Selasa, 30 Oktober 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Soalan untuk Menteri Tukang Hisap dot dot Shahrizat

Posted: 30 Oct 2012 09:00 AM PDT

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat untuk melindungi pembocor maklumat dalam isu rasuah tidak terpakai dalam kes berkaitan National Feedlot Corporation (NFC), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz 

"Dalam kes NFC, dia bukan whistle-blower (pembocor maklumat), dia trumpet blower (peniup trompet). Kita tak lindungi trumpet blower," katanya di sini

Semua rakyat tahu, bagaimana kerajaan cuba menafikan dan memperbodohkan pendedahan tersebut hingga memaksa Rafizi memdedahkannya satu persatu kepada awam.Itu pun kerajaan Umno/BN masih nak susup dan dengan pelbagai alasan sebagaimana sekarang ini.

 Berikut adalah kronologi  isu berkaitan :


Hanya kerana  mendedahkan penyelewengan RM250Juta wang milik rakyat dalam skandal NFCorp oleh ahli Keluarga pemimpin UMNO , Rafizi telah ditangkap di bawah Bafia dimana pada 6.50 pagi rumahnya diserbu dan pintu rumah diancam akan dipecahkan oleh anggota Polis yang menyerbu, seolah-olah apa yang Rafizi lakukan adalah satu jenayah yang sangat serius .


Nak tanya Menteri "Tukang Hisap  dot dot Shahrizat" yang gelar Rafizi sebagai  trumpet blower ini satu soalan - Apakah yang didedahkan itu satu pembohongan sehinggakan dia didakwa? atau adakah menjadi satu kesalahan jika mendedahkan kebenaran?

Hari ini pula, Rafizi telah membuat satu pendedahan mengenai konsesi pembalakan Negeri Sembilan.Jangan salahkan Rafizi jika Rafizi terpaksa bongkar segala-galanya sebab dia dah beri amaran di sini

Berkaitan : Rafizi dicaj bocor akaun NFCorp

Timbalan Menteri Berbohong? Polis diminta siasat segera

Posted: 30 Oct 2012 07:43 AM PDT

Adalah jelas bahawa Timbalan Menteri Luar Negeri, A.Kohilan Pillay (kiri) telah cuba mengelirukan masyarakat  India dengan 'maklumat palsu' berhubung projek kondominiam 29-tingkat di Batu Caves.

Amat tepat sungguh peribahasa Melayu yang mengatakan : Siakap Senohong Gelama Ikan Duri. Bercakap bohong lama-lama jadi menteri...

Sebuah NGO - Kebajikan Rakyat dan Hak Organisation (Kuasa), membuat laporan polis di Balai Polis Batu Caves pagi ini berhubung kenyataannya yang mengelirukan(baca bohong).
 
Timbalan Menteri itu mendakwa bahawa dia tidak meluluskan projek kondominium tetapi hanya meluluskan cadangan perancangan awal projek perbandaran Dolomite semasa tempoh beliau memegang jawatan sebagai ahli majlis di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada tahun 2007.
 
Kohilan telah menyalahkan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh kerajaan negeri Selangor atas kelulusan kondominium selepas beliau menghadiri bantahan yang diadakan oleh jawatankuasa kuil Batu Caves Jumaat lepas.
 
Walau bagaimanapun, Exco Selangor, Ronnie Liu yang membukti yang menunjukkan tangan Barisan Nasional dalam meluluskan cadangan kondominium tersebut.
 
Liu telah mendedahkan kelulusan perancangan yang dikeluarkan pada Nov 30, 2007 yang terperinci mengenai ketinggian, saiz dan jenis pembangunan yang dijadualkan di atas tanah itu..
 
Beliau menjelaskan bahawa kelulusan bangunan, yang telah dikeluarkan pada Mac 2008, adalah kerja-kerja ahli majlis BN.
 
Beliau berkata ini kerana Pakatan majlis hanya mengangkat sumpah pada bulan Julai 2008.  Sumber

Tiada ulasan: