Addin |
- Rais Yatim.. Hang Mai Tengok Gambar Ni Jap
- Gambar Najib Syok Sendiri.. Saksikanlah!!
- Fakta Menarik Yang Patut Anda Baca Berkenaan AES
- MB Pahang Ajak Orang Asli Bertumbuk?
- Najib Masuk Sekolah Pondok 8 November Ini
- Sejarah Membuktikan DAP Lebih Baik Dari Umno
- Peminat Ustaz Azhar Idrus Pasti Sakit Hati Dengar Berita Ni..
- Mahathir Bukan Cerdik Sangat, Suka Curi Idea Orang Lain - Ku Li
Rais Yatim.. Hang Mai Tengok Gambar Ni Jap Posted: 18 Oct 2012 09:29 AM PDT Lihat gambar di atas ini baik-baik. Rumah siapakah ini, dan siapakah yang berdiri di depan rumah ini? Anda sahabat pembaca semua tak perlu jawab, kerana soalan ini bukan ditujukan kepada anda, sebaliknya soalan yang perlu dijawab oleh YB Datuk Seri Utama Rais Yatim. Wanita yang berdiri bersama suaminya di depan rumah ini sangat rapat dengan Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (sebut menteri propaganda Barisan Nasional). Esok satu sidang media akan diadakan oleh aktivis maya (cyberwarrior) yang juga merupakan NGO, Jingga 13 berhubung gambar rumah dan wanita di atas. Para wartawan dan pengamal media dijemput hadir untuk membuat liputan. Tarikh: 19 Oktober 2012 ~milosuam |
Gambar Najib Syok Sendiri.. Saksikanlah!! Posted: 18 Oct 2012 08:30 AM PDT Cukup meluat tengok gambar-gambar semasa lawatan Najib ke Lumut siang tadi. Ini membuktikan Najib perasan Malaysia ni hak milik peribadi beliau. Najib buat sesuka hati tanpa peduli perasaan rakyat. Padahal hakikatnya rakyat semakin menyampah pada beliau dan pencacai-pencacainya.Perhatikan betul-betul baju yang di pakai oleh Najib, Zambry dan Zahid. Adakah Malaysia ni hak milik Najib dan BN? Adakah semua program kerajaan mesti di BN kan? Najib blur ataupun buat-buat blur konsep pemisahan. Dia suruh semua rakyat faham.. kerajaan adalah BN dan BN adalah kerajaan selama-lamanya. Tidak boleh tukar kerajaan, nanti derhaka. Doktrin tersebut cuba di tanam oleh Najib, namun majoriti rakyat tidak dapat menerimanya. Akhirnya.. Najib syok sendiri dan rakyat akan hukum beliau dan pencacai-pencacainya PRU13 nanti.. |
Fakta Menarik Yang Patut Anda Baca Berkenaan AES Posted: 18 Oct 2012 06:01 AM PDT KUALA LUMPUR 18 Oktober: Pakatan Rakyat menolak alasan kerajaan bagi menjustifikasikan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, alasan AES perlu diteruskan sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut tidak munasabah dan tidak boleh diterima. Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN itu berkata, sistem tersebut hanya untuk mengkayakan kroni hasil 'rompakan' duit rakyat. "Kroni-kroni Umno BN meraih keuntungan daripada projek ini. Kita mahu Umno BN melaksanakan sistem ini dengan telus kerana ia melibatkan wang rakyat," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau berkata, kerajaan memperketatkan undang-undang yang tidak sepatutnya dan ia digubal semata-mata untuk mengaut keuntungan. "Kamera dipasang di tempat yang tidak munasabah, seolah-olah sengaja mencari kesalahan rakyat," tegasnya. "Seperti di Eropah dan Amerika Syarikat, memandu laju tidak dijadikan asas utama kesalahan," jelas beliau. Menurut Abdullah Sani, kutipan lebih 2,000 saman dalam masa dua hari bukti kerajaan sekadar ingin 'membuat' duit melalui kutipan saman. "Ia mencerminkan kerajaan yang tidak prihatin, apatah lagi untuk membela rakyat," katanya sambil menegaskan pelaksanaan AES perlu ditangguh dan disemak semula. AES sebabkan kemalangan meningkat di London Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar berkata, alasan bahawa AES perlu diteruskan sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut tidak boleh diterima dan mengecewakan. Menurut Mahfuz, terdapat satu kajian yang dibuat menunjukkan kadar kemalangan di bandar yang menggunakan kamera AES lebih tinggi berbanding bandar yang tidak menggunakannya. Kajian yang dibuat sekumpulan masyarakat awam pembayar cukai di London itu mengkaji kadar kemalangan terhadap 1,000 kenderaan berdaftar di beberapa bandar yang menggunakan AES dan tidak menggunakan AES. Kajian mereka mendapati kadar kemalangan di bandar London yang menggunakan kamera AES adalah 90.9. Swindon, bandar kurang kemalangan tanpa AES Sebaliknya, sebuah lagi bandar – Swindon di United Kingdom (UK) yang telah memansuhkan kamera AES pada 2009 hanya merekodkan kadar kemalangannya 2.0. "Malah London menjadi bandar kedua paling teruk di UK dari segi kemalangan kerana faktor jalannya terlalu teruk," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu pada sidang media di Parlimen sambil menambah AES di UK diletakkan di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Mahfuz turut memberi contoh di Jerman terdapat lebuh raya 'autobahns' di mana tiada sekatan terhadap kelajuan kepada pengguna, tetapi mengenakan penalti kepada pengguna yang memandu di bawah had minimum. "Bukan soal kelajuan yang menjadi punca. Kalau bawa perlahan pun tetapi salah lorong boleh membawa kemalangan juga. Alasan itu tak boleh diterima. "Sebab itu kita mintak kerajaan tangguh dulu penguatkuasaan AES ini dan runding dahulu dengan semua pihak," katanya, dipetik Harakah Daily. Semalam, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri berkata, kerajaan tidak berhasrat memansuhkan pemasangan kamera AES di 831 lokasi di seluruh negara. Beliau berkata, langkah itu akan diteruskan kerana kerajaan melihat AES sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut, sekaligus merealisasikan hasrat murni kerajaan untuk membela majoriti rakyat. Sistem itu yang beroperasi pada fasa percubaan sejak 23 September lepas telah merekodkan sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara. ~kd |
MB Pahang Ajak Orang Asli Bertumbuk? Posted: 18 Oct 2012 04:20 AM PDT TEMERLOH - Tindakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang memperlekeh dan menghina masyarakat Orang Asli (OA) yang berdemo dan menyerahkan memorandum kepada beliau semalam, dianggap tidak profesional dan memalukan. Malah tindakan beliau yang sanggup mengucapkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang' serta telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong bergaduh dengannya, jelas memperlihatkan sikap tidak hormat kepada rakyat. Timbalan Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata, beliau sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkahlaku Adnan dan menuntut Menteri Besar (MB) itu menuntut maaf dengan OA. "Ketika OA berdemo dan menyerahkan memorandum kepada MB Pahang semalam, Majlis Peguam telah memantau dan terdapat laporan beliau (Adnan) telah memperlekeh dan menghina masyarakat OA dengan mengeluarkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang'. "Malah beliau telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong untuk bertumbuk dengannya. Saya selaku alah seorang panel peguam kepada OA dalam isu tuntutan yang dibuat mereka, sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkah laku MB Pahang yang jelas sangat tidak bertamadun dan langsung tidak punya rasa hormat kepada rakyat," tegasnya. Beliau berkata demikian kepada media mengulas kira-kira 500 OA melalui Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) yang berkampung di pekarangan Wisma Sri Pahang di Kuantan, semalam bagi menyerahkan memorandum mengenai pencerobohan, tuntutan tanah dan wilayah adat kepada MB. Melalui memorandum berkenaan, sebanyak lapan perkara dibangkit dan dituntut oleh kumpulan berkenaan serta mereka bertegas menyerahkan sendiri kepada MB. Kumpulan Orang Asli dari seluruh Pahang berkenaan tiba kira-kira jam 11 pagi dengan membawa sepanduk yang antaranya tertera "Batalkan status tanah rizab yang bertindih dengan tanah adat orang asli", "Iktiraf hak dan tanah adat Orang Asli" dan pelbagai lagi perkara menjurus kepentingan tanah adat kaum mereka. Ahmad Nizam yang juga peguam kepada komuniti berkenaan, berkata, memorandum yang diserahkan itu adalah penyataan bersama seluruh masyarakat Orang Asli melalui JKOASM sebagai tanda melahirkan kesepakatan supaya kawasan atau tanah dan wilayah diiktiraf. Menurutnya, sejak kebelakangan ini sering wujud pertikaian antara kerajaan dan masyarakat orang asli mengenai perkara tersebut. "Tanah yang kaum OA diami sejak dari zaman nenek moyang sering dikatakan sebagai tanah kerajaan, rizab perhutanan, rizab Perhilitan dan rizab Melayu sehingga tanah serta wilayah adat mereka dipindah milik atau diberi kelulusan kepada pihak lain. "Melalui memorandum berkenaan mereka mahukan segala aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat OA dihentikan, menarik balik lesen yang telah diberi kepada semua kontraktor yang bekerja di atas tanah wilayah adat dan membayar pampas an sewajarnya di atas kerugian kami alami. "Selain itu, kerajaan harus membatalkan semua rizab bertindih dengan tanah dan wilayah adat OA bagi membolehkan pengiktirafan atau perlindungan serta mengiktiraf seluruh tanah dan wilayah adat OA mengikut peta komuniti," katanya. Memorandum berkenaan turut mengandungi sebanyak 6,000 tandatangan OA mewakili kaum mereka di seluruh Pahang. memorandum berkenaan turut mengandungi sebanyak 6,000 tandatangan Orang Asli mewakili kaum mereka di seluruh Pahang. Wakil JKOASM, Yusri Ahon, 49, berkata, memorandum berkenaan adalah penyataan bersama seluruh masyarakat Orang Asli melalui JKOASM sebagai tanda melahirkan kesepakatan supaya kawasan atau tanah dan wilayah diiktiraf."Kedatangan kami atas kerelaan sendiri dan tiada hasutan atau kena mengena dengan pihak lain termasuk pembangkang. ~mpr |
Najib Masuk Sekolah Pondok 8 November Ini Posted: 18 Oct 2012 02:06 AM PDT Pagi tadi, sambil-sambil drive ke mahkamah Addin dengar radio IKIM fm. Rancangan pagi tersebut di hoskan oleh DJ Pian (Kumpulan Saujana) dan Siti Ruhani Suryani. Memang menjadi kebiasaan pagi-pagi mendengar radio IKIM, banyak ilmu dan info boleh dapat. Promote skit.. Addin sarankan anda semua mendengarnya pasti melekat.Yang menariknya pagi tadi, IKIM fm menjemput Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri Di JPM. Isu yang di bincangkan ialah...anda semua jangan terkejut pulak. Menurut Mashitah.. Najib, PM kita yang di kasihi akan masuk sekolah pondok pada 8 Nov 2012. Apa?? masuk sekolah pondok?? Sebenarnya, Najib akan menghadiri program bersama mudir dan sekolah pondok seluruh negara di Masjid Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor pada 8 Nov 2012. Program itu di buat sempena pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia. Cukup terdesak Najib kali ni.. sekolah pondok pun nak buat 1Malaysia. Menurut Mashitah, program tersebut dibuat bagi mengiktiraf institusi pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan insan di negara ini. Namun, Najib terlupa sebenarnya Umno BN yang tidak mengiktiraf institusi pondok malah memberi pelbagai tekanan agar institusi pondok ini tidak berkembang. Umno BN meminggirkan golongan agama, golongan agama di perlukan untuk tujuan tertentu sahaja. Peruntukan di tarik, mengenakan pelbagai syarat untuk mendapatkan bantuan kerajaan.. itu merupakan salah satu tekanan yang diberikan kepada institusi pondok selama ini. Jadi... program seperti hanyalah bertujuan memancing undi bagi pilihanraya semata-mata. Iklan |
Sejarah Membuktikan DAP Lebih Baik Dari Umno Posted: 18 Oct 2012 12:22 AM PDT KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa semalam dengan beraninya mengeluarkan kenyataan bahawa DAP lebih baik daripada Umno. Husam pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, semasa penggulungan mengungkit penentangan terhadap Akta Darurat 1978 kepada Kelantan yang dibawa oleh seorang menteri kemudiannya disokong MCA. "DAP dengan MCA ini, 100 kali lebih baik... pada 1978, dibentangkan Akta Darurat, dibawa menteri Umno dan kemudiannya disokong oleh MCA. "Siapa yang menentang akta ini dan ada dalam rekod hansard. Satu-satunya yang menentang akta ini ialah Lim Kit Siang, padahal ketika itu Pas dan DAP tidak ada hubungan," katanya. Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor menegaskan, itu bermakna mereka memegang prinsip demokrasi, tetapi Umno yang kata parti tersebut satu bangsa dengan Pas, padahal Umno yang 'makan' Pas dulu. "Lepas itu dia (Umno) kata kenapa Pas boleh baik dengan DAP, sebab DAP perangai lebih baik daripada kamu," katanya. Jawapan Husam tersebut mendapat sokongan daripada Adun Pas yang lain dan disambut dengan gelak tawa. Dalam masa sama, Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) ketika itu dalam nada sinis menyatakan pada sidang Dun supaya kenyataan Husam itu mendapat liputan meluas oleh media di seluruh negara. "Kerajaan Negeri menyatakan DAP lebih baik daripada Umno. Saya berharap saudara dapat menjadi Menteri Besar Kelantan, kerana anda adalah pejuang Islam sebenar," katanya semalam. Mohd Adhan Kechik turut mempersoalkan hubungan Pas dengan DAP dengan mengaitkan kenyataan salah seorang pemimpin tersebut yang menentang hukum hudud. Husam menjelaskan, pemimpin tersebut bukan beragama Islam. Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kerjasama Pas dan DAP menerusi Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya. Perkara itu turut ditekankan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas itu. ~sinar Iklan |
Peminat Ustaz Azhar Idrus Pasti Sakit Hati Dengar Berita Ni.. Posted: 17 Oct 2012 11:45 PM PDT Ceramah ustaz azhar idrus pada mulanya dijadual di masjid nurul hidayah @ madjod airport di batu berendam,melaka terpaksa di pindahkan saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu. Itu yang dimaklumkan oleh pihak penganjur. Namun ramai menjangkakan ada campurtangan golongan "syaitan yang dikenali" yang rasa terancam dengan pengaruh ustaz azhar idrus dalam menarik audien terutamanya golongan muda. Rakyat semakin celik agama sudah pasti sokongan terhadap parti pemerintah makin berkurangan. Lokasi baru kuliah maghrib UAI yang dijadualkan di lokasi baru iaitu madrasah ar-rahmah, solok gaung,ayer molek, melaka.Mohon sebarkan kepada para sahabat lain. Jazakumullah kathiran... Iklan |
Mahathir Bukan Cerdik Sangat, Suka Curi Idea Orang Lain - Ku Li Posted: 17 Oct 2012 08:28 PM PDT Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis. Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua. Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang. Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu. "Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak. Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu. Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak. "Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui." Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court. Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak. Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah. Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali. Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama. "Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau. "Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri. Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman. Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal. "Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara." Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat. "Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya. ~mpr Iklan |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan