Addin |
- Dr. Asri Hentam 'Fatwa' Ulama Umno
- Sistem AES Di Ragui, Menteri Cakap Lain.. JPJ Cakap Lain
- Lim Guan Eng Belasah Najib
- Sindiket Jual Saluran Internet Haram Di Berkas
- Najib Gagal Adakan Pilihanraya Ketika Popular.. Ini Buktinya
- Gambar Bendera PAS Di Bakar Semasa Ceramah Tamrin Ghaffar Baba Tersebar..
- Ini Cara Pakatan Rakyat Tunaikan Impian Rakyat Untuk Miliki Rumah Sendiri
- Orang Umno Bakar Baju Umno
- Bongkar!! Bekas Editor Suara Keadilan Kini Pro Umno?
Dr. Asri Hentam 'Fatwa' Ulama Umno Posted: 06 Oct 2012 09:19 AM PDT Teguran Dr Maza terhadap fatwa orang-orang agama Umno secara literalis betapa mengkitik pimpinan politik kerajaan adalah haram, amat menarik perhatian. Khususnya saya sendiri, kira-kira lebih 40 tahun tidak putus-putus mengkritik siapa saja, banyaknya adalah pemimpin politik dalam kerajaan. Pertama sebagai wartawan, saya diajar bahawa kritik itu adalah satu dari empat fungsi media selain daripada menyampaikan maklumat, menyampaikan pendidikan atau tarbiyah dan menyalurkan hiburan. Dan kritik itu adalah rempah ratus yang menyuburkan demokrasi yang menjadi pegangan Negara kita. Malah seluruh ulama haraki ini termasuk Ikhwanul Muslimin, menerima pakai demokrasi sesuai dengan situasi semasa. Hujah Dr Maza, jika menegur pemimpin itu haram, maka apa jadi pada fungsi Parlimen yang dikira satu institusi kenegaraan yang sihat. Hidupnya mana-mana Parlimen di dunia ialah dibenarkan secara terbuka dan sihat menegur semua yang pincang dan lemah baik pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang. Malah dalam masa setahun setengah ini, dunia menyaksikan umat Islam di beberapa wilayah Islam bangun mengubah sistem parlimen dan pemerintahan rubber stamp yang dikira menzalimi dan membelenggu rakyatnya. Jika fatwa orang agama itu dipakai, ertinya rakyat di Tunisia, Mesir, Yaman, Libya, Syria sekarang dan lain-lain telah terlibat dalam kegiatan haram. Sedang dunia ulama seluruhnya mengira, yang dipanggil Arab spring itu adalah satu tindakan positif. Oleh sebab fatwa ahli agama Umno itu melibatkan hukum agama, maka tidak boleh ditolak begitu saja dan tidak wajar diterima begitu saja kerana masing-masing membawa nas.Jika betul haram, katakan haram. Jika tidak katakan tidak. Dalam mengukuhkan hujahnya, Dr Maza membangkitkan kritik terbuka Dr Mahathir terhadap pimpinan kerajaan selepasnya, malah tidak berselindung Dr Mahathir menyeru supaya pemimpin kerajaan itu digulingkan. Mahathir tidak sekadar mengkritik pemimpin selepasnya saja. Tonggang langgang hujung pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra adalah gara-gara serangan politiknya.Apapun tindak tanduk politik Dr Mahathir tidaklah dapat dijadikan ukuran sesuatu itu tidak haram. Haram halal dan dosa pahala tidak termasuk dalam kamus politiknya.Tidak wajar fatwa haram itu dibuat bagi ditujukan kepada pembangkang saja. Maka fatwa itu mestilah meliputi sepak terajang politikus Umno juga. Jika haram, yang pemimpin Umno buat terhadap pemimpin kerajaan pun haram juga.Bukan Dr Mahaathir saja pemimpin Umno yang mengkritik pimpinan kerajaan sebelum dan selepasnya. Apa yang Tunku Abdul Rahman Putra sebagai pemimpin Umno tidak kata terhadap Dato Onn Jaafar yang menjadi salah seorang pemimpin kerajaan yang penting sebelum merdeka dulu. Mungkin tidak haram mengkritik Dato Onn kerana dia duduk dalam kerajaan penjajah.Tetapi Tunku setiap minggu terus-menerus mengkritik Perdana Menteri Tun Razak, Perdana Menteri Tun Hussein dan Perdana Menteri Dr Mahathir. Tulisannya dalam The Sunday Star menegur secara terbka semua perkara yang dirasanya tidak betul oleh tiga Perdana Menteri selepasnya. Tidakkah secara politiknya, selepas tidak menjadi Perdana Menteri, Tunku bergelumang dengan amalan haram?Maka teguran Dr Maza mesti diberi perhatian ketika kerajaan Najib hendak menguatkuasakan maqasid syariyah. ~harakahdaily Iklan |
Sistem AES Di Ragui, Menteri Cakap Lain.. JPJ Cakap Lain Posted: 06 Oct 2012 05:03 AM PDT Sejak dari awal sistem saman yang diswastakan dikenali sebagai AES diragukan dari perbagai segi. Syarikat yang dilantik sebagai operator sudah pasti mengejar jumlah saman yang tinggi untuk memperoleh komisyen yang tinggi kerana jumlah komisyen dan nilai peratusan meningkat berdasarkan jumlah saman yang dikutip. Saman sudah jadi bahan perdagangan yang mengkayakan 'kroni' yang memperolehi hak mengendalikan saman tersebut. Terbaru ialah merujuk kepada satu 'posting' yang dibuat oleh page Facebook Kempen Anti Saman Ekor (KASE) di wall, Facebook nya dengan jelas memaparkan percanggahan kenyataan Pengarah JPJ melalui keratan akhbar dan jawapan menteri kepada pertanyaan Ahli Parlimen Tanah Merah melalui jawapan bertulis mengenai jumlah imej kesalahan yang dirakam.Ketua Pengarah JPJ nyatakan sebanyak 2,952 imej dirakam pada 23 dan 24 September 2012 dalam taklimat khas kepada media selama hampir dua jam tetapi Kementerian Pengangkutan dalam jawapan kepada YB Tanah Merah di Dewan Rakyat maklumkan sebanyak 3,344 imej dirakam dalam tempoh yang sama iaitu juga pada 23 dan 24 September 2012. Kita percaya dan yakin kesemua angka ini dibekalkan oleh syarikat pengendali sistem saman ini. Bayangkan dalam dalam memberikan angka ini sahaja sudah bercanggah bagaimana kita boleh mempercayai sistem AES ini. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) amat bersetuju dan bersama dengan KASE dalam perkara ini.SAMM mendesak supaya ada ahli parlimen yang bangkit bertanyakan soalan ini di parlimen. Ada dua kemungkinan sama ada Menteri berbohong atau syarikat tersebut membekalkan maklumat salah kepada menteri. Jika menteri berbohong maka tindakan serius harus diambil dalam kerangka disiplin dewan dan jika syarikat tersebut bohong atau salah maka sistem AES perlu dihentikan segera kerana jutaan pemandu diluar sana akan teraniaya.SAMM juga mulai hari ini akan menyiarkan semula maklumat kedudukan kamera AES yang diperolehi dari peguam KASE sebuah jawatankuasa menangani isu saman ekor yang dipengerusikan oleh YB Datuk Mahfuz Omar. Maklumat lanjut boleh dilayari di http://www.anakmudamalaysia.comSebuah motor polis RM20,000 ? Dala, kesempatan ini juga SAMM ingin membangkitkan satu perkara berkenaan pembentangan bajet oleh Perdana Menteri. Kelihatan satu usaha serius dalam memperkasa organisasi PDRM apabila satu peruntukan besar diperuntukan. Ini sesuatu yang baik namun seperti biasa baik di permukaan tetapi rasuah dan penyelewengan terselindung di dalam. Dalam belanjawan disebut dengan jelas regim akan menubuhkan unit bermotorsikal meronda kawasan perumahan. Untuk itu regim mengumumkan akan menyediakan 1,000 unit motorsikal dengan memperuntukan RM20 juta. Ini membawa maksud sebuah motorsikal berharga RM 20,000.Bayangkan keadaan jenayah makin meruncing, setiap hari pasti ada kes jenayah seperti bunuh berlaku, namun atas kesengsaraan rakyat regim terus membuat untung dengan membeli motorsikal RM20,000 sebuah. Siapakah jutawan yang akan kaya dari hasil tersebut dan menteri mana yang akan meraih keuntungan dengan korporat terbabit pasti akan tampil membantu jentera pilihanrayanya.Sekali lagi diharap ada ahli parlimen yang berani membangkitkan perkara ini dalam perbahasan dan rakyat membuka mata. Tolak saja regim zalim yang menggunakan derita rakyat untuk membuat untung.Kemalangan jalanraya diguna untuk membuat untung menswastakan sistem saman hingga syarikat swasta untung berjuta setahun, kes jenayah berleluasa digunakan untuk meraih komisyen membeli motor polis.Sekian. Mohd Yaser Sheikh Abdul Rahman Penyelaras SAMM Kebangsaan Iklan |
Posted: 06 Oct 2012 04:42 AM PDT SHAH ALAM – Semua pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar mengisytiharkan harta masing-masing jika mereka ikhlas dan bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, selain pengisytiharan harta, kerajaan BN juga harus laksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga mereka mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan serta gugurkan pemimpin yang amalkan gaya hidup mewah. "Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut."Dan sehingga kini juga tiada jawapan kepada soalan yang ditanya tentang kekayaan keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud," katanya.Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya Najib mahu meyakinkan rakyat, beliau disarankan mengikut tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang telah pun membuat pengisytiharan harta secara terbuka."Pada masa yang sama, pemimpin BN yang hidup mewah dengan rumah mewah, kereta dan plat nombor yang mahal harus digugurkan. Ahli-ahli keluarga juga harus dilarang terlibat sebarang urusan perniagaan dengankerajaan"Satu elemen yang yang wajib dalam usaha membanteras rasuah adalah untuk menginstitusikan tender terbuka. Tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding secara terus dan dianugerahkan kepada kroni yang menyebabkan rakyat kerugian," katanya.Selain itu, Guan Eng turut mempertikaikan peruntukan RM386 juta untuk 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2013. ~sinar Iklan |
Sindiket Jual Saluran Internet Haram Di Berkas Posted: 06 Oct 2012 01:00 AM PDT BUTTERWORTH - Polis menahan 12 orang termasuk seorang guru dan berjaya membongkar sindiket yang menjalankan aktiviti menjualsaluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen dalam lima serbuan berasingandi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis semalam. Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusuf berkata sembilan lelaki dan tiga wanita berusia 28 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Siber Sekuriti. "Hasil pemantauan dan risikan bersama SKMM dan Siber Sekuriti sejak sebulan lepas, kita mendapat maklumat ada sebuah sindiket yang menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen. "Bertindak atas maklumat, kita serbu sebuah premis di Padang Besar, Perlis dan menahan dua lelaki bersama beberapa barangan yang digunakan sindiket terbabit dalam aktiviti berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Mohd Rodwan berkata susulan penangkapan itu, pihaknya menyerbu tiga lokasi lain dan menahan lima orang lagi iaitu pengedar serta juruprogram bagi sindiket terbabit."Hasil penahanan itu, kita menyerbu sebuah premis di tingkat enam Park View Tower di sini dan berjaya menahan lima orang termasuk dua wanita dan hasil siasatan mendapati salah seorang daripada mereka adalah pengarah urusan syarikat terbabit manakala isterinya ialah seorang guru sebuah sekolah menengah di sini. "Siasatan juga mendapati mereka menggunakan premis di situ sebagai pusat operasi untuk menjalankan aktiviti pemberian aplikasi kandungan kepada pelanggan di seluruh Malaysia," katanya. Mohd Rodwan berkata siasatan lanjut mendapati syarikat terbabit tidak mempunyai lesen yang sah dan sindiket itu juga menjalankan aktiviti memberi perkhidmatan aplikasi kandungan tanpa kebenaran. Katanya sindiket itu menjual aplikasi kandungan televisyen dari luar negara kepada pelangan secara tidak sah dan melanggar peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 205 Akta Komunikasi dan Mulimedia (AKM) 1998. "Berdasarkan siasatan, sindiket terbabit telah beroperasi sejak setahun lalu dan mengaut keuntungan jutaan ringgit serta telah mengakibatkan syarikat penyiaran swasta berbayar mengalami kerugian kira-kira RM60 juta," katanya. Mohd Rodwan berkata sindiket itu bergerak dengan menjual alat 'decoder' kepada pelanggan yang berminat dengan harga RM400 dan mengenakan caj bulanan serendah RM29. "Menerusi MY IPTV itu, pelangan boleh menonton pelbagai program televisyen dari luar negara terutamanya dari China dan Jepun serta terdapat lima saluran pornografi. Lebih 2,000 pengguna telah melanggan sejak setahun lalu," katanya. Beliau berkata dalam lima serbuan itu, pihaknya merampas pelbagai peralatan yang digunakan sindiket itu seperti decoder, 'server' dan komputer bernilai lebih RM400,000. Katanya serbuan oleh 36 pegawai dan anggota polis, SKMM dan Siber Sekuriti itu merupakan kejayaan terbesar dan merupakan serbuan pertama di Malaysia. "Daripada 12 yang ditahan, tujuh dibebaskan dengan jaminan polis manakala lima termasuk dua wanita direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya. Mohd Rodwan berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 239 Akta AKM 1998 iaitu pemilikan, penggunaan dan peralatan komunikasi yang tidak standard dan Seksyen 40 Akta Hak Cipta 1987 iaitu membuat atau dalam milikan bagi tujuan salinan. - Bernama Iklan |
Najib Gagal Adakan Pilihanraya Ketika Popular.. Ini Buktinya Posted: 06 Oct 2012 12:25 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mirip bekas perdana menteri Britain Gordon Brown yang gagal mengadakan pilihan raya ketika beliau secara relatifnya masih popular, kata majalah antarabangsa mingguan Economist.Ini berlaku ketika usaha Najib menonjolkan dirinya sebagai pembawa perubahan progresif dengan imej pendahulu Brown - Tony Blair; hatta mengupah penasihat Blair. "Bertahun-tahun Brown gelisah untuk menolak lawannya ke tepi. Apabila berjaya, Brown mensia-siakannya dengan gagal memanggil pilihan raya ketika beliau secara relatifnya beliau masih popular," kata akhbar yang berpangkalan di London itu. "Bukan sahaja gagal mendapat mandat, Brown, tidak dipilih dan masih diragui, melihat kuasanya semakin tersudut apabila terpaksa mengadakan pilihan raya di penghujung penggal - yang mana dia kalah. "Dalam artikel itu, Economist berkata, Najib sekarang menghadapi keadaan sama dengan Brown selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009 selepas BN hilang penguasaan dua pertiga dalam parlimen untuk pertama kalinya. Iklan |
Gambar Bendera PAS Di Bakar Semasa Ceramah Tamrin Ghaffar Baba Tersebar.. Posted: 05 Oct 2012 09:36 PM PDT Gambar ini di ambil ketika ceramah umum Pakatan Rakyat yang disertai oleh Tamrin Ghaffar Baba di Alai, Melaka malam tadi. Dilaporkan bendera Pas ini di curi dan dibakar oleh individu yang belum dikenal pasti. Tekanan demi tekanan kepada Pakatan Rakyat serta penyokongnya, namun semakin kuat tekanan di beri makin kuat kami menentang kezaliman rejim Umno BN. Gambar~fb Iklan |
Ini Cara Pakatan Rakyat Tunaikan Impian Rakyat Untuk Miliki Rumah Sendiri Posted: 05 Oct 2012 08:40 PM PDT KUALA LUMPUR 5 Oktober: Hasrat Pakatan Rakyat (Pakatan) menubuhkan Perbadanan Perumahan Negara bagi membina perumahan mampu milik merupakan langkah terbaik ekoran kegagalan Umno BN membantu rakyat memiliki rumah sendiri.Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan KEADILAN, Hee Loy Sian berkata, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di bawah BN tidak mencapai objektif kerana ia projek perkongsian swasta yang menjadikan keuntungan sebagai faktor utama."Dengan penubuhah perbadanan ini, ia diurus sepenuhnya di bawah kerajaan, kalau SPNB dan PR1MA bergantung kepada syarikat swasta, mereka akan utamakan keuntungan. "Ini berbeza dengan tawaran Pakatan kerana kita mahu berikan rakyat rumah yang selesa, sekurang-kurang keluasan 750 kaki persegi. Kita tidak mahu nanti selepas lima tahun ada masalah penyelenggaraan," katanya ketika dihubungi.Jelas beliau, bagi melaksanakan perumahan itu, Pakatan akan memperuntukkan RM5 bilion untuk tahun pertama pemerintahan."Manakala untuk tahun seterusnya, peruntukan RM2 bilion diberikan bagi tempoh lima tahun," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan itu. Hee berkata, bagi projek terbengkalai pula, Pakatan akan melaksanakan polisi 'bina dan jual' untuk projek kos sederhana rendah bernilai bawah RM300,000 seunit."Perumahan terbengkalai akan diubah kepada polisi bina dan jual kerana tidak mahu lagi rakyat tertipu."Tapi kita akan kenakan bayaran 10 peratus terlebih dahulu. Kaedah ini kerana mahukan pemaju bina hingga siap, kemudian baru jual," ujarnya.Pakatan dalam Belanjawan 2013 berhasrat membina 100,000 unit rumah mampu milik di bandar-bandar utama dengan harga antara RM130,000 hingga RM300,000 oleh Perbadanan Perumahan Negara. Ia diharap membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki hartanah bernilai antara RM200,000 hingga RM300,000.Sebaliknya, BN dalam Bajet 2013 hanya memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah tanpa memberikan gambaran harga yang akan dilaksana oleh SPNB, PR1MA dan Jabatan Perumahan Negara. ~kd Iklan |
Posted: 05 Oct 2012 08:23 PM PDT Marah apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi. Ketua UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang dikenali sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka. Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan. Ini perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang. Antara yang jelas membuktikan penipuan kedua-dua pemimpin UMNO itu dakwa Talib ialah Bazaar Perdana, Bandar Perda dan yang terbaru ialah penjualan tanah yang dimiliki oleh 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang. Dalam transaksi penjualan tanah itu, dakwa Talib syarikat milik kedua-dua pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah memperolehi keuntungan RM5 Juta setelah menjualnya kepada pemaju. "Adakah begini caranya Pemimpin UMNO Pulau Pinang memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang?" soal Talib. "Mereka sering memekik dengan slogan HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! Tapi dalam masa yang sama merekalah sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir dan merempat di tanah air sendiri" Dalam masa yang sama beliau juga telah mengedarkan risalah atau dokumen yang menyokong dakwaannya itu kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut. Antara kandungan risalah tersebut ialah senarai nama 31 orang pemilik yang telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO itu, dokumen yang membuktikan tanah tersebut telah dibeli dan dijual semula serta salinan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana didalamnya tersenarai nama pemimpin UMNO itu sebagai pemilik syarikat terbabit. Ketika ditanya adakah beliau masih akan kekal bersama UMNO setelah sedar dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO? Jawabnya "Hang tunggu 14hb ini!!".. Kata orang... Terbakar kampung nampak berasap. Terbakar hati siapa yang tahu.. Untuk pengetahuan semua Talib sememangnya telah lama bersama UMNO.. buat yang masih baru atau berhingus bak kata Talib.. fikir-fikirkanlah.. jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!! ~anaksungaiderhaka Iklan |
Bongkar!! Bekas Editor Suara Keadilan Kini Pro Umno? Posted: 05 Oct 2012 07:20 PM PDT Pada 9 April 2011 lalu, Addin pernah menulis berkenaan individu yang bernama Dzulkarnain Taib (gambar) ni. Beliau pernah bertugas sebagai di Suara Keadilan dan TV Selangor. Sebenarnya info ini sahabat Addin yang berikan semasa beliau menuntut di UKM dulu. Rujuk sini dan print screen dibawah. Setelah setahun artikel di tulis, semalam blog Jalan Pulang telah mengeluarkan artikel dari Malaysian Insider di blognya seperti di bawah..
Jelas dakwaan sahabat Addin berkenaan Dzulkarnain Taib ada asasnya, kini berita yang dikeluarkan Malaysian Insider menjadi bukti siapa Dzulkarnain Taib yang sebenarnya. Moga-moga selepas ini Pakatan Rakyat berhati-hati dan lebih selective dalam menentukan individu-individu penting dalam parti. Tambahan PRU13 makin dekat, musuh sentiasa mencari lompong-lompong yang mampu di tembusi untuk menyelinap masuk dalam parti. Jangan jadi pisang berbuah dua kali.. Iklan |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan