Biaqpila |
- PANAS!!! KAMERA AES BAKAL PUPUS
- PENGESAN KAMERA AES
- SAPA BISIK KAT TELINGA HASSAN INI?
- Hassan Ali, Apa Yang Hang Merepek Ni?
PANAS!!! KAMERA AES BAKAL PUPUS Posted: 25 Oct 2012 05:00 AM PDT DEY MACHA!!! |
Posted: 24 Oct 2012 08:00 PM PDT DEY MACHA!!! HARI NI RAMAI YANG AKAN BALIK KAMPUNG SAMADA GUNA LEBUHRAYA ATAU PUN JALANRAYA JANGAN JADI HANTU RAYA HARAP BERDISIPLIN SENTIASA KAH! KAH! KAH! INI ADA SATU APLIKASI UNTUK SMARTPHONE ANDROID NAMANYA AES DETECTOR GUA DAH UJI APLIKASI NI TENGOK SCREEN CAPTURE KAT ATAS TU MEMANG BAGUIH SEBAB DIA BAGI ALARM KALAU ADA KAMERA SEKITAR 1 KM DARI KENDERAAN KITA JADI SEMPAT LA KITA SLOW DOWN IKUT HAD LAJU YANG HALAL SELAMAT LA DARI KENA SAMAN KAH! KAH! KAH! APLIKASI NI BUKAN SAJA BOLEH GUNA KAT LEBUHRAYA KAT JALAN LAMA,JALAN BANDAR SEMUA BOLEH CUMA SIAP SEDIA DENGAQ ALARM SAJA KAH! KAH! KAH! UNTUK DAPATKAN APLIKASI TERSEBUT SILA KE SINI KALAU GUNA HP SILA KE GOOGLE PLAYSTORE,KEMUDIAN SEARCH AES DETECTOR KLIK KAT IKON MACAM KAT BAWAH NI: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE BLOG AES DETECTOR |
SAPA BISIK KAT TELINGA HASSAN INI? Posted: 24 Oct 2012 06:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS APABILA masyarakat Islam sudah ramai bangkit menentang kenyataan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang menghina Hukum Hudud, maka situasi ini tentulah tidak menguntungkan buat 'broker' Umno iaitu si Hassan. Ini adalah kerana semakin ramai masyarakat Melayu Islam di dalam Umno sendiri mula merasa jauh hati dengan MCA, lebih-lebih lagi pemimpin Umno di dalam keadaan berpeluk tubuh. Di Parlimen, kenyataan Chua Soi Lek ini dibantah keras oleh pemimpin DAP sehingga ada yang menepuk meja membela Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul AM PAS di dalam isu tersebut. DAP sejak dahulu tidak bersetuju dengan hukum Hudud, mungkin sezaman dengan Umno yang juga menentang hukum ini. Tetapi, DAP tidak memperlekehkan hukum berkenaan berbeza dengan Chua Soi Lek dan beberapa pemimpin mereka, bahkan pemimpin Umno juga begitu. DAP tidak pernah menyaman hukum Hudud di mahkamah, tetapi sejarah ada mencatatkan pemimpin Umno dahulu pernah cuba berbuat demikian. DAP tidak pernah sebut hukum Hudud ini ciptaan manusia bukan dari ajaran Islam, tetapi pemimpin Umno ada yang berangapan demikian. Hujah DAP tidak bersetuju dengan hukum Hudud hanyalah berpandukan kepada Perlembagaan Negara sekarang yang pada DAP masih sekular. Dan, memang sekular pun. Apabila MCA memperlekehkan hukum Hudud, manakala DAP menentang cara MCA itu maka sudah tentu sokongan kaum Cina akan beralih kepada DAP, dan sokongan kaum Melayu bertambah kepada PR. Sudah tentu keadaan ini merimaskan si Hassan Jati kerana tugas sebagai 'Broker' Umno akan bertambah sukar. Umno akan rugi besar apabila kaum Cina menolak sikap melampau MCA dan kaum Melayu pula menyampah dengan perangai pemimpin Umno yang suka membisu apabila agama mereka diperlekehkan. Ini menyusahkan hati si Hassan Jati. Maka, berbisiklah Syaitan yang dikenali kepada telingan si Hassan. Bisikan itu mengajar si Hassan Jati mempercayai bahawa MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik. Kononnya, MCA dan DAP sengaja mainkan isu ini agar sokongan masyarakat Cina kembali kepada kedua-dua parti yang berbeza dasar tersebut. Lojikkah apa yang dibisikkan oleh Syaitan yang dikenali itu? Jika hanya kerana mahukan sokongan kaum Cina, mengapa 'lakonan' tersebut tidak dilakukan oleh MCA dan Gerakan sahaja? Bukankah kedua-dua parti tersebut berada di dalam satu kem Bn? Mengapa mesti bersama DAP yang terang-terang berbeza dasar perjuangannya dengan MCA? Lupakah kita sewaktu debat Presiden MCA, Chua Soi Lek dengan Lim Guan Eng yang lepas, Chua Soi Lek terang-terang menyebut bahawa MCA berjaya menghalang Umno dari laksanakan hukum Hudud. Beliau mencabar DAP, adakah DAP berani berbuat demikian terhadap PAS? Jawapan Lim Guan Eng jelas dan bijak apabila menyebut bahawa kita di dalam DAP tidak akan mencampuri urusan agama orang lain sepertimana PAS juga tidak pernah mencampuri urusan agama orang lain. Bukankah jauh beza pendirian MCA dengan DAP? Lojikkah dua parti yang berbeza prinsip ini boleh 'berlakon' dan apa untungnya mereka berlakon apatah lagi disaat kaum Cina kini dikatakan oleh penganalisa dan bancian iaitu lebih 44% tidak kisah lagi dengan Hukum Hudud? Mengapa si Hassan boleh terpedaya dengan bisikan itu? Tidak lain tidak bukan, hajat si Hassan Jati adalah mengulangi hajat lamanya iaitu Umno dan PAS mesti bercantum. Kononnya, kaum Cina telah bersatu, kini Umno dan PAS juga mesti bersatu. Kita mahu beritahu si Hassan Jati, jika Umno dan PAS mahu bersatu, tidak perlu tunggu MCA dan DAP bersatu. Sejak dulu lagi patutnya kita boleh bersatu asalkan Umno mahu terima Islam sebagai asas penyatuan, bukannya kerana Melayu. Umno mesti berubah dari memijak kepala orang-orang Melayu untuk kepentingan pemimpin mereka. Negeri-negeri Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah mesti dibela dan tidak dianiayai. Hentikan perbuatan menfitnah pemimpin Melayu Islam sehingga ke tahap fitnah jijik dan kotor. Hassan Jati tidak boleh berfikir jika Umno dan PAS bersatu, maka PKR akan hilang kawan maka beliau boleh jadi MB Selangor dengan mudah. Jika itu mimpi beliau selama ini, lebih baik kuburkan Umno secepat mungkin kerana tanpa Umno, Melayu tidak hilang dan Islam lebih terjamin. Itu lebih afdhal./wfauzdin.blogspot.com |
Hassan Ali, Apa Yang Hang Merepek Ni? Posted: 24 Oct 2012 02:53 PM PDT SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa MCA dan DAP mempunyai "agenda besar" di sebalik pendirian kedua-dua parti itu dalam soal hukum hudud. Secara tidak langsung kata beliau, ia mampu menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan pandangan dan kritikan yang dilontarkan pimpinan mereka selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat berketurunan Cina. Hasan melahirkan pandangan ini ketika banyak pihak mempersoalkan Soi Lek dan juga Umno berhubung kenyataan Presiden MCA itu."Hati kecil saya terus membisikkan bahawa terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP khususnya untuk menghadapi PRU ke-13. Hasan selepas dipecat oleh Pas awal Januari lalu menubuhkan pertubuhan yang diberi nama Jati.Sambil menyifatkan inti "agenda besar" DAP itu bukan satu rahsia lagi, jelas Hasan, tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menetang pelaksanaan Islam dan hudud di Malaysia baru-baru ini mencerminkan dua parti yang punyai fahaman dan aliran politik yang berbeza secara luaran hanya sekadar "pementasan lakonan politik" semata-mata. "Dalam episod terbaru ini, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Islam dan Hudud di negara ini."Ia dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat keturunan Cina," katanya. ~sinar addin77 |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan