Anak Sungai Derhaka |
- Gaji RM500, Robengah mampu bina rumah RM100K.. Jingga 13 serah memo minta penjelasan Rais
- UMNO tipu kami untuk adakan demonstrasi ini...
- Video MB Pahang Cabar Orang Asal Bergaduh Tersebar!! Saksikan!!
Gaji RM500, Robengah mampu bina rumah RM100K.. Jingga 13 serah memo minta penjelasan Rais Posted: 19 Oct 2012 03:39 AM PDT Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 di negara asalnya. Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoalkan bagaimana Robengah, yang bekerja selama 8 tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia. Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun. "Suami Robengah, Sukiman pula lumpuh sebelah kaki dan tidak boleh bekerja, malah mereka ada dua anak bernama Monica dan Tina yang masih bersekolah," kata Fariz. "Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja," kata Fariz. Menurut Fariz, adalah tidak masuk akal jika Robengah tidak pernah menghantar wang kepada keluarganya sepanjang 8 tahun hingga mampu membina rumah sebesar itu, sedangkan jirannya memberitahu rumah Robengah sebelum ini sangat daif.
Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia. Dalam pada itu, Fariz mendakwa, surat yang muncul selepas empat tahun kes itu berlaku secara tidak langsung 'menyelamatkan' Rais daripada tuduhan itu. "Adakah wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuan diperkosa oleh Datuk Seri Rais Yatim?" Seperti yang telah dimaklumkan oleh Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa semalam, satu memorandum telah diserahkan kepada Rais Yatim hari ini dan telah diterima oleh Ketua Pentadbiran Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Berikut adalah kandungan memorandum tersebut.. | ||||
UMNO tipu kami untuk adakan demonstrasi ini... Posted: 19 Oct 2012 12:17 AM PDT Penduduk Flat Taman Medan Cahaya kesal sikap dengan pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa didalangi Umno menggunakan pangsapuri mereka untuk memfitnah Kerajaan Negeri kononnya gagal memberikan air percuma kepada penduduk taman terbabit. Sedangkan menurut penduduk yang ditemui, mereka mula menikmati 20 meter padu air percuma sejak tahun 2011 lagi seperti yang dibuktikan dalam bil air yang ditunjukkan kepada Selangor Kini. Menurut A Ramlee Yahaya,48, yang mendiami Blok H memberitahu majoriti peserta demontrasi tersebut merupakan ahli-ahli Umno dan orang-orang luar yang tidak beliau kenal. "Saya tahu sebab banyak muka yang saya tak pernah tengok pun dan ada juga yang saya dapat cam orang luar seperti bekas calon PRU-12 dari Umno, Munaliza Hamzah(bekas calon Umno Taman Medan) bukan penduduk kami. "Selain itu orang-orang Umno seperti Ruslan Baba memang main peranan penting dalam demontrasi itu, tetapi orang sini sendiri memang tak ramai yang sertai," ujar Ramlee. Menurut Ramlee lagi, beberapa jawatan penting dalam Persatuan Penduduk Blok H juga dimonopoli beberapa pemimpin Umno peringkat akar umbi sekaligus menyebabkan kepentingan politik dibawa ke dalam persatuan itu. Ramlee yang berada di lokasi ketika demontrasi itu diadakan, menganggarkan seramai kira-kira 150 orang yang menyertai demontrasi tersebut, bukannya sehingga 3,000 yang disebut oleh media perdana. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Blok B, Mohamad Fuad Jam Jam memberitahu sebelum demontrasi 'menuntut air percuma' itu diadakan, persatuannya dimaklumkan tujuan utama demontrasi diadakan adalah untuk memprotes filem yang menghina Nabi Muhammad SAW. "Bila demo berlangsung, filem hina Nabi tak disentuh langsung, tetapi tuntutan air percuma pula yang dilaungkan, sedangkan kami dah terima air percuma," kata Fuad yang kesal tindakan Umno menipu penduduk dengan menggunakan isu filem hina Nabi.. Terdahulu, media arus perdana menyiarkan laporan penduduk Taman Flat Medan Cahaya mengadakan demontrasi menuntut bekalan air percuma dari Kerajaan Negeri. Bagaimanapun menurut Adun Taman Medan, Haniza Talha, penduduk di situ mula menikmati air percuma apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengemukakan permohonan daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk membolehkan pemberian tersebut disalurkan kepada unit-unit kediaman di situ ~ Selangorku Ceh!! tak habis-habis menipu orang puak-puak UMNO ni.. Kalau UMNO tumbang lepas PRU ni.. aku rasa mungkin akan ditubuhkan satu sayap baru dalam UMNO.. iaitu sayap Demonstrasi.. kerja depa buat demo saja sepanjang tahun... | ||||
Video MB Pahang Cabar Orang Asal Bergaduh Tersebar!! Saksikan!! Posted: 18 Oct 2012 07:10 PM PDT Timbalan Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata, beliau sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkahlaku Adnan dan menuntut Menteri Besar (MB) itu menuntut maaf dengan OA. "Ketika OA berdemo dan menyerahkan memorandum kepada MB Pahang semalam, Majlis Peguam telah memantau dan terdapat laporan beliau (Adnan) telah memperlekeh dan menghina masyarakat OA dengan mengeluarkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang'. "Malah beliau telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong untuk bertumbuk dengannya. Saya selaku alah seorang panel peguam kepada OA dalam isu tuntutan yang dibuat mereka, sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkah laku MB Pahang yang jelas sangat tidak bertamadun dan langsung tidak punya rasa hormat kepada rakyat," tegasnya. Beliau berkata demikian kepada media mengulas kira-kira 500 OA melalui Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) yang berkampung di pekarangan Wisma Sri Pahang di Kuantan, semalam bagi menyerahkan memorandum mengenai pencerobohan, tuntutan tanah dan wilayah adat kepada MB. Melalui memorandum berkenaan, sebanyak lapan perkara dibangkit dan dituntut oleh kumpulan berkenaan serta mereka bertegas menyerahkan sendiri kepada MB. Kumpulan Orang Asli dari seluruh Pahang berkenaan tiba kira-kira jam 11 pagi dengan membawa sepanduk yang antaranya tertera "Batalkan status tanah rizab yang bertindih dengan tanah adat orang asli", "Iktiraf hak dan tanah adat Orang Asli" dan pelbagai lagi perkara menjurus kepentingan tanah adat kaum mereka. Ahmad Nizam yang juga peguam kepada komuniti berkenaan, berkata, memorandum yang diserahkan itu adalah penyataan bersama seluruh masyarakat Orang Asli melalui JKOASM sebagai tanda melahirkan kesepakatan supaya kawasan atau tanah dan wilayah diiktiraf. Menurutnya, sejak kebelakangan ini sering wujud pertikaian antara kerajaan dan masyarakat orang asli mengenai perkara tersebut. "Tanah yang kaum OA diami sejak dari zaman nenek moyang sering dikatakan sebagai tanah kerajaan, rizab perhutanan, rizab Perhilitan dan rizab Melayu sehingga tanah serta wilayah adat mereka dipindah milik atau diberi kelulusan kepada pihak lain. "Melalui memorandum berkenaan mereka mahukan segala aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat OA dihentikan, menarik balik lesen yang telah diberi kepada semua kontraktor yang bekerja di atas tanah wilayah adat dan membayar pampas an sewajarnya di atas kerugian kami alami. "Selain itu, kerajaan harus membatalkan semua rizab bertindih dengan tanah dan wilayah adat OA bagi membolehkan pengiktirafan atau perlindungan serta mengiktiraf seluruh tanah dan wilayah adat OA mengikut peta komuniti," katanya. Memorandum berkenaan turut mengandungi sebanyak 6,000 tandatangan OA mewakili kaum mereka di seluruh Pahang ~ HarakahDaily Saksikan Pemimpin UMNO Pahang kata "nak cara baik boleh, nak cara keras pun boleh".. Samsengnya diaaaaa.... Kalau nak tengok pemimpin UMNO Negeri Sembilan yang sokong MCA tolak hudud ( SINI ) silalah lihat di ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan