Isnin, 8 Oktober 2012

Biaqpila

Biaqpila


14 Okt, lagi baju BN akan dibakar depan Anwar?

Posted: 08 Oct 2012 08:32 AM PDT



Setelah pendedahan artikal Anak Sungai Derhaka tentang isu bakar baju BN di Permatang Pauh oleh Talib bekas Ketua Cawangan UMNO Batu 5, Permatang Tengah, maka gegak gempitalah puak2 umporno kepanasan seolah-olah "juboq" mereka terbakar.

Puak-puak SB juga kepanasan "juboq" kerana dimarahi oleh bos mereka kerana gagal hidu/kesan lebih awal akan berlaku peristiwa bakar baju tersebut.

Yang paling marah sampai merah muka hingga berasap telinga adalah Dato' Musa Ketua Bahagian Bukit Mertajam. Beliau tahu musuhnya bertambah ramai dalam umno.

Dijangkakan 98 ahli umno akan membakar lagi baju umno/bn pada 14 Okt didepan Anwar Ibrahim sempena Jelajah Merdeka Rakyat yang kemuncaknya di Tapak Expo Seberang Jaya. Benarkah ia akan berlaku? Sama-sama kita nantikan..

sharpshooterblogger

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Najib lindung perasuah besar?

Posted: 08 Oct 2012 06:21 AM PDT

KUALA LUMPUR 7 OKTOBER: Jika benar-benar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak anti rasuah rasuah sepertimana ucapannya dalam Persidangan Pertubuhan Agensi Penguatkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur kelmarin, beliau perlu mengambil tindakan terhadap tuduhan rasuah besar terhadap Taib Mahmud, Musa Aman dan Gani Patail.

Apapun sehingga kini, pentadbirannya gagal membanteras rasuah, yang terserlah pada kedudukan buruk Malaysia di tempat ke-60 dan skor terendah 4.3 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2011.

Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Najib perlu mempertimbangkan dengan serius penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk membersihkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Ia berikutan dakwaan menggemparkan oleh Bruno Manser Fund (BMF) yang menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46 billion).

"Ketiga-tiga VVIP yang terdiri daripada Ketua Menteri Sarawak, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwa melakukan rasuah serius dan penyalahgunaan kuasa mereka telah didedahkan kepada umum,

"Ini adalah "ujian trio" sama ada terdapatnya kehendak politik sebenar untuk membanteras "rasuah besar" oleh kerajaan."

Rentetan isu yang timbul ini, Kit siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berharap agar Najib akan muncul sendiri di Parlimen untuk melaporkan hal berkenaan demi membanteras rasuah.

Persoalannya ujar beliau, "Adakah Najib akan menghantar dan mengemaskini laporan mengenai siasatan ke atas tuduhan-tuduhan rasuah dan penyalahgunaan terhadap trio tersebut?" katanya.

Selain Taib, gesaan siasatan rasuah besar ini juga berdasarkan pendedahan buku terbaru peguam Zainal Abidin Ahmad, Tan Sri Gani Patail: Pemalsu, Penipu, Penjenayah (Fraud, Liar, Criminal)? dan isu pengubahan wang haram ke luar negara oleh Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang mendapat liputan media antarabangsa.-roketkini.com


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

TOLONG SEBARKAN UNTUK KEPENTINGAN SEMUA !!!

Posted: 07 Oct 2012 06:49 PM PDT





TOLONG SEBARKAN UNTUK KEPENTINGAN SEMUA !!

Dengan rasa rendah diri, pakcik mintak tolong sangat2 kat semua rakan fb yg budiman.. 

Adik ipar pakcik dibawa lari ker arah utara oleh bakal tunangnya.. 

Mereka naik kereta saga BLM seperti dlm gambar..


Sehingga kini kami gagal menghubungi handphone mereka..pakcik dh buat laporan polis dan ini adalah alternatif lain untuk mengesan mereka.. 


Dan bakal tunangnya ini adalah ahli sendiket PENIPUAN PEKERJAAN DI PLUS yg telah menipu duit ramai pihak.. Jika rakan2 ada idea untuk mengesan mereka,pkcik amat alu2kan pandangan dan bantuan kalian.. Tolonglah pakcik... 


Hp pakcik: 017-275 4645 [ Farid Sham ]



LAGI PENDEDAHAN JENAYAH PENIPUAN LICIK OLEH MOHD NAJIB BIN ABU BAKAR 761122-04-5159 SEJAK DULU LAGI RAMAI WANITA TERPEDAYA !! 

MOHD NAJIB BIN ABU BAKAR 

NO IC: 761122-04-5159 

ALAMAT IC SEJAK LAHIR, 

No 1 Lorong Makmur 

Kampung Melayu Majidee
Johor Bahru. 



ALAMAT KERJA TERAKHIR DI UPDATE SEJAK 2003: 

157 Jalan Perwira 

Taman Perwira
Permatang Tinggi 


14100 Bukit Mertajam,Penang 


# VAN DIBELAKANG SUSPEK TIADA KAITAN DENGAN KES INI




demolonie


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Turun petrol: Chua tak tahu beza manifesto, belanjawan

Posted: 07 Oct 2012 04:47 PM PDT





KUALA LUMPUR 7 Oktober: Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Ken menyifatkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong gagal membezakan manifesto Buku Jingga dengan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat.
Beliau mengulas kritikan Chua seperti dilapor Malaysiakini semalam, bahawa Pakatan gagal memasukkan janji menurunkan harga petrol dan memansuhkan tol dalam belanjawannya.
Wiliam berkata, belanjawan adalah perancangan sesebuah kerajaan menggunakan wang bagi mentadbir negara dalam jangka masa setahun.
"(Manifesto) Buku Jingga pula janji-janji kita yang akan dilaksanakan dari masa ke masa selepas jadi kerajaan pusat," katanya kepada Suara Keadilan.
Katanya lagi, perkara paling penting dalam Belanjawan Pakatan adalah mengurangkan defisit negara yang tinggi pada masa ini.
"Ternyata Chua gagal lihat perbezaan ini…dia cuba ambil satu perkara dan masukkannya ke tempat lain," kata Bendahari KEADILAN itu.
Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat yang dibentang Ketua Pembangkang 26 September lalu menyasarkan penurunan defisit kepada 3.5 peratus, berbanding 4.5 peratus pada 2012.
Menurut Wiliam, Chua juga terlepas pandang kerana Belanjawan Pakatan ada memperuntukkan RM6.4 bilion untuk memansuhkan tol PLUS dan dua konsesi lain dalam tahun pertama pentadbiran.
Tambah beliau, Chua hanya tahu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dengan mengeluarkan kenyataan tanpa fakta sebenar dan tidak munasabah.
"Ia cukup malang…rakyat pasti akan kecewa apabila lihat (taraf) pemimpin muda BN hari ini," katanya.

KD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Tiada ulasan: