Kelab Greenboc |
- Saksi Utusan Bingung Setelah Diasak Peguam Mat Sabu
- Wanita Dirogol Bergilir-gilir 10 lelaki Myanmar, Pendatang Asing Tak Gugat Keselamatan?
- SAMM Selangor Gesa Polis Siasat Hamidzun
- Pengerang Oh Pengerang! Ikan Sudah Banyak Mati Terapung Di Pantai
- Mahathir Punca Melayu Hilang Jati Diri
- Bayi Ajaib, Lahir Dari Ibu Yang Sudah Meninggal 2 Hari
Saksi Utusan Bingung Setelah Diasak Peguam Mat Sabu Posted: 10 Oct 2012 01:06 AM PDT Saksi Utusan 'diasak' berhubung Islam & komunisme Saksi pakar yang dipanggil Utusan Malaysia dalam saman sivil terhadapnya oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu 'diasak' berhubung kesimpulannya bahawa Mat Indera seorang komunis. Peguam Hanipa Maidin mempersoalkan kewibawaan maklumat yang dibekalkan oleh pensyarah kanan yang berpangkalan di United Kingdom itu Karl Hack (gambar) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam. Maklumat Hack semata-mata berasaskan kenyataan Mat Indera kepada polis ketika ditahan di penjara. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menyaman akhbar Umno itu kerana menyiarkan beberapa laporan berhubung ucapannya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu. Beliau mendakwa laporan itu menggambarkannya sebagai penyokong komunisme, yang tabu dalam masyarakat Islam, ketika menyentuh peristiwa serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong. Hack dicabar sama ada termasuk dalam bidangnya untuk menentukan ideologi Mat Indera tanpa pengetahuan penuh tentang Islam atau kedudukannya terhadap komunisme. "Mat Indera memiliki satu ciri khas, dia selalu membaca Quran. Kamu perlu memahami Islam sebelum membuat kesimpulannya bahawa dia seorang komunis," kata Hanipa ketika menyoal balas Hack. "Kamu tentu sedar bahawa British sangat menentang Parti Komunis Malaya (PKM)? Itu pada tahun 1950-an, bilakah jadi salah untuk sertai komunis?" soal Hanipa. "Kenyataannya (Mat Indera) mungkin diputar kerana ia daripada polis. (Adakah kamu tahu) bagaimana kenyataan itu boleh keluar? Dia diperdaya untuk menyerahkan diri kepada polis?" tanya peguam. Melihat Hack bingung dengan perkara itu, Hakim Zakaria Sam berkata, peguam hanya mahu bertanya: "Adakah kenyataan polis itu boleh dipercayai?" -mk Kes Mat Indera: Utusan import pakar dari England |
Wanita Dirogol Bergilir-gilir 10 lelaki Myanmar, Pendatang Asing Tak Gugat Keselamatan? Posted: 09 Oct 2012 10:30 PM PDT 4 jam dalam neraka 10 setan. SUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas 'diculik' ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini. Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira. Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka. "Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu. "Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani," katanya - HM. |
SAMM Selangor Gesa Polis Siasat Hamidzun Posted: 09 Oct 2012 07:58 PM PDT Polis digesa membuat siasatan segera terhadap Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin (gambar kecil) yang didakwa melakukan 'penyelewengan' ketika menjadi peguam kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor, Azhar Achil berkata, walaupun kononnya Hamidzun membayar semula wang berkenaan tetapi dari segi profesionalisme guaman ia tetap merupakan kesalahan. Justeru, pihak SAMM Selangor membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam bersama kira-kira 10 orang ahlinya menggesa tindakan segera diambil oleh polis. "Jika benar perkara ini berlaku beliau (Hamidzun) seharusnya dilucutkan dari menjadi seorang peguam kerana jelas menipu dan dikhuatiri ramai lagi akan tertipu dengan gelaran peguamnya," kata Azhar dalam kenyataan medianya. Sebelum ini media melaporkan kes pecah amanah itu melibatkan wang berjumlah RM199,236. 15 itu didakwa berlaku sebelum Oktober 2010, ketika Hamidzun merupakan rakan kongsi dalam firma guaman yang juga panel peguam PKNS, Zamri Ibrahim & Co. Penyelewengan itu didakwa melibatkan kepentingan PKNS dan pembeli-pembeli projek perumahan yang dimajukan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri itu. Setelah PKNS mengambil beberapa tindakan termasuk dua surat amaran, Hamidzun akhirnya menjelaskan bayaran duti setem pindah milik berjumlah RM46,626. 15 kepada PKNS pada 6 Jun 2011. Bayaran Duti Setem tersebut sepatutnya dibuat kepada Lembaga Hasil pada tahun 2009 lagi. Manakala wang pemegang bernilai RM152,610 yang sepatutnya dijelaskan pada 2010 hanya dilangsaikan pada 24 Januari 2011. klik untuk baca |
Pengerang Oh Pengerang! Ikan Sudah Banyak Mati Terapung Di Pantai Posted: 09 Oct 2012 05:31 PM PDT Pengerang, 8 Oktober - Pada lebih kurang pukul 3 petang semalam, AJK Gabungan NGO Pengerang, Hong Thian Hwa telah menerima panggilan dari penduduk Sungai Buntu, bahawa terdapat sebilangan besar bangkai ikan bertaburan di persisiran pantai. Salah seorang nelayan Melayu berkata, lebih kurang pukul 1 petang, ketika mereka sedang menjalani aktiviti perikanan, didapati sekelompok besar bangkai ikan terapung di laut. Para nelayan kebingungan kerana situasi ini tidak pernah berlaku. Hari ini, Hong Thian Hwa membuat pemerhatian di persisiran Sungai Buntu dan Sungai Kapal dan mendapati bangkai ikan yang terapung semalam telah hanyut ke persisiran pantai. Hong Thian Hwa juga terjumpa bangkai seekor anjing di pantai Sungai Kapal. Menurut penduduk, anjing tersebut masih bekeliaran di tepi pantai pada sebelah pagi. Penduduk mengesyaki anjing tersebut mati selepas termakan bangkai ikan. "Fenomena ini amatlah ganjil. Pada tahun 2010, pernah berlaku kumpulan ikan mati disebabkan oleh tumpahan minyak di lautan berdekatan, tetapi jika dibandingkan dengan kejadian kumpulan ikan mati kali ini, kejadian kali ini jauh lebih serius!" kata Hong Thian Hwa. Berdasarkan maklumat daripada nelayan, Pegawai Jabatan Perikanan telah membuat pemeriksaan terhadap tempat kejadian petang tadi. Setakat ini, Hong Thian Hwa masih menerima panggilan berkenaan kumpulan bangkai ikan di pantai sekitar kawasan penambakan Sungai Buntu yang belum hanyut ke persisiran. Gabungan NGO Pengerang berharap pihak Jabatan Perikanan boleh mengemukakan hasil penyiasatan kejadian ini, supaya nelayan tempatan boleh mengetahui sebab kematian kumpulan ikan, dan mebolehkan mereka mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya. -nusajayakini |
Mahathir Punca Melayu Hilang Jati Diri Posted: 09 Oct 2012 05:15 AM PDT Shah Alam: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lebih mementingkan pembinaan monumen hebat dan bersejarah di zaman pentadbirannya didakwa menjadi punca negara hilang daya saing dalam pelbagai bidang berikutan kemerosotan moral di kalangan rakyat. Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil berkata pembinaan monumen yang dikatakan menjadikan negara lebih maju dan moden berkisar dari segi pembangunan fizikal dan material semata-mata. Katanya, amalan sebegitu yang lebih diutamakan Dr Mahathir menyebabkan negara pada masakini menghadapi masalah moral yang kritikal di samping sistem pentadbiran negara dibelenggu gejala rasuah berleluasa. Menurutnya, pembangunan insan diabaikan menjadi punca umat Melayu beragama Islam hilang jati diri serta tahap kerohanian runtuh dan lemah. "Di zaman Dr Mahathir dulu apa dipentingkan ialah pembinaan monumen-monumen yang dibanggakan hingga apa dikatakan dengan slogan seperti "Bersih, Cekap dan Amanah", "Malaysia Boleh" dan yang lain tinggal slogan sahaja. "Apa ditinggalkan ialah pembangunan dan pembentukan insan yang merupakan asas kekuatan umat Melayu Islam," katanya dalam Bengkel Bedah Buku "Islam & Melayu" hasil karyanya di Universiti Selangor (Unisel) di sini semalam. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali dalam ucapan perasmiannya berkata, program diadakan itu adalah program yang mengupas satu isu yang amat penting di kalangan orang Melayu beragama Islam di negara ini. Beliau berkata, pihak penganjur wajar dipuji kerana mengadakannya dan membincangkan persoalan itu secara ilmiah dan berfakta. "Jati diri Melayu sama juga dengan jati diri bangsa lain, harus dipertahankan dengan masing-masing punya kelebihan dan kelainan. Bagi bangsa Melayu tentunya Islam menjadi paksi jati diri mereka," katanya. Turut hadir, Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad; Dekan Fakulti Perniagaan Unisel, Profesor Dr Mohd Fuad Salleh; Penasihat Editor Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali. |
Bayi Ajaib, Lahir Dari Ibu Yang Sudah Meninggal 2 Hari Posted: 09 Oct 2012 03:32 AM PDT Seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari membuat gempar dunia perubatan. Secara logik, bagaimana boleh? Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa. Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan cesar. Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah. Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan sempat jatuh pengsan. Kemudian Jayne dilarikan ke Hospital John Radcliffe Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan