Rabu, 19 September 2012

shalehudin

shalehudin


WOW!! Najib cipta rekod dunia lagi... [BACA]

Posted: 19 Sep 2012 09:00 AM PDT

Najib PM paling takut di dunia umum tarikh pilihan raya

KUALA LUMPUR 19 September: KEADILAN mempersoal keengganan Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tarikh pilihan raya dan menggesa Perdana Menteri itu membubarkan Parlimen serta tidak lagi terus berteka-teki berhubung perkara itu.

Ketua Sekretariat Pilihan Rayanya, Zakaria Abdul Hamid berkata, pembangkang sama sekali tidak pernah takut dengan bayang-bayang seperti didakwa kerajaan Umno BN.

Tegasnya, tuduhan itu sepatutnya ditujukan kepada Umno BN yang sehingga kini takut untuk mengumumkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), bukannya berdolak dalik menuduh pembangkang.
"Sebenarnya Umno BN yang takut dengan bayang-bayang sendiri, kalau tidak kenapa sampai sekarang Datuk Seri Najib tak mahu umum tarikh pilihan raya. 
"Sebelum tuduh pembangkang, baik selidik dulu. Kalau bukan takut, apa maknanya sampai sekarang pun tak boleh umum. Rakyat tak suka keadaan seperti ini," katanya ketika dihubungi.
Zakaria berkata, tujuan Pakatan Rakyat memilih untuk mengadakan pilihan raya berasingan adalah untuk mendapatkan bukti penipuan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Selangor terutamanya banyak kes pengundi baru yang meragukan. Jika kita adakan pilihan raya berasingan, kita boleh tahu dari mana mereka datang masa pengundian dijalankan.
"Ia akan menyenangkan kita untuk menghadapi pilihan raya peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri). Ini yang saya katakan Umno BN takut kerana taktik jahat mereka untuk menipu pasti dapat dikesan pada masa tersebut," ujarnya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
Sikap Najib yang terlalu takut untuk menghadapi pilihan raya turut ditempelak, sedangkan beliau ghairah mengatakan semangatnya untuk bubar Parlimen setiap kali turun padang.

Sebelum ini, banyak pihak mendesak Najib mengumumkan tarikh lebih awal seperti yang diamalkan kebanyakan negara demokrasi lain.

Di negara-negara serantau seperti Myanmar, Filipina dan Indonesia, mereka menetapkan tarikh lebih awal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum pilihan raya berlangsung.

"Kalau di Amerika Syarikat, mereka sudah masukkan dalam kalendar setiap tarikh pilihan raya. Begitu juga dengan negara jiran, Singapura paling lewat pun umum lima atau enam bulan sebelum.

"Indonesia pun sama, mereka sudah tahu ada pilihan raya pada 2014. Tapi negara kita ada Perdana Menteri penakut hanya untuk umum tarikh pilihan raya," katanya.

"Inilah kali pertama dalam sejarah kita melihat seorang Perdana Menteri yang paling takut untuk menghadapi pilihan raya sehingga beliau kelihatan seolah-olah tidak mahu mengadakan pilihan raya sama sekali kerana tidak berani dan tidak mampu menghadapi arus kebangkitan rakyat," sindir Zakaria.

Berbeza di Malaysia, setelah Umno BN selesai mengatur penipuan, menaburkan rasuah kepada pengundi, isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan dan fitnah disebarkan, barulah tarikh pilihan raya diumumkan.- KD


MAI TENGOK, muka makcik Umno yang BORING giler...

Posted: 19 Sep 2012 07:55 AM PDT

Boring betoi la berpolitik dengan orang berbangsa Umno neh... Boring giler pasai depa neh jenis bangang nak mampuih. Tahap hilang akai dan bagi alasan yang hanya layak untuk didebat dengan babun jaa...

Kahkahkah...

Dahsyat betoi pakar dari bangsa Umno neh...
Ada ka dia kata punca orang baling cat merah kat bas PKR pasai depa meluat kat Lim Guan Eng...

Kahkahkah...

Orang benci kat Guan Eng, baling cat merah kat bas PKR...
Guan Eng dok Penang, baling cat kat Kelantan...
Cina tu KM Penang, tapi kena baling cat kat Johor...

Kahkahkah...

Woii bangsa Umno...
Kalau dah bengong tu, jangan la tunjuk sangat...
Simpan kat Ibrahim Ali sama...

Kahkahkah...


********************************************

Umno P Pinang salahkan k'jaan negeri 'tiup kebencian'

Umno Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan melampau peserta demonstrasi pro-BN, termasuk perbuatan khianat ke atas bas kempen PKR, berpunca daripada "kebencian yang ditiupkan kerajaan DAP".

Ketua Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dilaporkan Sinar Harian sebagai berkata, ketua menteri Lim Guan Eng sepatutnya "lebih peka, rasional dan tidak harus meniupkan kebencian terhadap parti lawan setiap hari".
"Apabila kebencian itu ditiup setiap hari, ia menimbulkan perasaan kebencian rakyat kepada Umno dan BN, pada tahap melepasi batasan sehingga penyokong bertindak baling cat. 
"Pemimpin politik dinasihatkan supaya memberi tumpuan menceritakan polisi parti, matlamat perjuangan, rancangan-rancangan demi kebaikan rakyat, bukannya meniup kebencian kepada mana-mana pihak yang boleh mengundang kemarahan dalam kalangan penyokong," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Zainal dalam laporan tersebut bagaimanapun tidak menjelaskan kenyataan oleh kerajaan DAP yang didakwa "meniup kebencian" tersebut, seperti yang didakwanya.

Bagaimanapun, Zainal tetap menggesa supaya serangan berkenaan dihentikan segera.
"Umno Pulau Pinang mengutuk sesiapa sahaja terlibat dalam perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Tidak kira, individu dari kalangan penyokong parti memerintah, pembangkang atau pihak yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti. 
"Saya minta pihak polis menyiasat semua kes ini supaya tindakan sewajarnya diambil kepada pihak tidak bertanggungjawab ini," katanya.-Malaysiakini


Tolong la woiii, TOLONG LA...

Posted: 19 Sep 2012 05:53 AM PDT


Tolong la woii... tolong laa...
Ni la talian hayat Umno yang sebenaqnya... tolong laa...


Kahkahkah...

Ada ka memana pecacai Umno yang berani menyangkal kenyataaan neh?
Atau ada ka memana pecacai Umno yang nak gelak sesama ngan aku?
Gelak sebelum gelak diharamkan di Malaysia...

Kahkahkah...


Nik Aziz dah TIBAI Najib... [TENGOK]

Posted: 19 Sep 2012 01:57 AM PDT


Orang Kelantan ada maruah la bro...
Bukan BODO macam puak-puak Umno...

Kahkahkah...


Laaa... tak habih lagi kisah Fathul Bari neh...

Posted: 18 Sep 2012 10:30 PM PDT

Admin terkejut kenapa sehingga tahap ini Ustaz Fathul Bari beria-ia menyebelahi UMNO/BN? Seolah-olah beliau sengaja menidakkan sesuatu yang pasti..

P/s: ustaz Fathul Bari kini kelihatan suka "menegakkan benang yang basah"..

** Sesuatu yang salah apabila cuba ditegakkan kelak akan menjadi fitnah... FB


Sedap tajuk akhbar neh, HIDUP MELAYU... HIDUP MELAYU...

Posted: 18 Sep 2012 05:44 PM PDT

Berhati-hatilah bagi anak yang melukakan hati kedua orang tua mereka. Janganlah sampai tindakan itu menyebabkan ibu mahupun bapa mendoakan keburukan terhadap anak kerana doa ibu bapa itu pasti makbul.

Rasulullah SAW bersabda:
"Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan, doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan DOA ORANG TUA KE ATAS ANAKNYA."- Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi.
Menjaga ibu bapa yang sudah tua bukan satu urusan mudah. Kebiasaannya tubuh dimamah usia menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan ada kalanya memerlukan bantuan daripada anak. Jiwa mereka juga semakin sensitif, kuat terasa hati, bahkan agak cerewet dalam banyak perkara....namun begitu berusahalah dan gembirakanlah kedua ibubapa kita kerana keredhoan ALLAH SWT terletak pada redha ibubapa.

Rasulullah SAW bersabda:
"Keredhaan ALLAH SWT terletak pada redho kedua ibubapa" - Hadis Riwayat Muslim
Bersabarlah dalam menjaga kedua ibubapa kita kerana kesabaran inilah yang akan membolehkan kita menempah tiket untuk ke syurga ALLAH SWT.

Renungkanlah firman ALLAH SWT:
"Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa, jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia" -Surah Al- Isra'-ayat 23


Ya Allah!! Bayi dicampak dari tingkat tiga tu dipercayai MASIH HIDUP

Posted: 18 Sep 2012 12:00 PM PDT

Kenapa la KEJAM sangat manusia neh? Buat anak ja pandai, tapi tak reti bertanggungjawab untuk jaga anak sendiri.

Ikut laporan daripada Pakar Forensik, bayi malang tersebut mati akibat kecederaan yang serius pada kepala akibat terhentak... Bermakna anak tu masih hidup masa dia dicampak dari tingkat tiga sebelum neh...

Berita sebelum ini...


Kejam! Bayi Perempuan Dicampak Dari Tingkat Tiga Pangsapuri

Ya Allah! Apa nak jadi ngan budak-budak remaja zaman sekarang neh... bertindak tanpa memikirkan kesannya akan datang. Tak kira la korang suka atau tidak, mungkin atas status anak haram ka ngan bayi tersebut... jangan la buat sampai camtu. Seelok-eloknya bagilah kat sesapa yang boleh menjaganya. Bukan dicampakkan sehingga bayi tersebut meninggal dunia.

Memang sukar digambarkan bagaimana seorang wanita berusia 20-an dikatakan telah sanggup bertindak mencampakkan seorang bayi perempuan dari tingkat tiga pangsapuri di Petaling Jaya. Semoga si pelaku tersebut diberikan hidayah untuk bertaubat kepada Allah SWT...

Sejak akhir-akhir banyak kita mendengar tentang kes yang melibatkan bayi. Masih ada manusia yang tidak berhati perut membuang bayi, mendera bayi dan kini terbaru seorang bayi perempuan dipercayai telah dicampak dari tingkat tiga pangsapuri. Mayat bayi perempuan ditemui di kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya di sini hari ini dengan kecederaan parah di kepala akibat dicampak dari tempat tinggi.

Bayi dipercayai baru lahir dan berkulit cerah itu ditemui seorang penduduk di situ, Jundi Mat, 35, kira-kira pukul 11 pagi. Jundi berkata ketika kejadian, beliau sedang mengambil motosikal kira-kira dua meter dari tempat bayi itu dicampak sebelum terdengar bunyi objek jatuh.
"Tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti ada objek terjatuh di belakang saya dan setelah diperhati adalah seorang bayi," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.
Beliau yang pada mulanya menyangka itu adalah patung permainan terus memanggil individu lain di situ untuk mengesahkan penemuan bayi malang tersebut.
"Semasa saya menjumpai bayi tersebut dia dalam keadaan tertiarap, tidak menangis dan tidak bergerak," katanya, yang menetap di tingkat tiga blok 11 di kawasan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan seorang wanita berusia 20-an dipercayai terlibat dalam kes itu telah ditahan.
"Dipercayai bayi tersebut dicampak dari tingkat tiga blok itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh," katanya.
Bagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat bayi tersebut dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.


Tiada ulasan: