Rabu, 31 Oktober 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ronnie Liu dedahkan teloq tembelang MIC

Posted: 30 Oct 2012 09:42 PM PDT



Berlagak bukan main lagi mantan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu sewaktu mengetuai satu demonstrasi dihadapan Kuil Batu Caves bagi membantah projek pembinaan Kondominium 29 tingkat di situ. Samy Vellu dan MIC cuba berlagak hero kaum India kononnya prihatin dgn Kuil Batu Caves itu...

Sebenarnya MIC bertujuan mahu menggunakan isu tersebut sebagai kempen PRU-13 yg hampir menjelang ini.

 Tapi malang sekali, isu tersebut telah mendedahkan tembelang MIC yang sebenarnya memang jijik dan busuk. MIC adalah petualang kepada kaumnya sendiri bila terbukti bahawa projek kontraversi tersebut diluluskan sewaktu Khir Toyo menjadi MB Selangor.

Exco Selangor, Ronnie Liu pada 24 Oktober lalu, mendakwa A.Kohilan dan ahli parlimen Hulu Selangor,P Kamalanathan antara individu yang bertanggungjawab meluluskan cadangan projek kondominium kontroversi 29 tingkat di Batu Caves.

"Saya menjadi anggota MPS dari 2004 hingga 2006. Projek itu diluluskan pada September 2007, namun ketika itu saya tidak lagi menjadi anggota MPS dan tidak mempunyai hak untuk mengambil keputusan atau mengambil bahagian dalam apa jua keputusan MPS ketika itu," katanya di sini

Tanpa disedari, P.Kamalanathan yang marah-marah dengan dakwaan Liu itu telah mendedahkan dan mengakui sendiri bahawa "Projek itu diluluskan pada September 2007" - projek kontraversi itu telah diluluskan semasa MB Khir Toyo atau Umno/BN perintah Selangor. Ha! ha! Mana Samy Vellu mahu taruk muka dia sekarang?

Sementara itu, Kohilan yang berkhidmat sebagai ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selama 11 tahun daripada 1997 hingga 2008, menafikan penglibatannya. Projek itu diluluskan pada September 2007. " Saya pun tidak terlibat," katanya di sini

"Saya hanya ahli majlis, bukan saya yang memberi kelulusan. OSC dalam majlis yang beri kelulusan, saya tidak terlibat…" Kata Kohilan yang lebih kurang sama tahap bangangnya itu dengan Kamalanathan. Buat apalah Barisan Nasional lantik orang-orang bangang macam ini jadi wakil rakyat?

Malah Kohilan lebih menakjubkan kita lagi bila dia bertanya kepada Ronie Liu : 'Apa peranan ahli majlis era Pakatan?' Ha! ha! ha! ...

Dia sepatutnya tanya soalan itu kepada dirinya sendiri kerana dia adalah ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ketika projek itu diluluskan. Kesian.Begitu sekali bangangnya tambi ini!

Bijak betul Ronie Liu, dia berjaya memerangkap Kamalanathan dan mendedahkan betapa bodohnya Kamalanathan ini! 

Liu juga berjaya menjadikan Kohilan menggelabah dan mendedahkan kepada kita bahawa dia tidur sahaja selama ini sewaktu jadi ahli majlis dahulu….

Tiada ulasan: