Rabu, 19 September 2012

Addin

Addin


Panas!! Pegawai Kementerian Dedah Penyelewengan Noh Omar?

Posted: 19 Sep 2012 10:22 AM PDT


Maklumat nih di dedahkan oleh blog Kedah Kini, sejauh mana kebenaran ini tak berapa pasti. Tapi yang mengejutkan pendedahan dikatakan di buat oleh pegawai Kementerian Pertanian sendiri.

Maklumat yang akan didedahkan  ini adalah bersumberkan dari para pegawai Kementerian Pertanian (MOA) dan Kementerian Kewangan (MOF). 

Ianya dikatakan sudah tidak tertanggung lagi untuk menutup salah guna kuasa dan penyelewengan  yang dilakukan oleh Menteri Pertanian Datuk Noh Omar.

Pendedahan ini berkaitan Noh Omar di dakwa telah menyalahgunakan kuasa bagi tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014.



Ikuti siri pendedahan selanjutnya di sini.



Mahathir Belasah Najib Lagi..

Posted: 19 Sep 2012 08:34 AM PDT

Sesudah mengeluarkan kenyataan kontroversi 'syaitan yang dikenali' di blognya yang merujuk kepada Umno beberapa minggu lalu, hari ini satu lagi kenyataan berunsur kontroversi sekali lagi dilemparkan terhadap Perdana Menteri, Najib Altantuya!Tertekan dengan perkembangan politik yang tidak memihak Umno disebabkan kepimpinan Najib Altantuya yang lemah memaksa bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan yang secara halus ditujukan kepada perdana menteri keenam itu.

Mahathir hari ini bersetuju bahawa keadaan di jalanan di Malaysia hari ini lebih berbahaya dan melabelkannya sebagai "fenomena baru" yang perlu diselesaikan oleh kerajaan dengan membelanjakan lebih banyak peruntukan.

Perdana menteri paling lama memerintah dalam sejarah negara itu mengatakan sudah dapat dilaksanakan di mana orang ramai bergantung seratus peratus kepada polis untuk mencegah jenayah walaupun beliau mengiktiraf langkah kerajaan untuk menambah anggota keselamatan untuk menjamin keselamatan keadaan jalanan.

"Saya rasa isu keselamatan adalah masalah di Malaysia sekarang... Akan tetapi kita perlu ada kajian terperinci untuk mendapat kepastian tentang itu."Kita perlu membelanjakan lebih banyak wang untuk berhadapan dengan sesuatu yang sudah menjadi "fenomena baru", kata beliau semasa sesi soal jawab dalam Forum CEO 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana.Sebab itulah Mahathir hanya berani meramalkan BN akan 'memenangi' pilihanraya umum akan datang, tetapi tidak pasti sama ada ia akan menang dengan majoriti yang meyakinkan.

Dalam ucapannya Mahathir berkata senario ini bermakna status quo kerajaan persekutuan akan kekal lemah dan ini akan menjejaskan pembangunan dan keadaan tidak stabil ini tidak baik untuk perniagaan.

Menurutnya, kerajaan sekarang hanya mempunyai kelebihan 30 kerusi yang akan dianggap lemah kerana perubahan lebih daripada 15 ahli Parlimen akan mengakibatkan kerajaan tumbang secara automatik.Majoriti mudah bagi membentuk kerajaan persekutuan adalah 112 kerusi dan majoriti dua pertiga pula, Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat perlu memperolehi 148 kerusi daripada 222 kerusi keseluruhan.

Spekulasi terbaru muncul awal minggu ini berdasarkan maklumat dalaman Umno sendiri yang mendakwa Mahathir, bekas menteri kewangan yang juga Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah dan timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin sedang merencana proses peralihan kuasa sebelum pilihanraya umum ke-13.

Menurut sumber yang tidak mahu didedahkan, ketiga-tiga pemimpin Umno ini mahu Najib Altantuya disingkirkan dan digantikan oleh Muhyiddin selaku perdana menteri sementara sebelum pembubaran parlimen.

Sekiranya Muhyiddin gagal untuk melaksanakan tugasnya seperti yang ditetapkan, pilihan kedua adalah berkemungkinan Mahathir akan keluar dari persaraan dan kembali dilantik menjadi perdana menteri dengan syarat bertanding dalam mana-mana kerusi parlimen dalam pilihanraya kecil sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali mendapat mandat membentuk kerajaan persekutuan. ~jalanpulang





Suaram Tempelak Pemimpin Umno BN

Posted: 19 Sep 2012 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 September: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan, perbicaraan kes Scorpene di Mahkamah Perancis tetap berjalan seperti biasa walaupun kerajaan Malaysia mengambil tindakan terhadap NGO tersebut.Pengarah Eksekutifnya, Cynthia Gabriel berkata, pada masa ini, mahkamah sedang menyoal-siasat beberapa pegawai syarikat Malaysia dan Perancis yang dikaitkan dengan urusan pembelian kapal selam itu.

Peguam yang mewakili Suaram memberi jaminan kepada kami apa-apa tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia tidak akan menjejaskan perbicaraan kes Scorpene."Malah perbicaraan berjalan seperti biasa dan kini mahkamah sedang menyoal siasat beberapa pegawai termasuk dari Malaysia dan Perancis," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Menurut Cynthia, pihaknya kini sedang menunggu kebenaran mahkamah untuk membuat pendedahan terbaru mengenai perkembangan siasatan."Kita dimaklumkan ada perkembangan terbaru yang menarik hasil daripada siasatan di sana. Kita tunggu sahaja nanti," ujarnya.

Cynthia (kiri) bersama peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri (tengah) di hadapan Mahkamah Perancis.Dalam pada itu, Cynthia turut menempelak kenyataan pemimpin Umno BN kononnya tiada perbicaraan membabitkan Scorpene di Perancis.Tegas beliau, proses perbicaran berjalan mengikut prosedur dan Suaram tidak boleh membuat kenyataan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran mahkamah.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, Suaram akan didakwa di mahkamah minggu ini selepas mendapat lampu hijau daripada Pejabat Peguam Negara.Ismail Sabri berkata, pertuduhan itu berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kononnya laporan kewangan syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd yang dikaitkan dengan NGO Suaram itu mengelirukan. ~kd


Tiada Waran Geledah, Waran Tangkap Tidak Sah.. Bukti Konspirasi Terbaru Umno

Posted: 19 Sep 2012 03:34 AM PDT

Boleh katakan ini adalah konspirasi untuk menyekat Suaram dari membongkarkan penyelewengan dan salahguna kuasa pemimpin Umno dalam skandal Scorpene.

Waran geledah tiada untuk menggeledah premis Suaram dan waran tangkap tidak sah.. ini adalah bukti jelas konspirasi pemimpin Umno untuk menyekat Suaram.

Manakala menjatuhkan kredibiliti Suaram dengan tuduhan pertubuhan haram dan di salurkan oleh dana asing adalah contoh klasik pemimpin Umno dalam berkonspirasi untuk menjatuhkan musuh-musuhnya..

Serbuan ke pejabat Suaram untuk lepaskan Najib kes Scorpene, Altantuya

KUALA LUMPUR 19 September - Serbuan polis dan pegawai pendaftaran pertubuhan (ROS) ke pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini dipercayai sebagai usaha untuk menutup penglibatan Najib Razak dalam skandal pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, tekanan hebat kerajaan terhadap NGO itu bertujuan bagi melepaskan Perdana Menteri itu daripada dikenakan tindakan mahkamah.

"Kita yakin dan percaya Suaram punya bukti kukuh untuk menghadapkan Najib dan konco-konconya ke Mahkamah Perancis. Disebabkan itu, hanya dengan memberi tekanan kepada Suaram, Najib berharap gangguan seperti ini dapat menghalang pendedahan seterusnya," kata Fariz yang juga Ketua Koordinator Jingga 13.

"Ia juga merupakan amaran kepada NGO lain agar tidak mencampuri urusan kerajaan dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin Umno, selain menyekat kebebasan bersuara," katanya ketika dihubungi.

Pagi tadi, enam pegawai ROS dan polis menyerbu pejabat Suaram di Petaling Jaya.

Menurut peguam Suaram yang berada di pejabat itu, Fadiah Nadwa Fikri, polis dan pegawai ROS tersebut datang ke pejabat itu pada sekitar 11.50 pagi.

"Mereka cuba masuk ke pejabat untuk menggeledah pejabat, tetapi kami tidak benarkan kerana mereka tidak mempunyai waran geledah," kata Fadiah.

Serbuan tersebut dikaitkan dengan dakwaan Suaram menerima dana asing dan pertubuhan ini dikatakan mempunyai akaun yang meragukan.

3 Julai lalu, sekumpulan pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) menyerbu pejabat Suaram kononnya untuk membuat 'pemeriksaan rutin'.

Namun, pegawai SSM terpaksa pulang dengan tangan kosong apabila waran yang dibawa tidak sah, kerana tidak ditandatangani pesuruhjaya.

"Ini adalah bukti bahawa Najib pemerintah kuku besi, mengamalkan demokrasi palsu seperti yang pernah dilaporkan media antarabangsa sebelum ini," kata Fariz.

Pembelian Scorpene mencuri perhatian ramai apabila Syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menerima komisen RM570 juta daripada kerajaan Malaysia untuk urusniaga itu.

Pelbagai desakan dibuat untuk meyiasat urusniaga yang meragukan itu, namun hingga kini tiada sebarang tindakan diambil baik ke atas Najib, Razak Baginda atau Syarikat Perimekar sendiri.

Altantuya dibunuh secara kejam apabila mayatnya diletupkan menggunakan bom C4 di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam antara malam 18 Oktober dan 19 Oktober 2006.

Beliau adalah penterjemah kepada Razak Baginda dalam pembelian Scorpene dan turut dikait mempunyai hubungan dengan Razak dan Perdana Menteri.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan Suaram akan didakwa minggu ini berikutan penerimaan dana asing sebanyak RM570,000 dari Open Society Institute kepunyaan George Soros.

Sekali lagi kerajaan dengan pantas menyiasat Suaram, organisasi yang membawa kes ini ke Mahkamah Perancis, tetapi membiarkan Najib dan lain-lain yang terlibat bebas tanpa sebarang siasatan. ~keadilandaily


Ustaz Azhar Idrus Komen Isu Gangnam Style

Posted: 19 Sep 2012 12:06 AM PDT


Akhirnya, ada juga hamba Allah yang bertanyakan soalan pasal isu tiru gaya tarian Gangnam Style dekat penceramah agama tersohor Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus. Berikut inilah jawapan beliau..



Harap segala kekeliruan tentang isu ini terhenti di sini. Tepuk dada tanyalah iman anda semua..


Bekas SU Politik Ketua Menteri Sabah Pula Sertai PKR

Posted: 18 Sep 2012 10:41 PM PDT

Bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Datuk Douglas Lind, turut mengisytihar penyertaannya dalam KEADILAN, kata Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Ignatius Darell Leiking.

Katanya, penyertaan Douglas yang juga seorang peguam terkenal dibuat serentak dengan pengisytiharan Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai KEADILAN Sabtu lalu.

"Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Harris Salleh di era pemerintahan Parti Berjaya," katanya kepada Keadilan Daily.

Selepas negara gempar dengan pengisytiharan dua Ahli Parlimen keluar BN bulan lalu, dua lagi tokoh tempatan Sabah meninggalkan Umno dan menyertai KEADILAN.

Mereka ialah bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin dan Datuk Yahya Lampong.

Ibrahim, seorang tokoh korporat terkenal di Sabah adalah antara pemimpin temmpatan yang terlibat dalam membawa masuk parti itu ke negeri berkenaan.

Pengumuman itu dibuat depan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin utama parti di Kampung Tanjung Aru, Labuan.

Penyertaan Yahya pula diumumkan Anwar pada sambutan Hari Malaysia ke-49 di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran dan disaksikan 10,000 rakyat negeri itu.

Perkembangan ini tentunya memberi tamparan hebat terhadap Umno BN selepas Ahli Parlimen Beafourt, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengisytihar sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut, Darell berkata, penyertaan berterusan pimpinan Umno Sabah menyokong Pakatan Rakyat membuktikan parti BN bakal tenggelam pada pilihan raya umum ke-13.

"Jika pengasas Umno pun keluar parti, ini menunjukkan parti ini bakal ditolak rakyat termasuk ahli dan pemimpin mereka sendiri.

"Mesej yang disampaikan Ibrahim Menudin sangat penting, tinggalkan Umno kerana rasuah kian busuk dalam parti itu," katanya.

Darell berkata, Ketua Menteri Sabah hingga kini juga terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa tapi dikekalkan oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Mengekalkan pemimpin rasuah sangat memalukan. Saya seru ahli dan pemimpin Umno segera keluar dan bersama KEADILAN demi masa depan Sabah yang lebih baik.

"Pakatan menawar agenda lebih besar untuk rakyat melalui Buku Jingga," katanya. ~keadilandaily


Bongkar!! Sepucuk Surat Menjadi Bukti Najib Campurtangan Pilihanraya Kampus

Posted: 18 Sep 2012 10:33 PM PDT


Sepucuk surat bertandatangan perdana menteri Najib Altantuya dengan restu Majlis Tertinggi Umno bertarikh 7 Ogos 2012 yang dihantar kepada Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaleha Kamaruddin berhubung perlantikan Mizan Hitam menggantikan Nik Ahmad Kamal sebagai Timbalan Rektor universiti itu menjadi bukti terbaru bahawa Najib Altantuya adalah dalang di sebalik sebuah projek yang dipanggil OPS 2020!

Tanpa segan silu menyalahgunakan kedudukan politik dan menggunakan kepala surat Umno bagi maksud tersebut, Najib Altantuya mengarahkan supaya Mizan diberikan kemudahan dan kerjasama sepenuhnya bagi memberi kemenangan kepada mahasiswa pro-Umno (pro-Aspirasi) di universiti itu.

Menurut laman Facebook Buletin UIAM dalam posting terbaru dua jam lalu, OPS 2020 yang digerakkan Umno bertujuan memastikan kemenangan kesemua 20 kumpulan pro-Aspirasi yang condong kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di kesemua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pilihanraya kampus yang bakal diadakan pada 25 September ini.

UIAM antara universiti yang menjadi sasaran utama Umno merampas kerusi majlis perwakilan mahasiswa yang selama ini dipegang pro-Mahasiswa yang pro-Pakatan Rakyat.

Selain UIAM, universiti utama lain seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut dijadikan sasaran buat Umno kerana ia sebenarnya adalah cerminan terhadap keputusan pilihanraya umum yang akan datang.

Projek yang sungguh menjijikkan ini diketuai timbalan menteri belia dan sukan, Razali Ibrahim yang juga pengerusi biro IPT Umno pernah didedah menghadiri satu mesyuarat Think Tank OPS 2020 bersama-sama dengan Tun Faisal Ismail Aziz yang bertindak selaku bos Unit Media Baru Umno.

Surat yang sama dilampirkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin dan Presiden UIAM yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan.
Berikut merupakan kandungan surat Najib Altantuya kepada Zaleha:


MAKLUMAN PELANTIKAN TIMBALAN REKTOR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) BAGI MENJAYAKAN OPS 2020

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

2. Adalah dimaklumkan, dengan pengesahan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, pelantikan Datuk Prof. Madya Dr. Mizan bin Hitam sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM untuk menggantikan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal bin Nik Mahmood berkuatkuasa serta merta.

3. Sehubungan itu, pelantikan Datuk Prof. Dr. Mizan bin Hitam adalah bertujuan untuk menjayakan projek OPS 2020 bersempena dengan Pilihan Raya Kampus 2012 yang dijadualkan berlangsung pada 25 September 2012. Semoga makluman kepada pihak puan atas pelantikan ini dapat membawa kejayaan dan kegemilangan kepada Pro-Aspirasi untuk memartabatkan Bangsa dan Negara berlandaskan Perlembagaan UMNO.

4. Kerjasama, sokongan dan perhatian yang diberikan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, wassalam.

(tandatangan)

(DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK)
Presiden UMNO Malaysia

~jalanpulang




Siapa Pembohong?.. Polis Baru Siasat Tapi Hishamuddin Cakap Suspek Sudah Di Tangkap

Posted: 18 Sep 2012 07:45 PM PDT


Susulan dari peristiwa "Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau" yang hangat dibincangkan sejak kebelakangan ini; saya telah dikunjungi oleh seorang pegawai Polis dari Gombak pada hari Khamis pada 13 September sekitar jam 3 petang.

Laporan dibuat di Balai Gombak oleh seorang yang sudah pasti meluat dengan sikap berat sebelah pihak berkuasa yang hanya mengambil berat persoalan gambar Najib dipijak tetapi tidak menghiraukan apabila gambar pimpinan PR dilakukan sedemikian rupa, malah lebih dari itu.

Atas laporan tersebut pegawai berkenaan telah bertemu saya kerana telah tersebar luas di Internet bagaimana gambar saya dan pimpinan utama PAS, DAP dan PKR pernah juga dipijak oleh para samseng politik.

Semasa pertemuan tersebut, pegawai berkenaan meminta maklumat berhubung peristiwa yang melibatkan gambar saya dipijak di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. Saya memaklumkan bahawa ianya berlaku pada awal 2010 dan bukan sekadar gambar, video pun ada.

Apabila ditanya samada saya kenal atau tidak samseng tersebut, saya katakan tidak, tetapi boleh mengagak dari 'cawangan' mana. Saya memberitahunya sekiranya diperlukan, saya boleh cuba dapatkan maklumat berhubung siapakah mereka ini.

Pada masa sama saya juga menunjukkan gambar budak upahan UMNO/BN yang kencing di atas gambar saya dan TGNA serta TGHH. Saya memaklumkan kepadanya bahawa banner yang dikencing itu adalah banner PRU 2008 yang dipasang oleh PAS Shah Alam. Pegawai berkenaan kemudiannya memaklumkan kepada saya bahawa ia adalah kes yang berasingan dan sedang disiasat oleh Polis dari Terengganu kerana laporan dibuat di Kerteh.

Dengan itu perbincangan berakhir dan saya berjanji untuk menghantarkan video dan apa jua maklumat berhubung peristiwa tersebut kepadanya. Oleh yang demikian, sekiranya saudara saudari kenal mereka ini, sila maklumkan kepada saya melalui email atau datang sendiri ke pejabat saya di Seksyen 13 Shah Alam. 








Esoknya, pada hari Jumaat 14 September, saya mendapat panggilan dari seorang lagi pegawai Polis! Beliau dari Terengganu dan sudah berada di Shah Alam. Beliau ingin berjumpa saya juga berhubung peristiwa gambar TGNA dan TGHH yang telah dikencing itu. Saya berjumpa beliau pada jam 3 petang juga selepas solat Jumaat.

Beliau meminta maklumat dari saya berhubung peristiwa tersebut. Saya memaklumkan kepadanya bahawa ianya berlaku semasa tempoh kempen PRU 2008 iaitu pada awal Mac.

PAS Shah Alam telah memasang 5 sepanduk besar ukuran 10'x20' dan memasangnya dibeberapa lokasi strategik. Banner yg dikencing adalah salah satu darinya dan mungkin ianya banner yang dipasang di Seksyen 7.

Itu sahaja maklumat yang ada pada saya. Gambar itu jelas menunjukkan kumpulan berkenaan berpakaian baju BN dan mungkin juga merupakan para petugas yang pemasang bendera yang diupah untuk berkerja pada waktu malam.

Saya rasa mereka bukan warga Shah Alam tetapi adalah tenaga kerja dari luar. Selepas itu beliau minta diri dan meminta saya untuk memberikan apa jua maklumat tambahan kalau ada pada dirinya sebagai pegawai penyiasat.

Saya beranggapan siasatan baru sahaja bermula; maka saya amat terkejut apabila Hishamuddin memaklumkan bahawa ada yang telah ditahan pada hari Sabtu keesokan harinya. Betulkah perkara ini saya tertanya? Atau satu lagi helah politik mainan UMNO sepertimana biasa? ~ yb-khalidsamad

Ulama Muda Umno Bukan Latar Belakang Agama?

Posted: 18 Sep 2012 06:58 PM PDT


Terbaca tulisan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin di halaman twitter milik beliau. Nampaknya beliau ingin mendedahkan sesuatu tentang Ulama Muda Umno.

Bila sebut "Ulama Muda" dan dikaitkan dengan parti, parti mana lagi yang dimaksudkan kalau bukan kumpulan Ulama Muda yang ditubuhkan oleh Umno.

Dr Asri menulis,
"Ada parti trtipu dgn pnggunaan nama ulama muda. Padahal kbnyakan mrk bukan dr latar agama ttp mnulis guna nama ulama"

Rasulullah saw bersabda:
"Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat kehancuran"

Apabila ditanya "Bagaimanakah caranya disia-siakan amanah?"

Jawab Nabi saw, "Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat kehancuran.


Tiada ulasan: