DIALOG RAKYAT |
- Orang Macam Saya Tidak Jual(Aset PKNS), Tapi Orang Macam Noh Jual, Kata Abdul Khalid
- Anwar : Mampu Tawan Putrajaya Dengan Politik Bersih
- TIM : Tubuh RCI Siasat Skandal RM40 juta Untuk Umno Sabah
- Industri Terburuk Didunia, Pemandu Teksi Mahu Jumpa Menteri
- PAS-DAP kukuh hubungan kerana ISA, sedar fitnah UMNO
- ‘Jentera Impian’ DAP bawa harapan baru
- Sila Menyokong UMNO. Jika Tidak, Orang Melayu Akan Miskin & Merempat di Tanah Air Sendiri!!
- Enam maut dalam tragedi kemalangan berasingan
- Yuna dirompak di Amerika Syarikat
- PBS mahu pertahan kerusi Sook dan Pensiangan
- 18 Kain Rentang Jelajah Merdeka Rakyat Dirosakkan!
- Kabinet Bayangan UMNO Terengganu: Siapa Dalang Perebutan Kuasa ini?
- Apabila sekutu kian sukar dibela...
- PAS tak akan rampas tanah Adun BN
- Jangan ekslusifkan Islam!
- Orang muda Melayu teramai muflis
- Guna kaset ganggu ceramah dikecam
- Anwar: 'Kenyataan Soi Lek hina Islam'
- Dana RM40j: 'Penjelasan Umno tak lagi bermakna'
- Pekerja estet tak puas hati dengan langkah pengusiran
- Demo di Putrajaya, rungsing Deepavali suram
Orang Macam Saya Tidak Jual(Aset PKNS), Tapi Orang Macam Noh Jual, Kata Abdul Khalid Posted: 29 Oct 2012 12:59 AM PDT TANJONG KARANG – Dengan semangat 'Nasi Ambeng' menyambut rombongan Jelajah Merdeka Rakyat yang tiba di Parlimen Tanjong Karang sebentar tadi. Hampir 400 orang penduduk sekitar DUN Permatang kelihatan gembira dan teruja apabila dapat melihat lebih dekat pemimpin Pakatan Rakyat (PR). Kesempatan ini digunakan sebaik mungkin oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas hujah serangan yang dilemparkan oleh Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini. Dengan nada tegas, Abdul Khalid menafikan beliau selaku ketua pentadbiran negeri sanggup untuk menjual aset negeri terutama melibatkan beberapa bangunan yang dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) seperti yang dibangkitkan Noh minggu lalu. Secara sinis Abdul Khalid menyatakan, individu sepertinya tidak sanggup untuk melakukan perkara tersebut namun beliau 'tidak menolak kemungkinan' pemimpin rakus seperti Noh Omar 'mungkin' sanggup bertindak sedemikian. 'Saya nak jual PKNS? Orang macam saya tidak jual, tapi orang macam dia (Noh) (mungkin) jual. Saya letak aset itu betul-betul. "Saya sudah susun harta biar diurus dengan baik. Keuntungan itu boleh diserahkan kepada rakyat," katanya yang juga anak jati Kuala Selangor. Minggu lalu, Noh menyatakan pada satu sidang media di Parlimen beliau mempunyai 'dokumen' yang menyatakan Kerajaan Selangor akan menjual beberapa kompleks perniagaan milik PKNS. Selain Abdul Khalid, pihak PKNS turut mengeluarkan kenyataan bagi menafikan perkara berkenaan. Dalam majlis sama, Abdul Khalid turut menyeru rakyat memberikan peluang kepada PR membawa perubahan kepada negara dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Jelasnya, sistem pentadbiran telus yang diamalkan PR dibuktikan berdasarkan peningkatan rizab simpanan melalui hasil pembentangan Laporan Ketua Audit Negara. Beliau menambah, sudah tiba masanya rakyat memberikan peluang kepada Umno-BN untuk menjadi pembangkang dan PR akan terus menjaga semua kaum terutamanya bangsa Melayu. "Saya nak beritahu, Umno-BN kata, PKR dan PR apabila menang, orang Melayu akan ditinggalkan, dibiarkan dan hilang kekuatan. "Saya nak beritahu menteri, (Noh Omar) saya boleh ajar Menteri Pertanian mengira. "Kalau (Noh) kerja 10 tahun belum tentu cakap tolong orang Melayu. Tidak patut dia (Umno-BN) cakap kita membelakangi orang Melayu. "Orang Melayu akan berjaya kalau tidak ada rasuah dan bersikap amanah. "RM700 juta kita bagi pada rakyat Selangor, RM500 juta untuk orang Melayu," ujar beliau lagi. Abdul Khalid dan rombongan tiba pada jam 12.30 tengahari menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat sambil diiringi motosikal berkuasa besar. Sebelum itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada jam 12.15 tengahari disambut dengan laungan 'Reformasi' serta persembahan pencak silat. Turut hadir, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Penyelaras DUN Permatang, Yahaya Saari. | |||||||||||
Anwar : Mampu Tawan Putrajaya Dengan Politik Bersih Posted: 29 Oct 2012 12:57 AM PDT TANJONG KARANG – Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Pakatan Rakyat (PR) mampu menawan Putrajaya dengan permainan politik bersih tanpa perlu mengikut rentak budaya kotor Umno-BN. Bercakap dihadapan 400 orang penduduk pada majlis Jelajah Merdeka Rakyat di Dun Permatang, Anwar berkata, kemenangan secara matang itu lebih signifikan daripada menggunakan budaya fitnah dan penindasan. "Saya tidak datang untuk mencerca Najib, Rosmah dan Umno. "Saya nak menang rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah," katanya. Jelasnya meskipun Umno-BN menguasai seluruh jentera kerajaan termasuk media, namun hakikatnya mereka terus merasa goyah memandangkan sehingga kini banyak isu yang gagal dipertahankan melainkan memburukkan PR. Beliau menambah, apa yang penting, rakyat jangan terkeliru dengan dakyah yang dimainkan media yang terus-menerus memutarbelitkan fakta sebenar. "Sebab apa dia (Najib) takut? Dia punyai televisyen, jentera dan wang kerana dia ada rasuah. "Sebab itu dia tidak mampu jawab," ujarnya lagi di Warung Nasi Ambeng Ibu, Kampung Sungai Gulang-gulang Tanjong Karang. Anwar sekali lagi mengulangi ikrar beliau untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam selepas PR menawan Putrajaya selain membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) beserta hutangnya. Jelajah Merdeka Rakyat turut disertai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tiba pada jam 12.30 tengahari bersama rombongan dengan menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat sambil diiringi motosikal berkuasa besar. Turut hadir, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dan Penyelaras DUN Permatang, Yahaya Saari. | |||||||||||
TIM : Tubuh RCI Siasat Skandal RM40 juta Untuk Umno Sabah Posted: 29 Oct 2012 12:55 AM PDT SHAH ALAM : Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal sumbangan derma sebanyak RM40 juta oleh seorang ahli perniagaan kepada Umno Sabah. Timbalan Presiden Transparency International Malaysia(TIM), Prof Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, mana-mana institusi yang diragui ketelusannya maka ia perlu disiasat dan dilaporkan hasilnya kepada umum. "Sudah ada laporan semacam ada salahlaku dan salahtadbir, maka pihak-pihak berkuasa yang berkaitan perlu mengeluarkan laporan yang terperinci dan penyiasatan oleh pihak bebas perlu untuk melaporkan kedudukan yang sebenarnya," kata Mohamad Ali ketika dihubungi TVSelangor. Beliau berkata, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu bertindak melaksanakan siasatan segera dengan professional agar kepercayaan orang ramai terhadap integriti SPRM melaksanakan tugas dengan adil dan pantas tidak terjejas. "Dalam kes ini jelas adanya pengaduan dan pernyataan menuntut hak bagi mendedahkan perkara sebenar , maka saya kira pihak SPRM patut membuat siasatan bebas dengan segera supaya warga negara mempunyai kenyakinan penuh terhadap SPRM. "Jika tiada siasatan segera maka pihak SPRM seolah-olah hanya 'memilih bulu' untuk membuat penyiasatan dan melengah-lengahkan laporan yang sudah dibuat yang akan mengurangkan integriti kepercayaan kepada pihak SPRM," kata Mohamad Ali. Katanya, kes ini perlu diberi perhatian segera oleh pihak kerajaan kerana ia melibatkan imej Negeri Sabah dengan jumlah wang dengan kadar yang tinggi dan lumayan. Pada Ogos 2008 lepas, usahawan Sabah Michael Chia didakwa ditahan pihak berkuasa Hong Kong apabila hendak menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur bersama wang tunai AS$16 juta (RM40 juta). Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mahu Bank Negara menyiasat lima pihak berhubung isu dana politik RM40 juta, yang pernah disahkan disumbangkan kepada Umno Sabah tetapi didakwa masih menimbulkan keraguan. Lima pihak berkenaan ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, pemimpin Umno "X" yang disebut oleh Ahli Parlimen Tuaran sebagai penerima wang RM40 juta ke akaun peribadinya. Digesa disiasat juga ialah mana-mana pemimpin Umno lain yang turut tahu mengenai pemindahan wang ini tetapi tidak melaporkan kepada Bank Negara dan usahawan yang didakwa itu,Michael Chia. | |||||||||||
Industri Terburuk Didunia, Pemandu Teksi Mahu Jumpa Menteri Posted: 29 Oct 2012 12:51 AM PDT KUALA LUMPUR – Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) mahu mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagi mencari jalan penyelesaian pengurusan industri teksi Malaysia yang disifatkan terburuk di dunia. Pengerusinya, Amran Jan berkata, pihaknya amat kesal kerana pihak pengusaha gagal memperbaiki pelbagai kelemahan yang diketengahkan warga pemandu teksi. Lebih mengecewakan, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan pengusaha dilihat bersungguh-sungguh menidakkan tuntutan berkaitan kebajikan dan hak pemandu teksi. "BBPTB ingin menarik perhatian umum bahawa warga pemandu teksi bukanlah punca utama perkara ini berlaku. "Jika dilihat secara menyeluruh, ia adalah disebabkan oleh kegagalan sistem industri itu sendiri berfungsi," katanya pada satu sidang media di Lobi Parlimen. Antara keluhan yang dibangkitkan adalah kewujudan sistem kupon yang mengenakan caj 10 peratus ke atas tambang yang ditetapkan oleh operator kaunter namun dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat. Dalam jawapan bertulis Nazri kepada Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh di Dewan Rakyat menyatakan, sistem baru yang diwartakan di bawah Peraturan 311 LPKP adalah sistem beresit iaitu operator kaunter dibenarkan mengenakan caj tidak melebihi RM2 dan teksi diwajibkan menggunakan meter. Menurut Amran, kaunter kupon berkenaan berada di beberapa lokasi di Kuala Lumpur Seperti Hentian Duta, Times Square, Pudu Sentral dan KL Sentral. "Bagaimana aktiviti 'haram' di sisi undang-undang ini bebeas beroperasi tanpa gangguan menteri dan SPAD? "Mengapa hendak menipu masyarakat umum terutamanya pemandu teksi?" soalnya lagi. Justeru, BBPTB mendesak Tan Sri Syed Hamid Albar meletakkan jawatan selaku Pengerusi SPAD ekoran kegagalan beliau memenuhi tuntutan mereka. Pada Selasa lalu, satu lagi persatuan pemandu teksi, Gerakan Prihatin Pemandu Teksi Malaysia (Teksi) mengadakan satu sidang media bagi menuntut pemberian permit teksi individu kepada semua pemandu teksi memandangkan sistem sedia ada hanya menguntungkan pengusaha dan kroni. | |||||||||||
PAS-DAP kukuh hubungan kerana ISA, sedar fitnah UMNO Posted: 29 Oct 2012 12:39 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Penangkapan pemimpin rakyat secara zalim tanpa bicara oleh UMNO-Barisan Nasional di bawah Operasi Lalang pada Oktober 1987 mempunyai hikmah tersendiri apabila ia memberi peluang kepada PAS dan DAP mengenali satu sama lain secara intim buat kali pertama. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang turut menjadi mangsa tahanan tanpa bicara ISA itu berkata, pemimpin-pemimpin PAS dan DAP telah mendapat peluang untuk saling kenal-mengenali, lantas memecahkan fitnah yang ditaburkan UMNO. Katanya, hubungan rapat dalam tahanan di antara pemimpin PAS dan DAP berjaya mematahkan memomokkan UMNO yang mahu masyarakat bukan-Melayu melawan PAS dan masyarakat Melayu menentang DAP. "Hubungan yang dijalin dalam tahanan 25 tahun lalu telah menjadi batu asas kepada hubungan kerjasama antara dua parti pada hari ini. "Ini membenarkan PR untuk bergabung dan memperkuatkan diri untuk mencabar kuasa BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan sempena ulangtahun ke-25 penahanan zalim ISA dalam Operasi Lalang. Mengimbas kembali peristiwa kejam yang dilakukan oleh rejim UMNO-BN, Guan Eng berkata bahawa 25 tahun lalu pada 27 Oktober 1987, beliau menjadi antara mangsa pertama Operasi Lalang yang ditahan di bawah ISA oleh Perdana Menteri pada masa itu, Dr Mahathir Mohamad. "Saya ingat lagi bagaimana sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka yang baru dipilih, betapa terkejutnya saya apabila diberitahu bahawa saya merupakan ancaman kepada keselamatan negara yang bakal mencetus huru-hara dan rusuhan sekiranya saya tidak ditahan. "Ekoran daripada itu, saya terpaksa bertahan dan mengatasi hari-hari gelap apabila dikurung sendiri, disoal siasat tanpa henti dan diintimidasi untuk memaksa saya untuk "bertaubat"," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Menurut beliau, 106 pemimpin Malaysia telah ditahan pada tahun gelap 1987, termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang – 16 daripada DAP termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri – ahli-ahli kesatuan sekerja, aktivis sosial, aktivis alam sekitar, pendidik bahasa Cina dan pekerja agama. Antara pemimpin-pemimpin yang terkemuka adalah Lim Kit Sang dan Karpal Singh daripada DAP, Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar daripada PAS dan pendidik bahasa Cina Lim Fong Seng dan Sim Mow Yu. Serangan juga berlaku ke atas kebebasan akhbar dengan penutupan tiga suratkhabar, serangan bertubi-tubi ke atas badan kehakiman dan keluhuran undang-undang sehingga Ketua Hakim Negara dan dua hakim Mahkamah Agung telah dilucutkan jawatan. Guan Eng menjelaskan, semua serangan itu bertujuan untuk membentuk negara diktator yang memusatkan kuasa di tangan Perdana Menteri. Katanya, pada masa ini, walaupun rakyat Malaysia telah berjaya memaksa Datuk Seri Najib Razak memansuhan ISA, banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk memastikan kerajaan tidak boleh lagi bertindak zalim terhadap rakyat. Beliau mencadangkan: * Semua tahanan ISA yang masih lagi ditahan harus dibebaskan dengan segera dan kerajaan Persekutuan haruslah meminta maaf kepada semua tahanan ISA. * Kem Tahanan Kamunting harus dijadikan sebuah muzium, seperti kem tahanan Robbens Island di Afrika Selatan yang pernah menjadi rumah kediaman pejuang kemerdekaan Nelson Mandela selama 27 tahun, supaya ia menjadi simbol peringatan kepada kebebasan dan hak asasi serta memulihkan negara daripada trauma zalim UMNO-BN. * Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), iaitu pengganti kepada ISA, harus dikaji semula untuk memansuhkan beberapa seksyen supaya ISA tidak akan kembali menghantui generasi masa kini dan akan datang. – Roketkini.com | |||||||||||
‘Jentera Impian’ DAP bawa harapan baru Posted: 29 Oct 2012 12:37 AM PDT Roketkini.com SEREMBAN: Seakan sebuah babak dari filem Transformers, DAP melancarkan kenderaan kempen pilihanraya; sebuah treler panjang yang berubah menjadi pentas ceramah, ditemani dua lori lebih kecil berfungsi sebagai gerai dan pejabat bergerak. Diberi nama 'Dream Machine' atau Jentera Impian, kenderaan tersebut dilancarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, di sini malam tadi dalam rangka berhadapan dengan kempen pilihanraya umum ke-13 yang menjelang tiba. Ketiga-tiga kenderaan tersebut dihiasi maskot burung enggang UBAH dan dilitupi slogan 'Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia' dengan hiasan yang diharapkan bakal memikat pandangan orang ramai. Bercakap kepada media, Ketua Pemuda DAP merangkap Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata bahawa treler tersebut adalah pentas mudah alih dengan latar belakang besar dan sedikit tata cahaya. Katanya lagi, trak-trak tersebut dipinjamkan kepada DAP oleh penyokong parti untuk tujuan kempen pilihanraya. "Trak ini bukan milik kita. Kita tidak melabur apa-apa. Hanya ada kumpulan penyokong yang meminjamkan kenderaan ini dan mengubahsuai kenderaan itu mengikut keperluan," kata beliau kepada media. Menurut beliau lagi, nama 'Jentera Impian' (The Dream Machine) yang diberi oleh Guan Eng menggambarkan bagaimana kenderaan tersebut akan memberi harapan dan akan membantu merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk mengubah kerajaan . Sebelum ini, PKR telah turut melancarkan bas dan treler yng dihiasi gambar Ketua Umumnya, Dato Seri Anwar Ibrahim. Bas Jelajah Merdeka Rakyat itu bagaimanapun telah menjadi sasaran serangan ganas dari puak pro-UMNO sejak hari pertama ia dilancarkan. Namun, Pakatan Rakyat tidak pernah undur walaupun diserang hebat melalui media yang dikuasai UMNO-BN mahupun tindakan ganas membaling batu can cat merah oleh kumpulan-kumpulan rasis. – Roketkini.com | |||||||||||
Sila Menyokong UMNO. Jika Tidak, Orang Melayu Akan Miskin & Merempat di Tanah Air Sendiri!! Posted: 29 Oct 2012 12:15 AM PDT Mahathir. Satu nama yang cukup dikenali sebagai pemimpin NO. 1 yang paling lama memerintah Malaysia iaitu selama 22 tahun. Walaupun sudah lama bersara, tetapi beliau masih lagi lantang mengeluarkan kenyataan demi kenyataan samada melalui tulisan di blognya ataupun di mana sahaja, lebih-lebih lagi Malaysia….bakal melalui pertarungan politik paling sengit dalam sejarah Malaysia tidak lama sahaja lagi……
Yang mana syaitan merujuk kepada Barisan Nasional manakala Malaikat merujuk kepada Pakatan Rakyat. Katanya :
Terbaru satu lagi bentuk peringatan yang ditujukan semasa berlangsungnya Kongres Ekonomi Melayu baru ini-baru ini, di mana kali ini dikhususkan kepada orang Melayu. Katanya :
Kalau anda semak semula kenyatan di dalam video ucapannya semasa berlangsung Kongres Kesatuan Melayu, Mahathir ada mengingatkan kedudukan Melayu telah terpecah ekoran perbezaan politik dan orang Melayu perlu bersatu di bawah Umno bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan negara.
Dalam erti kata lain, dalam bentuk yang lebih mudah difahami, apa yang cuba disampaikan di sini bermaksud "rezeki anda, anda semua pada masa akan datang di tangan UMNO…Kalau tidak, anda akan mengemis macam pengemis di bumi sendiri" Video Ucapan Tun Mahathir Semasa Kongres Kesatuan Melayu. LIHAT DI SINI dan DI SINIApa yang boleh kami katakan di sini Tun Mahathir ini banyak percanggahannya.
Baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Menjadi penyokong sesebuah parti tidak mencerminkan keinginan rakyat Malaysia secara menyeluruh. Ahli UMNO ada sekitar 3 juta-4 juta orang ahli. Apa jadi kepada 24 juta – 25 juta rakyat Malaysia yang lain? Adakah mereka juga sebenarnya menyokong Barisan Nasional?
Bangsa Melayu sudah dilihat semacam bergantung nyawa dengan politik untuk mencari sesuap nasi dan kekayaan. Mana lagi bagus & lebih berdaya saing? Orang Melayu yang masih lagi 'degil' tidak mahu bergantung harap dengan hubungan & sokongan politik semata untuk berjaya atau orang Melayu yang masih lagi mengharapkan bantuan & silap mata daripada orang politik untuk berjaya? Suka untuk kami mengimbau kembali hasil tulisan popular Pendeta Za'ba yang pernah dinukilkan sekitar pada tahun 1927 : Berdasarkan kajian yang dilakukan dasar ekonomi yang ada dilakukan selama ini meletakkan :
Bukankah dasar ekonomi yang dilancarkan Datuk Najib yang disebutkan sebagai Model Ekonomi Baru itu sebenarnya adalah lanjutan dari dasar ekonomi yang dicetuskan semasa di zaman Dr Mahathir? P/S : Kami ulang sekali lagi seperti dalam laporan berita DI SINI, mana yang lebih bagus? Menjadikan "sahabat anda" seorang bilionaire di Malaysia ataupun mewujudkan lebih ramai sekitar 1,000 jutawan di Malaysia? | |||||||||||
Enam maut dalam tragedi kemalangan berasingan Posted: 29 Oct 2012 12:04 AM PDT ANTARA POS.COM PULAU PINANG: Keseronokan percutian empat sekawan sempena cuti perayaan berakhir dengan tragedi apabila kereta yang dinaiki mereka merempuh tembok penghadang Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 1.6 menghala ke tanah besar di sini awal pagi ini, sehingga mengorbankan tiga nyawa. Dalam nahas pukul 3.15 pagi itu, mereka yang terbunuh adalah pemandu kereta Proton Perdana, Sadisafizan Said dari Selayang dan penumpang hadapan Muslim Idwar dari Gombak. Kedua-duanya yang berusia 30-an meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. Seorang lagi yang turut maut ialah gadis warga Indonesia dikenali sebagai Mai Linda berusia 18 tahun yang meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) pukul 10.30 pagi semalam. Sementara itu di Kubang Pasu pula tiga sekeluarga yang pulang daripada membeli-belah untuk persiapan menyambut Deepavali maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di persimpangan lampu isyarat di Taman Suria, Jalan Tunjang-Jitra di sini petang kelmarin. Dalam nahas pukul 5.40 petang itu, mangsa, M. Kannigah, 61, dan G. Rathika, 29, yang merupakan jiran Kannigah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian badan. Selain itu, cucu Kannigah, J. Tivyaamsheni, 13, yang merupakan pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Mertajam disahkan meninggal dunia di Hospital Jitra. Kesemua mereka menaiki sebuah kereta Proton Iswara yang dipandu oleh D. Sivaprakash, 33, yang juga suami Rathika. - Utusan Malaysia | |||||||||||
Yuna dirompak di Amerika Syarikat Posted: 29 Oct 2012 12:03 AM PDT ANTARA POS.COM SHAH ALAM: Penyanyi musik indi Malaysia, Yunalis Zarai atau Yuna baru-baru ini dirompak di Amerika Syarikat. Beliau yang berkongsi maklumat melalui laman Twitter menjelaskan kesemua peralatan musik yang disimpan di dalam van siri jelajah konsert di negara itu lesap. Namun beliau bernasib baik kerana tidak berada di tempat kejadian ketika rompakan berlaku. Yuna menerusi perbualan teks bersama ibunya berkata, selain peralatan musik, perompak turut melarikan T-shirt yang turut berada dalam van berkenaan. "Alis kesian budak-budak band je. Yang best nya tshirt2 yuna pun diorang curi. so no tshirt for you all (tiada tshirt untuk anda semua)," memetik teks yang dimuat naik di Twitter. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terukir Di Bintang kini sedang mengadakan jelajah di negara Uncle Sam itu mempromosikan musiknya termasuk di Settle, Amerika Syarikat tempat kelahiran musik 'grunge'. | |||||||||||
PBS mahu pertahan kerusi Sook dan Pensiangan Posted: 29 Oct 2012 12:01 AM PDT ANTARA POS.COM KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mahu mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Sook dan Parlimen Pensiangan, mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13. Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup berkata parti itu sedia meletakkan calon yang sesuai dan mana-mana pihak harus menghormatinya atas dasar semangat setiakawan sebagai sebahagian parti komponen BN. "Kerusi yang kami ada sekarang ini sememangnya kami akan pertahan dan soal siapa calon, kami akan beritahu kemudian. "Saya pasti kita akan mendapat peluang cerah untuk menghadapi sesiapa sahaja yang bertanding mewakili BN (Sook dan Pensiangan)," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Rakyat Berjaya Sdn Bhd dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di sini, hari ini. Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata semua keputusan bagaimanapun terserah kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang mempunyai kriteria bertepatan menghadapi PRU ke-13. Ketika ini kerusi kawasan Pensiangan diwakili Kurup sementara DUN Sook oleh Datuk Ellron Angin. | |||||||||||
18 Kain Rentang Jelajah Merdeka Rakyat Dirosakkan! Posted: 28 Oct 2012 11:53 PM PDT KELAB GREENBOC Siri Jelajah Merdeka Rakyat hari ini diteruskan di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor biarpun terdapat cubaan mengganggu program tersebut sejak malam tadi terutamanya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim yang tiba dari Pulau Pinang malam tadi tiba di Pekan Sungai Besi, kira-kira 15 kilometer dari pusat bandaraya dan disambut ahli parlimennya yang juga Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan ahli parlimen Ampang yang juga timbalan pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin. Menurut laman sosial Twitter KEADILAN, sebanyak 18 buah kain rentang sekitar Bandar Tun Razak dirosakkan dipercayai dilakukan samseng Umno yang diupah khas bagi mengganggu kelancaran program yang bermula dari jam 9 pagi tadi. Dianggarkan seramai lebih seribu masyarakat setempat dari Bandar Tasik Selatan, Cheras dan Jalan Klang Lama turut hadir bagi menyambut ketibaan Anwar dan rombongannya dengan bas khas dua tingkat yang disewa khas Khalid. Anwar dalam ucapannya menyifatkan sambutan di Bandar Tun Razak sebagai sesuatipu yang positif di samping menekankan pentingnya tidak melakukan tindak balas provokasi yang dilakukan Umno sejak berita mengenai van skuad sayang milik wanita parti itu kononnya disabotaj semalam. Timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin yang juga pernah melakukan lawatan ke sini pada Julai lalu pun tidak mendapat sambutan semeriah ini menurut penduduk yang ditemui di majlis Anwar sebentar tadi. -jalanpulang | |||||||||||
Kabinet Bayangan UMNO Terengganu: Siapa Dalang Perebutan Kuasa ini? Posted: 28 Oct 2012 10:46 PM PDT
Hari ini bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Terengganu, Amirudin Abd Rashid berkata dalam Sinar Harian bahawa calon Barisan Nasional (BN) yang bakal diketengahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak akan diwakili mana-mana kumpulan, sebaliknya hanya pasukan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kenyataan bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu ini dipercayai ekoran daripada tersebarnya satu minit mesyuarat sulit yang dipercayai telah didalangi satu 'team' yang cuba mengekalkan kuasa Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Ahmad Said dan menyingkir beberapa orang penting dikalangan musuh dan juga orang yang dipercayaai dalam team Datuk Seri Ahmad Said itu sendiri. Penyingkiran "orang-orang Mat Said sendiri" ini dikatakan kerana ada dikalangan mereka telah belot dan cuba menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Said daripada dalam. Minit mesyuarat tersebut telah mula tersebar dua minggu lalu di facebook Kelab Penyokong UMNO Terengganu. Penyebaran ini juga dikaitkan dengan usaha untuk mengekalkan team Datuk Seri Ahmad Said untuk berkuasa semula bagi penggal kedua jika Barisan Nasional mengekal kuasa. Walaupun tiada pihak dapat memberikan kepastian di mana dan bila mesyuarat itu diadakan. Siapa yang hadir tetapi yang paling jelas mesyuarat ini adalah 'grand design' untuk mengekalkan kuasa Datuk Seri Ahmad Said dan menyingkirkan secara halus dan terancang mereka yang menentangnya daripada luar dan dalam sebelum pilihan raya ke-13 bermula. Dalam minit yang tersebar itu ada dan jelas menunjukkan pembahagian kabinet, robakan beberapa portfolio sedia ada dan ini menepati sebagaimana aduan keberkesanan perjalanan exco Terengganu seperti yang pernah dimesyuarat pada tahun yang lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad bin Said Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Petroleum dan Hasil Bumi Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri. YM Dato' Tengku Putera Tengku Awang Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Negeri. YB Dato' Abdul Rahim bin Mohd Said Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Ksenian dan Warisan Neggeri. Ashari bin Khartib Hassan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri. Datuk Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid Pengerusi Jawartankuasa Belia dan SUkan Negeri. YB Alias bin Abdullah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri. YB Toh Chin Yaw Pengerusi Jawatankasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri YB Asha'ari bin Idris Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri. Datuk Haji Jalaini bin Ngah Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri. Haji Muhammad Pehimi bin Yusof Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Haji Mohamad bin Jusoh Pengersui Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri. Menurut sumber yang dipercaya saudara Mohd Hisham Haji Zubir, Ketua Pemuda Kemaman ketika ditanya hal ini semasa majlis Qurban Aidil Adha mengesahkan bahawan memang untuk menang dan mengekalkan Barisan Nasional memerintah Terengganu perlu ada kabinet yang kukuh, kuat dan dipercayai. Ini bertepatan dengan kenyataan dan saranan Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub supaya UMNO menamakan calon lebih awal. Dengan itu tindakan ke atas pensabotaj akan lebih berkesan daripada mengambil tindakan ke atas mereka di saat akhir selepas penamaan calon. Menurut sumber tersebut, Mohd Hisham setuju dengan kenyataan Datuk Mustapha dan menyebut Terengganu sudah bersedia dengan muka baru yang lebih mantap dan taat. Menjadi persoalan adakah kabinet ini telah mendapat makluman dan persetujuan daripada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak? Ada pula sumber menyebut bahawa Datuk Seri Najib telah menemui Sultan Mirzan untuk mendapatkan perkenaan untuk calon-calon UMNO Terengganu supaya tidak terjadi seperti mana sebelum ini. Banyak persoalan timbul daripada Kabinet 2013 UMNO Terengganu ini kerana kabinet tidak dimaklumkan secara rasmi dalam mana-mana mesyuarat Bahagian UMNO. Adakah itu satu lagi edisi cantas (cah kenting) yang mahukan satu team sahaja berkuasa dalam UMNO Terengganu. Sama-sama kita saksikan nanti. http://polispencen.blogspot.com | |||||||||||
Apabila sekutu kian sukar dibela... Posted: 28 Oct 2012 10:40 PM PDT Rata-rata menganggap MCA kini semakin terdesak, seandainya diperhatikan hujah-hujah yang dikeluarkan bukan sahaja Presidennya, Chua Soi Lek, tetapi juga pemimpinnya yang lain ketika dalam Perhimpunan Agung MCA ke-59, baru-baru ini. Soi Lek terus menyerang dengan isu Hudud, selepas membeliakkan orang ramai dengan hujah "1.2 juta orang akan menganggur seandainya Hudud dilaksanakan", memetik angka dari sms yang tidak dikenali pengirimnya. Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie pula memetik hujah Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat di luar konteks, menyimpulkannya sebagai "Nik Aziz menghasut muslim untuk merogol bukan muslim", menurut laporan Malaysiakini. Ironinya, antara kain rentang yang menghiasi Perhimpunan Agung MCA ke-59 ini bertulis, "MCA menyanjung keamanan, DAP menghasut kebencian". Hujah-hujah yang berbaur prejudis ini telah mencungkil sensitiviti masyarakat Islam, malah PERKASA yang menyokong Barisan Nasional sepanjang ini tampil menyatakan pendirian untuk tidak menyokong MCA dalam PRU 13. Jika disimpulkan dalam satu perkataan, maka apa yang dilakukan MCA kebelakangan ini namanya BANGANG. Namun ada perlunya kebodohan MCA ini dikupas dan dikaji, agar taraf kita tidak direndahkan apabila mengulas apa-apa yang berkenaan dengan parti ini. Malah, kebodohan MCA ini perlu dipergunakan sepenuhnya untuk mengatur langkah ketika berdepan dengan BN dalam PRU 13. Pertama, sesiapa yang berminat atau memerhatikan senario politik tanahair sudah pastinya sedar, bahawa MCA telah kehilangan sokongan daripada golongan belia Cina, dan penduduk bandar. Minggu lalu saya terdengar perbualan seorang pemuda dengan seorang Cina yang berumur 50-an di sebuah kafe, Kuala Lumpur. Dengan tegas pemuda Cina itu berkata, "Jikalau MCA bertanding di kawasan saya menentang PAS, saya akan mengundi PAS." Pemuda-pemudi Cina yang mendapat maklumat dari media internet, hampir kebal dengan isu Hudud. Untuk mereka, isu ini bagai isu basi yang cuba dipanaskan MCA. Mereka adalah golongan yang turun ke jalan raya pada 9 Julai 2011 atau 28 April 2012. Mereka adalah generasi yang berganding bahu dengan pelbagai kaum ketika berdepan dengan FRU, dan terharu dengan bantuan yang dihulurkan Unit Amal ketika gas pemedih mata ditembak. Oleh itu, golongan pengundi yang mampu melanjutkan talian hayat MCA adalah golongan warga emas Cina, tinggal di kampung, tidak terdedah dengan informasi internet, malah generasi yang dihantui tragedi 13 Mei dan sebagainya. Satu lagi golongan pengundi yang bakal menjadi "harapan" MCA adalah pengundi Melayu yang menyokong UMNO. Langkah Soi Lek dianggap bodoh kerana beliau menyinggung pengundi Melayu yang berpotensi menyokongnya. Ini boleh dilihat apabila Presiden UMNO Najib turut keberatan untuk mempertahankan hujahnya, cuma mengelak tanpa mahu mengulasnya ketika diminta wartawan. Jelas, reaksi Najib ini mungkin disebabkan perkiraannya yang tidak mahu MCA menjadi beban kepada UMNO. Jika logik ini dilanjutkan, agak pasti MCA akan kehilangan sokongan Melayu di kawasan calonnya bertanding. Lantas penyokong MCA menyusut kepada pengundi Cina di "saluran pertama", kawasan kampung. Menekankan Hudud, atau menjawab tuduhan Hudud (oleh PAS) tidak akan menyentuh hati golongan ini. Prejudisnya begitu menebal kerana tidak terdedah kepada maklumat luar. Padahal, Hudud menjadi satu-satunya senjata yang diharapkan MCA untuk membawa kemenangan kerana isu inilah yang memenangkan mereka dalam PRU pada tahun 1999. Seandainya PAS mahu meluaskan lanskap politiknya, menyasarkan golongan pengundi Cina yang sudah berusia ini, maka PAS perlu menumpu kepada soal ekonomi, rasuah, keselamatan, pengaliran bakat ke luar negeri dan sebagainya. PRU 13 bukan pertaruhan untuk hanya menjaga kubu masing-masing, tetapi menembusi kubu musuh. Namun, apa yang penting, MCA, malah gandingan BN sendiri telah memperlihatkan petanda-petanda untuk menjadi pembangkang. Untuk sekian lama, PAS dan DAP sebagai parti politik yang bersejarah tetapi gagal merampas kuasa kerajaan persekutuan, kerana berada di kedudukan dua penghujung. DAP menyerang MCA kerana tidak memperjuangkan kepentingan bukan Melayu/Muslim; PAS di sebaliknya, menyerang UMNO kerana tidak "Islam". Gandingan BN berada di tengah-tengah, saling membela dan meraih sokongan majoriti - kerana mustahil penyokong DAP mengundi PAS, begitu juga dengan sebaliknya. Senario terkini menyaksikan situasi yang berbeza. DAP sungguhpun tidak bersetuju dengan pelaksanaan Hudud, tetapi telah belajar untuk mengungkapnya dengan sikap yang berhemah dan beradab. PAS pula lebih matang kerana sanggup bekerjasama dengan parti politik lain, dalam kerangka yang lebih besar. Ruang untuk berbincang sentiasa dibuka, dan menerima hakikat bahawa mustahil manusia mahupun parti politik bersetuju dalam semua isu. Gandingan politik hanya mantap apabila komponennya tidak melakukan sesuatu yang sukar dibela sekutunya. MCA kini melakukan kesilapannya kerana UMNO enggan membelanya. UMNO sejak awal lagi telah melakukan pelbagai kesilapan yang sukar dimaafkan, apatah lagi untuk dibela. Pengajaran ini amat berharga. Namun, pengajaran tidak semestinya perlu diperolehi dengan melakukan kesalahan, Pakatan Rakyat boleh mendapat pengajaran percuma dari kesilapan musuhnya kali ini. *Lim Hong Siang ialah bekas editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. E-mel: hongsiang27@gmail.com | |||||||||||
PAS tak akan rampas tanah Adun BN Posted: 28 Oct 2012 10:36 PM PDT Oleh: Mat Zain Mat Isa Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa di antara kelompok makhluk politik paling jahat dan khianat dalam negara ini ialah para pemimpin dan pendukung Umno Terengganu. Kejahatan, kezaliman, kedengkian dan diskriminasi dilakukan mereka sangatlah memalukan. Bahkan, dalam kes-kes tertentu ia membelakangkan nilai perikemanusiaan. Kegilaan politik mereka malah pernah sampai ke peringkat terhasilnya tindakan-tindakan yang tidak dapat diterima akal yang waras.Manakala pihak paling terkesan sebagai mangsa tindakan-tindakan tidak bertamadun itu tidak lain daripada pendukung parti lawan Umno. Siapa lagi kalau bukan para pemimpin dan penyokong PAS di negeri itu? Hampir tiada aspek hidup seharian yang tidak dicampur-adukkan dengan sentimen politik. Namakan apa saja – soal pengurusan masjid dan surau, bantuan kebajikan, bantuan pelajaran, kemudahan awam dan lain-lain – segalanya dipastikan tidak dimanfaatkan semudahnya oleh penyokong parti pembangkang. Ertinya, segala aspek hidup rakyat Terengganu tidak lari dari merit politik. Dalam hampir setiap keadaan, yang menguasai suasana dan memonopoli manfaat-manfaat itu ialah "puak-puak Umno". Sebab itu menurut rekod sejarah negara, Terengganu telah menyaksikan ketegangan politik antara PAS dan Umno yang paling dahsyat. Suhu politik negeri itu sentiasa panas, malah ada ketikanya ia sampai ke tahap "mendidih". Di atas telunjuk Umno, pihak polis sejak dulu seakan lebih berminat mengawasi penceramah PAS berbanding penjenayah dalam masyarakat. Buktinya, tembakan bom asap di majlis-majlis anjuran PAS adalah fenomena biasa sejak zaman 60-an. Sebelum Umno terjumpa saluran memperalatkan pasukan polis, samseng-samseng parti itu sendiri mengganggu majlis PAS dengan lontaran telur tembelang dan lain-lain tindakan kacau-ganggu yang primitif. Ada kes di mana jambatan atau titi yang menjadi satu-satunya laluan orang-orang PAS menyeberangi parit atau alur, lantainya (batang kelapa yang direbahkan) dilumur minyak hitam. Ia bukan sahaja menyebabkannya licin dan pejalan yang melaluinya mudah tergelincir, malah menyebabkan pakaian kotor. Manakala pagar tempat tangan berpegang sepanjang titi itu pula dilumur najis manusia. Pemecatan imam-bilal adalah satu lagi rekod kejahatan Umno Terengganu. Ia berlaku sejak 80-an, sehingga menyaksikan tragedi sembahyang Jumaat dua imam di atas satu masjid. Ada pun penafian hak-hak lain di dalam kehidupan adalah sangat menyeluruh dihadapi para pendukung PAS negeri itu. Itu kes-kes era 80-an. Dengan perkembangan dunia yang semakin celik huruf, dan celik maklumat, kita menyangka manusia bergelar Umno ini juga akan semakin celik hati budi dan semakin bertamadun. Malangnya, itu tidak berlaku di Terengganu. Itulah hakikatnya jika sejarah pemerintahannya sepanjang 2004 hingga kini diambilkira. Kerakusan tanpa peri kemanusiaan dan keegoan bersangatan menyebabkan para pemimpin Umno mabuk kuasa dan sewenangnya memperlakukan apa sahaja mengikut kemahuan. Sehinggakan, segala yang diputus dan diambil perjalanan pelaksanaannya oleh kerajaan PAS dipertikaikan. Bahkan, ada keputusan dan anugerah dibatalkan sewenangnya, seolah-olah ia dilakukan sebuah kerajaan yang tidak sah. Salah satu perkara paling disebut rakyat Terengganu ialah berkaitan anugerah tanah. Seolah-olah sudah tidak ada tanah lain milik kerajaan yang masih kosong, alih-alih tanah yang telah dibahagikan kerajaan PAS juga yang mahu diusik Umno. Maka berlakulah perampasan tanpa berhati perut. Lesen menduduki dibatalkan dan hak menyambungnya dinafikan. Beratus rumah rakyat dan sebuah masjid tergamak dirobohkan Umno. Kerakusan itu berlanjutan hingga kini. Mengambilkira segala kezaliman itu, tidak pelik jika ada suara dari kalangan pendukung PAS untuk "membalas" tindakan jahat dan khianat Umno itu. Antara yang paling ditekankan rakyat ialah penyelesaian soal perampasan tanah. PAS Terengganu sendiri memandang serius hal itu dan meletakkannya sebagai salah satu keutamaan di dalam manifestonya kali ini. "Saya cadangkan jika kita (PAS) memerintah semula (Terengganu), kerajana kita ambil balik tanah-tanah lot yang diberikan kepada wakil-wakil rakyat Umno. Kita buat perumahan rakyat di atas tanah tu dan kita bahagi-bahagikan kepada rakyat", tegas seorang peserta Dialog Manifesto PAS Terengganu PRU-13, di Besut baru-baru ini. Beliau dipercayai merujuk kepada kes empat wakil rakat BN di daerah itu yang didedahkan mendapat lot 2.5 ekar setiap seorang. Bagi peserta itu, dan lain-lain pendukung PAS, tindakan mengambil semula itu amat wajar. Namun, lain pula pertimbangan pemimpin PAS negeri. "Walau pun dari segi moral dan imej politik, kita akan dianggap membela rakyat, tetapi ia bukan mudah. Kita tidak akan rampas semula tanah yang telah dibahagikan kepada mereka (wakil-wakil rakyat BN) itu. Bahkan, dalam konteks yang kita bicarakan petang ini, manifesto tidak boleh menggambarkan ada hasrat nak balas dendam atau nak buat khianat", jelas Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahari Mamat. Penegasan beliau itu dianggap sikap dan pendirian rasmi PAS negeri berhubung hal itu. Walau pun ia tidak disenangi penyokong PAS sendiri, mahu tidak mahu itulah prinsip yang perlu diterimapakai buat masa ini. | |||||||||||
Posted: 28 Oct 2012 04:39 PM PDT Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Amat memeritkan perasaan apabila melihat sesetengah pihak menyebut: "Nak faham Islam ini susah, kami tidak cukup masa, ada macam-macam kena buat masa muda ini. Tunggulah kami dah tua". Ungkapan ini lahir dari salah tanggapan mereka bahawa Islam adalah agama yang sukar difahami dan sukar untuk diamalkan. Ini berpunca dari cara pengajarannya yang susah dan isi yang dipayah-payahkan oleh sesetengah pihak. Dengan kita akur untuk menjadi pakar ilmu-ilmu Islam memanglah tidak mudah, bahkan menjadi pakar apa-apa ilmu pun tidak mudah. Namun memahami dan mengamalkan Islam secara umumnya adalah mudah dan mampu dicapai oleh setiap lapisan manusia. Jika tidak bagaimana mungkin Islam menjadi agama sejagat yang diutuskan untuk setiap insan tanpa mengira lantar kehidupan dan pendidikan. Antara cuai dengan memayahkan Namun begitu, menjadikan agama begitu payah dan sukar hingga melampaui batasan yang diperuntukkan oleh nas-nas agama juga satu kesalahan. Firman Allah (maksudnya): Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad SAW) nabi yang ummi, yang mereka dapati dia tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. (Surah al-'Araf: 157) Firman Allah lagi (maksudnya): Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. (Surah al-Baqarah: 185). Firman Allah juga (maksudnya): Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (Surah al-Nisa: 28). Menyusahkan gambaran Islam Maka hukum-hakam yang mereka ajar kelihatan begitu susah untuk difahami, apatah lagi untuk dihayati. Lihat sahajalah, haji yang hanya beberapa hari untuk ditunaikan, tetapi kursus yang dibuat berbulan-bulan lamanya. Ia diajar dengan cara yang sukar disebabkan berbagai faktor. Salah satunya; tokok tambah ajaran agama yang menyebabkan orang awam sentiasa keliru dan tidak mampu kerana terpaksa menghafal berbagai ayat dan peraturan yang sebahagian besarnya tidak pernah diajar pun oleh hadis-hadis Nabi SAW yang sahih. Ini seperti menetapkan berbagai bacaan khas bagi setiap pusingan tawaf. Lalu mereka buat bisnes pula bagi yang tidak mampu menghafal dengan menjual buku atau alatan tertentu. Demikian juga kecenderungan sebahagian pengajar hukum-hakam syarak untuk menjatuhkan hukuman haram dan batal amalan seperti terbatal akad nikah hanya kerana terputus nafas, atau terbatal solat kerana pergerakan lebih dari tiga kali, terbatal puasa kerana berenang dalam kolam dan seumpamanya. Sedangkan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak pun menyatakan demikian. Di samping itu, kecenderungan memperincikan perkara yang tidak perlu sehingga ramai yang jadi keliru. Umpamanya memperincikan syarat niat yang bukan-bukan. Sehingga ada buku yang menetapkan puluhan syarat niat. Bukannya menjadikan orang faham maksud niat, sebaliknya bertambah kabur. Pada hal setiap aktiviti insan secara sedar mempunyai niat. Maka dengan itu kita katakan "membunuh dengan niat", sekalipun si pembunuh tidak melafazkannya secara lisan ketika hendak membunuh atau menghafal syarat niat. Malangnya, akibat salah ajaran, seseorang berulang kali bertakbir dalam solatnya. Kononnya, belum masuk niat. Padahal, jika dia tidak berniat solat, bagaimana mungkin dia boleh berada di saf untuk solat? Demikian juga memperincikan tentang jenis-jenis air dalam berwuduk berbulan perbahasannya sedangkan solat diperlukan lima kali sehari. Inilah yang menyebabkan ada yang baru masuk Islam tidak solat berbulan kerana bab wuduk belum habis dibincangkan. Ekslusifkan agama Sebenarnya, bukan tidak kesampaian, tetapi pendekatan pengajaran yang telah melanggar garis panduan Nabi SAW lantas menyanggahi logik insan. Hal ini berbeza dengan arahan baginda SAW. Baginda bersabda: "Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka." (Riwayat al-Bukhari) Pendekatan Nabi SAW adalah pendekatan mudah yang membolehkan sebanyak mungkin manusia merasai kebersamaan mereka dalam Islam ini. Antaranya baginda mengkritik imam yang memanjangkan solatnya, tanpa meraikan keadaan makmun yang berbagai di belakangnya. Baginda bersabda: "Wahai manusia! sesungguhnya di kalangan kamu ada yang menyebabkan orang lari. Sesiapa di kalangan kamu yang bersolat (menjadi imam) untuk orang ramai, maka ringkaskanlah, kerana di kalangan mereka ada yang tua, lemah dan yang mempunyai urusan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Pendekatan yang menyukarkan ini berlarutan sehingga dalam masalah pengajian akidah. Sesetengah perbincangan akidah dipengaruhi oleh falsafah lama yang kadangkala tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan kepada kepenatan akal dan kecelaruan sahaja. Ini seperti Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafah-falsafahnya yang memeningkan. Keletihanlah anak-anak muda untuk memahaminya. Bahkan kadang-kala guru yang mengajar pun tidak faham. Untuk mengelakkan dia dipersoalkan dia akan berkata: "Barang siapa banyak bertanya maka lemahlah imannya." Maka tidak hairanlah jika yang baru menganut Islam kehairanan bertanya: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada? Maka akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah. Akidah itu mudah difahami Akidah Islam adalah akidah yang bersih dan mudah difahami. Bacalah al-Quran dan al-Sunah, lihatlah perbincangan akidah dalam kedua sumber agung itu, sangat jelas dan tidak berbelit-belit. Dalam hanya beberapa ayat seperti isi al-Ikhlas, al-Quran menyerlah konsep akidahnya, tidak perlu memayah-mayah. Dalam ajaran Islam, persoalan tauhid dan akidah adalah perkara yang paling mudah dan senang untuk difahami oleh semua lapisan umat. Ini kerana memahami akidah satu kemestian termasuk yang buta huruf, Badawi di padang pasir sehinggalah kepada golongan yang terpelajar dan cerdik pandai. Maka tidak hairanlah pada zaman Nabi SAW, para perwakilan yang datang mengambil ajaran Islam dari baginda dalam beberapa ketika sahaja, namun mampu mengislamkan keseluruhan kabilahnya. Sebab, konsep yang jelas dan mudah. Kalaulah perbahasan akidah begitu sukar dan susah seperti yang difahami oleh golongan ahli kalam dan falsafah, bagaimana mungkin golongan awam yang buta huruf atau tidak memiliki kecerdasan akal yang tinggi untuk memahaminya? Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah….Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunani dan cara Yunani dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka." (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da'iyah, ms. 92, Beirut: Muassasah al-Risalat) Sebab itu, barangkali dakwah kepada akidah Islam di tempat kita tidak subur. Sebaliknya cerita keluar Islam yang disuburkan. Proses pemulihan akidah pun dalam banyak rekodnya adalah gagal. Ini kerana kita banyak berfalsafah dari membahaskan akidah berdasarkan al-Quran dan al-Sunah. Maka bacalah buku-buku akidah yang jelas membimbing jiwa dan akal secara fitrah. Bukan falsafah yang menyusahkan. Ruang untuk semua Anda tidak diwajibkan berkopiah, atau berjubah. Pakailah apa sahaja yang anda selesa. Bukan syarat masuk ke masjid mesti berketayap. Jangan kita letakkan syarat hendak memahami agama ini yang bukan-bukan. Nanti ramai yang tidak sampai maklumat Islam kepadanya. Atau syarat-syarat itu akan menjadi peraturan yang dianggap agama, akhirkan diwajibkan secara tidak sedar. Lihat saja sebahagian wanita Muslimah kita, mereka sekalipun telah menutup aurat, namun jika tidak memakai telekung mereka rasa sukar untuk solat. Bahkan ada yang rasa tidak boleh bersolat tanpa telekung. Padahal telekung itu, hanyalah budaya Asia Tenggara. Solatlah dengan pakaian anda selagi menutup aurat. Kehidupan Islam praktikal Ini seperti apabila ditonjolkan watak orang saleh ialah lelaki yang berserban, tangan memegang tasbih sentiasa, tidak bergaul dengan manusia biasa, sebaliknya hanya berjalan sendirian. Itulah wali kononnya. Adakah Nabi SAW dan para sahabahnya berwatak demikian sehingga kita jadikan itu ciri-ciri orang saleh? Tidakkah berjalan dengan sentiasa memegang tasbih lebih menampakkan ciri-ciri riyak dalam amalan? Sebab itu al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) mengkritik sebahagian dari sikap ini dengan menyatakan: "Di kalangan golongan zuhhad (golongan sufi) ada mereka yang memakai baju yang koyak tidak dijahit dan membiarkan serban dan janggutnya tidak berurus untuk menunjukkan dia tidak mementingkan dunia. Ini sebahagian dari riyak (menunjuk-nunjuk)." (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, ms 179-180, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah) Lebih buruk lagi, penonjolan watak yang seperti itu menjadikan Islam tidak praktikal untuk semua manusia, sebaliknya hanya untuk beberapa kerat manusia ajaib sahaja. Demikian juga, kadang-kala buku-buku kerohanian menggambarkan untuk mendekatkan diri kepada Allah begitu sukar sehingga seakan tidak akan dicapai oleh manusia biasa. Pengamal Islam itu seakan manusia maksum seperti malaikat. Bebas dari urusan dunia. Ini boleh mematahkan semangat orang awam dari menghayati Islam. Padahal Nabi SAW dan para sahabah tidak demikian rupa kehidupan mereka. Sehingga Dr Yusuf al-Qaradawi mengkritik beberapa pandangan al-Imam al-Ghazali RH dengan katanya: "Apa yang dapat difahami dari himpunan kitab-kitab sufi al-Ghazali yang mengandungi pengaruh kezuhudan yang kuat – sekalipun secara tidak langsung – bahawa insan contoh di sisi al-Ghazali dan golongan sufi secara amnya bukanlah insan yang dikenali oleh para sahabah RA, yang difahami dari al-Quran, al-Sunah dan sirah. Insan contoh yang difahami oleh para sahabah ialah insan yang menghimpunkan antara dunia dan akhirat, antara hak dirinya dan Tuhannya, antara meningkatkan roh dan berkhidmat kepada masyarakat, antara menikmat nikmat dunia dan bersyukur kepada Allah Taala, antara beribadah dan berjalan serta bertebaran atas muka bumi mencari kurniaan rezeki-Nya, yang bekerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beramal untuk akhirat seakan akan mati esoknya." (Dr Yusuf al-Qaradawi, al-Imam al-Ghazali: Baina Madihih wa Naqidih, ms 164, Beirut: Muassasah al-Risalah) Mesti bersifat alternatif Maka sempitlah umat ini dengan keputusan-keputusan haram dalam banyak perkara. Sebelum menjawab saya ingin kata: kita semua hidup dalam keadaan haram kerana selalu bergantung kepada orang lain dan tidak menunaikan fardu kifayah memerdekakan umat. Sehingga akhirnya masyarakat dunia kata; kita hanyalah umat yang tahu mengharamkan, bukan menghasilkan produk untuk kebaikan manusia. Dalam usaha menarik semua lapisan mendekati Islam, marilah kita mempersembahkan kepada masyarakat, Islam yang mudah dan praktikal seperti mana wajahnya pada zaman teragungnya iaitu era Nabi SAW dan para sahabah baginda. Jika tidak, agama ini akan menjadi begitu eksklusif hanya untuk kelompok tertentu sahaja dan ditinggalkan lautan umat yang dalam kesesakan. Penulis adalah bekas mufti Perlis. | |||||||||||
Orang muda Melayu teramai muflis Posted: 28 Oct 2012 04:33 PM PDT Jumlah pemuda berusia 34 tahun ke bawah di Malaysia yang diisytiharkan muflis meningkat hampir setiap tahun sejak tahun 2001 terutamanya dikalangan orang Melayu, kata Datuk Nadzim Johan. Setiausaha kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu dipetik berkata dalam akhbar Berita Harian, hampir 47 peratus daripada jumlah keseluruhan 4,568 kes baru pada suku tahun ini yang direkodkan di Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) adalah Melayu. "Aliran ini serius dan membimbangkan," kata Syed Nadzim. Manakala kaum Cina pula mencatatkan kedudukan kedua tertinggi sebanyak 34 peratus, kaum India 9 peratus dan lain-lain kaum adalah 10 peratus. "Sesuatu perlu dilakukan segera untuk membendung masalah ini. Malah PPIM juga mahu Akta Kebangkrapan 1967 dan Kaedah Kebangkrapan 1969 dipinda kerana sudah lapuk dan tidak sesuai," tambah beliau lagi. Berdasarkan statistik daripada MdI bermula daripada 2007, jumlah kes kebangkrapan yang dicatat ialah 13,238 disusuli peningkatan pada 2008 kepada 13,855 dan terus meningkat pada 2011 kepada 19,167. Selain itu, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh MdI sebagai punca kepada pengisytiharan muflis ini sejak 2005 hingga Jun 2012 adalah disebabkan beberapa sebab, antaranya ialah sewa beli kenderaan sebanyak 25 peratus, keberhutangan lain sebanyak 21 peratus, pinjaman peribadi 13 peratus dan pinjaman perumahan 13 peratus serta lain-lain. Disamping itu, negeri yang paling mencatatkan banyak kes muflis sepert yang direkodkan MdI adalah Selangor dengan jumlah 1,053 kes atau 23.05 peratus daripada 4,568 kes keseluruhan suku tahun ini. "Statistik Jabatan Perangkaan yang kami peroleh menunjukkan nisbah muflis dengan penduduk di Selangor ialah 1:581, bermaksud seorang bagi setiap 581 penduduk di negeri itu diisytiharkan muflis," tambah beliau lagi. | |||||||||||
Guna kaset ganggu ceramah dikecam Posted: 28 Oct 2012 04:32 PM PDT Jangan hantar kaset, hantarlah penceramah yang berkemampuan untuk melawan ceramah Pakatan Rakyat (PR), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Sambil menyelar tindakan Umno Barisan Nasional (BN) yang memasang kaset melalui pembesar suara untuk mengganggu ceramahnya semalam, beliau menyifatkan tindakan itu membuktikan betapa betapa terdesaknya Umno untuk menentang kebangkitan dan kesedaran rakyat di Johor. "Umno dah 'desperate' sangat dah. Nak datang ceramah sendiri tak berani berhadapan dengan rakyat, mereka pasang kaset kuat-kuat mengganggu ceramah kita," katanya. Dalam ceramah di Seri Alam dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang sempena musim Aidil Adha itu, Umno menggunakan taktik terbaru mereka untuk mengganggu ceramah PR. Menurut laporan, taktik memasang kaset ceramah mereka untuk mengganggu ceramah PR itu telah beberapa kali digunakan oleh Umno sebelum ini di beberapa tempat di seluruh negara. "Lebih buruk lagi kaset yang dipasang untuk mengganggu ceramah kita itu ialah ceramah yang mengapi-apikan perkauman yang nampak benar untuk memecahbelahkan rakyat yang datang mendengar ceramah kita itu. "Tetapi mereka bukan sahaja gagal malah menambahkan lagi kebencian rakyat kepada mereka," kata Salahuddin. Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, kira-kira 2,000 orang menghadiri ceramah itu. "Melayu dan Cina sama banyak dan itulah yang sangat membimbangkan Umno. "Umno tentulah sangat sakit hati kerana mereka berharap orang-orang Melayu tidak datang ke ceramah kita. "Maklumlah, undi Melayu adalah harapan utama mereka," katanya. Oleh kerana Umno terlalu mengharapkan undi Melayu untuk mengekalkan kuasanya, Salahuddin memberitahu, pihaknya menyusun lebih banyak lagi gerak kerja untuk mendapatkan sebanyak-banyak undi Melayu. "Bukan sahaja di Johor yang kini menjadi inspirasi kebangkitan rakyat di seluruh negara, malah gerak kerja untuk mendapatkan sebanyak-banyak undi Melayu kita perhebatkan di seluruh negara. "Berita buruk untuk Umno ialah kita terus melipatgandakan usaha kita walaupun di negeri-negeri yang menjadi kubu tradisi kita bagi undi Melayu seperti Kelantan dan Kedah," kata Salahuddin. PAS tidak pernah berehat untuk memenuhi aspirasi rakyat yang mahu kuasa Umno BN ditamatkan, tegas beliau lagi. | |||||||||||
Anwar: 'Kenyataan Soi Lek hina Islam' Posted: 28 Oct 2012 04:26 PM PDT SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan dilontar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tentang hudud satu penghinaan nyata terhadap agama Islam. Dakwa Anwar, tindakan Soi Lek itu amat memalukan dan tidak mampu dipertahankan lagi. Katanya, kenyataan Soi Lek yang dilakukan di hadapan Datuk Seri Najib Razak, juga bermaksud menghina beliau sebagai Perdana Menteri dan tetamu khas konvensyen tersebut. "Saya sifatkan ianya sebagai satu serangan yang biadab dan telah menyinggung perasaan umat Islam," katanya yang dipetik dalam blog miliknya, semalam. Soi Lek sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam. Beliau selepas itu meminta semua anggota parti MCA supaya meningkatkan lagi publisiti dalam usaha menepis dakyah pembangkang. Katanya, lebih parah lagi, kenyataan Soi Lek itu seolah-olah dipersetujui Najib. "Kebisuan Najib tentang perkara ini jelas menunjukkan beliau berada di pihak yang salah," katanya. | |||||||||||
Dana RM40j: 'Penjelasan Umno tak lagi bermakna' Posted: 28 Oct 2012 04:19 PM PDT Kerajaan sekali lagi digesa untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) dengan segera bagi menyiasat sumbangan derma sebanyak RM40 juta oleh seorang ahli perniagaan kepada Umno Sabah. Setiausaha Penganjur Angkatan Perubahan Sabah (APS) Datuk Kalakau Untol berkata, ia perkara yang betul dan patut dilakukan oleh kerajaan demi menjernihkan keadaan. Jelas beliau, RCI satu-satunya cara untuk mengenal pasti kebenaran di sebalik isu sumbangan wang tersebut yang hangat diperdebatkan. "Isu ini kini sedang diperdebatkan dengan meluasnya oleh orang-orang awam. Penjelasan daripada pemimpin-pemimpin Umno tidak lagi membawa makna," katanya. Pada Ogos 2008, usahawan Sabah Michael Chia didakwa ditahan pihak berkuasa Hong Kong apabila hendak menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur bersama wang tunai AS$16 juta (RM40 juta). Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pada 22 Oktober lalu bagaimanapun menegaskan bahawa Chia tidak pernah ditangkap di Hong Kong oleh badan antirasuah negara itu. Dalam kenyataannya hari ini, Kalakau berkata, pengakuan bahawa wang itu merupakan sumbangan terhadap parti menunjukkan "suatu bentuk rasuah di peringkat dasar dilakukan oleh organisasi yang besar". "Terdapat banyak persoalan yang ditimbulkan oleh ramai pemimpin politik yang tidak terjawab. "Rakyat benar-benar ingin tahu perkara sebenar di sebalik wang sumbangan ini, dan penderma yang terlibat," kata beliau lagi. Sebelum ini, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang turut menggesa kerajaan agar RCI ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penyeludupan dana asing oleh Umno, terutamanya berhubung "sumbangan politik" RM40 juta itu. | |||||||||||
Pekerja estet tak puas hati dengan langkah pengusiran Posted: 28 Oct 2012 04:13 PM PDT MALAYSIA KINI Pekerja estet Ladang Bangi tidak puas hati dengan tindakan pemaju Transloyal Development Sdn Bhd yang mengantar notis meminta mereka hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai sebahagian daripada proses pengusiran.Ini ekoran saman yang difailkan pada 17 Oktober lalu tetapi didakwa hanya diserahkan semalam, sepuluh hari kemudiannya, kata Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan. "Menghantarnya pada Sabtu dan beharap pekerja tunjuk muka pada pagi Isnin - dan pejabat peguam tutup pada hari minggu - mereka (pemaju) sebenarnya harap pekerja tidak hadir ke mahkamah," katanya. Sekumpulan 24 pekerja dan anak-anak mereka hari ini membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat polis daerah di Kajang, yang mengadu tiada nama spesifik pada notis dan ia dimasukkan ke peti surat rumah kosong. Dalam makluman kepada media, penduduk juga berkata, mereka terkejut kerana baru sahaja habis membuat rundingan bagi penyelesaian pada 25 Oktober yang turut melibatkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan kerajaan Selangor. Mereka menyifatkan tindakan pemaju itu sebagai "taktik kotor untuk memangsakan penduduk". | |||||||||||
Demo di Putrajaya, rungsing Deepavali suram Posted: 28 Oct 2012 04:08 PM PDT MALAYSIA KINI Walaupun Deepavali tinggal lagi dua minggu, kira-kira 40 peniaga kecil hari ini berhimpun di Putrajaya bagi menarik perhatian perdana menteri supaya campur tangan dalam isu pemindahan bazar mereka sempena perayaan cahaya itu.Di bawah matahari terik, mereka menaikkan pelbagai kain rentang dan melaungkan pelbagai slogan yang menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap tindakan memindahkan bazar mereka di Jalan Tun Sambathan ke Jalan Berhala. Mereka mendakwa tindakan itu menjejaskan mata pencarian mereka. "Tinggal dua minggu lagi sebelum bazar habis. Perniagaan di kawasan baru sangat teruk. "Saya tidak akan dapat balik pelaburan saya jika mereka tidak benarkan kali kembali (ke tempat asal)," kata seorang peniaga pakaian yang kecewa Joseph Nathan. Perhimpunan itu dianjurkan ekoran perbincangan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar didakwa gagal menerbitkan keputusan yang memuaskan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan