Kerabu Bersuara ® |
- Gambar YAB. Tuan Guru Melawat 2 Mangsa Tembakan di HRPZ II.
- Isu Kondo, Samy Velu Yang Lulus, Samy Velu Juga Yang Demo! Wakaka!
- Nik Aziz Ucap Tahniah
Gambar YAB. Tuan Guru Melawat 2 Mangsa Tembakan di HRPZ II. Posted: 31 Oct 2012 04:55 AM PDT Penjenayah dipercayai tembak anggota polis mati ditembak ZUMURNI HAMZAH MACHANG- Seorang penjenayah yang dipercayai menembak seorang anggota polis di Gua Musang awal pagi semalam, mati ditembak pagi ini selepas gerakan memburu suspek dipertingkatkan. Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi, penjenayah tersebut ditembak oleh anggota polis Machang selepas lelaki terbabit dikatakan melarikan sebuah kenderaan dari Masjid Palohtetapi terbabas di Simpang Tiga Kemuning. Dalam kejadian tersebut juga seorang anggota polis turut cedera ditembak dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan. Dalam kejadian semalam, Mohd Shamsul Anuar Mohd Adnan, 27, cedera parah ditembak penjenayah di bahagian dada dalam kejadian di hadapan Balai Polis Paloh 2, Gua Musang. Kejadian tersebut berlaku ketika mangsa bertindak nekad untuk memberkas dua suspek setelah mendapat maklumat berkenaan kejadian samun di Bandar Gua Musang. |
Isu Kondo, Samy Velu Yang Lulus, Samy Velu Juga Yang Demo! Wakaka! Posted: 31 Oct 2012 12:57 AM PDT Samy Vellu luluskan projek kondo Batu Caves – Anwar KeadilanDaily, 31 Okt 2012 KUALA LANGAT: Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu individu yang bertanggungjawab meluluskan Kondominium Batu Caves sekaligus menepis kontroversi Umno BN mengatakan kononnya pembinaan projek itu diluluskan Kerajaan Selangor sekarang. Mendedahkannya pada ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Subramaniar Swamy itu mendapat kelulusan MIC dan Umno pada 2007. Beliau menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke atas Kerajaan Selangor. Ia ekoran tindakan Samy berdemonstrasi bersama masyarakat India pada 26 Oktober lalu kononnya membantah pembinaan kondominium tersebut. “Samy Vellu buat tunjuk perasaan, padahal dia yang luluskan projek pada 2007, ingat Tuhan dia tidak tahu? Sudahlah tipu rakyat, Tuhan pun dia nak tipu,” kata Ketua Pembangkang. “Lepas itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, saya beritahu Khalid (Ibrahim), kita jangan ikut kata mereka dulu, kita siasat, cari siapa yang luluskan dan kita dakwa orang yang bertanggungjawab,” tegasnya disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penduduk Kuala Langat. Sebelum ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan, kelulusan pembinaan kondominium itu dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008. “MIC dah dapat duit hasil penjualan tanah kuil dan luluskan projek yang menyalahi peraturan alam sekitar dengan ketinggian 29 tingkat, sekarang nak lepaskan diri tuduh kita pula, nak suruh kita bayar. Kepada rakyat India, usahlah sokong lagi pemimpin penipu seperti ini,” kata Anwar. Semalam di Parlimen, Khalid mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium tersebut. “Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang bekas hakim,” katanya. |
Posted: 31 Oct 2012 12:48 AM PDT Nik Aziz ucap tahniah kepada polis Kelantan KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada polis Kelantan kerana berjaya menumpaskan penjenayah yang dipercayai menembak anggotanya sehingga menyebabkan cedera parah di sini. Beliau juga melahirkan rasa terharu dan bangga terhadap kecekapan polis dalam membanteras jenayah serta bertindak balas dalam kejadian terbabit. “Tahniah kepada polis Kelantan dan Insya-Allah hari ini saya akan melawat anggota polis yang dirawat di hospital,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Eexco hari ini. Pagi tadi seorang penjenayah yang dipercayai menembak seorang anggota polis di Gua Musang awal pagi semalam mati ditembak. Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi, penjenayah tersebut ditembak anggota polis Machang selepas lelaki terbabit dikatakan melarikan sebuah kenderaan di Masjid Paloh, Machang. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan