Addin |
- Biadap!! Hari Raya Haji Dan Halloween Di Raikan Bersama..Lihat Gambar Ni
- Musa Hassan Atau Rahim Noor Bakal Sertai PAS?
- Gelagat Ustaz Nasha Supaya Di Pecat Dari PAS
- Siapa Menteri Yang Kurang Ajar Dengan Najib Ni?.. Berani Sungguh
- Bisikan Syaitan : Komen Dr M Akibatkan Rakyat Kecoh Dan Takut
- Ahli Dan Penyokong PAS!!.. Hang Mai Sini Jap..
- Najib Bakal Lari Lintang Pukang Dalam Parlimen?
- Petanda Terkini BN Sabah Bakal Pupus..
- Akhirnya.. Najib Mengakui Dirinya Bermuka-Muka
- Patutlah Najib Beria-Ria Nak Swastakan KTMB
Biadap!! Hari Raya Haji Dan Halloween Di Raikan Bersama..Lihat Gambar Ni Posted: 13 Oct 2012 04:02 PM PDT Mohon pihak bertanggungjawab batalkan event kurang ajar dan menghina agama Islam serta merta! Kenapa permit untuk event ini diluluskan kerajaan Pahang? Pihak berkuasa tak nak cancelkan ke event ni? seperti mana mu arahkan kuliah Ustaz Azhar dibatalkan serta merta di UMP??? Sebarkan.. dan protes sehingga event biadap ini dibatalkan. ~fb Iklan |
Musa Hassan Atau Rahim Noor Bakal Sertai PAS? Posted: 13 Oct 2012 09:03 AM PDT Jumaat lepas semasa makan tengah hari bersama seorang tokoh politik dia membisikkan kepada saya; "Sayuti ini cerita menggemparkan!" katanya tidak menghabiskan kata-kata menyebabkan saya sedikit terkejut dan terganggu untuk menyenduk su p tulang ke dalam pinggan. "Apa dia?" tanya saya meletak semula sudu ke dalam mangkuk sup.Dia menjeling kepada tetamu lain yang duduk sebaris dengan kami. Saya sengaja dia panggil duduk berdepanan dengannya bagi mudah untuk berbicara. "Ini masih belum diketahui sesiapa lagi, tetapi saya mendapat maklumat dari seseorang yang boleh dipercayai," katanya.Pada masa itu juga tokoh politik itu menceritakan mengenai perihal Datuk Paduka Raja Terengganu yang akan mengumumkan menyertai Pas. Perkara itu sudah pun berlaku beberapa hari lepas. Kalau merujuk kepada maklumat mengenai Datuk Paduka Raja itu, maklumat mengenai bekas Ketua Polis itu juga ada kebenarannya.Tokoh itu lantas membisikkan kepada saya. "*********"... katanya perlahan. Tetamu lain tidak mendengarnya dan ada yang menjeling anak mata cemburu kepada perbualan saya dengan tokoh berkenaan yang agak eksklusif.Saya mengangguk-angguk kecil sambil memamah nasi dalam mulut. Ketika itu juga terbayang dalam mata akan wajah bekas ketua polis berkenaan. Entah kenapa segera itu juga saya digodam bimbang sekiranya benar bekas ketua polis yang satu ini benar akan menyertai Pas.Entah kenapa juga saya rasa ini perkembangan cukup membimbangkan. Tidak seperti biasa kalau ada mana-mana tokoh baik dari Umno maupun pegawai kerajaan ingin menyertai Pas, saya merasa lega dan ia dianggap memberi suntikan semangat kepada Pas. Tetapi yang ini agak berlainan sedikit, hati saya rasa kurang selesa. Selepas mendapat berita itu saya terus cuba merisik apakah pihak Pas sudah mendapat tahu akan hal ini. Apakah ianya sudah sampai ke peringkat dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Harian Pas, ataupun ia hanya diketahui orang-orang tertentu sahaja. Adalah malang sekali kalau penerimaan atau pun rancangan hendak membawa masuk bekas ketua polis ini tidak dibincang selumatnya dalam Dewan Harian Pas. Perkara besar begini elok dibincang secara menghalusi di dalam Pas dan tengok baik dan buruknya serta kaji apakah tujuan dan maksudnya. Saya bimbang kalau rancangan itu tadi diterima secara mudah ia akan menyusahkan Pas. Seseorang yang menganggotai pasukan polis sudah dilatih dengan berbagai ilmu dan juga taktik. Mereka diajar ilmu bagaimana hendak memecahkan sesuatu kumpulan atau pun melagakan di antara dua pihak agak bergaduh sesama sendiri. Natijahnya mahu melihat puak atau oragnisasi itu runtuh dan punah.Dalam hal ini saya bukan prejudis atau busuk hati kalau niat kemasukan itu baik. Tetapi kalau ia adalah agenda dan nawaitu buruk, biarlah rancangan ini gagal. Kalaupun Pas ingin mendapatkan bekas ketua polis itu biarlah selepas selesai pilihan raya. Dan kalau beliau ikhlas dia benar-benar ikhlas untuk sertai Pas biarlah selepas pilihan raya. ~mso Iklan |
Gelagat Ustaz Nasha Supaya Di Pecat Dari PAS Posted: 13 Oct 2012 05:42 AM PDT KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang Selasa lalu memberi peringatan agar tidak mengejar kuasa semata-mata, sebagai pemimpin 'lidah panjang' ekoran pendirian kebelakangan ini yang tidak selari dengan parti. Kenyataan tegas Nik Aziz itu dikeluarkan ekoran tindakan Nasharudin yang juga Ahli Majlis Syura Pas mahu merencanakan perpaduan terutamanya melibatkan Umno dan Pas. Iklan |
Siapa Menteri Yang Kurang Ajar Dengan Najib Ni?.. Berani Sungguh Posted: 13 Oct 2012 04:34 AM PDT Tidak seperti banyak rakan-rakannya dalam BN, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah bersikap positif terhadap idea mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan.Bagi Saifuddin, perkara itu penting dalam aspek demokrasi negara ini. Bercakap dalam "Forum Anak Muda dan Demokrasi Tempatan" di Pulau Pinang malam tadi, Saiffuddin berkata, beliau menuntut pilihan raya yang diharamkan pada 1960 itu dikembalikan sejak di zaman mahasiswa lagi. Anggota Parlimen Temerloh itu juga berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya lebih proaktif menjawab permintaan kerajaan negeri seperti Pulau Pinang yang mahu mengembalikan pilihan raya itu. SPR sebelum ini membangkitkan isu Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 yang sudah pun dimansuhkan. ~malaysiakini Addin : Orang Umnokan taat membuta tuli, walaupun pemimpin tu terang-terang melakukan kesalahan tetapi tetap di angkat sebagai pemimpin. Iklan |
Bisikan Syaitan : Komen Dr M Akibatkan Rakyat Kecoh Dan Takut Posted: 13 Oct 2012 12:54 AM PDT Tulisan mantan perdana menteri Mahathir Mohamad baru-baru ini telah mengakibatkan perasaan gusar dikalangan rakyat diseluruh Negara. Dengan memanggil parti pemerintahnya iaitu UMNO-BN sebagai "Syaitan yang dikenali dan pembangkang malaikat yang tidak dikenali" menjadikan ramai mengucap dan menggelengkan kepada. Ramai diantara mereka yang fasih berbahasa Inggeris faham akan apa yang dimaksudkan iaitu rakyat Malaysia patut mengundi BN pada pilihanraya umum yang akan datang. Namun, tidak hairanlah jika hampir semua mengambil perumpamaan itu secara literal dan ini perlu difikirkan oleh Mahathir dan kerajaan BN. Jika diambil kira dari ribuan pemberi komen di alam maya, bukan sahaja rakyat Malaysia memberi Mahathir pengajaran dari sikapnya sendiri- sinis dan suka menghasut- mereka sudah menganggap BN sebagai Syaitan dan Mahathir ketua syaitan. Ramai yang sudah bosan Walaupun selepas persaraan, ulasan Mahathir tetap menyemarakkan api perkauman dan pemikirannya bukanlah seperti dia seorang bekas pemimpin sebuah Negara. Adakah dia sengaja mensensasikan dirinya sendiri untuk mencuri perhatian media dari PM Najib Razak yang diberinya sokongan di khalayak ramai tetapi secara peribadinya dianggap bodoh. Mahathir bagaikan menyangka rakyat Malaysia masih bodoh dan jahil kerana tidak boleh membaca apa yang ada dalam kepalanya dan memahami tindakannya. Sejak kebelakangan ini, kebanyakkan kenyataannya begitu mengejutkan dan menjadikan rakyat merasa hairan dan memprotes. Contohnya, Ketua Syaitan Malaysia ini menyatakan dia bukanlah seorang yang bijak dan cepat menegaskan bahawa kita tidak perlukan seorang yang bijak untuk memrintah Negara ini. Begitu bodoh kenyataan ini sehinggakan ia menjadikan Najib malu akan perumpamaan bahawa dirinya adalah tin kosong. Ia juga mengesahkan pendapat rakyat bahawa Malaysia sememangnya ditadbir secara 'auto-pilot'! Tidak, BN tidak pernah melakukan sesuatu kerana rakyat, mereka akan melakukannya jika ia menjana wang. Tidak hairanlah jika Negara berada dalam keadaan yang menyedihkan jika dibandingkan dengan Singapura yang berada di selatan Tanah Air. Terima kasih kepada pujian pencacai dan banyak lagi komen-komen tidak masuk akal yang membawa kita kepada satu perkara-Mahathir adalah yang TERBAIK dan HANYA DIA sahaja yang mampu melakukan apa sahaja untuk Malaysia. Tidak hairanlah jika kredibiliti BN telah tenggelam ke dasar laut dan tidak mungkin akan dapat dinaikkan ke daratan lagi. Mungkin inilah sebab kenapa rakyat Malaysia tidak mengambil serius dan menerima bulat-bulat perumpamaan Mahathir tentang syaitan dan malaikat. Yang pasti, rakyat sudah membuat keputusan tentang apa pendirian Mahathir yang sebenar. Pembangkang yang dilabel Mahathir sebagai 'malaikat' juga seronok dan menikmati lawak terbaru dari Mahathir ini. Padan muka UMNO! Politik 'Syaitan & Iblis' Sekarang, perkataan Syaitan telah digunakan oleh 'Ketua Syaitan' sendiri untuk merujuk kepada BN dan terminologi itu akan menjadi perbualan topik politik di Malaysia seperti slogan 'Janji ditepati', 1Malaysia dan Malaysia Boleh. Hari demi hari, keadaan semakin kecoh dengan media Melayu dan blog-blog memetik politik 'Syaitan'. Mula-mula, mungkin ada pemimpin BN yang hanya mentertawakannya namun, mereka pasti semakin risau akan perkembangan ini. Komen Ketua Syaitan telah mengena batang hidung ahli politik BN sendiri dan sekarang cuba sedaya upaya untuk mengawal keadaan. Tiba-tiba, semua mula melihat BN dari sudut yang berbeza iaitu menakutkan. Pakatan Rakyat digambarkan Mahathir sebagai Malaikat. Bukan sahaja ini mengiakan pengundi bandar yang sudah sedia jemu dan inginkan perubahan, mereka yang hidup di luar bandar juga berkemungkinan akan menukar fikiran mereka. Tambahan pula, orang yang waras tidak akan menyokong Syaitan. Bagi orang Cina pula, dengan bermulanya bulan perayaan 'Hantu Lapar', dimana orang Cina percaya pagar neraka dibuka dan melepaskan roh-roh sesat untuk merayau-rayau di bumi, tiada seorang pun yang mahu dikaitkan dengan Syaitan. Ada yang tidak mahu berjalan jauh kerana takut akan kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh hantu. Dan bagi orang Melayu yang kuat kepercayaan dan sering peka pada pelbagai jenis 'Syaitan', Jin dan cerita tanah kubur yang lain di kaca televisyen dan mengambilnya sebagai sesuatu yang serius juga tidak akan gembira dengan perkembangan ini. Yang alim akan memberi amaran pada orang Islam yang lain terhadap ajaran negatif Mahathir yang jujurnya tidak begitu popular dikalangan tokoh keagamaan kerana sering mempunyai pandangan kontroversi terhadap Islam. Bisikan syaitan Pemimpin PAS yang konservatif seperti Dr Haron Din telah mengutuk gambaran Mahathir sebagai merbahaya dan memetik Al Quran yang menyatakan bahawa jangan pernah memilih Syaitan dan menyatakan ia lebih baik dari Malaikat. Walaupun hanya perumpamaan, ia masih tidak dibenarkan. Dr Haron juga menegaskan bahawa Mahathir salah kerana rakyat, terutamanya orang Islam percaya bahawa Syaitan merupakan makhluk Tuhan yang paling jahat. Dan sebagai bekas pemimpin Negara, yang telah mengetuai kerajaan UMNO-BN untuk 22 tahun, ia amat tidak sesuai bagi Mahathir untuk memberi kenyataan atau melabel seseorang mahupun sebuah organisasi dengan sesuatu yang tidak baik. Dalam pada itu, pemimpin kerohanian PAS, Nik Aziz Nik Mat juga telah memberi amaran bahawa kenyataan yang tidak diingini dan tidak bijak akan mempercepatkan kehancuran UMNO. Dia juga meminta orang Islam supaya membezakan antara Syaitan dan Malaikat supaya mereka tidak disesatkan oleh bisikan Syaitan. Ya, orang Islam juga amat prihatin dan ramai yang keliru dengan penggunaan terminologi Mahathir yang kurang bijak. Mungkinkah dia tdak bijak atau telah benar-benar menjadi pembisik Syaitan seperti yang didakwa sesetengah pihak? Bagaimana boleh Mahathir, seorang yang lahir sebagai Islam, tidak tahu bahawa tiada yang lebih dijauhi oleh umat Islam selain Syaitan. Tetapi, dia dengan begitu bersahaja menganjurkan rakyat untuk memilih dirinya dan BN walaupun mereka dikatakan Syaitan dan bukan pembangkang walaupun mereka adalah malaikat. Dari menafikan dirinya diktator, kepada menafikan dirinya syaitan Mungkin peristiwa ini lebih tepat dirumuskan oleh apa yang dikatakan oleh seorang pemberi komen ini: "MADEY BETUL-BETUL TELAH MENJATUHKAN NAMA BAIK BN DENGAN BERKATA BN TU SYAITAN, TAU LAH MASYARAKAT ISLAM MEMANG PANTANG DAN BENCI PERKATAAN SYAITAN DAN SUKA PERKATAAN MALAIKAT. RAMAI MELAYU TEMASUK MELAYU BN AKAN MENGUNDI PAKATAN KERANA TAK NAK BERSEKONGKOL DENGAN PERKATAAN SYAITAN." Ia juga ironi apabila, beberapa minggu yang lalu, dia telah memarahi mereka yang melabelnya sebagai 'Diktator'. Dia marah akan sikap sesetengah pihak yang suka melabel orang lain untuk memusnahkan karier politik mereka. Mahathir berkeras bahawa dia bukanlah seorang diktator, dan membandingkan dirinya dengan penjahat timur tengah seperti Mubarak dan Gadaffidan mencabar rakyat Malaysia menyatakan kenapa dia layak dipanggil diktator. Rakyat Malaysia memberi respon yang mencecah ribuan dan banyak komen diberi menyatakan bahawa dia, suka atau tidak adalah seorang diktator di mata mereka. Sama seperti sekarang, di mata kebanyakkan rakyat Malaysia, BN umpama Syaitan kerana telah merompak sebahagian besar harta kekayaan Negara dan dia sebagai ketua perancang, adalah ketua syaitan. Seperti yang kita selalu dengar, setiap kejahatan ada pembalasannya! ~malaysiachronicle Iklan |
Ahli Dan Penyokong PAS!!.. Hang Mai Sini Jap.. Posted: 13 Oct 2012 12:22 AM PDT Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير - (ج 1 / ص 258 ). (Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud'aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya). Peristiwa bersejarah ini berlaku dimasa jahiliyah, ketika Rasulullah S.A.W. belum dilantik menjadi Rasul dalam usia dua puluhan. Apabila bapa-bapa saudara baginda membawanya menyertai pertemuan khusus dikalangan pemimpin utama Makkah. Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Makkah daripada Qabilah Zubaid Yaman yang berniaga, dizalimi oleh seorang bangsawan Makkah bernama Al 'Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan kenalannya, kerana kedudukan bangsawanan si zalim itu. Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Makkah dan keamanannya sudah tidak ada lagi. Apabila seruannya didengari oleh para pemimpin Makkah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud'aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half Al Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi. Rasulullah S.A.W. bersabda tersebut diatas dengan huraiannya : ( Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya). Rasulullah S.A.W. juga bersabda secara umum: الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها .(ابن ماجه). (Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya). Di atas konsep inilah maka Rasulullah S.A.W. menerima persefahaman tersebut , walaupun mereka itu daripada kalangan pemimpin jahiliyah. Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliyah dan kalangan yang berperikemanusiaan daripada berbagai bangsa bukan Islam, seperti melayan utusan daripada negara luar termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam. Rasulullah S.A.W. juga menyatakan sempadan dengan sabdanya : المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا وأحل حراما (البخاري وغيره). (Orang-orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab diatas segala syarat yang mereka tetapkan, malainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram). PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO. Begitu juga hubangan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan diantara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias. Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf yang berpandukan nas tersebut diatas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf Siyasi yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam. Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah. Umno yang mewakili Melayu Islam dalam Barisan Nasional mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mebezakan diantara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah. Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama UMNO, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat gatal. Cukuplah menegakkan Islam ala UMNO yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara hantu yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya. Melayu yang perkasa bersama UMNO, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu dan mewarisi kemerdekaan yang diletak diatas dulang emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walau pun disembunyikan dibawah tikar yang hina. PAS ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. PAS tetap Istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia. Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam. PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh mengikut batas-batas Allah. PAS pernah bersama UMNO di tahun 70-an dan menubuhkan Barisan Nasional bersama UMNO dan rakan-rakannya. Penyertaannya dengan keputusan Muktamar Khas supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama UMNO, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk ahli parlimennya yang berjoget dan minum arak bersama UMNO. Kemudian PAS dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh UMNO dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihanraya khas selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan UMNO. Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah UMNO dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama. PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada UMNO. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP. Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan tahaluf siyasi bersama Parti Keadilan Nasional yang juga berpecah daripada UMNO. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP. PAS mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan media yang menjadi khadamnya, kerana sangat bersimpati terhadap PAS, kerana kononnya bimbang PAS akan menjadi parti melukut ditepi gantang. Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama UMNO sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang dan lain-lain. Kaum lain dikalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam UMNO atau bersekongkol bersama UMNO. Di sepanjang kerjasama PAS dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walau pun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjesama PAS dalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah PAS ditendang keluar. Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya. Kerjasama PAS bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun Sembilan puluhan berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim. Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin Parti Keadilan Rakyat dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walau pun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah sinario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini. Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan. Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan UMNO berjuang menegakkan hukum Hudud laksana ayam jantan kukuk berderai pada hal ekornya bergelimang tahi sejak lebih lima puluh tahun. Sebenarnya UMNO lah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa diperingkat negeri dan pusat. Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting juga ialah ijtihad dengan Istiqamah ditengah medan perjuangan. PAS mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya. Negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh PAS sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990 sehingga kini adalah penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan dan ekonomi. Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran PAS dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik menjadi sasaran UMNO bagi melemah dan menjatuhkannya diatas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisma. Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan sebelum BN dan Sabah dibawah PBS. Inilah hakikat UMNO dengan Melayu dan Islam anutannya. Kepada semua pihak yang bersimpati dengan PAS, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada UMNO parti Maha Esa. Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri. Pesanan Rasulullah S.A.W. "sesiapa yang memencilkan diri daripada jamaah akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya." Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS Addin : Baca, faham dan patuhi.. Iklan |
Najib Bakal Lari Lintang Pukang Dalam Parlimen? Posted: 13 Oct 2012 12:12 AM PDT KUALA LUMPUR 13 Oktober: Peguam mewakili Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen berhubung perbicaraan kes rasuah Scorpene di Perancis.Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, kedua-duanya telah memohon visa dan akan hadir sebelum sidang parlimen berakhir, November ini."Kita sedang merancang tarikh sesuai untuk bawa mereka beri penerangan di Parlimen. Mungkin dalam bulan November. Visa kedua-dua peguam untuk ke Malaysia telah dimohon minggu lalu. Kita akan bawa mereka masuk secara sah untuk beri penerangan kepada Ahli Parlimen Malaysia dan sekarang sedang cari tarikh sesuai," ujar Cynthia."Kalau boleh kita tak nak buat penerangan di Singapura. Itu hanya pilihan terakhir," katanya kepada keadilan dailyMenurut Cynthia, kerajaan tiada alasan untuk menghalang peguam berkenan masuk ke Malaysia sepertimana berlaku terhadap Wiliam Bourdon, Julai tahun lalu. "Wisma Putra dan Jabatan Imigresen sebelum ini guna alasan William salah guna Pas lawatan. Jadi kali ini kita mohon secara betul mengikut prosedur."Kita bawa masuk mereka kali ini secara sah dan harap kerajaan beri kerjasama. Wisma Putra tak perlu beri alasan untuk halang peguam jumpa klien (Suaram)," tegas Cynthia. Awal bulan ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan surat kepada peguam berkenaan di Paris bagi menjemput mereka hadir memberi taklimat berhubung kes Scorpene di Parlimen Malaysia sebelum sidang berakhir 22 November depan.Bagaimanapun, ketua pembangkang itu menjangkakan sesi berkenaan akan diadakan di Singapura, ekoran halangan dari kerajaan Malaysia. ~kd Iklan |
Petanda Terkini BN Sabah Bakal Pupus.. Posted: 12 Oct 2012 08:40 PM PDT Sambutan di luar jangkaan kali ini!Kubu kuat Parti Bersatu Sabah (PBS) di parlimen presidennya sendiri akhirnya berjaya ditembusi!Kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sedang mengadakan lawatan ke Sabah terus mendapat perhatian masyarakat di negeri itu yang selama ini dianak tirikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak mencapai kemerdekaan bersama Malaysia pada 1963.Buktinya, ke mana saja Anwar tiba, orang ramai berpusu-pusu menyambut ketibaan ahli parlimen Permatang Pauh setelah hebahan mengenainya disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial Facebook. Dalam majlis di kubu kuat PBS di Keningau itu, Anwar terkejut dengan sambutan luar dugaan masyarakat setempat apabila kira-kira 1,500 orang hadir menyaksikan penyerahan borang menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) membabitkan 100 ahli PBS yang bertindak keluar parti serta-merta.Borang permohonan tersebut diterima sendiri Anwar yang turut disaksikan pimpinan KEADILAN negeri dan Timbalan Presiden, Azmin Ali yang mengikuti jelajah tersebut yang bermula hari ini.Bertempat di Restoran Pelancongan Pedalaman di Batu 2 dekat Keningau, Anwar menyeru supaya rakyat Sabah keluar dari kelompok kemiskinan selama kerajaan BN memerintah dengan mengundi calon Pakatan Rakyat. Majlis kira-kira jam 3 petang tadi turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan serta ucapan bersemangat yang disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat sekaligus mencatat sejarah tersendiri berjaya memecah dominasi PBS sejak berusaha lebih tiga tahun lalu.Parlimen Keningau diwakili presiden PBS yang juga timbalan ketua menteri, Joseph Pairin Kitingan yang mempertahankan kerusinya sejak 1999.Dikhabarkan PBS yang mengetahui tindakan bekas ahlinya keluar beramai-ramai dari beberapa cawangannya di sekitar Keningau cuba bertindak mengganggu majlis namun atas kecekapan pihak berkuasa, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Sementara itu di Pensiangan pula yang menjadi persinggahan pertama Anwar dalam jadual padat Ke Sabah kali ini, beliau turut disambut dengan tarian tradisional kaum Kadazan bagi meraikan kedatangan Anwar bersama rombongannya meninjau masalah dan bertanya khabar dengan penduduk setempat.Majlis yang dijalankan di Kampung Sarikan, Nabawan itu turut dihadiri kira-kira 1,000 penduduk yang datang tanpa dipaksa atau diberi upah bagi meramaikan majlis. Anwar sekali lagi mengulangi janjinya menyerahkan 20 peratus royalti minyak kepada Sabah berbanding hanya lima peratus yang diberikan BN sehingga kini.Malam ini pula, Anwar dijangka akan bertemu dengan masyarakat Sipitang di Kampung Gadung, Lumada bersama-sama dengan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin, ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburung dan Senator Majiol Mahap yang keluar BN bulan lalu.Dikhabarkan ada berita gembira akan diumumkan Anwar malam ini namun ia hanya akan diketahui apabila majlis tersebut yang bermula jam 9.30 malam ini.Sama-samalah kita nantikan pengumumannya tidak lama lagi. ~mpr Iklan |
Akhirnya.. Najib Mengakui Dirinya Bermuka-Muka Posted: 12 Oct 2012 08:29 PM PDT KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan George Soros di New York dua tahun lalu.Menurut Najib, pertemuan dua tahun lalu dibuat atas permintaan Soros sendiri dan baginya ia tidak menimbulkan sebarang masalah."Memang saya ada berjumpa Soros atas permintaan beliau, ini tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, malam ini. Sambil berkata ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, "tak perlu dibimbangi.""Tidak ada isu untuk menjatuhkan kerajaan. Tak bincang pun untuk dapat kewangan. Tak ada niat jahat."Beliau (Soros) mahu jumpa saya. Hakikatnya, selepas Tun Mahathir datang terlebih dahulu untuk jumpa dengan dia," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.Beberapa pihak mendakwa Najib dan Dr Mahathir pernah mengadakan pertemuan dengan Soros. Sehubungan itu mereka meminta agar Najib memberi penjelasan segera di sebalik laporan media bahawa beberapa pihak menerima dana daripada institusi milik jutawan tersebut. ~sinar Iklan |
Patutlah Najib Beria-Ria Nak Swastakan KTMB Posted: 12 Oct 2012 06:56 PM PDT KUALA LUMPUR - KEADILAN bimbang aset dan pegangan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dianggar berjumlah RM50 bilion tergadai selepas diserah kepada MMC Corporation Berhad, kata Senator Syed Shahir Syed Mohamud. Katanya, syarikat milik jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari itu tidak mungkin mengambil alih KTMB yang pada asasnya memberi perkhidmatan kepada rakyat, tanpa sebarang keuntungan. "Persoalannya mengapa Syed Mokhtar berminat (mengambialih KTMB)? Jika kita lihat aset kepunyaan KTMB antaranya (adalah) tanah. "Kedudukan tanah KTMB adalah di semua kawasan strategik di negara ini seperti di Butterworth, Ipoh, Kuala Lumpur, Gemas dan Johor Bahru," katanya kepada Keadilandaily. Beliau sebelum itu menyertai kira-kira 500 ahli Kesatuan Pekerja KTMB (RUM) berpiket di depan ibu pejabatnya di Jalan Hishamuddin, bagi membantah pengambilalihan itu. Tambah beliau, jika keputusan pengambilalihan itu dibuat berdasarkan pegangan hartanah yang dimiliki KTMB, ia bakal memberi pulangan lumayan kepada MMC Corp. "Jika itu kebarangkaliannya, maka itu kebimbangan kita. "Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada tanah KTMB di Singapura. Di Woodlands, Keppel Road, Bukit Timah hingga ke Tanjung Pagar. Nilainya berbilion ringgit," kata Syed Shahir. KEADILAN sebelum mendedahkan usaha penswastaan operasi KTMB kepada MMC Corp sebagai satu lagi usaha mengkayakan kroni BN. Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, pengambilalihan itu bermakna syarikat-syarikat yang dikawal Syed Mokhtar akan menguasai pengangkutan keretapi yang merupakan sektor terpenting di negara ini. ~kd Iklan |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan