Biaqpila |
- KARTUN-KARTUN NAJIS MUGHALLAZAH MULA MUNCUL
- GEMPAR!!! IKAN LUMBA-LUMBA MUNCUL DI PULAU PINANG
- BANK SPERMA TAWAR AIR MANI SELEBRITI
- PANAS!!! PRU 13 PADA BULAN 11 ATAU 12 ?
KARTUN-KARTUN NAJIS MUGHALLAZAH MULA MUNCUL Posted: 18 Oct 2012 09:15 AM PDT Di alam maya kini sudah kecoh berita dan video berkenaan Najib gagal menjawab soalan berkaitan najis mughallazah apabila ditanya oleh seorang pelajar sekolah rendah semasa dalam program I-Think Pilot.. Selepas video yang memalukan Najib disebar luaskan oleh pengguna di alam maya.. kini semakin banyak pula kemunculan kartun-kartun yang memerli Najib dalam isu berkaitan najis mughallazah... Selepas ini mungkin banyak lagi kartun-kartun sedemikian disiarkan... semuanya gara-gara Najib gagal menjawab soalan mudah "binatang apa yang dikategorikan sebagai najis mughallazah...?" Selepas ini juga mungkin Najib di gelar "Najib Mughallazah" memandangkan di facebook tadi aku tangok dah ada yang mula menggunakan gelaran tersebut... Pemimpin BN ni memang tak dapat lari dari kebodohan.. kini kebodohan mereka menjadi bahan jenaka rakyat jelata... kah..kah..kah.. Belum tengok video Najib gagal jawab najis mughallazah tu..? tengok sini.. lianglahad |
GEMPAR!!! IKAN LUMBA-LUMBA MUNCUL DI PULAU PINANG Posted: 17 Oct 2012 11:32 PM PDT Selepas 20 tahun menghilang dari perairan Pulau Pinang,sekumpulan ikan lumba-lumba kembali bermain-main di perairan berhampiran tapak projek jambatan kedua Pulau Pinang yang sedang dalam proses pembinaan. Dianggarkan terdapat lebih dari 20 ekor ikan dari spesis tersebut sedang berada di perairan Pulau Pinang ketika ini. Kemungkinan ikan-ikan ini juga berminat dengan corak pemerintahan Pakatan Rakyat berbanding Be End...kah! kah! kah! |
BANK SPERMA TAWAR AIR MANI SELEBRITI Posted: 17 Oct 2012 10:00 PM PDT LONDON – Sebuah bank sperma menawarkan air mani selebriti kepada mana-mana wanita yang kemaruk mahu mendapatkan zuriat tokoh terkemuka, lapor media semalam. Bank sperma itu, Fame Daddy, mendakwa menyimpan air mani 40 tokoh terkenal dalam pelbagai bidang, termasuk bintang rock, genius, pelumba kereta Formula 1 dan bekas pemain bola sepak. Menurut Fame Daddy, dengan bayaran serendah ?15,000 (RM73,580), "perkhidmatan permanian beradas premium" itu boleh diberikan kepada sesiapa yang berminat. Menurut laman sesawang Fame Daddy, dengan menggunakan sperma "tokoh yang terbukti berjaya," seseorang wanita boleh memberikan "permulaan yang baik" untuk anak mereka. "Ia juga menjadi cara ideal untuk seseorang wanita merasai bagaimana mengandungkan anak selebriti terkemuka," kata laman sesawang itu. Menurut keterangan di laman sesawang Fame Daddy, mana-mana wanita yang ingin mendapatkan benih daripada bank sperma itu perlu melengkapkan kuiz bagi memudahkan mereka memilih selebriti penderma sesuai. Antara aspek yang ditekankan sebelum wanita membuat pilihan ialah kesesuaian personaliti, watak dan gaya hidup. Bagaimanapun, wanita yang berminat mungkin tidak boleh terlalu gembira. Ketua Pegawai Eksekutif Fame Daddy, Dan Richards, berkata mereka belum mempunyai sampel sprema sebenar. "Apa yang ada cuma profil tokoh yang berminat menjadi penderma," katanya. – TS mynewshub |
PANAS!!! PRU 13 PADA BULAN 11 ATAU 12 ? Posted: 17 Oct 2012 06:00 PM PDT Najib dah tak cukup jari nak gigit... Apa yang rakyat tunggu sekarang ini ialah bila "janji ditepati" nak ditunaikan? sebagaimana yang dibentang oleh Najib dalam Bajet 2013 tempoh hari? Rakyat Malaysia sama ada yang menyokong Najib atau tidak, tetap mengharap janji itu disegerakan. Golongan ibubapa pelajar pasti mengharapkan bantuan pelajar bernilai RM100 itu diperolehi sebelum sesi persekolahan 2013 dibuka. Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia - BR1M RM500, BR1M RM250 dan "one off" RM1000 untuk bekas tentera. Sebenarnya Najib tidak perlu berahsia lagi bila nak buat pilihanraya. Rakyat semakin cerdik, petani, peneroka atau penjaja pasar malam pun boleh meramalnya. Walaupun Najib ada menyebut yang PRU akan diadakan tahun depan yakni sebelum berakhirnya April tetapi itu adalah helah Najib. Awal 2013 rakyat Malaysia sibuk dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina,, mana mungkin!. Justeru, tarikh PRU 13 yang kita kira sangat manasabah ialah dua bulan setengah dari sekarang, yakni pada November atau Disember depan. "Janji Ditepati" yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, terutama yang melibatkan habuan tunai mesti disegerakan sebelum sekolah dibuka awal Januari 2013. Andainya kerajaan Najib melunaskan janjinya melewati Disember 2012, maka harapan BN untuk meraih simpati dari rakyat menjadi semakin tipis. (Sumber) shalehudin |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan