MiLo SuaM |
- Utusan Malaysia guna anak penjajah British lawan Mat Sabu di mahkamah
- Associated Press, AP dikritik hebat akibat siar gambar menghina calon presiden Amerika
- Najib buang sistem rating pada video #TanyaNajib di YouTube
Utusan Malaysia guna anak penjajah British lawan Mat Sabu di mahkamah Posted: 09 Oct 2012 09:40 PM PDT KITA sedia maklum bahawa British telah menjajah negara ini selama berpuluh tahun. Namun jika kita tanya mereka, mereka tidak akan mengaku menjajah sebaliknya mereka mendakwa telah membawa pembangunan kepada Tanah Melayu. Namun hakikatnya, hasil bumi Tanah Melayu disonglap dan dibawa pulang untuk memakmur dan dinikmati oleh rakyat di negara mereka. Siapa sahaja yang menentang mereka akan dikenakan tindakan kejam, dihukum, dipancung dan sebagainya. Kesimpulannya kalau nak tanya tentang sejarah, jangan tanya orang British kerana mereka akan condong untuk mempertahankan tindakan nenek moyang mereka. Jangan lupa, sejarah ditulis oleh orang yang menang. Namun apa yang mengejutkan, Utusan Syaitan sanggup menggunakan anak penjajah British untuk mempertahankan mereka di mahkamah berhubung kes saman Mat Sabu ke atas akhbar yang kerap kali kalah saman di mahkamah kerana memfitnah itu. Tanya anak penjajah British sudah tentulah mereka akan kata Mat Indera itu orang jahat sebab lawan askar British, lawan askar yang setia kepada nenek moyang mereka kah kah kah... ReJaM© "Tak ada ke pakar sejarah tempatan yang boleh dijadikan saksi? " |
Associated Press, AP dikritik hebat akibat siar gambar menghina calon presiden Amerika Posted: 09 Oct 2012 07:14 PM PDT PORTAL berita berpengaruh antarabangsa Associated Press, AP dikritik hebat gara-gara menyiarkan gambar yang didakwa menghina calon presiden Amerika Syarikat, Mitt Romney. Gambar calon presiden yang sedang membongkok sambil diperhatikan oleh seorang kanak-kanak yang sedang ternganga di belakangnya menjadi topik hangat dibualkan di internet terutama dalam forum-forum terkenal dan laman sosial facebook. Gambar itu diambil ketika lawatan Romney ke salah sebuah sekolah rendah di dalam kempennya bagi menghadapi pilihanraya presiden di Fairfield Elementary School. foxnews.com memetik kenyataan pensyarah senior daripada Penn State's College of Communications melaporkan: "Di dalam foto ini, selain ia kelihatan lucu, AP tentu sekali sedar apa yang difikirkan oleh pembaca. Ia bukan satu berita yang sah. AP tahu pembaca akan tergelak dan membayangkan apa yang dilihat oleh kanak-kanak itu, dan ia membuatkan Romney kelihatan bodoh" foxnews.com turut memetik kenyataan Stephen Ward, Pengarah Center for Journalism Ethics daripada University of Wisconsin-Madison yang berpendapat foto tersebut tidaklah begitu keterlaluan namun menyedari ia terdedah kepada eksploitasi. Setengah pihak pula dikatakan ada yang melemparkan tuduhan bahawa ini merupakan taktik kotor penyandang jawatan Presiden Amerika, Barack Obama di dalam menjatuhkan kredibiliti lawannya menjelang pemilihan presiden tidak lama lagi. ReJaM© "Apa pun ia jauh lebih baik daripada media di Malaysia yang sanggup menyiarkan video dan gambar lucah untuk meraih sokongan rakyat... " |
Najib buang sistem rating pada video #TanyaNajib di YouTube Posted: 09 Oct 2012 04:20 AM PDT DIPERCAYAI kerana malu apabila video #TanyaNajib melalui Google Hangouts sebelum ini menerima puluhan ribu undian dislikes (tidak suka) oleh wargamaya rujuk sini [Tanya Najib], sistem rating pada video yang dimuatnaik semula di YouTube telah dibuang. Maka wargamaya tidak dibenarkan lagi untuk memberikan undian likes atau dislikes kepada video #TanyaNajib yang dimuatnaik semula melalui akaun YouTube milik najibrazak itu. Tinjauan ReJaM© sebentar tadi mendapati ketika menekan button dislikes, video tersebut memaparkan pemberitahuan (notification) "Rating have been disabled for this video" Bukan itu sahaja, malah ReJaM© dapati ruangan komentar juga telah ditapis dan hanya akan menyiarkan komentar-komentar yang membodek Perdana Menteri Malaysia yang lemah dan tidak disukai oleh majoriti pengguna internet itu. Nampaknya satu lagi ketakutan bakal menghantui Najib, jika sebelum ini beliau takut dengan cabaran debat daripada Anwar Ibrahim, kali ini beliau bakal dijangkiti phobia baru pula terhadap "YouTube Rating" kah kah kah... ReJaM© "Selepas ini Najib akan kata, Google Hangouts bukan budaya kita kah kah kah... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan