Jumaat, 21 September 2012

PERAKITE

PERAKITE


Umno bersedia tinggalkan BN untuk sertai PAS..?

Posted: 21 Sep 2012 03:03 AM PDT

Umno meninggalkan Barisan Nasional dan menyertai PAS, sekurang-kurangnya begitu yang sepatutnya berlaku, bukan PAS diajak meninggalkan Pakatan Rakyat untuk bersekongkol dengan parti itu konon untuk memperjuangkan Islam. Hari ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin (yang mungkin rasa terdesak) mengajak PAS meninggalkan PR untuk menyertai parti itu kononnya untuk memperjuangkan agama Islam di negara ini. Semasa berucap pada himpunan membantah filem anti Islam, 'Innocence of Muslims' di Masjid Jamek, Kampung Baru di sini, Khairy, pelawaan itu memandangkan solidariti Pemuda Umno dan Pemuda PAS yang sedia terjalin membabitkan kecaman ke atas agama Islam. "PAS tak payah bersama DAP, keluar dari Pakatan. Kita berjuang demi agama. Kita bukan mahu berpolitik tapi hal ini membakar semangat kita. Jangan sentuh agama, Rasulullah serta agama-agama lain," tegas Khairy. Terdahulu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menyatakan hasrat mempelawa Nasrudin hadir pada majlis makan malam 'Cinta Rasul yang akan dianjurkan oleh Pemuda Umno. Majlis tersebut dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat dan beliau berharap PAS akan sudi menyertai majlis berkenaan.

kisah benar tragedi yang meragut nyawa pelatih PTD..

Posted: 21 Sep 2012 02:52 AM PDT

Pegawai kadet PTD arwah Adly Hasmi Abu Hassan telahpun selamat disemadikan. KSN pula memberitahu media siasatan rapi akan djalankan. Begitulah seringkali dikatakan. tahu apa2 yg berlaku. Menurut cerita tragedi yang berlaku itu menjurus kepada kecuaian jurulatih dan kesombongan untuk tidak mengguna peralatan keselamatan. Kisahnya bermula begini, kumpulan pegawai kadet PTD itu terdiri daripada 243 orang menjalani latihan ala tentera di Kem Wataniah Force 136 di Pekan. Pada hari kejadian, selesai makan tengah hari, mereka dikerah untuk menjalankan aktiviti water confidence dengan melintasi Sg Miang mengguna seutas tali yg direndahkan agar kepala berada di paras sungai. Dalam aktiviti water confidence ini, pelatih memakai pakaian lengkap tentera, tanpa life jacket, tanpa persediaan paramedik, tanpa ambulan,tanpa penyelamat menyeberangi sungai yang kedalamannya antara 3 dan 6 meter. Hanya tali itu sebagai alat keselamatan yg diikat pada badan bagi memastikan tidak terlepas dan dibawa arus. Pelatih melaporkan bahawa arus Sg Miang pada sesi berkenaan terlalu kuat dan beberapa kadet lain turut hampir lemas, tetapi menurut sumber, urussetia atau jurulatih terlalu berkeras dan enggan bertolakan dengan meneruskan aktiviti seperti biasa. Arwah Aldy mengadu kurang sihat, demam dan tiada water confidence untuk menyeberangi sungai pada ketika itu. Tetapi, jurulatih bertegas memaksa mangsa agar tetap meneruskan aktiviti tersebut. Apabila arwah mengalami kesakitan akibat kekejangan otot, pengsan seterusnya tenggelam sepenuhnya ke dalam air kira2 dua meter dari tebing, jurulatih memanggil2 mangsa dan akhirnya terjun untuk mnyelamatkannya. Setelah dibawa naik ke darat, mulut arwah telah berbuih dan CPR dilakukan 2 kali dengan bantuan kadet2 lain. Setelah arwah tetap tidak sedarkan diri 2-3 minit dan mulut terus berbuih, arwah dibawa ke hospital Pekan dengan menaiki van urusetia. Menurut sumber, Pemandu juga dilaporkan memerlukan bantuan untuk menunjukkan laluan terdekat ke hospital berdekatan. Mangsa disahkan meninggal sebaik tiba di hospital kira-kira pada pukul 3 petang dan jenazah mangsa disolatkan di Kem Wataniah 505. Selepas kejadian, berlaku perselisihan antara jurulatih dan sebahagian pelatih yang tidak berpuas hati dengan kaedah latihan yg dijalankan dan kelompok ini enggan meneruskan latihan kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing. (muafakatmembawaberkat.blogspot)

Tiada ulasan: