Anak Sungai Derhaka |
- Patutlah Anwar ke Paris ketika belanjawan dibahas.. ini sebabnya rupanya..
- Wah!! Macam Zionist lah UMNO Terengganu ni... tengok nih!
- NGO buat laporan polis terhadap Anwar sebab nak bawa masuk Peguam asing.
Patutlah Anwar ke Paris ketika belanjawan dibahas.. ini sebabnya rupanya.. Posted: 06 Oct 2012 07:36 AM PDT 3 Oktober lalu Lidah Rasmi UMNO @ Utusan telah melaporkan, Ibrahim Ali mendakwa Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin'. Ini kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung. Kata Ahli Parlimen Pasri Mas itu lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin kerajaan, sudah tentu Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi. Adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga sanggup ke Paris atau pun takut untuk berada di dalam Dewan Rakyat kerana bimbang diserang oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)? Soal Ibrahim Ali.. – sepenuhnya sila baca di ( SINI ) Ini jawapannya... Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima anugerah AMSS (UK) Lifetime Achievement Award 2010 (Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2010) daripada Association of Muslim Social Scientists United Kingdom (AMSS UK). Anugerah itu diumumkan AMSS UK dalam satu kenyataan pada 5 Oktober 2010 dan ia akan disampaikan Pengerusi AMSS UK, Dr Anas S Al-Shaikh-Ali pada 4 Oktober 2012 di universiti terkemuka, Paris Sorbonne University. Memetik laman rasmi AMKSS UK ( di SINI ), ia diberikan atas jasa dan sumbangan besar Anwar dalam bidang politik dan pemikiran ekonomi, mempromosikan tata kelola yang baik dan komitmen beliau pada prinsip keadilan dan toleransi. Bersempena dengan anugerah itu, Anwar akan menyampaikan syarahan bertajuk 'Adakah Kebangkitan Arab (Arab Spring) berpotensi untuk menjadi Kebangkitan Muslim?'. Syarahan dianjurkan The Institute of International and Strategic Relations (IRIS France), The Advanced Studies Research Centre (Belgium) dengan kerjasama AMSS UK. AMSS UK adalah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization) berpangkalan di London dan komited kepada isu-isu tempatan dan global melalui penyelidikan, persidangan dan penerbitan. Antara tokoh penerima anugerah itu adalah Edward Said (ahli akademik, penulis 'Orientalism'), Mustafa Ceric (Mufti Besar Bosnia-Herzegovina), Seyyed Hossein Nasr (ahli falsafah Islam) dan Martin Lings (sarjana, penulis 'Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources'). Persoalannya disini ialah kenapa Anwar yang menerima anugerah ini.. bukan Najib? | ||
Wah!! Macam Zionist lah UMNO Terengganu ni... tengok nih! Posted: 05 Oct 2012 10:38 PM PDT Tindakan regime Zionist mengusir, merampas dan meruntuhkan rumah-rumah milik rakyat Palestine bukanlah satu perkara yang luar biasa buat kita kerana berita mengenainya sering kita baca di berbagai-bagai media. Nampaknya kekejaman puak Zionist tersebut telah dijadikan sebagai ikutan oleh sebuah parti yang berkuasa dan sering mencanangkan bahawa merekalah pejuang bangsa yang sebenar. Jika di Pulau Pinang, pemimpin dari parti perkauman itu yang menyebabkan Melayu terpinggir dan tersingkir hingga menyebabkan ada ahlinya yang kecewa hingga bertindak membakar baju BN miliknya ( Lihat di SINI ) Di Terengganu pula untuk merampas semula tanah yang telah dianugerahkan kepada penduduk miskin ketika tampuk pemerintahan negeri dikuasai oleh PAS suatu masa dulu, 84 buah rumah milik Melayu yang miskin bakal menyembah bumi. Beberapa buah rumah di Rancangan Tanah Berkelompok Kg Alor Jejawi Kuala Besut telah mula dirobohkan pada Khamis lalu. Operasi merobohkan semua kediaman tersebut akan dijalankan berperingkat-peringkat. Menurut beberapa orang penduduk operasi meroboh semua kediaman tersebut dijalankan semasa pemilik tiada di rumah. Selain dari itu semua pemilik kediaman mendakwa tidak menerima sebarang notis dari mana-mana pihak untuk mengosongkan kediaman mereka. Difahamkan semua pemilik mempunyai geran sementara untuk menduduki tanah terbabit. Pemilik rumah-rumah terbabit adalah terdiri daripada mereka yang susah dan mereka mendirikan rumah tersebut secara berdikit-dikit. "Mereka membangunkan rumah itu sehari demi sehari, secara berdikit-dikit sehingga ada yang telah siap dan ada masih dalam pembinaan, di Rancangan tanah Berkelompok Kuala Besut adalah "rombongan yang datang semalam, merobohkan rumah tersebut berlaku (ketika) penghuninya tiada di rumah...betapa zalimnya kerajaan yang tidak bersama kehidupan rakyat, "mereka tahu rakyat hidup susah (tetapi) mereka terus menekan, memburu, memaki dan menghamun.....dalam keadaannya semahu-mahunya, sehinggalah rumah mereka (di)roboh dan runtuh,"tegas Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad. Lagi apa dia kata lihat video di bawah ni..
Sumber gambar dan Video dari Tinta Hijau dari Kaki Bukit | ||
NGO buat laporan polis terhadap Anwar sebab nak bawa masuk Peguam asing. Posted: 05 Oct 2012 08:08 PM PDT Kelab Wartawan Muda hari ini membuat laporan polis terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta tiga ahli parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu Tian Chua, Datuk Mahfuz Omar dan R Sivarasa kerana mahu membawa tiga peguam asing ke Parlimen untuk membentangkan isu Scorpene. Menurut presidennya, Dzulkarnain Taib berkata, Kelab Wartawan Muda tidak mahu campurtangan asing di dalam hal ehwal negara. "Apakah hak pembangkang membawa peguam asing untuk memberi taklimat di dalam Parlimen? "Beliau juga mahu membawa William Bourdon, peguam Perancis yang pernah ditahan di KLIA, selain Joseph Breham dan Oliver Netzer. "Apakah locus standi Suaram (Suara Rakyat Malaysia) terhadap kes tersebut?" kata Dzulkarnain selepas membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi petang hari ini. Dia juga bertanya apakah hubungkait pembangkang dengan Suaram serta siapa yang membiayai kos membawa tiga peguam asing tersebut. Menurut bekas editor Suara Keadilan itu, Kelab Wartawan Muda itu mempunyai keahlian seramai 100 orang. Selain dari Kelab Wartawan Muda, turut menghantar wakil ialah dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah (LKPJ), Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Dzulkarnain berkata, beliau kini memantau media untuk kepentingan negara dan sentiasa menyokong kerajaan, serta tidak bekerja untuk mana-mana media ~ The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan