Addin |
- Gambar Utusan Ni Mempersendakan Islam.. Saksikanlah!!
- Gaji Sektor Awam Naik Lagi Tahun Depan?
- Kantoi!! Syarikat Konsesi AES Menyamar JPJ
- Chua Soi Lek Bengang Dengan Akhbar China Press
- Rupanya Sebab Ni Restoran Amy Search Bungkus..
- Kelab Penyokong BN Tolak AES
- PRU13, Khairy Jamaluddin Jadi Korban Pertama?
- Selepas Kenduri Kahwin Mega Anak, Ali Rustam Jadi Peminta Sedekah
- Apa?? Umno BN Label Audit Negara Sebagai Bodoh?
Gambar Utusan Ni Mempersendakan Islam.. Saksikanlah!! Posted: 31 Oct 2012 10:00 AM PDT Ini Islamik ke? agak-agaklah kalau nak bodek pun. Ni namanya mempersendakan Islam. Islam tak suruh berpakaian macam ni. Sudahlah berpakaian macam tak cukup kain lepas tu ko label sebagai Islamik fesyen. Dah kalau ko orang je sesat janganlah sesatkan orang lain pulak. Bertambah-tambah dosa.. Cuba tengok model yang hujung sebelah kiri, sampai macam tu sekali pakai pun boleh dikatakan Islamik fesyen lagi ke? Gambar ni Addin cilok dari blog semut, menurut semut, maksud hakuna matata ialah tak perlu risau. Betul ke ni Semut? Hang jangan main reka je.. Inilah hasil didikan sekular Umno, abih sesat barat semua orang. Pakaian yang tak beretika macam ni pun boleh di label Islamik fesyen. Aduh!! Umno..apa pun tak boleh.. |
Gaji Sektor Awam Naik Lagi Tahun Depan? Posted: 31 Oct 2012 07:57 AM PDT MELAKA - Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat. "Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini. Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh. Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum. Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini. "Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya. Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah. Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000. ~bernama Addin : Apa pun di beri kita ambik tapi pastikan jangan undi BN.. |
Kantoi!! Syarikat Konsesi AES Menyamar JPJ Posted: 31 Oct 2012 06:00 AM PDT Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kejadian penyamaran sebagai pihak berkuasa oleh syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES). Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff berkata, berdasarkan sumber yang diperolehi, Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd mewarnakan kenderaan mereka seakan-akan pacuan empat roda Toyota Fortuner milik JPJ. "Apa yang berlaku sekarang, maklumat yang kami terima, ATES dan Beta Tegap mewarnakan kenderaan milik syarikat sebagai warna seakan-akan warna JPJ. "Letak logo JPJ, nama 'Automated Enforcement System' sedangkan kenderaan tersebut bukan kenderaan JPJ. Ini apa cerita?" katanya di lobi Parlimen. Tegasnya, penyamaran sebagai pihak berkuasa ini merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Dalam sidang media sama, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar menggesa semua penerima saman AES agar tidak membuat bayaran kompaun sebaliknya hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan perkara berkenaan. Ini kerana KASE akan menyediakan peguam kepada mereka selain penggunaan peruntukkan undang-undang yang salah seperti dinyatakan dalam surat saman. Tegasnya, kerajaan sepatutnya membatalkan semua saman yang mula dikeluarkan pada 13 Oktober lalu dan penangguhkan perlaksanaan AES seperti yang didesak sebelum ini. "Kalau kerajaan masih tidak menarik balik saman ini, KASE menyeru kepada semua penerima saman ini agar tidak membayar kompaun. "Sebaliknya ikut arahan ini (dalam surat saman) ke mahkamah. Kami bersedia menyediakan beberapa peguam bagi membantu mereka yang bersedia ke mahkamah. "Peguam ini hanya untuk saman AES dan bukannya saman trafik," katanya. Surat saman AES yang dikeluarkan menyatakan kesalahan melanggar had kelajuan berada di bawah Seksyen 79 (2). Seksyen berkenaan sebenarnya bukan berkaitan perlanggaran had kelajuan sebaliknya merujuk pada perlanggaran kepada mengabaikan terhadap arahan dan isyarat lalu lintas. Dari segi hukuman pula, tidak ada kompaun minimum RM300 sebaliknya tidak melebihi RM 500. "Undang-undang disini (dalam surat saman) yang digunakan pun pelik. Dia (surat saman) kata miinta kita hadir ke mahkamah sendiri atau diwakil peguam. "Mana boleh pertuduhan yang ingin disebut di mahkamah diwakili peguam," jelasnya. Ujar beliau lagi, kesalahan AES ini tidak akan melibatkan kesan disenarai hitam sebaliknya penerima boleh membuat saman balas seandainya mereka dikenakan tindakan sedemikian. Beliau menambah, langkah penyelesaian di mahkamah ini dapat mengurangkan peluang kepada syarikat konsesi memperoleh keuntungan RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan ~selangorku |
Chua Soi Lek Bengang Dengan Akhbar China Press Posted: 31 Oct 2012 04:05 AM PDT Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini membidas akhbar China Press yang menulis laporan mengenai orang ramai beredar keluar ketika jamuan makan malam MCA Johor minggu lalu, dan menuduh akhbar itu membesar-besarkannya. (Gambar) Keratan akhbar China Press yang melaporkan 20% hadirin keluar beramai-ramai ketika Chua Soi Lek (dalam bulatan) berucap. "Apabila anda mengadakan satu majlis besar yang dihadiri 15,000 orang dan ia dimulakan lambat kerana hujan, anda tentu sudah menjangka orang ramai untuk meninggalkan majlis pada masa itu," kata Presiden MCA itu hari ini. "Jika anda melihat semua akhbar, hanya China Press menulis berkaitan (keluar beramai-ramai) itu." Dr Chua merujuk kepada sebuah artikel sebuah akhbar Cina di mana ia melaporkan bahawa kira-kira 20 peratus daripada orang ramai yang menghadiri acara "makan malam besar" yang dianjurkan oleh MCA di Kulai, Johor pada Sabtu lepas telah ditinggalkan orang ramai semasa ia berucap. |
Rupanya Sebab Ni Restoran Amy Search Bungkus.. Posted: 31 Oct 2012 01:45 AM PDT Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, dia memulakan perniagaan tersebut dengan modal sebanyak RM250,00 empat tahun lalu. Dia kemudiannya telah menyerahkan segala urusan perniagaan kepada seorang rakan namun ia berdepan dengan pelbagai masalah. Namun Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Cheng Ho sebelum ini, oleh itu tiada pihak lain yang boleh menggunakan nama tersebut. Dalam pada itu, Amy memberitahu bahawa kini dia sedang mencari pelabur baru untuk membuka kembali restoran itu di lokasi lain. Terdahulu, pada tahun 2010 pihak Mahkamah Seksyen Sivil telah memerintahkan Amy untuk membayar ganti rugi sebanyak RM18,000 kepada Nik Zahir Nik Mohd Idris yang menfailkan saman bagi pihak anaknya Nik Zakwan, 6, yang melecur pada bahagian belakang badan selepas terkena kuah tomyam akibat kecuaian pekerja restoran itu ~kosmo Addin : Ataupun... perniagaan Amy senasib dengan restoran sekinchan setelah beliau isytihar masuk umno? Mungkinkah restoran cheng ho diboikot sepertimana sekinchan ikan bakar? Mungkinkah apa sahaja yang dikaitkan dengan Umno rakyat akan tolak akibat kebencian yang meluap-luap? Anda semua mungkin ada jawapannya? |
Posted: 30 Oct 2012 09:13 PM PDT KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sebahagian ahli kelab itu mahu kerajaan menimbang dan memperhalusi pelaksanaan Sistem Pengkuatkuasaan Automatik (AES). Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata demikian ketika ditemui di lobi Parlimen malam tadi. "Dalam BBCBN kita masih belum ada pendirian. Apa yang berlaku ialah ahli-ahli Parlimen menyuarakan pendapat setiap individu. Tidak ada mesyuarat khusus untuk kita membincangkan isu AES. "Sebenarnya isu ini agak rumit sedikit. Ada yang menyokong, tidak ada yang membantah tetapi ada yang meminta supaya AES ini diperhalusi, letaklah lebih papan tanda. Ada yang meminta di kawasan-kawasan yang ada 30, 40 meter ini diletakkan AES," ujar beliau yang juga Setiausaha Umno Sabah. Semalam, Pemuda Umno mengambil pendirian mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES sehingga kajian menyeluruh dilakukan. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berharap Kabinet yang bermesyuarat minggu ini dapat memutuskan berkenaan hal terbabit. "Pemuda desak kerajaan tangguh AES. Kaji semula," kata beliau, yang juga Ketua Pemuda BN. Sementara itu, Abdul Rahman ketika diminta mengulas menambah, beliau secara peribadi merasakan AES ini adalah cara terbaik dalam mengurangkan kadar nahas jalan raya di negara ini. "Sudah tiba masanya kita mengenakan syarat-syarat seperti ini. Dari segi pendidikan kita sudah buat. Inikah sahaja caranya? Sebab 7,000 kematian berlaku di atas jalan raya kita," katanya. Kelmarin, empat Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan AES. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan. "Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya. ~sinar |
PRU13, Khairy Jamaluddin Jadi Korban Pertama? Posted: 30 Oct 2012 07:21 PM PDT Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr. Khairy Jamaluddin mungkin menjadi korban pertama dalam PRU13. Nasib Khairy bagaikan telur dihujung keris UMNO, bila-bila masa jatuh terhempas dan pecah berkecai. Dengan cerita soseh soseh dalam kelambu UMNO Khairi Jamaluddin tidak ada nama dalam senarai PRU13. Malah namanya disekat oleh kumpulan yang mahu menjatuhkan Khairi... Malah dalam Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin sudah hilang taring dan gusi serta kawan. Cakap cakap dan arahan Khairi Jamaluddin sebagai ketua Pemuda UMNo Malaysia kurang diendahkan dan kurang dihormati oleh sebahagian besar pemuda pusat dan negeri. Idea dan gerak politik Khairi dalam UMNO khasnya pemuda UMNO nampak cukup terasing dan kurang sambutan seratus peratus. Dalam sejarah UMNO dan pemuda UMNO, tercatat tinta hitam satu satu pemuda UMNO Malaysia dan ketua pemuda UMNO yang kurang dihormati oleh kaumnya serta tidak bergerak bersama tranformasi politik Najib Razak. Khairy Jamaluddin terbukti gagal menahkhodakan perjalan dan pelayaran pemuda UMNO Malaysia. Nampak jelas Khairi Jamaluddin keseorangan dan selalu ditinggal bas dan train. Mungkin ada benarnya Khairy Jamaliddin tidak namanya dalam senarai calun PRU13. Kebarangkalian ada kumpulan atau geng dalam Pemuda UMNO Malaysia menyekat perjalanan Khairi Jamaluddin dalan arus politik Najib Razak. Namun Khairy Jamaluddin sudah membaca dan terhidu kentut dan tahi dalam pemuda UMNO yang mahu menyekat dan menamatkan Khairi Jamaluddin dalam peta politik UMNO yang penuh dengan nanah dan rasuah. Sehingga kini Khairy Jamaluddin berusaha dengan penuh semangat kental agar nama beliau tidak tericicir disaat saat akhir keputusan calun yang bertanding PRU13. Itu cerita soseh soseh politik tentang nasib Khairi Jamaluddin. Betul atau tidak kita tunggu senarai calun yang diputuskan oleh Najib Razak. Namun ramalan kami Khairy Jamaluddin ada peluang untuk bertanding PRU13. Ingat Najib Razak terhutang budi dan jasa Pak Lah dan Khairi adalah menantu Pak Lah." |
Selepas Kenduri Kahwin Mega Anak, Ali Rustam Jadi Peminta Sedekah Posted: 30 Oct 2012 05:56 PM PDT Cari sponsor kenduri kahwin mega anak boleh tapi untuk membangunkan pasukan bolasepak tak boleh. Untuk kepentingan peribadi boleh tapi untuk kepentingan negeri tak boleh. Apa punya citer ni Ali rustam sampai nak jadi peminta sedekah? Dulu kutuk rapat bila Kelantan mintak derma buat lebuhraya sedangkan tangungjawab bina lebuhraya bawah bidang kerajaan persekutuan. Tu ler.. lain kali jangan kutuk.. kan dah terpalit dekat batang hidung sendiri.. dengan Umno, apa pun tak boleh... Melaka mungkin kutip derma bantu pasukan bola sepak |
Apa?? Umno BN Label Audit Negara Sebagai Bodoh? Posted: 30 Oct 2012 05:00 PM PDT Inilah standard pemikiran pencacai Umno, dah takde modal untuk serang negeri Pakatan Rakyat dalam isu Laporan Audit maka pencacai Umno mengatakan negeri Pakatan Rakyat mengamalkan perakauan kreatif pula. Apa? ko orang semua ingat yang duduk dalam Audit negara semua bodoh-bodoh macam pencacai Umno.Pencacai Umno lain kali cakap bersertakanlah dengan bukti jangan cakap kosong je. Sudah kebanyakan negeri dibawah Umno BN kantoi dalam laporan audit maka pencacai cuba mencari jalan untuk mengaitkan pula negeri Pakatan Rakyat. Jikalau perakaunan kreatif boleh di gunakan untuk 'make up' Laporan Audit supaya nampak cantik sudah pasti semua negeri di bawah Umno BN dahulu yang lakukan kerana pemimpin Umno BN kebanyakannya kaki belit dan kaki sapu. Kesimpulannya jangan cuba memperbodohkan rakyat yang sudah semakin bijak dari pemimpin Umno BN..
|
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan