah seorang balaci belaan MBN9. Kok ado yang masih bolun tau namo syarikat yang Shahrul guno untuk sakau projek tersebut ialah Kenali Dedikasi Sdn Bhd. Dedikasi sangatlah konon eh tu… 4. Nak dijadikan cerita, telah berlakulah satu insiden yang agak kelakar masa lawatan Mad Hasan tu. Tetapi apa yang ingin kami fokuskan melalui insiden tersebut ialah bagaimana Mad Hasan sebagai pemimpin nombor wahid di N9, melayan serta bereaksi secara langsung terhadap karenah rakyat. 5. Dalam sesi lawatan tersebut, banyak jugaklah perihal yang ditinjau oleh Mad Hasan. Longkang dio pi skodeng, tepi jalan dio pi skodeng, kodai tepi jalan pun dio pi skodeng; dan semestinyolah dalam aktiviti skodeng mengodeng tu, ramai pembodek yang turut samo mengekor Mad Hasan di sepanjang sesi lawatan. Al-maklumlah…pemimpin tertinggi negeri turun padang la katokan. 6. Tongah dok syok rombongan lawatan tu menyambey-nyambey, tak semena-mena datang seorang Benggali terus menegur Mad Hasan. Bila diteliti biji butir cakap Benggali tu, seolah dio cubo nak 'sekolahkan' Mad Hasan. Panjang berjelo Benggali tu membebel tentang bagaimana Projek Penaiktarafan di jalan tu harus dilakukan kerajaan negeri. 7. Ramai yang ada di situ, termasuk Ismail Lasim aka Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, dok tersenyum sebab menyedari yang Benggali tu sebenarnya tongah mabuk. Maso Benggali tu bercakap, boleh dikesan bau alkohol yang sangat kuat terhambur dari mulutnya. 8. Ramai yang menjangkakan ketika itu Mad Hasan akan bertindak bijaksana dengan berdiam diri, senyum dan teruskan lawatan macam biasa, sebab mustahil la Mad Hasan tak perasan yang Benggali tu tongah mabuk. 9. Tetapi sebaliknya berlaku, Mad Hasan naik hantu dan terus membalas bebelan Benggali tu dalam bahaso omputih, "Shut up or I'll take a swing on you!" Kok diterjemah dalam bahaso Rantau mako bunyi eh, "Diam…aku tumbuk kau kang!" 10. Ramai ketika itu terkejut dengan reaksi spontan Mad Hasan. Masing-masing seolah tak percaya yang pemimpin nombor 1 Negeri Sembilan boleh melatah sedemikian rupa pada seorang rakyat yang hakikatnya tongah mabuk! Sobab takut Mad Hasan akan bertindak lebih agresif, terpaksolah beberapo orang mato-mato (SB) masuk campur dan menarik Benggali tu ke tepi. 11. Adakah Benggali tu salah? Memang sahlah Benggali tu mabuk, dio nak tonggang ka, dio nak tonggeng ka, selagi tak melakukan jenayah, dia punya sukalah! Di bawah undang-undang, mungkin Benggali tu boleh dimaafkan bersandar pada kelakuan tak beradabnya membebel terhadap Ketua Kerajaan Negeri Sembilan di khalayak umum. Lagipun Benggali tu bertindak dibawah pengaruh alkohol. Malah, si Benggali tak buat sebarang tindakan agresif pun selain membebel panjang berjela! Jadi yang peliknya, macam mana orang yang tak mabuk pulak boleh terprovok jadi agresif…apa cer? 12. Ingatkan waghih dio ajo yang ghoma bad temper suko molompang oghang, rupo eh Mad Hasan pun samo yo spesis! Sebagai pemimpin tertinggi BN Negeri Sembilan yang kononnya sedang berjuang untuk menang PRU-13, adakah ini sikap pemimpin yang ingin ditunjukkan pada rakyat? 13. Stress bonar ko Mad? Kok nak diikutkan, Najib sepatutnya lagilah stress, tapi takdo pulak dio ugut nak numbuk oghang! -paneh miang | ||
Posted: 09 Oct 2012 08:57 PM PDT DOHA, Qatar: Kedutaan Malaysia di Doha ditutup kepada orang ramai selama tiga hari, Isnin hingga Rabu, ekoran lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke negara itu. Makluman penutupan itu dibuat melalui pekeliling yang dikeluarkan oleh pejabat kedutaan itu menerusi Persatuan Malaysia Qatar (MAQ). Menurut sumber Harakahdaily di Doha, inilah pertama kali maklumat pejabat kedutaan ditutup dibuat demi untuk melayan tetamu negara. Sebelum ini, Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong pernah melawat Qatar namun tidak ada pengumuman seumpama itu dibuat. Menurut Bernama, Rosmah Mansor mengadakan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri Qatar, Sheikha Noor di Al-Wajba Palace, kediaman rasmi Perdana Menteri Qatar di sini 8 Oktober. Pertemuan Rosmah dan Sheikha Noor yang berlangsung kira-kira 15 minit dan diikuti jamuan tengah hari itu turut disertai lapan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta isteri Duta Malaysia ke Qatar, Abariah Jazri. Rosmah tiba di sini petang Ahad bagi menghadiri Forum Pelabur Asia 2012 (IIF)). Terdapat 4,600 rakyat Malaysia di Qatar yang terdiri daripada golongan profesional, usahawan dan pekerja serta keluarga mereka. Ekoran pengumuman itu, mereka sangat terkejut kerana tidak ada pengumuman penutup kedutaan dibuat walaupun ketika Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agung melawat negara itu. Penutupan ini bagi mereka sangat menyusahkan dan yang melecehkan mereka adalah ia ditutup kerana lawatan isteri Perdana Menteri sahaja. "Kalau ditutup kerana nak layan Yang Dipertuan Agung ke, PM ke, kita fahamlah. Tetapi tutup kerana isteri PM, lecehlah," kata sumber itu kepada Harakahdaily. ~harakahdaily | ||
Sarjana UK sahkan Mat Indera komunis - Utuseks Malaysia Posted: 09 Oct 2012 04:53 PM PDT PULAU PINANG 9 Okt. - Seorang sarjana dari United Kingdom (UK) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa berdasarkan kenyataan Mat Indera kepada pihak polis ketika ditahan, dia mengakui sebagai anggota komunis. Dr. Karl Hack, 46, pensyarah kanan dari Jabatan Sejarah di The Open University, UK berkata, Mat Indera yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong juga menggunakan perjuangan komunis sebagai alat untuk menentang British ketika itu. Menurut Karl yang dianggap pakar dalam kajian darurat dan komunis di Malaysia, beliau membuat kesimpulan Mat Indera seorang komunis berdasarkan sokongan daripada kajian-kajian, buku dan temu bual yang dilakukan terhadap pihak-pihak berkaitan. Bagaimanapun dalam hal ini, katanya, beliau tidak bergantung kepada buku Memoir Abdullah C.D. kerana buku tersebut ditulis hanya melalui ingatan bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) itu tanpa sokongan dokumen-dokumen. www.utuseks.com.my/ | ||
Inilah Manusia Yang Bercakap Guna Kepala Lutut Posted: 09 Oct 2012 09:14 AM PDT 'Kemenangan Islam tak pernah dibantu orang kafir' Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mendakwa, seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri. "Saya pernah tanya soalan pada seorang pimpinan PAS sebanyak dua kali. Pernah tak dalam sejarah kegemilangan Islam bermula pada zaman Rasulullah sehingga saat soalan saya tanya, kemenangan Islam itu dibantu oleh orang kafir? "Dua kali dia jawab tak pernah dan tak akan berlaku. (Jadi) kemenangan Islam itu hanya dibantu oleh umat Islam itu sendiri," katanya tanpa menamakan pemimpin PAS yang dimaksudkannya itu. Beliau mengulas demikian ketika membentangkan kertas kerjanya pada Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra petang ini. Dalam pembentangan itu, Nasharuddin Mat Isa membangkitkan persoalan sama ada golongan bukan Islam kini berbaik dengan umat Islam "untuk kesenangan bersama (marriage of convenience) dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi". "Atau sememangnya benar bukan Islam kini insaf dan mula mengenali Islam yang maha adil dan benar-benar ingin mendokong cita-cita Islam yang diimani oleh majoriti umat Islam dalam konteks mengubah pemerintahan sedia ada ke arah sebuah pemerintahan baru yang bersama-sama mendukung jemaah Islam?," soalnya. Dalam sidang media selepas itu, Nasharuddin juga berkata, beliau bersedia sekiranya dikenakan tindakan disiplin mengenai kenyataannya berhubung kerjasama antara PAS dan DAP. "Jadi tindakan daripada parti terpulanglah. Ya (bersedia jawatan dilucutkan). Bagi saya Islam itu yang harus dipertahankan, keahlian perkara nombor dua," katanya. Beliau turut mengulangi bahawa pendiriannya amat jelas dan akan mengutamakan agama Islam berbanding menjadi ahli PAS. Bagaimanapun, MP Bachok itu berkata beliau buat masa ini masih belum merancang untuk meninggalkan parti itu dan menyertai Umno. "Pendirian saya jelas. Boleh kata semua tau pendirian saya. Saya tak takut nyatakan pendirian saya. ** Dalam BN tak ada MIC dan MCA ke?? Bangang!! | ||
Nasharuddin Mat Isa Kini Hulubalang Membela Ali Rustam Posted: 09 Oct 2012 06:20 AM PDT Nasha: 'Kalau rezeki banyak, hak dia buat kenduri besar' Bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, menjadi hak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk mengadakan kenduri perkahwinan secara besar-besaran. "Kalau rezeki banyak, buat kenduri yang besar, itu hak dialah. Mungkin dia penjawat awam dan yang hadir dalam 130,000 orang. Itu yang jadi isu," katanya pada sidang media selepas pembentangan kertas kerja di seminar dakwah nasional hari ini. Sebelum ini, perkahwinan anak lelaki Mohd Ali menjadi kontroversi apabila dihadiri seramai 130,000 dan dimasukkan di dalam Malaysia Book of Record. Majlis perkahwinan itu juga menurut Ali menelan belanja sehingga RM600,000. Bagaimanapun, Nasharuddin berkata, beliau menyerahkan isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Saya difahamkan SPRM mula nak masuk. Kalau SPRM nak buat kerja dia, biar SPRM buat kerjalah," katanya. | ||
Nasharuddin Dakwa Ada Majlis Kesyukuran Supaya Malaysia Jadi Negara Kristian Posted: 09 Oct 2012 04:46 AM PDT Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa hari ini mendakwa, satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian". Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak. "Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini. "Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran. "Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya. Berita penuh: http://www.malaysiakini.com/news/211230 | ||
Mahathir Mengaku Dia 'Nyanyuk' Posted: 09 Oct 2012 02:34 AM PDT Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengelak apabila ditanya mengenai kenaikan pangkat bekas timbalan gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang didakwa bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 bilion dalam dagangan tukaran wang asing pada awal 1990-an. Dengan sinis, Mahathir berkata beliau tidak dapat menjawab soalan kerana sudah "nyanyuk" – seperti yang didakwa seorang MP DAP semalam. "...saya nyanyuk, jadi kenapa orang masih mahu tanya saya? "Anda tengoklah, saya nyanyuk jadi saya tidak dapat jawab soalan anda," katanya. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan