Jumaat, 5 Oktober 2012

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Aik ...? Menteri pun jadi Gangsters ...?

Posted: 05 Oct 2012 05:27 AM PDT

"KUALA LUMPUR, 5 OKT : Menteri Sumber Manusia,
Datuk Seri Dr S Subramaniam, Ketua Pemuda Umno, Khairy
Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC, T Mohan antara yang
didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan gangster
berkaitan kaum India.

Sepucuk surat yang bertarikh 20 April 2012 ditulis oleh
'Ahli Umno Selayang Baru' dihantar ke peti surat pejabat
Gabungan Hak dan Kebajikan Rakyat (Power) menyatakan,
ketiga-tiga pemimpin terbabit menghadiri satu majlis
Deepavali di The Mines, Sri Kembangan.

Surat tersebut diajukan kepada Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak menyatakan, majlis Deepavali
itu dihadiri oleh 7,000 orang pemuda-pemuda India
yang merupakan ahli geng kongsi gelap 36.

Turut dimaklumkan dalam surat berkenaan, tetamu
kehormat yang hadir diberikan cenderahati dengan
logo agama Hindu geng 36.

Seterusnya di sini ...

Tiada ulasan: