shalehudin |
- Berita TAK GEMPAQ langsung dari Tamrin...
- Mati-mati aku sangka gambar ni ambik kat Kelantan
- GAMBAR TERKINI himpunan PGU 0.5
- PRU-13: Najib mintak mandat besar, tapi dapat hidung dan badan besar
- Cerita paling ngeri minggu neh...
- PANAS: Cina Guan Eng ni cari pasai lagi
- Bila Umno ngan Umno berlaga, ketuanan Melayu sapa nak jaga? Kahkahkah...
- Shahidan Kassim memang jenis tak dak AURA.. hehe
Berita TAK GEMPAQ langsung dari Tamrin... Posted: 06 Oct 2012 10:08 AM PDT Nak GEMPAQ mendenya... Satu Malaya dah tau, Madey memang kaki permain orang... Hanya bangsa Umno ja yang rela kepala depa diluku dan dilatu... Oleh manusia haprak bernama Madey.... Kahkahkah... Tamrin dakwa Dr M pergunakan bapanya BUKIT MERTAJAM: Anak Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghafar mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bukan sahaja petualang yang mencetusan pergolakan dalaman Umno sehingga dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1997 bahkan sering mengeluarkan kenyataan yang mencabul persoalan akidah. Beliau yang berceramah di Galeri Pejuang, Ceruk To Kun, Bukit Mertajam bersama dua orang penceramah jemputan iaitu Ustaz Sharil Long dan Ustaz Hafizal menambah, peristiwa pengharaman Umno tahun 1997 adalah angkara Dr Mahathir apabila Ghafar didesak lawan Tun Musa Hitam. Tamrin yang menyertai PAS baru-baru ini berkata, Datuk Seri Anwar juga didesak Dr Mahathir agar mencabar Tun Ghafar Baba yang dianggap sampah kerana tidak dapat membantunya merealisasikan dasar Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020. (Buku Anwar lawan Ghafar pernah diterbitkan) "Pada saya mantan Presiden Umnolah yang mencetuskan polimik sebenar dalaman Umno sendiri, kestabilan negara serta akidah. "Sejak dulu jika dia tidak suka seseorang beliau akan mendesak orang lain cabar dan beliau sendiri akan sembunyi tangan, " terangnya semasa berceramah dalam program PAS Cawangan To Kun dan PAS Bukit Mertajam.Peristiwa terbesar mengakibatkan pemecatan Datuk Seri Anwar juga dicipta oleh Dr Mahathir sendiri setelah beliau mendapati kekuatan Anwar makin meningkat dan sekiranya dibiarkan kemungkinan pengaruhnya akan hilang. Jesteru itu, Anwar diinaya bukan sahaja dipecat bahkan ditangkap, difitnah dan diseksa dalam penjara. Dr. Mahathir adalah durjana sebenarnya, beliau sanggup melagakan orang lain demi memastikan kedudukannya selamat dan terus berkuasa. Waktu nama Anwar tengah 'top', Mahathir mengambil peluang keemasan membuang Ghafar Baba dari kabinet kerajaan dengan meminta Anwar lwan Ghafar. Kes yang terjadi pada Anwar juga berpunca dari perasaan kebimbangan beliau ekoran penampilan Anwar dilihat lebih ke hadapan dari banyak segi. Bila Anwar jadi mangsa rakyat bangkit dan sampai sekarang isu pemecatanya tidak boleh diterima oleh sebahagian ahli Umno sendiri. "Tetapi, nak buat macam mana semua tunduk dengan 'DR M'," tegas beliau termasuk dirinya sebelum ini.Rakyat juga, kata bekas Pengerusi MARA itu, tentu masih ingat terlalu banyak kenyataan Dr Mahathir yang boleh mengancam kestabilan negara apatah lagi akidah. Sampai hari ini tambah Tamrin, siapa pun tidak boleh menghalang kenyataan dari terus keluar dari mulutnya biarpun kadang- kadang memberikan kesan terhadap sokongan Umno itu sendiri. Terbaru ujarnya, kenyataan berkenaan 'syaitan yang dikenali lebih baik dari Malaikat yang tidak dikenali' bakal melihat Umno terus jatuh. "Biarlah dia keluarkan kenyataan merapu sebab Umno akan jatuh tidak lama lagi. Mungkin diera DR M Umno menjadi terkenal dan selepas beliau pencen Umno pun menjunam," jelasnya yang juga bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. |
Mati-mati aku sangka gambar ni ambik kat Kelantan Posted: 06 Oct 2012 08:32 AM PDT |
GAMBAR TERKINI himpunan PGU 0.5 Posted: 06 Oct 2012 05:52 AM PDT YAB Tuan Guru Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang memberi ucapan perasmiaan PGU 0.5 PAS Ganti Umno di Pekan Jabi,Setiu dihadapan ribuan umat yang secara sukarela datang tanpa duit poket dan nasi bungkus dari kerajaan negeri.... Tahniah... YAB. Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan sedang memberi ucapan perasmiaan PGU 0.5 PAS Ganti Umno di Pekan Jabi,Setiu. FB |
PRU-13: Najib mintak mandat besar, tapi dapat hidung dan badan besar Posted: 06 Oct 2012 01:47 AM PDT PM Harap Dapat Mandat Besar Dalam PRU-13 KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap beliau akan diberikan mandat yang besar pada pilihan raya umum akan datang untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Bercakap dalam satu temu bual dengan 'CNBC Conversation' yang dihoskan oleh pengacara terkenal Martin Soong yang disiarkan melalui Astro CNBC (Saluran 518) pada Sabtu, Najib berkata, tempoh lima tahun akan datang adalah sangat penting bagikerajaan untuk menunaikan janji dan komitmen yang dibuat oleh pemimpin-pemimpinterdahulu kepada negara. "Saya ingin mendapat mandat yang besar, Martin, kerana bagi mencapai visi kami menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, tempoh lima tahun akan datang ini akan menjadi sangat penting. Sangat penting kerana anda bercakap mengenai pusingan akhir. "Anda bercakap mengenai bahagian terakhir ini dan ia adalah bahagian paling penting kerana kami benar-benar perlu untuk melaksanakannya," katanya.Najib berkata demikian sebagai menjawab soalan berhubung betapa pentingnya pilihan raya umum akan datang baginya dan juga kepentingan bagi mendapat mandat semula terutama bagi mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Najib berkata, transformasi adalah komitmen tegas yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal 90an dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi melaksanakan sebahagian daripadanya, dan kini giliran beliau untuk menunaikannya. Menjawab satu soalan, Najib, yang juga Menteri Kewangan, bersetuju bahawa mencapai pertumbuhan ekonomi yang lestari dan inklusif tanpa menjejaskan terlalu banyak landskap politik adalah satu daripada cabaran untuk menjadi sebuah negara maju. Bagaimanapun, beliau menegaskan kunci untuk menjadikan masyarakat lebih saksama adalah dengan mendapatkan pertumbuhan bagi mengagihkan semula hasil pendapatan itu kembali kepada rakyat. Tanpa pertumbuhan, ia menjadi satu keadaan hilang-hilang. Jadi jika kita mendapat lima hingga enam peratus dalam tempoh masa itu, maka kita akan dapat pada masa yang sama, memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil dan saksama dalam negara ini. Dalam temu bual setengah jam itu, Najib berkata usaha (untuk menjana pertumbuhan) itu dapat dilaksanakan dan jumlah itu kelihatan lebih positif terutama dengan penyertaan Bumiputera. "...tapi ia bukan hanya mengenai jumlah ekuiti. Kita juga perlu memastikan bahawa ada pengagihan pendapatan yang adil antara pelbagai tahap pendapatan dalam negara ini," katanya. - BERNAMA |
Cerita paling ngeri minggu neh... Posted: 06 Oct 2012 12:33 AM PDT #TanyaNajib 2013: Ramai pilih dislike dari like KUALA LUMPUR: Rakaman sesi Google Hangout #TanyaNajib 2013 yang dimuat naik ke Youtube oleh beberapa pengguna sejak semalam terus memperlihat lebih ramai penonton memilih 'dislike' berbanding yang 'like'. Pada saluran 'njoiawani', sejumlah 51,432 penonton direkodkan dengan angka dislike sebanyak 11,555 berbanding like iaitu 298. Saluran 'CliffyTRGx3' pula merekodkan sejumlah 1,653 penonton dengan jumlah 261 dislike berbanding 16 likes. Najib pada malam 2 Oktober lalu berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013. Sebelum ini difahamkan rakaman tersebut turut dimuat naik ke saluran Youtube rasmi Najib tetapi kemudiannya diprivatekan sebelum ianya ditarik balik. Rekod penonton sebelum ditarik balik memperlihatkan jumlah 'dislike' adalah 1,409 dan 'like' pula 605. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada penarikan balik itu ada kaitan dengan jumlah dislike yang diterima pada video tersebut atau tidak. Di saluran Youtube Astro Awani pula, jumlah 'dislike' adalah 1,774 berbanding 'like' sebanyak 90 dan difahamkan ianya juga telah ditarik balik. Rakaman video di semua saluran tersebut bukan sahaja memeperlihatkan jumlah dislike lebih tinggi, malah turut diiringi dengan komen-komen kritikan. Antara lain ramai dikalangan penonton mempersoal tindakan Perdana Menteri yang tidak mahu menyahut cabaran debat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka juga turut mempersoal tindakan Najib yang tiada dalam Dewan Rakyat ketika Anwar membahaskan bajet tersebut Isnin lalu.- Harakahdaily |
PANAS: Cina Guan Eng ni cari pasai lagi Posted: 05 Oct 2012 08:30 PM PDT Guan Eng cabar PM isytihar harta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng SHAH ALAM – Semua pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar mengisytiharkan harta masing-masing jika mereka ikhlas dan bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, selain pengisytiharan harta, kerajaan BN juga harus laksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga mereka mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan serta gugurkan pemimpin yang amalkan gaya hidup mewah. "Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut. "Dan sehingga kini juga tiada jawapan kepada soalan yang ditanya tentang kekayaan keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud," katanya.Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya Najib mahu meyakinkan rakyat, beliau disarankan mengikut tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang telah pun membuat pengisytiharan harta secara terbuka. "Pada masa yang sama, pemimpin BN yang hidup mewah dengan rumah mewah, kereta dan plat nombor yang mahal harus digugurkan. Ahli-ahli keluarga juga harus dilarang terlibat sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan "Satu elemen yang yang wajib dalam usaha membanteras rasuah adalah untuk menginstitusikan tender terbuka. Tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding secara terus dan dianugerahkan kepada kroni yang menyebabkan rakyat kerugian," katanya.Selain itu, Guan Eng turut mempertikaikan peruntukan RM386 juta untuk 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2013.- SH |
Bila Umno ngan Umno berlaga, ketuanan Melayu sapa nak jaga? Kahkahkah... Posted: 05 Oct 2012 07:40 PM PDT Marah apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi. Ketua UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang dikenali sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka. Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan. Ini perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang.- (...) |
Shahidan Kassim memang jenis tak dak AURA.. hehe Posted: 05 Oct 2012 01:25 PM PDT Zainal Abidin (kanan) menemui atlit kebangsaan, Norsheela Khalid dan Roslinda Samsu (tengah) pada majlis pertemuan antara pengurusan baru bersama atlit, semalam.- Foto Owee Ah Chun AURA Presiden KOM yang baru Kuala Lumpur: Aura Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang baru, Datuk Zainal Abidin Ahmad mula kelihatan apabila menerima kehadiran tiga muka lama bekas jurulatih olahraga - Hanafiah Nasir, Zaki Sadri dan Harun Rasheed - pada majlis khas pertemuan antara pengurusan baru bersama atlit serta jurulatih buat pertama kali, semalam. Ketiga-tiga 'orang lama' itu sebelum ini amat dikenali apa lagi Hanafiah sebelum ini pernah memegang jawatan ketua jurulatih kebangsaan sehingga 2009 sebelum Harun mengambil alih tugasan itu manakala Zaki sebagai jurulatih acara lompatan. "Yang kembali sebab saya datang balik, itu mungkin tarikan saya... sama dengan kembalinya semangat kami jadi mereka pun hadir.. mereka banyak pengalaman jadi ia bagus, kita boleh mengambil pengalaman lama dan fikirkan apa yang baru, banyak idea dikeluarkan mereka ini," kata Zainal kepada media selepas perjumpaan itu di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.Hanafiah tidak menolak kemungkinan kembali Kehadiran Hanafiah, Zaki dan Harun memberi isyarat awal bahawa KOM kini berada di landasan tepat untuk keluar daripada 'lorong gelap penuh kontroversi' yang dialami sebelum ini di bawah pengurusan lama diterajui Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Karim Ibrahim. Meskipun, kehadiran mereka disambut baik serta dialu-alukan buat kemajuan sukan olahraga, Zainal begitupun belum mempunyai sebarang perancangan sama ada akan mengambil semula khidmat mereka sebagai jurulatih. Sementara itu, Hanafiah berkata, dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersama KOM seandainya tawaran yang diberi itu bersesuaian dengan dirinya. "Saya terbuka, jika ada yang kata saya boleh berada dalam pasukan dan tawaran bersesuaian, apa salahnya."- BH |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan