Isnin, 3 September 2012

Addin

Addin


Dr. Asri Sindir Dr. Hassan Ali Di TV Al-Hijrah

Posted: 03 Sep 2012 09:48 AM PDT


Sebentar tadi, iaitu pada jam 10 malam..  Addin berkesempatan menonton TV Al-Hijrah. Menerusi program Bicara telah menjemput Dr. Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis dan Dr. Hassan Ali. Dalam bual bicara Dr. Asri telah menyindir Dr. Hassan Ali.

Menurut Dr. Asri, beliau hairan kenapa di Malaysia ini masih ada yang perjuangkan Islam mengikut bangsa. Dr. Asri menyatakan agama Islam adalah bukan hak eksklusif bangsa Melayu.

Agama Islam adalah universal, tanpa sempadan dan boleh di anuti oleh semua bangsa. 


Dalam konteks Malaysia, kegagalan penyebaran agama Islam dikalangan bukan Melayu adalah kerana Melayu menganggap Islam adalah hak eksklusif bangsa Melayu itu sendiri.

Manakala, kelihatan ucapan Dr. Hasan Ali berkisar tentang keistimewaan bangsa Melayu, masih menebal dengan sikap rasisnya. Apapun pertembungan Dr. Asri dan Dr. Hassan Ali boleh di ibaratkan buku dengan ruas..

Gambar ~pejuang rakyat


Najib Kecut Perut Jawab Isu Daniyar Nazarbayev

Posted: 03 Sep 2012 07:47 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 September: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kemunculan bakal menantunya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan, Pahang, 26 Ogos lalu. Anak Najib, Noryana Najwa (tengah) bersama tunangnya, Daniyar (kanan) pada majlis sambutan Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan Pahang.

Ketua Penerangannya, Lee Khai Loon berkata, Najib perlu menjawab dan menjelaskan kedudukan sebenar bakal menantunya, yang sedang diburu pihak berkuasa antarabangsa."Najib perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung isu ini, bakal menantu beliau bukan orang biasa kerana terlibat dalam jenayah berprofil tinggi.

"Rakyat juga berhak mengetahui siapa bakal menantu beliau kerana Najib merupakan pemimpin tertinggi negara."Kita tidak mahu nama negara terjejas di mata dunia kerana menyembunyikan seorang penjenayah," katanya ketika dihubungi.

Bakal menantu Najib, Daniyar Nazarbayev sebelum ini dilapor menghilangkan diri kerana diburu pihak berkuasa antarabangsa berhubung penipuan terhadap bapa tirinya, Bolat Nazarbayev melibatkan seunit kondominium mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).

Keadilan Daily sebelum ini juga melaporkan seorang lelaki menyerupai Daniyar sedang menjalani latihan ketenteraan dengan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia di kem askar Port Dickson. ~kd

Panas!! Agensi Kerajaan Persekutuan Guna Slogan Kemerdekaan Pakatan Rakyat

Posted: 03 Sep 2012 05:18 AM PDT



Gambar nih Addin perolehi daripada e-mel yang di hantar pada 30 Ogos lepas. Gambar nih di hantar bersama mesej ucapan hari kemerdekaan dari sebuah agensi kerajaan persekutuan. Apa yang menarik berkenaan gambar di atas?

Cuba perhatikan pada slogannya "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".. slogan tersebut adalah tema kemerdekaan Pakatan Rakyat.

Tema kemerdekaan Pakatan Rakyat

Addin tak pasti kenapa jadi sebegini? Adakah mereka semua nih keliru tak tahu mana satu tema kemerdekaan kerajaan pusat di bawah Umno BN ataupun memang mereka memilih slogan nih kerana sangat bertepatan.

Ye lah.. umum mengetahui tema kemerdekaan kerajaan pusat Umno BN "Janji Di Tepati" terlalu berbaur politik.

Mungkin jugak ianya menunjukkan sokongan terbuka penjawat awam ke atas inisiatif yang di lakukan oleh Pakatan Rakyat dalam menyambut kemerdekaan negara kita yang ke 55.

Addin :

Dari hari ke hari, makin berani penjawat awam menujukkan sokongan pada Pakatan Rakyat..


Rosmah Memang Bersalaman Dengan Pelajar Tahfiz.. Gambar Sebagai Bukti

Posted: 03 Sep 2012 12:05 AM PDT

alt

Sah!! memang Rosmah bersalaman dengan pelajar tahfiz.. tak percaya lihat gambar nih bukan superimpose. Selepas nih janganlah ban Addin pulak.. kononnya berpaling tadah.

Tulisan nih bukannya nak mengaibkan sesiapa pun tapi sekadar menegur. Tak salahkan kalau menegur dan nasihat menasihati.

Addin harap lepas nih sahabat-sahabat blogger Pakatan Rakyat lebih berhati-hati dan menyelidiki sebelum mengeluarkan posting, sebab Addin sendiri pernah mengalami situasi seperti ini. Teruk kena hentam..

Yang paling tak syoknya lidah rasmi parti pun mengeluarkan posting tersebut (baca sini). Sebelum ini Addin ada jugak posting cerita nih (baca sini). Moga kita sama-sama memperbaiki kesilapan dari masa ke semasa. Menegur bukan bererti membenci tapi sebagai tanda SAYANG..

Teguran ikhlas dari Addin..

Benarkah Gangnam Bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’?

Posted: 02 Sep 2012 07:36 PM PDT


Beberapa hari ini ada sistem pesanan ringkas (SMS) dan twitter yang berlegar dengan kata-kata berikut;  Gangnam bermaksud 'Saya Ingin Menjadi Yahudi' sebarkan untuk Agama Islam. #ShareThis ! Subhanallah.

Macam-macam sekarang nih.. yang penting kita perlu berhati-hati daripada terjebak perangkap golongan yang mahiu menyesatkan umat Islam. Ustaz Azhar Idrus pun telah menjawab berkenaan isu Gangnam Style nih.. baca sini.

Tapi yang pasti video Gangnam Style nih memang tidak senonoh serta meruntuhkan akhlak golongan remaja sekarang. Apa yang menarik berkenaan video nih Addin pun tak tau..
Benarkah itu maksud gangnam style? Blogger nih menghuraikan isu berkenaan;


Jangan Malukan Umat, Ini Maksud Sebenar 'Gangnam'

Memang tak senonoh video clip Oppa Gangnam Style nyanyian PSY yang menjadi viral secara tiba-tiba di Asia dan Amerika Syarikat. Tetapi sesenonoh mana pula penyebaran dakyah kononnya untuk kebaikan umat Islam bahawa Gangnam bermaksud "Saya Ingin Jadi Yahudi" ?

Jawapannya tiada faedah, malah memalukan umat Islam kerana bila tiba ke pengetahuan masyarakat bukan Islam, umat Islam akan dipermalukan dengan celaan seperti 'bodoh' , 'tak buat kajian' dan 'cetek ilmu'.

Jadi, apakah Gangnam itu?

Technically, 'Gangnam' means Seoul south of the Han River. (gang = river, nam = south) . But in general sense, when Koreans say Gangnam, they refer to a particular district called 'Gangnam-gu'.This district, or gu, is one of the most well-off areas in Seoul, and here you can see the fanciest buildings and the busiest workers and students in Korea.

Seperti yang tertulis di Wikipedia :

Gangnam-gu is one of the 25 gu (local government districts) which make up the city ofSeoul, South Korea. It is one of the most affluent areas of Seoul and is located in the southeast of the city. It is served by Seoul Subway Line 2, Seoul Subway Line 3, Seoul Subway Line 7, Seoul Subway Line 9, Bundang Line and the Sin Bundang Line. 
Menurut orang Korea, Gangnam-gu merupakan kawasan dalam Seoul yang dihuni artis-artis, penuh dengan bangunan rekaan moden, mahal, ada style dan mereka menyamakan Gangnam dengan Beverly Hills di Amerika Syarikat.

Oppa pula ialah panggilan hormat mereka kepada lelaki yang lebih tua seperti kita menyebut 'abang' atau 'encik' . Maka mamat gemok yang popular tiba-tiba itu menyanyikan lagu yang bertajuk ' cara encik gangnam'.

Negara Yahudi sebesar Amerika Syarikat pun tak pernah ada tempat dengan nama bermaksud "I wanna be Jews".

Seharusnya kita tidak sembrono menyebarkan sesuatu yang memalukan kita umat Islam secara keseluruhan akibat perbuatan dangkal hasil tangan puak-puak tertentu yang belum tentu lagi kita tahu pegangan akidah mereka. Boleh jadi ia dilakukan oleh orang kafir sendiri bagi memalukan umat Islam. ~ipohmalay

Himpunan Hijau Raub Langgar 2 Syarat Daripada 16 Syarat

Posted: 02 Sep 2012 05:51 PM PDT


Kalau himpunan yang di anjurkan oleh selain dari Umno apa syarat pun tak letak. Jikalau himpunan yang di anjurkan oleh NGO ataupun Pakatan Rakyat pasti akan di letakkan berapa banyak syarat untuk menyusahkan penganjur.

Kekadang himpunan yang di anjurkan oleh Umno tiada permit pun tak per. Inikah sifat double standard yang dia amalkan oleh pihak polis. Terbaru, Himpunan Hijau Raub di berikan sebanyak 16 syarat oleh pihak polis. perghh!! memang cukup banyak.


Himpunan Hijau Raub langgar 2 syarat

RAUB – Penganjuran Himpunan Hijau Raub berlangsung di Kompleks Majlis Daerah Raub petang tadi melanggar dua syarat yang dipersetujui sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, sepanjang program berlangsung selama dua jam, peserta didapati membawa kanak-kanak bawah 15 tahun dan mereka juga mengadakan perarakan.

Menurutnya, tindakan wajar akan diambil mengikut peraturan ditetapkan bagi setiap kesalahan yang dilakukan.

"Sebelum ini penganjur sudah menandatangani akujanji untuk mematuhi 16 syarat ditetapkan termasuk tidak membawa kanak-kanak dan tidak mengadakan perarakan.

"Tetapi semasa program ini berlangsung mereka didapati melanggar dua daripada 16 syarat itu," katanya pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, hari ini.

Dalam perkembangan lain, penganjuran program Himpunan Hijau Raub berakhir dengan sedikit kekecewaan apabila wakil Raub Australian Gold Mining (RAGM) gagal hadir pada waktu ditetapkan walaupun penganjur sudah menunggu sehingga setengah jam.

Perhimpunan yang seharusnya berlaku dalam kawasan ditetapkan bertukar menjadi perarakan apabila penganjur nekad menghantar sendiri memorandum ke lokasi perlombongan emas di Bukit Koman.

Wan Mohd Samsudin berkata, perarakan itu berjaya disekat di pertengahan jalan bagi tujuan keselamatan dan keamanan.

Katanya, memorandum yang dibawa penganjur pula diambil untuk diserahkan kepada RAGM tanpa perlu penganjur Himpunan Hijau berbuat demikian.

"Sebenarnya wakil RAGM ada hadir tetapi mereka sedikit terlewat dan masuk melalui pintu hadapan dekat Kuarters Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Kudin dan peserta serta penganjur pula terus meluru keluar menerusi pintu berhampiran gelanggang futsal di bahagian belakang.

"Kita (polis) mengambil memorandum pada pertengahan jalan agar tidak berlaku kekecohan dan penganjur juga memberi kerjasama menangani situasi ini," kata Wan Mohd Samsudin. ~sinar


Gambar Lautan Manusia Hadiri Ceramah Anwar Di Alor Star Selepas Di Serang Oleh PERKASA

Posted: 02 Sep 2012 04:45 PM PDT









Tiada ulasan: