Khamis, 18 Oktober 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Leteran Kakak Berusia 4 Tahun Menasihati Adiknya Berusia 2 Tahun Hangat di Youtube

Posted: 18 Oct 2012 05:00 AM PDT

 Delilah dan Gabriel O'Donoghue


Delilah berusia 4 tahun menasihati adiknya berusia 2 tahun agar tidak meludah dan mentaati ibu bapa mereka. 




Wanita Dirompak di dalam Bas, di hadapan Penumpang, Malaysia Negara Paling Selamat?

Posted: 18 Oct 2012 03:32 AM PDT



[HM] KUALA LUMPUR: "Saya diacu parang sebelum diarah menyerahkan wang dan telefon bimbit," kata Nurhidayah Muhammad, 23, mangsa samun dua lelaki dalam bas awam di ibu kota, baru-baru ini.

Menceritakan semula detik cemas itu, Nurhidayah yang bekerja sebagai operator telefon berkata, dia menaiki bas berkenaan untuk pulang ke rumahnya di Setapak sebaik tamat kerja, kira-kira jam 8 malam. Menurutnya, ketika kejadian bas berkenaan berhenti di Masjid Jamek, di sini, apabila tiba-tiba dua lelaki meluru masuk ke dalam kenderaan awam itu dan menuju ke arahnya.

"Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu apabila seorang daripada lelaki terbabit mengugut mahu menikam saya jika melawan. 

"Saya diarahkan duduk dan mengeluarkan segala barang yang ada dalam beg tangan sambil diacu parang. Dalam keadaan panik, saya terpaksa menyerahkan wang RM200 dan telefon bimbit kepada lelaki itu," katanya.

Katanya, bukan dia seorang saja yang disamun penjenayah terbabit, malah seorang lagi penumpang lelaki warga asing yang duduk di sebelahnya turut menjadi mangsa.

"Namun, penumpang warga asing itu enggan menurut arahan lelaki terbabit supaya menyerahkan wang dan barangan berharga mengakibatkan dia dibelasah.

"Kejadian ini turut disaksikan pemandu dan penumpang lain, tetapi mereka tidak berani membantu kerana bimbang turut menerima nasib sama.," katanya. 

Nurhidayah berkata, ketika seorang lelaki terbabit menyamunnya dan penumpang warga asing itu, rakannya pula mengawasi keadaan dengan berkawal di bahagian tempat duduk penumpang belakang.

"Kedua-duanya tidak mengganggu penumpang lain dan terus melarikan diri selepas memperoleh wang daripada saya.

"Akibat kejadian itu, saya mengalami trauma untuk menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik ke tempat kerja setiap hari," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi sejurus kejadian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.



P/s: Gila selamat!



Blog Porno: Pelajar Malaysia Mahu Terus "Beraksi" dan Siar Lebih Banyak Rakaman Seks Mereka

Posted: 18 Oct 2012 12:30 AM PDT



[Mstar] PETALING JAYA: Blogger erotik, Alvin Tan Jye Yee mahu terus melakukan 'banyak aksi seks' dengan pasangannya, Vivian Lee selain bercadang untuk menyimpan rakaman hubungan intim mereka.

Malah dia tidak menyesal mengenai kontroversi yang dicetuskan akibat penyiaran gambar erotik di blog mereka.

"Kami akan terus bersama dan melakukan banyak hubungan seks serta merekodkannya," katanya kepada The Star pada Rabu.

Pemegang biasiswa Asean kini mendapat perhatian ramai selepas imej lucah mereka disebarkan di internet.

"Ibu bapa saya tidak begitu bimbang tentang isu moral, tetapi mereka lebih prihatin masalah yang mungkin saya hadapi dengan undang-undang dan peraturan universiti saya (National University of Singapore)," katanya.

Pasangan dari Malaysia itu juga berkata mereka berminat untuk memanfaatkan aktiviti.

Malah mereka juga kini mewujudkan akses khas kepada peminat mereka dengan menghantar e-mel selepas blog mereka disekat.

"Ini adalah tempoh kritikal dan kami berhasrat untuk menggunakan masa ini untuk mencari pengikut. Mungkin kita tidak akan memuatnaik video dan gambar itu untuk tatapan umum, tetapi kita boleh terus menjadi blogger. Kami mahu Alvin dan Vivian menjadi satu nama yang dikenali kerana melakukan seksual terbuka," kata Tan.

Pasangan itu turut mendedahkan mereka menerima banyak e-mel termasuk cadangan untuk aksi seks daripada lelaki dan wanita.

Selain itu Tan juga menolak daripada ancaman tindakan undang-undang.

Tan dijangka menghadapi pendengaran tatatertib oleh lembaga Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) bulan ini.

"Saya terkejut mereka memberikan saya begitu banyak masa untuk bersedia. Saya akan pertahankan asas saya. Semua yang ingin saya katakan, telah disampaikan kepada media," katanya.
Berita Berkaitan:

Teman Wanita Pertahan Siar Gambar Erotik



[Mstar] PETALING JAYA: Vivian Lee, wanita yang memuat naik gambar bogel dan erotik dirinya dan teman lelakinya di blog mereka mengaku tidak menyesal mendedahkan kehidupan seksual mereka secara terbuka.

"Saya tidak melihat apa yang salah apabila meletakkan gambar-gambar bogel dan video hubungan seksual kami di internet. Ia bertujuan untuk dunia melihat betapa kami mencintai antara satu sama lain. Saya tidak faham mengapa orang perlu kecoh tentang perkara ini. Ia adalah urusan peribadi kami, "katanya.

Lee, 23, dan teman lelakinya, Alvin Tan JYE Yee, 24, mencetuskan kontroversi di alam siber apabila memuat naik gambar mereka di blog Sumptuous Erotica dan dikesan media Singapura.

"Bagi kami gambar-gambar di blog ini adalah karya seni. Kami adalah orang-orang yang berfikiran terbuka dan kita hanya mahu berkongsi dengan dunia. Kami mahu mereka melihatnya," katanya.

Lee berkata, dia gagal untuk memahami mengapa orang mempunyai persepsi yang berbeza di Asia apabila mereka memuat naik gambar itu di ruang siber.

"Semua ini adalah hak bagi Barat namun tidak di Asia. Ini double standard. Saya tidak faham mengapa orang perlu untuk menilai kami," katanya.

Katanya orang Asia tidak harus terlalu konservatif tetapi terbuka mengenai kehidupan seks mereka.

"Tiada apa yang salah bercakap atau mengadakan hubungan seks. Ia adalah perkara biasa antara dua orang dewasa.

"Sepatutnya tidak ada apa-apa stigma apabila pasangan mahu bercakap atau berterus-terang tentang perkara ini," katanya.



P/s: Gila! Apa perasaan ibu bapa, adik-beradik, atau saudara mara mereka? Apa perasaan anak-anak mereka nanti apabila menyaksikan tubuh badan dan aksi ibu bapa mereka bikin seks di laman blog dan sebagainya? Kalau hubungan tidak berkekalan, apakah reaksi pasangan mereka nanti?





Wanita Diculik dan ...........

Posted: 17 Oct 2012 11:53 PM PDT

Sekadar hiasan.
[HM] CHERAS: Seorang wanita melalui detik hitam dalam hidupnya selepas dia yang berjalan sendirian bukan saja 'diculik' tiga lelaki, malah turut diperkosa seorang daripada lelaki terbabit.

Difahamkan, wanita berusia awal 30-an yang trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah lelaki terbabit pada malam Isnin lalu membuat laporan di Bali Polis Petaling, kelmarin.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa keluar rumah untuk ke sebuah kedai berhampiran Taman Kampung Muhibbah, di sini, jam 9.30 malam.

"Ketika mangsa berjalan sendirian, sebuah kereta dinaiki tiga lelaki tidak dikenali menghampiri mangsa. Seorang daripada mereka keluar daripada kereta itu sebelum menarik mangsa.

"Mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki terbabit cuba mempertahankan diri dengan meronta dan menjerit," katanya.

Sumber berkata, tindakan mangsa itu bagaimanapun gagal sebelum dia ditolak ke dalam kereta dan dilarikan ke sebuah kawasan kilang berhampiran.

Beliau berkata, selepas kejadian berkenaan, mangsa dibawa semula ke lokasi mangsa dilarikan sebelum ditinggalkan.

Berikutan itu, mangsa pulang ke rumahnya sebelum membuat laporan di Balai Polis Petaling, di sini.



P/s: Berjalan ke kedai pun sudah tidak selamat!



Laporan Putar Belit Kenyataan Papan Iklan Kedah, DAP Buat Laporan Polis

Posted: 17 Oct 2012 11:42 PM PDT



[SH] ALOR SETAR - DAP Kedah membuat laporan polis mengenai laporan sebuah akhbar yang didakwa memutarbelitkan kenyataan pengerusinya, Lee Guan Aik mengenai isu model bukan Islam berpakaian sopan pada papan tanda iklan.

Guan Aik berkata, laporan tajuk utama dan isi kandungan akhbar berkenaan bercanggah dengan kandungan yang disiarkan dalam media lain dengan tidak melaporkan kenyataan sebenarnya ketika sidang media Ahad lalu.

Beliau berkata, tajuk laporan media berkenaan turut memberi gambaran yang berniat jahat dengan maksud untuk memfitnah seolah-olah DAP dan beliau adalah anti Islam serta membangkitkan isu sentimen kaum termasuk agama.

"Maksud kenyataan yang disiarkan itu bukan sahaja mengelirukan pihak tertentu tetapi orang Melayu dan umat Islam.

"Laporan polis ini untuk menjaga keselamatan saya dan ahli DAP di negeri ini kerana khuatir boleh mendatangkan bahaya jika berlaku sesuatu kerana ia berkaitan dengan isu agama serta kaum," katanya kepada media di pejabat DAP Kedah di sini, semalam.

Hadir sama, ahli majlis yang juga ahli Jawatankuasa Pemuda DAP Alor Setar, Vincent Chee dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Alor Setar, Mohd Azam Awang.

Menurutnya, perkara itu bukan isu politik tetapi lebih kepada isu moral namun dipolitikkan melalui media.

"Tajuk pada akhbar berkenaan seolah-olah sengaja mahu memburukkan nama DAP dan ada niat tak betul. Namun saya yakin ini tidak akan menjejaskan kesepakatan kami dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Saya nafi apa yang tersiar dalam akhbar berkenaan kerana tidak benar. Mereka perlu tampil mohon maaf terhadap laporan itu," katanya.

Menurutnya dalam masa yang sama, beliau akan mendapatkan pandangan peguam dari DAP sama ada perlu membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Kelmarin, sebuah akhbar dipetik berkata, DAP tidak sekali-kali membenarkan undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini termasuk garis panduan papan iklan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Guan Aik dilapor berkata, DAP membantah garis panduan itu yang antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan bertudung jika beragama Islam manakala model bukan Islam perlu berpakaian sopan.

Pada sidang media itu, DAP menyelar MCA Kedah yang disifatkan sengaja memutar belit kenyataan Datuk Bandar berhubung perkara sama apabila Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew menyindir MBAS yang dikatakan mengikut jejak Kelantan dalam melaksanakan ketetapan berhubung papan iklan.
 
 
 

[Video] Ayah Tertua Menjadi Bapa Kali Kedua, Apa Rahsia "Kehebatan"nya?

Posted: 17 Oct 2012 09:41 PM PDT


Ramajit Raghav menjadi bapa untuk kali kedua pada usia 96 tahun. Beliau kini memegang rekod sebagai lelaki tertua menjadi bapa.
 
Ramajit, seorang petani,  menjadi bapa buat kali pertama apabila isterinya, kini berusia 52 tahun, melahirkan anak pertama mereka pada November 2010.

Pada 5 Oktober lalu, Ramajit dan isteri dikurniakan seorang lagi anak lelaki. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang baik ketika proses kelahiran itu berlangsung.

Ramajit mendedahkan rahsia "kehebatan"nya dengan mengambil susu segar, badam dan minyak sapi setiap hari.

Ramajit dan keluarga tinggal di pinggir sebuah bandar kecil, iaitu Kharkoda terletak di daerah Sonipat dalam negeri Haryana, 40 kilometer dari Delhi, India.

Memperincikan resepi kesihatan dan kehebatannya, Ramijit memberitahu Times of India bahawa beliau mengamalkan diet harian, iaitu tiga liter susu lembu segar, serta setengah kilo badam dan minyak sapi.- DCM/Emirates


P/s: Siapa mahu cuba resepi kesihatan Ramajit?

 




Komplot Ibu Mentua Pancung Menantu Kerana Enggan Melacurkan Diri

Posted: 17 Oct 2012 07:02 PM PDT

Najibullah
Pihak polis di barat Afghanistan telah menahan empat individu yang didakwa terlibat dalam percubaan  memaksa seorang wanita melacur dan memancungnya apabila dia enggan berbuat demikian, kata seorang pegawai polis Rabu lalu.

Gul Mah, 20, telah dipancung selepas ibu mertuanya cuba memaksanya melayani seorang lelaki di rumahnya yang terletak di Herat minggu lepas, kata Ketua Polis Wilayah Abdul Ghafar Sayedzada kepada AFP.

"Kami telah menahan ibu dan bapa mertua, suami, dan lelaki yang membunuh Gul Mah," katanya.

Gul Mah telah berkahwin dengan suaminya empat bulan lalu. Dalam tempoh itu, ibunya mertuanya didakwa telah beberapa kali cuba memaksanya terlibat dalam aktiviti pelacuran, kata Abdul Ghafar lagi.

Suspek yang membunuh Gul Mah, Najibullah telah dibawa oleh polis untuk suatu sidang akhbar. Dalam sidang akhbar itu,  dia mendakwa telah didorong oleh ibu mertua Gul Mah untuk membunuhnya kerana kononnya menantunya itu seorang pelacur.

"Kejadian itu berlaku sekitar pukul 2:00 pagi apabila suami Gul Mah ke kedai roti. Dengan bantuan ibu mertuanya, saya membunuh Gul Mah dengan sebilah pisau," kata Najibullah.

Abdul Qader Rahimi, pengarah serantau pertubuhan hak asasi manusia yang disokong kerajaan berkata keganasan terhadap wanita telah meningkat secara mendadak di rantau itu baru-baru ini.

Tahun lalu, kes yang menjadi tajuk utama akhbar antarabangsa, pihak polis telah menyelamatkan seorang gadis remaja, Sahar Gul, yang telah dipukul dan dikurung di dalam tandas selama lima bulan selepas dia enggan menuruti kemahuan ibu mentuanya untuk terlibat dalam aktiviti pelacuran.- DCM/AFP
P/s: Gila!!!!!

7 Lukisan Pelukis Terkenal Dicuri dari Muzium Belanda

Posted: 17 Oct 2012 05:47 PM PDT


Pablo Picasso "Tête d'Arlequin"

[SH] ROTTERDAM - Lukisan pelukis terkenal seperti Pablo Picasso, Vincent van Gogh, Andy Warhol dan Claude Monet dilaporkan hilang dari ruang pameran di muzium Belanda Selasa lalu dan ruang pameran kini ditutup dari kunjungan orang ramai.

Menurut jurucakap, Mariette Maaskant, tujuh karya nilai yang besar hilang dalam rompakan muzium.

"Siasatan awal menunjukkan pencuri yang terlibat telah lama bersedia untuk melakukan rompakan," kata polis dalam satu kenyataan.

Setakat ini, polis telah mengambil keterangan daripada saksi dan penyiasat turut melihat rakaman dari kemera keselamatan.

Lukisan termasuk Pablo Picasso "Tête d'Arlequin"; Henri Matisse "La Liseuse en Blanc et Jaune"; dan Claude Monet "Waterloo Bridge, London" dan "Charing Cross Bridge, London," antara yang dicuri dalam rompakan berkenaan.

Tiga lukisan lain ialah Paul Gauguin "femme devant une fenêtre ouverte, dite la Fiancee," "Autoportrait" Meyer de Haan dan Lucian Freud "Woman with Eyes Closed".

Sistem penggera muzium berbunyi pada jam 3 pagi waktu tempatan dan sejurus polis tiba, lukisan yang dipamerkan telah hilang.
Menurut sumber, lukisan yang ditayangkan merupakan pertunjukan kali pertama kepada orang awam.

Tiada ulasan: