Khamis, 18 Oktober 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Peminat Ustaz Azhar Idrus pasti sakit hati dengar berita ni..

Posted: 18 Oct 2012 01:15 AM PDT


Ceramah Ustaz Azhar Idrus pada mulanya dijadual di masjid nurul hidayah @ madjod airport di batu berendam,melaka terpaksa di pindahkan saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu. Itu yang dimaklumkan oleh pihak penganjur.

Namun ramai menjangkakan ada campurtangan golongan "syaitan yang dikenali" yang rasa terancam dengan pengaruh ustaz azhar idrus dalam menarik audien terutamanya golongan muda. Rakyat semakin celik agama sudah pasti sokongan terhadap parti pemerintah makin berkurangan.

Lokasi baru kuliah maghrib UAI yang dijadualkan di lokasi baru iaitu madrasah ar-rahmah, solok gaung,ayer molek, melaka.Mohon sebarkan kepada para sahabat lain. Jazakumullah kathiran...Addin77

Ku Li — Mahathir Bukan Cerdik Sangat

Posted: 18 Oct 2012 01:11 AM PDT

Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.
"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.
Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.
"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Hudud hilang pekerjaan 1.2 juta rakyat: Soi Lek dibantah

Posted: 18 Oct 2012 01:11 AM PDT

(Chua Soi Lek bercakap melalui Video Blog menyerang hudud habis-habisan)

KUALA LUMPUR: Serangan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap hukum hudud dengan menggunakan sumber yang tidak sahih menaikkan kemarahan pelbagai pihak.

Tindakan ini disifatkan sebagai menambahkan lagi luka terhadap umat Islam apabila memetik kenyataan yang tidak sahih yang mendakwa 1.2 juta rakyat negara ini akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.

Hanya berdasarkan satu sms yang tidak dikenali siapa penghantarnya, Chua Soi Lek membuat satu video blog mendakwa jika hudud dilaksanakan di negara ini, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja.

"Saya menerima satu SMS, saya cuba menghubungi orang tersebut, tapi sudah tentu dia tak jawab seperti biasa. SMS ini adalah satu kerisauan dan kami berharap ia adalah tidak benar.

"SMS ini menyatakan bahawa MCA sentiasa bercakap tentang hudud tapi tidak tentang pekerjaan yang bakal kehilangan akibat penguatkuasaan hukum hudud di negara ini," kata Chua dalam videonya.

Chua berkata orang tersebut menyatakan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas jika hudud dilaksanakan.

Angka tersebut meliputi pekerjaan Genting Berhad, kedai perjudian, internet café, rumah urut dan sektor pelancongan.

"Ini akan menjadi realiti jika PAS menjadi parti dominan di dalam Pakatan Rakyat. Dan PAS akan menjadi satu parti yang dominan dalam PR," kata Chua.

Chua berkata Kelantan sudah lama menghentikan perjualan alkohol.

"Susah benar nak cari kedai menjual arak di Kelantan. Tiada panggung wayang. Tiada tempat spa, refleksologi, kedai perjudian sudah menjadi sejarah," kata Chua.

Chua turut menyatakan perkara berikut kepada para penonton videonya yang tidak berpuas hati dengan Barisan Nasional.

"Ya, memang ada perkara yang tidak menyenangkan hati dengan BN, tapi anda tidak seharusnya mengundi sehingga 1.2 juta rakyat kehilangan pekerjaan," kata Chua, yang secara jelas bersetuju dengan dakwaan SMS yang menghina hukum-hakam Allah tersebut.

Sementara itu, para pembaca laman Malaysiakini yang mula menyiarkan kenyataan Chua ini menyerangnya dengan menggelarnya 'Mr. Porn Star'.

Seorang pembaca yang menggunakan nama Mubarak menulis: "Such a "simplistic" conclusion based on sms from whom you do not know! Come on Porn Star, if you are not sure, have a forum or seminar with those that have the brains and knowledge. If you can't, than "SHUT UP!!" and don't spread fear to others."

(Kesimpulan yang terlalu mudah dibuat hanya dari satu sms yang kamu tidak tahu! Mr Porn Star, jika kamu tidak yakin, buatlah seminar atau forum dengan memanggil mereka yang ada akal dan ilmu. Jika tidak, baik diam dan jangan sebarkan ketakutan kepada orang lain).

Seorang lagi pembaca yang menggunakan nama PuakChuk berkata "This is not spreading fears, but spreading jokes!!!.

(Ini bukan menyebarkan ketakutan tetapi menyebarkan jenaka).

Pembaca yang menggunakan nama 'mohd' pula menulis: "Thank you soi lek, you make it easier to convince those muslim malays to vote for PAS."

(Terima kasih Soi Lek, kamu telah membuatkan usaha untuk memujuk orang Melayu Islam mengundi PAS lebih mudah). -Hrkh

Pastikan RM250 juta NFC Dikembalikan, KEADILAN Cadangkan Kenakan "Jaminan Peribadi"

Posted: 17 Oct 2012 11:03 PM PDT


Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan beberapa langkah yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap NFC berikutan kegagalannya memenuhi syarat perjanjian yang ditandatangani dan prestasi projek yang tidak dicapai.

Salah satu langkah yang dipertimbangkan adalah mengambil tindakan undang-undang sivil (bermakna menyaman NFC), seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

KEADILAN menolak langkah mengambil tindakan undang-undang sivil ke atas NFC atas dasar ia tidak menjamin bahawa dana awam RM250 juta dapat dikutip sepenuhnya, berasaskan perkara-perkara berikut:

1. Perjanjian yang dimeterai adalah di antara Kerajaan Malaysia dan NFCorp, maka sebarang tindakan undang-undang sivil seperti saman akan hanya melibatkan NFCorp;
2. Perlakuan penyelewengan dan pembelian aset mewah yang tidak ada kena mengena dengan projek fidlot kebangsaan banyak berlaku di dalam syarikat-syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, bukannya NFCorp;
3. Syarikat-syarikat ini secara undang-undang tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab atau obligasi kepada kerajaan atau pun perjanjian dana awam RM250 juta kerana ia hanya melibatkan NFCorp, maka ia tidak boleh disaman;
4. NFCorp tidak mempunyai aset yang besar dan mengalami kerugian sejak ia beroperasi.

Jika Kerajaan Persekutuan berjaya sekali pun di dalam tindakan saman sivilnya, NFCorp boleh sahaja diisytiharkan muflis tetapi tidak masih mampu membayar kembali RM250 juta yang dipinjam.

Oleh sebab itulah, KEADILAN sejak dari awal lagi mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengenakan "jaminan peribadi" ("personal guarantee") terhadap Dato' Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya agar semua harta mereka (termasuk hartanah mewah yang dibeli melalui syarikat-syarikat milik keluarga mereka tetapi menggunakan dana dari NFCorp) boleh disita bagi mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang diselewengkan.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa termasuklah Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia sepatutnya telah pun mengambil tindakan di bawah Akta Anti Pengubahan Wang (Anti Money Laundering Act, AMLA) seperti yang pernah disyorkan sebelum ini, agar sebarang aset mereka boleh dibekukan dan disita.

Saya mengalu-alukan pendedahan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengenai NFC kerana ia melambangkan sikap Dato' Seri Najib Tun Razak yang hanya mahu melengah-lengahkan tindakan diambil ke atas NFC (dengan harapan Barisan Nasional menang PRU13 dan isu ini boleh dipadamkan). Pendirian Kerajaan Persekutuan yang hanya mahu mengambil tindakan undang-undang sivil, bukannya tindakan tegas dengan mengenakan "jaminan peribadi" atau pembekuan aset/sita aset di bawah AMLA mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak berniat mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang telah disalurkan kepada NFC.

KEADILAN akan tetap bersuara demi memastikan segala usaha diambil untuk mendapatkan kembali wang RM250 juta tersebut.

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN
16 Oktober 2012

SPRM digesa menyiasat wang seludup RM40 juta Umno Sabah

Posted: 17 Oct 2012 11:03 PM PDT



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat wang RM40 juta yang diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah walaupun perkara itu  sedang disiasat oleh Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong.
Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai berkata, walaupun Perdana Menteri sendiri merestui pemberian wang tersebut sebagai sumbangan politik tetapi keraguan di kalangan rakyat menyatakan wang itu milik Ketua Menteri Sabah.

"Sudah terbongkar penyeludupan wang itu, terus dikatakan ia sumbangan untuk parti, kalau tidak diketahui umum  adakah ia dikatakan milik parti atau hak sendiri," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Apa yang diragukan, katanya, SPRM masih belum menyiasat perkara ini sebaik sahaja Perdana Menteri memberi perlindungan kepada Ketua Menteri Sabah.


Beliau berkata demikian selepas tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dalam sesi soal jawab berhubung perkara itu.

Tan Kok Wai turut menjelaskan kos pembinaan bangunan DAP di Pulau Pinang tidak ada kaitan dengan wang dari pihak berkepentingan melainkan ianya adalah sumbangan orang ramai.

"Bangunan kita kira-kira RM3 juta adalah melalui akaun tabung yang telus dan terbuka.

"Wang yang diperolehi melalui kegiatan dan kempen kutipan derma secara terbuka," katanya.

Malah katanya, DAP bersedia memaklumkan secara terbuka akaun mereka termasuklah akaun pembinaan bangunan tersebut.

"Kita cabar parti komponen BN untuk berbuat sedemikian," katanya.

Dalam jawapannya kepada soalan Ahli Parlimen Batu Tian Chua sebelum ini, Nazri Aziz berkata, "tidak ada unsur rasuah dibuktikan" di dalam kes itu.

Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.

PRU 13 mungkin dalam Nov.atau Dis. 2012 ..!!!

Posted: 17 Oct 2012 08:03 PM PDT

Najib masih takut membubarkan parlimen, namun oleh kerana tempoh edah semakin dekat nak tamat, rakyat sudah boleh mengagak bila parlimen akan dibubarkan dan bila tarikh PRU Ke-13 akan diumumkan.

Apa yang rakyat tunggu sekarang ini ialah bila "janji ditepati" nak ditunaikan? sebagaimana yang dibentang oleh Najib dalam Bajet 2013 tempoh hari?  Rakyat Malaysia sama ada yang menyokong Najib atau tidak, tetap mengharap janji itu disegerakan. 

Gulungan ibubapa pelajar pasti mengharapkan bantuan pelajar bernilai RM100 itu diperolehi sebelum sesi persekolahan 2013 dibuka. Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia - BR1M RM500, BR1M250 dan "one off"  RM1000 untuk bekas tentera.

Sebenarnya Najib tidak perlu berahsia lagi bila nak buat pilihanraya. Rakyat semakin cerdik,, petani, peneroka atau penjaja pasar malam pun boleh meramalnya.  Walaupun Najib ada menyebut yang PRU akan diadakan tahun depan yakni sebelum berakhirnya April  tetapi itu adalah helah Najib.  Awal 2013 rakyat Malaysia sibuk dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina,, mana mungkin!.  Justeru, tarikh PRU 13 yang kita kira sangat manasabah ialah dua bulan setengah dari sekarang, yakni pada November atau Disember depan.

 "Janji Ditepati" yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, terutama yang melibatkan habuan tunai mesti disegerakan sebelum sekolah dibuka awal Januari 2013. Andainya kerajaan Najib melunaskan janjinya melewati Disember 2012, maka harapan BN untuk meraih simpati dari rakyat menjadi semakin tipis.  
 
Oleh : rahimothman

Najib Razak amat sedar jika SPR 'bersih' BN pasti tumbang ke bumi, tulang berkecai...

Posted: 17 Oct 2012 07:58 PM PDT



SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) sebenar baru tersedar dari lena yang panjang. Selama ini, tiada siapa mengejutkan mereka dari tidur yang nyenyak itu tetapi perubahan yang berlaku dalam lanskap politik Malaysia, menjadikan tidur mereka sering terganggu.

Setiap kali ada bantahan mengenai pendaftaran pengundi, boss SPR selalu tampil dengan membawa sindrom menafikan. Sesiapa pun dalam SPR tidak perlu risau jika ada bantahan. Malahan, mereka sepatutnya berterima kasih. Memang ada undang-undang yang membenarkan orang ramai membuat semakan dan batahan.

Jadi, kenapa mahu memberi tahu orang ramai, sesiapa yang membantah seolah-olah memperendah-rendahkan SPR? SPR akan lebih tulin dari biasa jika mereka mendengar bantahan dan menerimanya secara ikhlas. Tidak perlu marah-marah dan tidak perlu mengatakan parti-parti pembangkang sengaja mahu mencari salah SPR.

Sesiapa pun yang ragu-ragu, boleh membantah. Jika SPR mempunyai alasan yang kukuh untuk menjawabnya, silakan. Kalau boleh, bagi saguhati kepada pihak yang membantah. Bukan kerana apa, SPR akan lebih "bersih" jika mereka dapat menyemak setiap bantahan. Memperbetulkan jika ada asas bantahan tersebut.

Jika bantahan itu tidak tepat, beri jawapan dan alasan yang betul. Usah jadikan pihak yang membantah sebagai musuh yang sering diserang, kononnya memang sentiasa mahu mencari salah. SPR  tentulah bukan sebuah badan yang terlalu efisyen hingga tiada pernah melakukan kesalahan. Selama ini, ketika Umno dan BN menang besar setiap kali pilihan raya, memang mereka tidak berminat untuk membuat apa-apa komplen.

Malahan,  sudah lama BN merasakan SPR adalah "hak mereka". Kalau mereka kalah, baru mereka menyalahkan SPR tetapi jika mereka menang, mereka tidak kisah sama ada SPR itu "bersih" atau pun tidak. Itu dulu. Zaman itu sudah berlalu. Zaman pengundi yang bermati-matian bergantung kepada pondok panas sudah tidak ada lagi. Zaman ini, zaman langit terbuka dengan sms yang banyak membantu.

Malangnya, SPR masih mahu berada di takuk lama. Mereka seolah-olah tidak sedar iklim politik sudah berubah. Lanskap politik sudah berbeza dan yang penting, anak-anak muda yang ada hari ini adalah dari golongan yang berpengetahuan luas.

Jadi, semua yang berada di dalam SPR janganlah masih seperti dulu-dulu. Tentulah ada yang dilihat seperti tidak telus. Lagipun, era kemenangan calon-calon BN dengan majoriti besar juga sudah tidak ada lagi. Itulah sebabnya, setiap satu undi itu, amat berharga.

Pemimpin Umno pula melihat, jika SPR dibersihkan, peluang mereka menang dalam pilihan raya seakan-akan pudar. Yang Pakatan Pembangkang komplen pun, tidak semestinya menyebelahi mereka. Cuma, mereka mahu bertanding dalam satu proses pilihan raya yang bersih dan tidak main semborono sahaja.

Sepatutnya bila ada gerakan audit daftar pemilih di jalankan oleh mana-mana pihak, sama ada dari Selangor, Kelantan atau Kedah, Umno dan BN bangkit sama-sama membuat desakan kepada SPR agar daftar pengundi yang disangsikan dapat dibersihkan.

Mustahil Umno dan BN mahu menang "secara tidak betul". Atau mereka memasang perangkap, jika kemenangan berpihak kepada mereka, mereka diam. Sebaliknya, jika kemenangan berpihak kepada lawan, mereka akan bangkit membantah. Mereka mahu menggunakan daftar pemilih yang tidak bersih ini sebagai "pelindung". Ini adalah startegi lapuk yang sudah diketahui umum.

Cara berfikir mereka, kena diubah. Cara berfikir mereka yang berkuasa di dalam SPR juga perlu diubah. Jangan mereka berfikir dan bertindak cara lama, ketika dunia sekarang adalah dunia alaf baru. SPR perlu malu jika ada daftar pemilih yang masih "mempunyai nama sama" yang bertindih-tindih. SPR juga perlu malu jika sebuah pondok meletakkan motosikal menjadi alamat daftar pemilih. SPR juga perlu rasa malu jika satu alamat di satu rumah, berpuluh-puluh nama didaftarkan!

SPR juga perlu menyiasat bagaimana pemindahan pengundi boleh berlaku secata otomatik, ketika tidak ada persempadanan semula kawasan pilihan raya. Nama orang mati, walaupun Jabatan Pendaftaran Negara tidak bekerjasama dengan SPR sepatutnya pelru disingkirkan dari senarai pengundi. Jika "orang mati" pun turut mengundi, itulah yang menimbulkan cerita pengundi hantu.

SPR menafikan wujudnya pengundi hantu. Tetapi apa yang difahami oleh orang ramai mengenai pengundi hantu dengan apa yang difahami oleh SPR, amat berbeza. Itulah sebabnya, SPR perlu sabar dalam mendengar bantahan dan tidak perlu memberi jawapan seolah-olah setiap aduan dan komplen (bantahan) datangnya dari mereka yang suka menyalahkan SPR.

Apakah SPR tidak suka kepada aduan dan bantahan? Apakah SPR sudah menjadi satu badan yang suci hingga tidak boleh disentuh langsung? Atau SPR mahukan semua orang melihat mereka sebagai satu badan yang sempurna.

Satu hal lagi, SPR jangan sampai orang melihatnya sebagai satu daripada biro dalam Barisan Nasional (BN). Ini bahaya walaupun setakat ini, BN memang bermati-matian mempertahankan SPR. Orang-orang Umno dan orang BN tidak ada membuat bantahan bukan kerana mereka setuju tetapi kerana mereka tidak membuat kerja-kerja audit daftar pemilih. Maka, mereka tidak jumpa masalah! Tidak jumpa masalah bukan bermakna SPR bersih.

Pakatan Pembangkang kena terus menjalankan kerja-kerja audit daftar pemilih. Selagi Parlimen tidka dibubarkan, masih ada masa memperbaiki kelemahan yang wujud. Itupun perjuangan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0. Jadi, selagi SPR tidak dilihat bersih, kenapa kerja-kerja audit daftar pemilih mahu dihentikan?

Nanti, bila tidak ada bantahan dan komplen, SPR menganggap mereka sudah betul-betul bersih sedangkan ribuan nama orang-orang mati masih tersenarai. Pakatan Pembangkang kena berlawan di lantai yang sama rata, bukan yang berjongkang-jungkit. Jika SPR merasakan mereka mahu membantu BN dalam pilihan raya, itu sesuatu yang malang di sebuah negara yang mendakwa mengamalkan demokrasi. -sumber

Generasi muda pasti bijak menilai Laporan Audit 2011

Posted: 17 Oct 2012 07:56 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan keyakinan bahawa golongan muda pastinya bijak menilai keupayaan pengurusan kewangan negara dan negeri sebagaimana yang telah dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Al-Hiss (gambar) berkata, setiap aspek pengurusan kewangan negara pada hari ini akan memberi kesan kepada nasib generasi akan datang.

Justeru, kata beliau ianya menuntut kepada tahap akauntabiliti yang tinggi di pihak kerajaan dan budaya timbang-tara dan hisbah yang sihat di kalangan rakyat, khususnya di kalangan generasi muda.

Beliau mengambil contoh Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Ipoh Ke Padang Besar (Projek Ipoh ke Padang Besar) sepanjang 329 km yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan laluan landasan dan meningkatkan daya saing serta kemajuan perkeretapian di Malaysia.

Kontraktor utama bagi Projek Ipoh ke Padang Besar ialah MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd (MGJV) yang dilantik pada 13 Disember 2007 secara rundingan terus dengan pelaksanaan projek secara reka dan bina.

Kos projek (meliputi pakej infrastruktur dan pakej sistem) adalah bernilai RM12.485 bilion dan tempoh menyiapkan projek ialah 60 bulan iaitu mulai 8 Januari 2008 hingga 7 Januari 2013.

Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek adalah kurang memuaskan terutama di dalam aspek pelaksanaannya.

Malah pihak Ketua Audit Negara turut mempersoalkan ketelusan pembayaran yuran khidmat nasihat kewangan berjumlah RM1.06 juta kepada CIMB Investment Bank Bhd dan Maybank Investment Bhd sama ada ianya pada kadar yang kompetitif kerana Kementerian Pengangkutan (Kementerian) tidak mengeluarkan tawaran kepada bank-bank lain.

"Apa yang lebih membimbangkan, kos semasa keseluruhan projek dijangka terus meningkat akibat kelewatan dalam pengambilan tanah di antara 82 hingga 1,227 hari," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau melahirkan rasa bimbang terhadap tahap disiplin pengurusan kewangan negara apabila Ketua Audit Negara melaporkan, daripada 250 syor audit pada tahun 2009 dan 297 syor audit pada tahun 2010, semakan susulan yang dilakukan setakat 30 April 2012 mendapati 74 syor bagi tahun 2010 dan 6 syor bagi tahun 2009 masih gagal diambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Beliau mengambil contoh projek-projek yang masih gagal dibaiki sejak Laporan Ketua Audit Negara 2010 seperti Projek Pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan yang mendapati terdapat kecuaian di dalam mekanisma serahan bantuan kebajikan kepada rakyat miskin dan termiskin; Projek Pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di mana seramai 73,291 pesawah masih belum dibayar insentif sejumlah RM110.67 juta; dan kegagalan projek NFC yang kini terlibat di dalam perbicaraan kes mahkamah yang melibatkan ahli keluarga Ketua Wanita Umno.

Raja Ahmad turut mempersoalkan tiadanya butiran laporan audit terhadap Kementerian Belia dan Sukan di dalam Laporan Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2011, sebagaimana dilaporkan pada tahun-tahun lepas yang mencatatkan pembelian barangan di beberapa institut latihan kemahiran yang terlalu tinggi nilainya berbanding nilai pasaran.

Sehubungan itu, beliau menyeru generasi muda supaya bersikap cakna dan mengambil tanggungjawab bagi memastikan pengurusan kewangan negara dan negeri pada hari ini membawa kebaikan untuk generasi akan datang, dan bangkit membuat perubahan di dalam PRU13 kelak. -Hrkh

Salahuddin: Johor penting bagi PR tawan Putrajaya

Posted: 17 Oct 2012 07:55 PM PDT

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
 
SHAH ALAM –  Hasrat Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini mungkin satu misi yang mustahil sekiranya tiada "perubahan landskap politik di Johor", kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Anak kelahiran Kampung Serkat, Johor ini juga berkata, negeri 'deposit tetap' Barisan Nasional seperti Sabah dan Sarawak juga harus diterokai parti pembangkang jika mahu menjejakkan kaki ke Putrajaya.

"Mereka cukup selesa di tiga negeri itu," ujar Salahuddin dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian yang disiarkan hari ini.

Salahuddin sebelum ini mengumumkan akan bertanding di tanah kelahirannya setelah dua kali bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian iaitu 2004 dan 2008.

Baru-baru ini beliau memberitahu akan bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) di Johor pada pilihan raya kali ini.

Menurut Salahuddin, berdasarkan pemerhatiannya, suasana politik di negeri itu kini sudah berubah dan ia memberi sinar harapan kepada pembangkang.

Akhirnya Pensyarah Hina Rakyat Kelantan Mohon Maaf Secara Terbuka

Posted: 17 Oct 2012 07:54 PM PDT




Benarlah kata orang tua, hati-hati bermain api kelak merana diri. Inilah yang dihadapi Shafiei Rosli. Semalam ( kmarin bagi ore Kelate ) ada menghubungi pihak I ♥ KELANTAN untuk membantunya untuk menyiarkan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Kelantan di mana jua berada.

Hasil konsultasi dengan beberapa admin lain, pihak I ♥ KELANTAN menggariskan prosuder permohonan maaf yang mana mestilah mengeluarkan satu kenyataan rasmi ( bertaip dan bertandatangan beliau sendiri ) untuk dipaparkan disini.

Alhamduillah, beliau mengaku akan kesilapannnya dan tidak akan mengulangi kenyataan berbaur 'hasutan dan anti-Kelantan' di laman FB , ditambah pula atas kapasiti beliau seorang warga akademik Tutor Sambilan di UTM Skudai.

Jika permohonan itu adalah langkah selamat untuk beliau mahu 'menyelamatkan' kerjaya beliau di UTM, sememangnya kami warga Kelantan amat mengecam sekeras-kerasnya. Namun melalui tulisannya, ada menyebut nama Allah pihak kami juga berharap benar-benar beliau meminta maaf atas kapasiti seorang Islam.

Walaubagaimanapun, isu ini sudah sampai kepada orang no 1 UTM, Skudai iaitu Naib Canselor UTM, Prof Zaini Ujang.

Ternyata, ini mempalit seribu kekesalan oleh warga akademik dari seluruh Malaysia terutama warga UTM sendiri atas keceluparan beliau menulis tanpa akal. Pihak I ♥ KELANTAN bukanlah mahu menjadi batu api ataupun membesarkan isu ini. Tetapi, bagi kami isu 'anti-Kelantan' wajar ditentang dan dihapuskan setelah hampir 22 tahun media perdana tempatan menghebohkan hanya keburukan warga Kelantan.

Di Kelantan, kami dididik oleh orang tua kami untuk tidak berdendam walau sejahat mana pun kejahatan yang dibuat kepada kami. Kami perlu bangkit menentang sesiapa saja yang menyiarkan apa-apa artikel ataupun pandangan 'anti-Kelantan' kerana ia ibarat menghina ibu kami, menghina bapa kami, menghina menteri besar kami, dan menghina Sultan Kami.

Ia sebagai pengajaran mana-mana pihak yang masih lagi memainkan isu 'anti-Kelantan' di masa akan datang. Kepada mereka diluar sana yang masih memainkan isu anti-Kelantan jangan biarkan kami rakyat Kelantan mengesan anda. Ingat, inilah padahnya bermain api.

Berikut merupakan kenyataan rasmi Rosli Shafiei, dari Johor berhubung kenyataan anti-Kelantan nya .


Tiada ulasan: