Biaqpila |
- Misteri Payung Terjun Berapi
- PANAS!!! BN KHIANATI JANJI PRK BATU SAPI?
- PANAS!!! SKANDAL BALAK BAKAL DIDEDAHKAN
Posted: 31 Oct 2012 07:05 AM PDT KOTA BHARU: Kemunculan objek misteri yang dipercayai datang dari udara meresahkan sebuah keluarga di Kampung Kemumin, di sini. Ilhami Amir Ismail, 32, berkata, objek mengeluarkan api kemerahan berbentuk payung terjun mini itu jatuh menimpa bumbung rumahnya dan hampir memusnahkan rumah yang didiami sejak beberapa tah "Ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya di tempat kerja sebelum dimaklumkan isteri tentang kejadian aneh itu. "Saya yang terkejut dan kebingungan bergegas pulang sebelum mendapati bahagian bumbung hangus," katanya ketika berkunjung ke pejabat Sinar Harian di sini, kelmarin. Ilhami berkata, objek dipercayai terdiri daripada besi dan gentian kaca kabel tahan panas yang memungkinkan rumahnya hangus jika lambat bertindak. "Nasib baik juga isteri dan anak-anak berada di rumah, jika tidak, mungkin kami kehilangan harta paling bernilai, sedangkan ia kesilapan dan kecuaian orang lain," katanya. Menurutnya, dia berharap akan ada pihak-pihak tertentu tampil bertanggungjawab kerana jika diperhatikan objek tersebut dibuat dengan ciri-ciri berteknologi. "Apa yang diharapkan pihak terlibat tampil dan memberi penjelasan serta bertanggungjawab di atas kejadian di luar jangkaan itu, selain menanggung kerugian yang terpaksa dialami kesan daripadanya," katanya. sentiasa |
PANAS!!! BN KHIANATI JANJI PRK BATU SAPI? Posted: 30 Oct 2012 09:22 PM PDT PALSU......Daniel percaya papantanda ini palsu kerana mengikut semakan penduduk kampung mendapati Para Cemerlang Sdn Bhd menafikan mereka mendapat kontrak berkenaan. Siapa betul? Oleh: SAMSIAH LAMSAH SELEPAS Pilihanraya Kecil Batu Sapi pada 4 November 2010, penduduk Kampung Lupak Meluas terus menanti Kerajaan Barisan Nasional menunaikan segala janji yang dilafazkan daripada 'lidah tidak bertulang' pemimpin UMNO; sehinggalah mereka sedar bahawa segala janji berkenaan hanyalah 'janji kosong' setelah mereka akhirnya menjadi pelarian di tanah air mereka sendiri. Jurucakap penduduk Kampung Lupak Meluas, Daniel Abdul Ganih, ketika menghubungi Sabahkini.net pagi tadi mengesahkan bahawa tidak ada satu janji yang dibuat pada PRK Batu Sapi ditunaikan Kerajaan Barisan Nasional sehingga ke hari ini. "Malah kami dihalau keluar daripada tanah yang kami duduki oleh pemilik tanah setelah Kerajaan BN gagal menunaikan janji membina rumah PPR di tapak yang sebelum ini diwartakan untuk penempatan semula penduduk Lupak Meluas," kata Daniel yang memaklumkan bahawa papantanda janji BN masih berdiri teguh berhampiran tapak cadangan perumahan PPR berkenaan. Kata Daniel, selepas PRK Batu Sapi, hanya Pesuruhjaya PAS Batu Sapi, Haji Hamzah Abdullah yang datang menjenguk dan membantu mereka setelah pihak tertentu dalam Parti Keadilan Rakyat menipu dan menggelapkan wang saguhati yang dijanjikan kepada mereka oleh pemilik tanah yang dijadikan tapak rumah mereka selepas Kampung Lupak Meluas terbakar. Dengan bantuan Haji Hamzah, mereka berjaya mendapat sedikit saguhati untuk membolehkan mereka membuka rumah mereka dan mencari tapak baru bagi membolehkan mereka mendirikan rumah baru setelah tidak ada walau seorang pemimpin BN sudi melayan rayuan dan aduan mereka setelah menerima notis perintah mengosongkan tanah daripada mahkamah. Tetapi kata Daniel, mereka kesal disebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh terus menekan mereka agar membayar sejumlah tertentu sebelum boleh membina rumah di kawasan baru sekalipun pemilik tanah telah memberikan mereka kebenaran dan menerima bayaran sewa. "Malah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ketua Menteri Sabah, Adun Sekong dan para pemimpin BN amat mengetahui masalah kami, tetapi tidak ada yang turun padang membantu kami," kata Daniel yang kesal kerana mereka hanya dijadikan umpan untuk mengundi dan memenang BN dalam PRK yang amat genting berkenaan. Kata Daniel, beliau amat menyesal berkempen bagi pihak BN dan memujuk masyarakat Bajau menyokong BN pada PRK berkenaan sehingga calon BN yang tidak pernah menjejakkan kaki berkenaan ke kampungnya mendapat undi majoriti. "Selepas PRK Batu Sapi, kami berulang kali mengemukakan masalah ini kepada Datin Linda dan Datuk Samsuddin, tetapi rayuan kami tidak pernah dilayan," kata Daniel lagi. Menurut Daniel, projek merekabentuk, membina dan menyiapkan 180 unit rumah pangsa 5 tingkat 'walk-up' dan kerja-kerja berkaitan dengannya bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) di atas P.T.2010070049 Kampung Lupak Meluas, Batu Sapi, Sandakan telah diluluskan oleh Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya. "Kontraktorpun telah dilantik iaitu kontraktor Para Cemerlang Sdn.Bhd. Tetapi sehingga ke hari ini hanya papan tanda yang berdiri, tetapi rumah kami pula yang dirobohkan," kata Daniel dengan nada kesal kerana Kerajaan BN umpama habis madu sepah dibuang. SK BARANG BAIK - BARANG BAIK - BARANG - BAIK BARANG - BAIK BARANG BAIK |
PANAS!!! SKANDAL BALAK BAKAL DIDEDAHKAN Posted: 30 Oct 2012 06:00 PM PDT Rafizi: Terus terang atau hadapi pendedahan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini memberi kata dua kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan supaya berterus terang dalam isu konsesi pembalakan negeri atau berhadapan dengan pendedahan lanjut. "Rakyat berhak tahu siapa yang memiliki konsesi pembalakan, berapa banyak pendapatan kerajaan perolehi dan status pemilikan tanah," katanya dalam kenyataan hari ini. Rafizi berkata demikian berikutan respons yang didakwa tidak memuaskan oleh Mohamad dalam akhbar Sinar Harian Khamis lalu. Rafizi mendakwa, kerajaan negeri menyalahi undang-undang dengan membenarkan sebuah syarikat berkaitan Umno memasuki hutan simpan Jeram Padang Selatan. Katanya, walaupun Mohamad mengatakan bahawa kerajaan negeri telah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan, ahli dewan undangan negeri Rantau itu sebenarnya tidak mengambil kira aspek keabsahan undang-undang. "Mohamad telah gagal untuk jelaskan tentang keputusan exco membatalkan status hutan simpan Jeram Padang Selatan yang tidak sah di sisi undang-undang kerana melanggar Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976," katanya. Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata, tanah hutan simpan di Negeri Sembilan tidak pernah diserahkan hak milik kepada individu atau syarikat lain. "Kalau ada pun, kita hanya pajakkan tanah tersebut untuk melaksanakan tanaman kelapa sawit, jika mereka (syarikat luar) tidak mahu, tanah itu kita akan dapat kembali. "Kita tidak rugi apa pun, malah tiada risiko dengan perancangan tersebut kerana kerajaan negeri tidak memindahkan hak milik, hanya pajakan sahaja mengikut peraturan yang ditetapkan," beliau dipetik sebagai berkata. Menurutnya, kerajaan negeri juga telah menggantikan lebih RM2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan, lapor Sinar Harian. Setiap tahun kerajaan negeri mempunyai kuota untuk mengeluarkan hasil kayu dan sehingga kini baru 3,200 hektar daripada 4,800 yang digunakan. "Tidak timbul soal hutan diteroka secara haram kerana setiap aktiviti yang dilakukan adalah mengikut undang-undang," katanya lagi seperti dilaporkan harian itu. MK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan