Biaqpila |
- GEGAR!!! Konvoi Rakyat dan Himpunan Kebangkitan RakyaT
- Blogger Pro Umno Dedah Dokumen Sulit
- Guru wanita buat seks dengan murid
- 32 Rahsia Israel Yang Kita Perlu Tahu
- BERITA BAIK!!! Semua negeri Pakatan tangguh pasang AES
- PUNAH!!! Sumber dari laman web pro Umno
- Noh dan Rosnah ludah ke muka Najib, seleweng fakta tuduh PKNS jual aset
GEGAR!!! Konvoi Rakyat dan Himpunan Kebangkitan RakyaT Posted: 30 Oct 2012 03:00 PM PDT |
Blogger Pro Umno Dedah Dokumen Sulit Posted: 30 Oct 2012 05:00 AM PDT IPOH - PAS Perak menggesa pihak polis menyiasat butiran yang didedahkan oleh dua blogger pro-Umno berhubung isu Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang. Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri berkata, Blog 'PerakCyberTrooper.com' dan 'Bicara Perjuangan' telah mendedahkan butiran yang dikatakan perjanjian usaha sama antara Kerajaan Negeri Perak dengan sebuah syarikat untuk menguruskan Rumah Perak selama 30 tahun. Salman berkata, jika ianya benar butiran perjanjian tersebut adalah sulit serta terikat dan tertakluk atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) bermakna ianya tidak boleh didedahkan kepada umum. Katanya, tindakan mendedahkan dokumen ini ternyata bertentangan dengan akta tersebut dan ianya boleh didakwa. "Kami hairan bagaimana dokumen rasmi boleh didedahkan secara umum oleh blogger tersebut. "PAS mempersoalkan bagaimana blogger pro-Umno ini mendapat dokumen tersebut yang diklasifikasikan sulit dibawah kerajaan negeri," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh baru-baru ini. Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Negeri menjelaskan, butiran dokumen tersebut tidak diketahui kesahihannya. Justeru, Salman berkata, PAS Perak menggesa Kerajaan Negeri Perak yang diketuai Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan adakah butiran dokumen yang didedahkan oleh blogger tersebut adalah benar atau palsu. "Kami menggesa pihak polis menyiasat pendedahan ini dan mendakwa kedua-dua blogger itu jika penjanjian tersebut adalah dibawah Akta Rahsia Rasmi. "Kami mahukan kesahihan butiran dokumen itu kerana ianya membabitkan soal urus tadbir dan harta negeri," tegas beliau. Hadir sama membuat laporan polis ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri, Safarizal Saleh; Peguam Pemuda PAS Negeri, Mohd Fitri Asmuni; dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Negeri, Muhammad Basyir. ~harakahdaily addin77 |
Guru wanita buat seks dengan murid Posted: 30 Oct 2012 03:00 AM PDT Singapura-Seorang guru wanita berusia 32 tahun dihukum penjara selama setahun di sini semalam kerana melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun di sekolahnya, lapor media tempatan di sini semalam. Akhbar Straits Times melaporkan, guru berkenaan yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak mula menjalin hubungan dengan pelajar itu pada tahun lalu. Menurut laporan akhbar tersebut, hubungan itu bermula selepas guru tersebut mengendalikan sesi kaunseling pelajar berkenaan. Nama guru dan pelajar itu tidak didedahkan bagi melindungi mereka. Mahkamah diberitahu bahawa wanita terbabit 'memikat' pelajar tersebut dengan beberapa hadiah termasuk sebuah buku terkenal yang berjudul Eat, Pray, Love. Buku itu pernah dijadikan filem yang menampilkan pelakon terkenal, Julia Roberts pada 2010. Ia mengisahkan tentang seorang wanita Amerika Syarikat yang sudah bercerai. Pelajar dan guru itu menjalin hubungan lebih sebulan dan mereka pernah melakukan hubungan seks di rumah guru terbabit. Bagaimanapun, hubungan berkenaan diketahui oleh ibu bapa pelajar itu sekali gus menyebabkan mereka membuat aduan kepada pihak sekolah. - AFP |
32 Rahsia Israel Yang Kita Perlu Tahu Posted: 30 Oct 2012 12:00 AM PDT 1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel? 2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin? 3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi? 4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel? 5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu? 6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel? 7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika? 8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya. 9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981. 10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya? 11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear? 12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan? 13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam? 14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika? 15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu? 16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua? 17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel? 18. Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata: "pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi", " pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi"? 19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah? 20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel? 21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel? 22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: "Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk "… … 23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia? 24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi? 25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya? 26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya. 27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO? 28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka? 29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin? 30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya? 31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya? 32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah? penpatah |
BERITA BAIK!!! Semua negeri Pakatan tangguh pasang AES Posted: 29 Oct 2012 09:40 PM PDT Empat kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan. "Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di Kuala Lumpur, semalam. Lim berkata pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu. AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut. Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. - Bernama SH |
PUNAH!!! Sumber dari laman web pro Umno Posted: 29 Oct 2012 06:00 PM PDT UMNO SUDAH MULA TIKAM MENIKAM SESAMA SENDIRI Di dalam keghairahan Umno untuk menyebarkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat melalui media-media kawalan mereka, terdapat desas-desus di dalam Umno sendiri bahawa Umno juga kini terancam dengan serangan dari dalam parti mereka sendiri. Ini didedahkan sendiri oleh laman web pro-Umno yang lebih kritikal terhadap parti tersebut iaitu Umno-reform, di SINI... Terdapat perancangan dari pihak tertinggi dari Umno sendiri yang ingin menjatuhkan kredibiliti penyandang-penyandang kerusi Parlimen dan DUN yang tertentu agar pimpinan atasan dapat menjadikan alasan kukuh untuk menggugurkan beberapa Wakil Rakyat yang tidak sehaluan dengan mereka di dalam PRU ke 13 nanti. Maka, diatur perancangan dengan mengarahkan orang-orang mereka untuk menjalankan propaganda malahan fitnah terhadap Wakil Rakyat Umno/Bn itu sendiri supaya nama baik mereka terjejas. Apabila ini berjaya dilakukan, maka kepimpinan tertinggi Umno lebih mudah untuk menggugurkan nama Wakil Rakyat tersebut dari dicalonkan semula. Calon baru akan dibawa masuk dan sudah tentu calon ini adalah mereka yang menyokong atau terdiri dari tim kepimpinan sekarang. Begitulah politik cantas-mencantas di dalam Umno yang sudah menjadi tradisi dulu, kini dan selamanya. Ahli-ahli Umno di peringkat bawahan tidak akan dapat menampilkan calon yang baik atau bersih selagi budaya ini berterusan di dalam Umno. Sebab itulah Umno kini semakin teruk dan jijik di pandangan rakyat, bahkan Umno semakin tidak dihormati oleh rakan-rakan mereka sendiri di dalam Komponen Bn. Ayuh, tinggalkan Umno kerana tanpa Umno Melayu dan Islam boleh bangkit bersama dan kaum lain juga tidak akan merasa terancam. shalehudin |
Noh dan Rosnah ludah ke muka Najib, seleweng fakta tuduh PKNS jual aset Posted: 29 Oct 2012 03:00 PM PDT 28 Okt - Noh Omar yang melobi kuat untuk menjadi calon Menteri Besar Selangor mengesahkan ketidak mampuan beliau untuk mentadbir dan mengurus negeri paling maju di dalam negara. Salakan Noh ini turut dikokok bersama oleh Ketua Puteri UMNO, Rosnah Shirlin. Kedua-duanya berusaha keras untuk meraih publisiti murahan menjelang PRU-13. Tindakan Noh yang menuntut penjelasan Menteri Besar Khalid Ibrahim di atas keputusan Lembaga Pengarah PKNS menjual 5 aset komersil merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau tidak mampu memberi arah tuju ekonomi yang mantap sebagai pemimpin. Penyakit ini turut dikongsi bersama oleh Rosnah yang mengandaikan kononnya PKNS mengalami kesulitan kewangan. PKNS telah mencatat keuntungan tertinggi tahun lepas iaitu sejumlah RM420 juta. Nyata sekali, Noh, Rosnah dan para pemimpin UMNO sengaja ingin menidakkan kemampuan agensi profesional sebegini yang berfungsi untuk meningkatkan tahap kemampuan ekonomi bumiputera. Lebih 95% daripada tenaga kerja di dalam PKNS adalah orang Melayu. Manakala, lebih 90% perumahan yang dibangunkan adalah unit kos rendah dan sederhana untuk nikmat orang Melayu sendiri. Ini ditambah dengan fakta bahawa lebih 80% daripada pembeli rumah-rumah PKNS adalah dari kalangan orang Melayu. Bukan seperti projek-projek Ali Baba oleh pemimpin-pemimpin UMNO, PKNS adalah sebuah institusi yang terus menerus mengangkat darjat dan martabat orang Melayu keseluruhannya dan bukan dua tiga kerat elit Melayu. Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh dan Rosnah adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC). Oleh itu, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak dijual pun kepada pihak luar. Industri korporat melihat tindakan Noh ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan 'ignorance' Noh dan Rosnah dalam hal-hal ekonomi dan bisnes. Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS. Ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potensi nilai aset-aset yang dimiliki. Aset-aset ini kekal milik PKNS cuma akan diuruskan dengan lebih baik untuk menjana pendapatan yang berterusan untuk PKNS. Fakta yang turut disembunyikan adalah bahawa keputusan ini diluluskan oleh Lembaga Pengarah PKNS yang turut diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri. Tindakan Noh dan Rosnah ini seakan-akan mencabar keputusan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri yang dikepalai oleh Presiden UMNO sendiri, Najib Razak. Noh dan Rosnah seolah-olah meludah ke muka Najib. Noh Omar sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri hatta Menteri Pertanian sekalipun kerana kelemahan beliau dalam urusan pentadbiran dan pengurusan ekonomi. Begitu juga Rosnah, jawatan Timbalan Menteri yang disandang beliau harus diberikan kepada mereka yang lebih layak. Pemimpin-pemimpin UMNO sebeginilah yang terus menerus menjadi bahan lawak dan ditertawakan oleh komuniti bisnes dan para peniaga diatas kedangkalan mereka untuk berpolitik tanpa had. KL Daily |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan