Jumaat, 21 September 2012

shalehudin

shalehudin


TAHNIAH: Bukan Islam antara ribuan bantah hina Nabi

Posted: 21 Sep 2012 08:03 AM PDT

Pimpinan KEADILAN bukan Islam antara ribuan bantah hina Nabi

KUALA LUMPUR 21 Sept: Ribuan umat Islam hari ini menyertai himpunan di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Himpunan "Expresi Hijau Kasih Nabi" itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.


Mengikut HarakahDaily, dianggar hampir 5,000 menyertai himpunan termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam.


Antara yang berada di barisan hadapan ialah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

Mereka menggunakan lori sebagai pentas bergerak di samping beberapa pimpinan di atasnya menyampaikan ucapan.

Mereka melaungkan slogan 'hancur Amerika, hidup Islam, kami sayang nabi' sambil membawa poster dan kain rentang mengecam tindakan biadap penerbit filem berbangsa Yahudi, Sam Bacile itu.

 
Perarakan turut dikawal pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS Pusat sementara lebih 200 anggota polis berkawal di hadapan bangunan kedutaan.

Salahuddin dalam ucapannya mendesak Presiden Amerika Barack Obama memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas penghinaan yang dibuat penerbit filem Amerika itu.
"Kita orang Islam hormat agama lain. Kita hormat Yahudi, Budha, Sikh dan sebagainya. Oleh itu kita minta Amerika memohon maaf kepada umat Islam.
"Jangan hina nabi kami, kelak akan mengundang padah. Kami sayangkan nabi dan agama kami. Kita rela pertahankan dalam apa juga keadaan," katanya.
Tian Chua dalam ucapannya berkata, mewakili kaum Cina beliau kesal dengan tindakan penghinaan terhadap agama Islam.

Beliau juga mendakwa isu ini bukan isu agama Islam semata-mata malah juga berkait dengan isu kemanusiaan sejagat.
"Kita perlu tunjukkan semangat setiakawan. Penghinaan ini harus dihentikan dan Amerika perlu ambil tindakan segera. Kita tidak mahu berlaku pertembungan antara agama," ujarnya.
Sementara itu, Tuan Ibrahim, Nasrudin Hassan dan Tian Chua dilihat masuk bertemu dengan wakil kedutaan.

Sementara menunggu pertemuan dengan wakil kedutaan selesai, pidato di luar pagar bangunan kedutaan diteruskan.

Antara yang berucap termasuklah Timbalan Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, dan Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Nasruddin ketika bercakap kepada media selepas keluar dari bangunan itu berkata, pihaknya kesal dengan layanan wakil kedutaan yang enggan bertemu dengan pihaknya untuk menerima memorandum.

Menurutnya, tiada wakil pejabat kedutaan yang turun melainkan hanya menghantar pengawal keselamtan dan ianya sekali lagi menunjukkan sikap biadap negara itu.
"Ini adalah penghinaan berpanjangan. Dahulu Denmark telah menghina nabi dan sekarang berulang lagi.
"Mereka tidak boleh menghina agama laian walaupun mereka berkuasa. Kita tidak akan benar apa jua bentuk terhadap agama Islam ataupun agama-agama lain," katanya.
Beliau juga mengumumkan himpunan serupa akan diadakan di seluruh negara pada Jumaat akan datang beserta munajat perdana bagi menyatakan kecintaan pada nabi.

Sementara itu, sekumpulan peserta himpunan dilihat turut membakar kain rentang yang bercetak bendera amerika dan Israel sebagai tanda bantahan.

Himpunan tersebut kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.20 petang selepas bacaan doa penutup oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.- KD


Lunyai la Cina ni lepas neh... kahkahkah...

Posted: 21 Sep 2012 06:35 AM PDT

Yang ni tak pa pasai Nazri tak berani nak MARAH... kahkahkah...


Polis perlu buka kertas siasatan kenyataan Ngeh: Nazri


PADANG RENGAS: Polis perlu membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham di laman twitternya yang mempersoal tindakan umat Islam membantah filem 'Innocence Of Muslims', kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata, tindakan Ngeh itu menimbulkan kemarahan umat Islam yang memprotes filem ternyata menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW.
"Banyak pihak membuat laporan polis berhubung perkara itu dan berharap polis akan menyiasat perkara itu. 
"Selepas polis membuka kertas siasatan, ia akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara. Peguam Negara yang akan menentukan perkara itu perlu disiasat menurut seksyen mana," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Guru peringkat daerah Kuala Kangsar di sini, hari ini.
Setakat ini, sebanyak 237 laporan polis dibuat terhadap Ngeh di Perak.

Dalam laman twitternya, Ngeh didakwa mempersoal rancangan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk menganjurkan protes terhadap klip video itu, dan menyatakan sama ada umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga mengenai isu itu.

Filem bajet rendah YouTube itu, yang diarah Sam Bacile dari California menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW sehingga mencetuskan protes ganas di seluruh negara Islam.

Mohamed Nazri berkata, sudah terlambat untuk Ngeh membuat penjelasan dan meminta maaf kepada umat Islam kerana ketika membuat sebarang kenyataan secara umum, apa yang penting ialah bukan apa yang beliau (Ngeh) fikirkan sebaliknya apa yang orang lain lihat tentang kenyataan itu.
"Saya juga merasa marah dengan tweet (Ngeh) itu. Bagi saya ia adalah satu perkara yang serius," katanya. - BERNAMA

TEBAI mana gamaknya kulit muka Najib noo...

Posted: 21 Sep 2012 04:00 AM PDT

Najib ketinggalan, teroka Google Hangout selepas Anwar

Sangat memalukan apabila pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Razak menjadi orang nombor dua selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tuan rumah mengendalikan sesi Google Hangout 17 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya terdesak melihat sokongan anak muda yang condong kepada Pakatan Rakyat, sebab itu terpaksa meniru aktiviti yang dilakukan Anwar.
"Walaupun Umno cuba pelbagai cara, namun masih tak dapat memenangi hati anak muda. Tidak seperti kita yang memperkenalkan dasar-dasar yang disetujui golongan itu, seperti kempen Turun Harga Kereta, dan mansuh PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), itu yang penting bagi rakyat," jelas Sim.
Katanya, melalui program ini, kerajaan dilihat ketandusan idea dalam memenangi hati golongan muda.
"Kesimpulannya, Umno BN memang kering idea dalam memperkenal dasar baru, terutama kepada golongan muda. Mereka hanya tahu bagi RM500. Jika sebuah parti itu tidak mendapat sokongan belia, parti itu tidak akan kekal lama," katanya ketika dihubungi.
"Lagipun, Umno hanya mendapat sokongan orang tua, sebab orang muda tak suka gejala rasuah, penyewengan dan lain-lain yang dilakukan Umno," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak itu lagi.
Difahamkan Perdana Menteri akan menjawab soalan dalam sesi sejam forum online dari 4 petang pada 29 September ini, sehari selepas beliau membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Anwar merupakan ahli politik pertama Malaysia dan di Asia Tenggara menerokai Google Hangout, yang membolehkan mesyuarat maya sehingga 10 orang atau disiarkan kepada berjuta-juta penonton dalam talian.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menjadi tuan rumah Google Hangout pada Januari lepas sebagai sebahagian daripada kempen pemilihan semula. Forum ini datang dalam bentuk sambungan video secara langsung dan soalan video YouTube.

Acara Borak Bersama Anwar yang disiar secara langsung melalui Youtube, Google Hangout dan facebook itu, mendapat sambutan hangat dari pengguna internet di Malaysia mahupun di luar negara.

Soalan tertumpu kepada polisi Pakatan Rakyat dan perancangan selepas menawan Putrajaya, selain pandangan Ketua Umum KEADILAN itu terhadap beberapa topik.

Soalan santai termasuk minat terhadap filem Hindustan dan perkembangan bola sepak turut diajukan. Anwar juga menjawab dan membidas provokasi Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang pada sesi itu.- KD


Pengajaran terbaek buat cina neh...

Posted: 21 Sep 2012 01:03 AM PDT

IPOH, 20 SEPTEMBER: Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham hari ini memohon maaf dan menarik balik kenyataannya di laman Twitter yang telah menimbulkan kontroversi serta kemarahan sebahagian masyarakat Islam.

Sambil menyatakan pendirian bahawa kenyataan beliau tidak langsung bermaksud untuk menghina Islam, Ngeh berkata bahawa kenyataannya itu telah diputar belit media UMNO-BN dan ini merupakan satu pembohongan.

Menjelaskan keadaan sebenar, Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, kenyataan Twitter beliau itu dikeluarkan setelah menonton laporan berita CNN, BBC dan Al-Jazeera yang memperlihatkan banyak insiden protes terhadap filem yang diterbitkan Sam Bacile, yang beliau sifatkan sebagai 'orang gila'.

Ujar beliau lagi, kenyataan twitter itu dibuat dengan mengambil kira insiden keganasan yang berlaku serta setelah membaca laporan berita di Malaysiakini bahawa Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin merancang untuk menganjurkan protes besar-besaran pada Jumaat ini.

Katanya beliau sebenarnya tertanya-tanya, adakah umat Islam wajar menghabiskan begitu banyak masa dan tenaga untuk memberi respon kepada sebuah video 13.5 minit yang diterbitkan oleh seorang gila bernama Sam Bacile.
"Saya cuma mahukan masyarakat kita berfikir dengan lebih mendalam untuk mengambilkira bagaimana kita memberi respon terhadap sebarang isu maupun provokasi," katanya.
Dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan hari ini, beliau menyatakan dua pendirian jelas untuk mengutuk sekeras-kerasnya video tersebut termasuk pihak penerbitnya kerana memperkecil dan menghina kepercayaan dan agama lain sepertimana pendirian rasmi DAP yang dikeluarkan 16 September 2012 lalu.

Ngeh turut menegaskan bahawa beliau tetap menyokong hak individu untuk menganjurkan perhimpunan aman sepertimana dijamin Perlembagaan Persekutuan.
"Sepanjang 23 tahun terlibat secara aktif dalam politik. Saya sendiri telah menganjurkan banyak siri demonstrasi di Perak, dan turut ditahan polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 serta turut hadir berhimpun dalam Bersih 3.0," kata beliau.
Ngeh turut menyatakan perasaan selesa beliau terhadap pendirian ulama Islam tersohor, Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi yang mengetuai kesatuan antarabangsa Ulama Islam, Presiden Peguam Syarie Malaysia Musa Awang serta Ulama Muda UMNO, Ustaz Fathul Bari Jahaya yang turut berkongsi pendapat supaya mengambil jalan sederhana dalam memberi reaksi kepada isu tersebut.


BUKTI Mursyidul Am Umno neh memang kebal

Posted: 20 Sep 2012 09:50 PM PDT

Paku Dulang Paku Serpih

Saya percaya rata-rata umat Islam marah apabila Nabi Muhammad dipersenda sebegitu rupa dalam; 'Innocence of Muslims'. Saya juga turut mempunyai perasaan sebegitu rupa. Cuma saya berpendirian kita perlu lebih berhikmah dalam menangani masalah ini.

Soal penghinaan sejak dari zaman Rasulullah sendiri sudah ramai yang mempersendakannya, hatta nabi-nabi terdahulu juga tidak terlepas daripada penghinaan umatnya ketika itu. Ada beberapa perkara yang boleh kita semak semula supaya perkara ini dapat ditangani secara hikmah :

1) Sibuk memarahi individu yang menghina Islam tetapi kita terlupa melihat bangsa dan kaum sendiri yang menghina Islam dengan menolak hukum Islam.

2) Sibuk memarahi individu yang menghina Islam tetapi kita terlupa melihat individu yang memeluk Islam itu sendiri gagal mencerminkan akhlak Islam yang sebenar kepada penganut agama lain.

3) Sibuk memarahi individu yang menghina Islam tetapi kita terlupa pemimpin negara kita sendiri tidak kita mencerminkan sistem keIslaman yang sebenar-benarnya kepada negara bukan Islam yang lain.

4) Sibuk memarahi individu yang menghina Islam tetapi kita telah menyekat usaha-usaha pendakwah di negara ini ingin berdakwah kepada umat di negara ini samada Islam mahupun bukan Islam; Fiqh Ummah 2012.

5) Sibuk memarahi individu yang menghina Islam tetapi di negara kita sendiri dihidangkan dengan hiburan yang melupakan dan menjauhkan kita daripada agama. Hatta pemimpin negara sanggup menari dan menyanyi bersama anak muda atas alasan ingin menarik hati anak muda.

Saya tidak menolak inisiatif segelintir umat yang ingin turun berdemonstrasi berkaitan isu ini. Bahkan saya juga bersetuju akan usaha ini, cuma persoalannya mereka yang turut dalam demonstrasi ini adakah mereka benar-benar ingin menentang penghinaan terhadap Islam atau sekadar ingin mendapatkan popularitas sempena pilihanraya yang bakal diadakan.

Saya mencadangkan agar jika benar mereka ingin menentang setiap penghinaan terhadap Islam mahupun Nabi Muhammad; Rasul Agung, maka pastikan penghinaan dari dalaman dibersihkan terlebih dahulu. Jangan bertindak atas kepentingan popularitas politik semata tetapi pada masa yang sama pimpinan tertinggi dalam parti masih 'menghina' hukum-hakam yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Firman Allah dalam al Quran;
"Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan". (as-saff 2-3).


Pasai artikel ni la Mashitah disaman Hj Hadi

Posted: 20 Sep 2012 08:50 PM PDT

Skandal seks dan krisis politik dalam Pakatan

Oleh Dr Mashitah Ibrahim.
Penangkapan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang.

Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal, malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.

Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga.

Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.

Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan.

Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni).

Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu.

Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala.

Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.

Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi.

Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah.

Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.

Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun.

Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja.

Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.

Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya.

Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.

Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan.

Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah.

Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.

Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang.

Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain.

Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.


************************************


Ni pulak berita berkaitan, Hj Hadi telah failkan saman terhadap Mashitah Ibrahim, Timb Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

Setelah ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menyaman seorang doktor di Hosptal Kuala Lumpur (HKL) kerana memfitnahnya semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini turut melakukan tindakan serupa dengan menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim berhubung penyiaran artikelnya yang mengandungi unsur fitnah.

Saman tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.

Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Samsuri menyifatkan tulisan berbentuk fitnah tersebut keterlaluan dan memalukan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Sebelum ini kita sudah minta Mashitah dan Sinar Harian buat permohonan maaf terbuka tapi mereka tidak berbuat demikian maka kita ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan.

Sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut.

Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian bertajuk "Skandal seks dan krisis politik Pakatan", mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi.

Bagaimanapun, Sinar Harian yang menerbitkan artikel Mashitah telah membuangnya dari laman web mereka tetapi beberapa blog Pakatan Rakyat berjaya menyimpan dan mendedahkan semula di blog masing-masing.

SERBAN Ust Don pun ada orang pertikai ka?

Posted: 20 Sep 2012 04:22 PM PDT

Penjelasan terbaek dari Ust Azhar Idrus...

GANAS betoi mamat chef neh... [BACA]

Posted: 20 Sep 2012 12:00 PM PDT

Seorang chef mengaku merebus mayat isterinya

LOS ANGELES – Seorang chef mengaku merebus mayat isterinya secara perlahan-lahan selama empat hari sebelum menyembunyikan tulang wanita itu di kediaman ibunya, tiga tahun lalu.

David Viens memberikan kenyataannya itu semasa dirawat di hospital pada Mac 2011 selepas terjatuh ke dalam curam sejauh 24.4 meter di Rancho Palos Verdes, apabila menyedari namanya disenaraikan sebagai
suspek utama kes kehilangan isterinya, Dawn Viens, 39, lewat 2009.

Viens hadir pada perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi Los Angeles, kelmarin, berkerusi roda memberitahu dia telah memasukkan mayat isterinya ke dalam tong yang diisi 55 gelen air mendidih, sebelum menenggelamkan mangsa dengan pemberat dan menyebatikan daging mangsa dengan bahan buangan lain sebelum menghapuskannya.
"Di atas beberapa sebab, secara tiba-tiba saya menjadi ganas," katanya kepada pegawai penyiasat Richard Garcia, sambil mendakwa isterinya pernah melarikan diri ke kawasan pergunungan 16 bulan lalu kerana enggan memasuki pusat pemulihan dadah. -The Mail


Tiada ulasan: