Isnin, 3 September 2012

shalehudin

shalehudin


AIIKK!!! Pengerusi depa ada jawatan dalam Umno

Posted: 03 Sep 2012 09:00 AM PDT

Mahfuz: 'Kasut dibaling nyaris terkena saya'

Mahfuz (kanan) ketika hadir meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Kedah, kelmarin.

ALOR SETAR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar nyaris terkena balingan kasut oleh kumpulan Perkasa yang hadirmembantah majlis tazkirah Maghrib bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, malam tadi.

Katanya, balingan kasut itu yang disasarkan ke arah Anwar bagaimanapun, terkena jemaah yang duduk di sebelahnya.
"Kedudukan saya dengan Anwar ketika itu, hanya selang tiga orang. Saya terkejut apabila ada kasut (sandal) terkena orang di sebelah saya. 
"Rupanya kasut itu dilempar melalui tingkap masjid oleh ahli kumpulan yang membantah di luar masjid," katanya ketika dihubungi.
Mahfuz berkata, perbuatan melempar kasut ke dalam masjid adalah perbuatan biadap kerana mencemar rumah ibadat yang dihadiri jemaah untuk solat dan mendengar tazkirah.
"Mereka sanggup mencemar tempat suci dan saya anggap ianya suatu penghinaan kepada institusi masjid. Perbuatan itu tidak wajar sebab orang ramai datang untuk dengar tazkirah, bukan ceramah politik," katanya.
Menurutnya, kumpulan yang didakwa didalangi Perkasa Kota Setar itu dianggap tidak menghormati imam masjid tersebut kerana imam terlebih dahulu mengumumkan Anwar dibenarkan mengadakan tazkirah.
"Anwar mematuhi syarat ditetapkan iaitu hanya menyentuh isu agama dan pembangunan ummah, tanpa menyelitkan isu politik. Perbuatan melampau yang memberontak hingga ke dalam masjid itu seolah mahu menggambarkan tazkirah mempolitikkan masjid, sedangkan ia tidak berlaku," katanya.
Mahfuz berkata, tindakan Perkasa itu seolah provokasi politik pihak tertentu dan Umno tidak boleh menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu memandangkan Pengerusi Perkasa Kota Setar memegang jawatan dalam Umno.
"Saya kesal seorang pemimpin Umno bertaraf Datuk sanggup mengepalai gerakan mencemar rumah ibadat, dan gelaran itu wajar ditarik balik ekoran dianugerahkan oleh Sultan Kedah, selaku Ketua Agama Islam Kedah," katanya.
Menurutnya, penduduk memaklumkan mereka tidak kenal peserta yang membantah kerana bukan anak kariah.
"Ini bermakna mereka orang luar yang datang membuat kacau. Perbuatan mereka itu lebih biadap berbanding memijak gambar pemimpin," katanya.
Mahfuz berkata, sejurus 10 minit Anwar berucap, bekalan elektrik diputuskan pihak tertentu, menyebabkan jemaah terpaksa berpanas dan bergelap ketika mendengar tazkirah.
"Hanya lampu kecemasan berfungsi dalam masjid ketika itu. Bekalan elektrik kembali pulih ketika jemaah berdoa selepas menunaikan solat Isyak," katanya.
Kelmarin, sekitar 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu sebagai medan politik Anwar. Mereka seterusnya mengadakan bantahan di luar Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, tempat di mana Anwar menyampaikan tazkirah Maghrib.- SH


Auuwww... Melampau la you all neh...

Posted: 03 Sep 2012 08:26 AM PDT

MELAMPAU????


Hehehe.... Gua geli perut beb bila tertengok berita si Menteri Umno yang jaga KDN, Hishamuddin kata perbuatan pijak gambar Piem Umno dan isteri adalah tindakan melampau... Wakaka...

Woiitt... jangan pitnah plak...
Gua pun tak sokong kerja buat tak beradab camtu... PR bukan parti budak-budak, samseng lawan samseng. Kita amalkan sikap beradab dalam berpolitik... Gua cukup benci politik caci maki.

Tapi cuba la lu orang pikir... Ingat tak lagi bebudak yang kencing muka Hj Hadi ngan muka Nik Aziz ari tu? Ingat tak lagi kelaku samseng taik minyak yang mengencing muka Kit Siang dan Guan Eng ari tu? Apa pulak pendapat lu orang kisah tarian punggung-punggun Islam depan pompuan?

Gua pun heran dan tertanya-tanya beb...
Mana suara Hishamuddin masa tu?
Tak dengar plak NGO's yang ghairah nak buat repot Polis?
Tak dengar plak komen-komen pedas cam sekarang neh?

Tak kah ni semua secara tak langsungnya telah menyemai benih tidak apa pada anak-anak muda? Cuba lu orang renungkan sedalam-dalamnya kenapa perkara ini berlaku...... bukan ajaran UMNO ker... BANGANG btol laa...

Kahkahkah...


Apa kelas setakat mau tukar bendera beb...

Posted: 03 Sep 2012 02:10 AM PDT

WAHAI UMNO, KAMI FOKUS TUKAR KERAJAAN BUKAN NAK TUKAR BENDERA !!

MAKA hebohlah para pencacai Umno melakukan fitnah kononnya bila PR perintah, Jalur Gemilang akan bertukar. Dalil dan nas mereka adalah terjumpanya beberapa orang anak muda membawa bendera seperti di atas sewaktu rakyat turun beramai-ramai pada malam " Janji Demokrasi" di Dataran Merdeka semalam. Mereka berpandukan sehelai dua bendera di atas, tetapi mata mereka buta tidak dapat melihat ratusan bendera Jalur Gemilang yang juga turut dikibarkan di malam itu.

Oleh kerana sememangnya dikenali sebagai parti fitnah, mereka tidak boleh senang hidup tanpa fitnah. Jika sudah pasal bendera pun ingin dijadikan bahan fitnah, ertinya pemikiran mereka sudah sampai ke tahap longkang.

Wahai Umno, kami di dalam PR bukan mahu tukar bendera tetapi kami mahu tukar kerajaan dan dasar korup yang kamu amalkan itu. Walaupun kita tahu anak-anak muda sekarang sudah bijak dan tahu cerita sejarah "Sang Saka" dan sejarah "Jalur Gemilang", tetapi objektif kami di dalam PR jauh dari memikirkan soal tukar bendera.

Jika pun bendera negara kita ditukar, tetapi masih tetap dengan pemimpin korup dan zalim tiada ertinya. Arahkan lah media-media murahan kamu itu untuk mainkan isu bendera tersebut, tetapi fokus kami, rejim Umno wajib ditumbangkan kerana yang zalim dan korup itu bukan bendera. Bendera tidak salah walaupun mungkin tidak betul./wfauzdin.blogspot.com


PANAS: Tamrin BONGKAR hasrat Ghafar Baba

Posted: 02 Sep 2012 10:45 PM PDT

Ghafar Baba nak tubuh parti baru selain Umno

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Umno, Tun Ghafar Baba mahu menubuhkan sebuah parti baru selepas beliau kecewa dengan Umno yang didakwanya telah lari dari perjuangan asal.

Perkara ini dedahkan oleh anaknya Datuk Tamrin dalam ceramah sulungnya selepas menyertai PAS di Bukit Katil, Khamis lalu.
"Lebih 10 tahun sebelum Pak Ghafar meninggal, beliau berhasrat menubuhkan sebuah parti lain selain dari Umno. 
"Fasal Pak Ghafar tengok Umno tidak boleh pergi lagi dah. Dia telah menyiapkan perlembagaan parti dan dia bincang dengan saya. 
"Dia bincang dengan saya tetapi saya tentang…saya kata u dah umur meningkat, 70 tahun lebih. Kita duit pun tak ada, jentera pun tidak ada. 
"Jauh dari TV, surat khabar, kita tak ada. Dulu Tengku Razaleigh (Semangat) 46 mati tidak tahan. Bagaimana kita nak lawan, kita lupakan saja," kata Tamrin.
Menurut bekas ahli Parlimen Batu Berendam itu berkata, beliau kini menyambung perjuangan ayahnya.

Ghafar yang menjadi Timbalan Perdana Menteri dari 1986 hingga 1993 meninggal dunia pada 23 April 2006 pada usia 81 tahun.

Dalam ceramahnya, Tamrin mendakwa Perdana Menteri sekarang merupakan kawan baik beliau, tetapi menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berbelanja mewah untuk membeli undi bagi menghadapi pilihan raya.

`Beli undi'

Katanya, Najib melakukan seperti semasa beliau bertanding Ketua Pemuda dan Naib Presiden Umno dulu.
"Dia beli undi macam dia bertanding Ketua Pemuda, bertanding Naib Presiden Umno. Saya ingat Pemuda diberi kad kredit BSN masa tu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jadi pengerusi. 
"Macam mana pegawai-pegawai beri duit kepada Pemuda untuk sokong dia (bertanding Ketua Pemuda), begitu juga untuk Naib Presiden Umno," dakwa Tamrin lagi.
Kata Tamrin lagi, negara diambang bangkrap ekoran perbelanjaan Najib secara berleluasa menjelang pilihan raya.

Beliau mendakwa, wang dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan bagi tujuan tersebut.

Tamrin juga membidas Najib menggunakan wang kerajaan untuk majlis sambutan hari jadi serta pertunangan anak perempuannya.
"Saya seronok Najib naik. Najib ni kawan baik saya masa sama-sama dalam Pemuda Umno, masa Datuk Suhaimi Kamaruddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
"Tetapi tak sampai empat tahun memerintah, Tun Dr Mahathir kata rasuah lebih teruk. Hari ini Najib kelam kabut, buat apa pun tak kena," tambah beliau lagi.- FMT


SAH: Fathul Bari tak akan nampak BENDA neh...

Posted: 02 Sep 2012 07:49 PM PDT

Sebentar tadi (jam 9.00 pagi) saya menonton rancangan Assalammualaikum TVAlhijrah. Ada ibu kpd seorang pelajar menelefon secara langsung mengadu akan hal anaknya yg dikerah hadir ke Perhimpinan / Konsert Merdeka (Janji Ditepati) di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Anaknya diarahkan utk hadir ke sekolah seawal jam 11 pagi dan bas sekolah bertolak jam 12 tgh hari. Ibu mengekori bas dgn kereta sendiri. Si Ibu kesal kerana anaknya dan semua pelajar tdk dapat solat Jumaat. Sesampainya di Bukit Jalil Si Ibu melihat ramai lagi petugas muslim tidak solat Jumaat. Solat Asar dan Maghrib juga hanyut.

Mungkin tdk menyangka panggilan sebegitu, penerbit 'Assalamualaikum' tdk sempat memutuskan talian namun cepat-cepat Ustaz Izhar yg mengendalikan slot itu memotong percakapan Si Ibu tadi dengan alasan masa tidak mencukupi. Tapi dah terlambat, seluruh Malaysia yg menonton rancangan itu sudah tahu perkara yang sebenar.

MERDEKA! MERDEKA! - FB


TENGOK SUDAH, tolong jangan kata apa...

Posted: 02 Sep 2012 06:08 PM PDT

 
TENGOK SUDAH...
Tolong jangan kata apa-apa... okey...
Nanti lunyai aku kena hentam kata nak fitnah dia...

Kahkahkah...

Anwar Diserang PERKASA Dalam Masjid di kedah!

Posted: 02 Sep 2012 04:23 PM PDT

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kini diserang semasa memberi tazkirah dan kuliah agama di Kedah!

Menurut saksi kejadian, Anwar diserang sekumpulan ahli yang mengaku PERKASA dengan membaling selipar ke arah mimbar masjid tempat Anwar sedang mengadakan kuliahnya yang dihadiri lebih 200 jemaah di Masjid Seberang Pumpong, Alor Setar dalam rangka jelajah Merdeka Rakyat yang bermula Jumaat lalu.

Selain dilempar selipar, anggota Perkasa turut memutuskan bekalan elektrik ke masjid tersebut menyebabkan jemaah bergelap dan kuliah agama diteruskan menggunakan pembesar suara masjid menggunakan bateri.

Mereka juga mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Anwar dan para jemaah dengan mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat itu sebagai pendusta dan ejen Yahudi selain membuat bising dnegan membunyikan hon kereta dengan tujuan untuk mengganggu Anwar memberi kuliah.

Ketua Perkasa yang bernama Dato' Yusof mengugut akan bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta tetapi Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliahnya walaupun bergelap.

Menurut saksi kejadian itu lagi, kumpulan Perkasa berkenaan sudah mengikuti rombongan jelajah Anwar sejak dari Kuala Perlis lagi tetapi mereka tidak melakukan apa-apa perkara yang tidak diingini sehinggalah kejadian sebentar tadi berlaku selepas solat fardu Maghrib.

Manakala pihak polis sudah berada di perkarangan masjid bagi mententeramkan keadaan termasuk mengusir puak Perkasa dari masjid tersebut tanpa sebarang tindakan diambil dan hanya sampai sejam kemudian.

Anwar kini berlindung sementara di kediaman imam masjid tersebut manakala pengawal peribadinya yang difahamkan cedera kini dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Pengawal lain mengawal ketat keselamatan Anwar dengan berkawal di sekeliling rumah imam yang kesal dengan kejadian ini.- FB


Rasa macam TAK CANTEK ja berita neh...

Posted: 02 Sep 2012 12:00 PM PDT

Polis 'buru' individu mahu tukar bendera

Polis menggesa individu ya ng terlibat membawa bendera alternatif "Sang Saka Malaya" dan pihak yang dalam perhimpunan "Janji Demokrasi" pada malam merdeka tampil membantu siasatan.


Menurut kenyataan dalam Facebook, Bukit Aman berkata, ketua polis negara memandang serius perbuatan itu kerana ia bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.

Pasukan keselamatan juga meminta pihak dan saksi kejadian memijak gambar perdana menteri dan isteri turut tampil.

Menurut kenyataan itu lagi, siasatan kini sedang dijalankan di bawah seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan, seksyen 504 dan 509 Kanun Keseksaan.

Semalam seorang pemblog pro-Umno telah menyalahkan perbuatan tersebut kepada penganjur Janji Demokrasi dengan menuduh bahawa mereka turut mahu menukar bendera kebangsaan, Jalur Gemilang.

Menjawab dakwaan itu, juga di blog, penulis yang memperkenalkan diri sebagai "Serigala Selatan" semalam mengaku bertanggungjawab mengibarkan Sang Saka Malaya tetapi tidak berniat menggantikan dengan Jalur Gemilang.

Katanya, beliau membawa bendera itu sebagai mahu memperingatkan orang ramai tentang sumbangan tokoh sejarah ke arah kemerdekaan.- Malaysiakini


Tiada ulasan: