BRIGED MP SEGAMBUT |
Posted: 03 Sep 2012 01:53 AM PDT PAS menjangkakan bajet 2013 yang akan dibentangkan oleh kerajaan pada September ini sarat dengan 'gula-gula' menghadapi pilihanraya umum ke-13 (PRU13) nanti. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau yakin Umno BN akan menggunakan peluang semaksima mungkin untuk menarik sokongan rakyat. "Sudah pasti bajet ini menjadi kosmetik sepenuhnya untuk mereka menghadapi PRU13 nanti. "Saya pasti peluang ini akan digunakan semaksima mungkin untuk mereka mendapat sokongan dari seluruh rakyat dan juga liputan yang meluas," katanya. Beliau yang juga ahli parlimen Bukit Gantang juga menjangkakan bajet kali ini lebih tertumpu kepada kakitangan awam dan orang kampung. "Kalau hanya melalui pemberian 'one off' di luar musim bajet, impak yang mereka perolehi tidak memberangsangkan dan itu yang dialami oleh mereka sebelum ini terhadap pemberian tayar percuma serta RM500 kepada rakyat," jelasnya. Mengulas pertaruhan BN kepada bajet itu nanti, Nizar berkata ianya mungkin menjadi kayu ukur kepada Najib untuk membubarkan parlimen selepas melihat reaksi rakyat terhadap pembentangan bajet itu. Menteri kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan sebelum ini berkata draf bajet 2013 akan dibentangkan kepada jemaah menteri pada mesyuarat kabinet Rabu ini. Bajet 2013 yang turut merangkumi cadangan serta maklum balas daripada pelbagai pihak, termasuk kumpulan tumpuan, agensi kerajaan serta sektor-sektor perindustrian itu, akan dibincangkan pada mesyuarat itu nanti |
AMK: Bendera alternatif pandangan peribadi Najwan Posted: 03 Sep 2012 01:12 AM PDT Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin berkata, mereka tidak pernah membincangkan bendera rekaan timbalan ketua penerangannya Najwan Halimi itu. Bahkan, kata Shamsul lagi, rekaan itu juga dikemukakan pada 2007 sebelum Najwan dilantik sebagai pemimpin AMK. "Saya percaya rekaan itu merupakan pandangan beliau dan manifestasi beliau sebagai seorang anak muda yang memberikan satu penilaian sejarah. "Saya percaya elemen merah dan putih menjadi satu asas kepada rekaan beliau. Cuma Utusan mengaitkan dengan pemimpin AMK. "Oleh kerana beliau sekarang timbalan ketua penerangan AMK, apa yang dilakukannya pada 2007, saya fikir tidak ada masalah, dan tidak harus dikaitkan dengan pendirian sayap muda PKR," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan