Rabu, 19 September 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


APA?? Noh Omar memiliki kekayaan luar biasa? betulkah pendedahan ini?

Posted: 19 Sep 2012 07:30 AM PDT


Maklumat yang akan didedahkan di bawah ini adalah bersumberkan dari para pegawai Kementerian Pertanian (MOA) dan Kementerian Kewangan (MOF) yang sudah tidak tertanggung lagi untuk menutup kepincangan yang dilakukan oleh Menteri Pertanian Datuk Noh Omar berhubung isu 'benih'...

Oleh Warga MOA

(Melibatkan– Noh Omar Menteri MOA, Dato' Hashim KSU MOA dan Datin Naimah Pengarah IPB (Industri Padi Beras)

Menteri Pertanian, Noh Omar telah menyalahgunakan kuasa bagi tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Lihat surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 20 Julai 2012 mengenai perkara ini.

Telah disahkan pihak MOF oleh Dato Fauziah Yaacob, Bahagian Perolehan Kerajaan (para 2) bahawa proses penilaian teknikal dan perakuan tender tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam dokumen tender dan tidak selaras dengan prinsip-prinsip tender (terdapat 3 kriteria yang dinyatakan).

MOF pada para 3 menyatakan disebabkan keperluan benih yang mendesak serta faktor kesegeraan bagi musim penanaman semasa, maka MOF bersetuju dengan anggaran kos RM164.8juta. MOF pun kena tipu dengan Noh Omar. Tidak ada keperluan mendesak kerana tender yang tamat boleh dilanjutkan secara bulanan (Amalan biasa MOA selama ini). Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak.

Noh Omar takut mengenai kedudukannya sebagai menteri MOA jika berlaku pilihanraya awal, sebab itu beliau dengan tergesa-gesa mengarahkan agar tender ini dibuat dengan kadar segera. Tender telah dikeluarkan pada 29 Mac 2012, walaupun kontrak tamat pada 31 Disember 2012. Tidak pernah berlaku dalam sejarah MOA, benih padi dibuat secara tender tergesa-gesa.

Tender dibuat dalam 2 kategori, iaitu 20,000 tan dan 8,000 tan. Untuk 20,000tan, telah diatur awal khas untuk Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd dan Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. (Semua pengusaha-pengusaha benih padi tahu hal ini).

Walaubagaimanapun, Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. mendapat tambahan 2,000tan lagi daripada kuota 8,000tan, menjadikan jumlah keseluruhan 22,000tan.

Noh Omar mengarahkan kontrak ini dibuat untuk tempoh 3 tahun yang tidak pernah dibuat oleh MOA sebelum ini (rujuk keratan akhbar mengenai tender), walaubagaimanapun MOF hanya meluluskan untuk 2 tahun sahaja (amalan biasa).

Syarikat Seri Merbok, dipengerusikan oleh Dato Rais (kroni Noh Omar), bekas EXCO Negeri Sembilan, yang digugurkan daripada menjadi wakil rakyat kerana isu rasuah. Sri Merbok juga mempunyai rekod yang buruk. Petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease - penyakit berpunca daripada benih padi) , penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh. Sewaktu lawatan YAB Perdana Menteri ke Perlis pada awal tahun 2012, YAB Perdana Menteri terpaksa meluluskan RM4juta tambahan kepada petani di Kedah dan Perlis untuk menyelesaikan masalah padi angin.

Pada Tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok.

Satu lagi syarikat kroni Noh Omar adalah Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid yang tidak melepasi syarat yang ditetapkan dalam tender. Syarikat ini hanya mempunyai loji benih berkapasiti 8,000tan sahaja (tidak memenuhi syarat tender 20,000 tan). Walaubagaimanapun dengan kuasa Noh Omar, syarikat ini berjaya menyewa loji MADA di Sungai Burung yang mempunyai kapasiti 4,000tan. Secara teknikal ia masih gagal memenuhi syarat 20,000 tan.

Loji MADA di Sungai Burung disewa dengan kadar RM5,000 sebulan sahaja berbanding dengan loji MADA di Ajil, Terengganu berkapasiti 1,250 tan juga disewa dengan RM5,000 sebulan (syarikat lain yang bukan kroni). Noh Omar telah menggunakan kuasa bagi mengarah MADA menetapkan kadar kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid hanya RM5,000 sebulan.

Agensi Kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000 tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini. Noh Omar telah memberikan kuota kedua-dua agensi ini pada musim lepas kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid dan Syarikat Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. (kroni Noh Omar)

TKSU MOA, Dato Baharum Jani sebelum ini ialah Pengarah IPB (Industri Padi Beras) telah diganti secara mengejut oleh Datin Naimah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama datuk Hashim KSU MOA. Dato Baharum Jani tidak mahu bersetongkol dengan Noh Omar berhubung perkara ini. Datin Naimah adalah orang suruhan Noh Omar di MECD. Selepas Noh Omar keluar dari MECD, MARA (dibawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius berpunca salahgunakuasa Noh Omar, ketika menjadi Menteri di MECD.

Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000tan. Noh Omar dan konco-konconya menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd - 22.000tan, Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. - 20,000tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. - 3,000tan). Jika berlaku apa-apa kepada syarikat-syarikat ini, maka akan berlaku krisis makanan yang serius kepada negara. Noh Omar dijangka mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini.

KEKAYAAN LUAR BIASA NOH OMAR

Noh Omar hidup mewah, kaya raya, membeli rumah banglo terbaru berharga RM6juta di Sunway (tidak termasuk kos renovation dan peralatan dalam rumah), jam-jam mewah, kereta-kereta mewah. Pegawai-pegawai beliau seperti Dato' Saiful, Dato' Safie juga hidup mewah kaya raya. 


Dato' Saiful mampu berbulan madu di London dan tour mengelilingi Eropah (tiket MAS first class). Pegawai Khas beliau, Datuk Bibah mempunyai kereta mewah (Toyota Alphard) beserta pemandu. Tidak ketinggalan juga Bodyguard dan pemandu Noh Omar yang juga hidup mewah dan kaya raya. Begitu juga 10 pegawai-pegawai khas beliau yang lain.

Adalah menjadi harapan kami, warga MOA agar MOF menubuhkan pasukan khas bagi meneliti semula kontrak ini.

Kami pegawai-pegawai MOA, merayu agar YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan MEMBATALKAN segera kontrak ini demi untuk menyelamatkan petani dan industri padi negara. Kami juga merayu agar SPRM segera membuat siasatan mengenai skandal terbesar ini.

Ini adalah satu skandal yang amat serius. Yang menjadi mangsa adalah petani yang miskin. Yang menjadi kaya raya hidup mewah sombong dan bongkak adalah Noh Omar. 


Noh Omar adalah Menteri Pertanian yang paling korup dalam sejarah Kementerian Pertanian. Beliau umpama lintah darat. Hidup mewah atas keringat dan titik peluh petani yang miskin. Cakap tak serupa bikin. Menuduh orang lain korup, tetapi dialah BAPA KORUP !!!!

Kami warga MOA sekali lagi amat mengharap YAB Perdana Menteri mengambil tindakan tegas kepada Menteri kami yang amat korup ini.

Menteri sekor nie memang banyak masalah, jenis syaitan yang Mahathir dok kata, Kalau jadi MB Selangor mengalahkan Mike Tyson dan Khir Toyo. 


~ Kedahkini

PANAS!! Samseng UMNO diguna untuk menghalau penduduk kampung di Batu Maung!!

Posted: 19 Sep 2012 01:56 AM PDT


Kononnya dengan menghitamkan logo pada 'T' Shirt yang dipakai mereka, mereka berjaya mengaburi mata orang ramai bahawa mereka bukanlah pemuda UMNO.

Selain dari sifat bodoh yang sedia ada, kurang berhati-hati membuatkan terserlah jua siapa mereka yang digunakan untuk mengusir penduduk di Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.


Selain dari itu kehadiran seramai kira-kira 30 orang samseng itu turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismailjuga membuktikan bahawa mereka adalah samseng upahan UMNO.


Penduduk telah diusir oleh  bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor yang memiliki tanah tersebut melalui transaksi yang meragukan.

Malah laporan Polis juga telah dibuat oleh pihak waris pemilik asal tersebut, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka...

Kesimpulannya disini ialah pemimpin UMNO yang telah memiliki tanah ini melalui transaksi yang meragukan telah menggunakan sekumpulan pemuda UMNO yang berlagak samseng untuk menghalau penduduk..

Dan samseng dari Parti yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu ini telah menghalau keluar orang-orang Melayu yang tinggal di situ..

Sebenarnya ini adalah antara ribuan ekar tanah Melayu yang dipindah milik menjadi milik pemimpin UMNO atau ahli UMNO tanpa disedari mereka.. Ada banyak lagi sebenarnya..

*******************************************

ISU TANAH BATU MAUNG : PEMIMPIN UMNO/BN JANGAN MAIN WAYANG

Selaku wakil rakyat Batu Maung saya bertegas mempertahankan hak rakyat di kawasan saya, lebih-lebih lagi setelah mendapati terdapat unsur penipuan yang memungkinkan mereka dianiaya dan dizalimi oleh pihak-pihak tertentu.


Justeru, mana mungkin saya akan merelakan mereka diusir daripada kediaman yang dibina di atas tanah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu.

Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka.

Sehubungan itu, pembeli tanah tersebut iaitu Dato' Ab. Wahab bin Ibrahim yang merupakan bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor perlu tampil ke depan bersama-sama penduduk dan kerajaan negeri bagi merungkai masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lalu.

Beberapa laporan polis telah pun dibuat oleh penduduk (waris) pemilik asal, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka.

Bahkan sehingga kini, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes tersebut juga masih belum memutuskan waris sebenar harta pusaka tersebut. Majlis Agama Islam (MAINPP) juga telah membuat laporan polis pada 3 Mac 2011 agar pihak berkuasa menyiasat kes tersebut, kerana dipercayai wujudnya salah laku dan penipuan oleh pihak tertentu.

Ini kerana sebahagian penjualan tanah terbabit dibuat TANPA kebenaran dan persetujuan Baitulmal sebagai pihak yang ada kepentingan ke atas tanah terbabit berdasarkan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Besar Pulau Pinang bertarikh 8 Mei 1996.

Lanjutan laporan polis oleh MAINPP, pihak polis telah membuat 'kaveat pendaftar' pada 4 Mac 2011 terhadap tanah-tanah berkenaan.

Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis. Sebagai bekas Penceramah Khas Islam Hadhari, Dato' Ab. Wahab perlu menyelesaikan masalah ini secara jujur dan ikhlas.

Beliau seharusnya bertindak seperti mana tuntutan Islam, dan bukannya dengan bertindak mengusir penduduk.

Beliau sewajarnya menunaikan janjinya semasa perjumpaan dengan saya sebanyak dua kali sebelum ini.

Tindakan beliau menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir penduduk sepertimana yang berlaku pada 18 September 2012 lalu, tidak mencerminkan semangat ukhwah sesama Melayu Islam.

Lebih mengecewakan, apabila beliau menggunakan kumpulan daripada Umno untuk mengusir penduduk.

Pada pagi semalam saya telah bergegas ke kampung tersebut setelah penduduk kampung memaklumkan rombongan pihak berkuasa telah tiba untuk mengusir mereka.
 
Apa yang menghairankan, Bailif Mahkamah Seksyen George Town hadir bersama-sama sekumpulan seramai kira-kira 30 orang yang memakai T'shirt putih yang dikaburkan logo Umno dan perkataannya.

Ini ditambahkan lagi dengan kehadiran bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismail yang cuba berlagak sebagai hero dengan lagak ala samseng.

Suasana agak tegang ketika itu, apabila pihak berkenaan berkeras untuk mengosongkan empat buah rumah penduduk yang membabitkan empat keluarga yang mendiami di sana.


Sebahagian barangan penduduk telah dikeluarkan oleh kumpulan berkenaan. Ia hanya terhenti kira-kira jam 1.00 tengah hari apabila penduduk mendapat perintah 'injuksi' mahkamah sehingga 1 Oktober 2012.


Saya percaya kekecohan yang berlaku dirancang pihak tertentu bagi menimbulkan persepsi negatif dan ketidakpuasan hati rakyat Batu Maung kepada saya dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Media kroni Umno/BN pastinya akan menyiarkan dari sudut negatif, tanpa melaporkan hal sebenar. Itu bertujuan bagi menutup tembelang pemimpin Umno/BN selama ini yang berlagak sebagai pembela Melayu, pembela rakyat kononnya.

Pemimpin Umno masih terkedu apabila kerajaan negeri mendedahkan tindakan pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Fauzar menjadi 'broker' menjual tanah milik 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, kepada pemaju dengan mengaut keuntungan atas angin berjumlah RM 5 juta dalam tempoh 3 bulan pada tahun ini.

Pendedahan demi pendedahan oleh Kerajaan negeri , menyerlahkan wajah sebenar dan membuktikan pemimpin Umno/BN telah mengkhianati amanah rakyat Pulau Pinang.

Apa yang jelas, pemimpin Umno/BN cuba melakonkan watak kononnya merekalah pembela rakyat pembela Melayu di atas masalah yang dicipta oleh pemimpin mereka sendiri. Rakyat menilai semua ini.

Pemimpin Umno/BN usahlah bermain wayang.

*Kenyataan Media oleh YB Dato' Abdul Malik Kassim, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang juga ADUN Batu Maung pada 19 SEPTEMBER 2012*

Berita gembira buat Ahli-ahli UMNO!!

Posted: 18 Sep 2012 10:17 PM PDT


Ini adalah satu laporan yang dipercayai akan membuatkan penyokong-penyokong UMNO terlompat-lompat kegembiraan,..

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dilaporkan telah bersedia untuk menguruskan sistem percukaian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya kerajaan memutuskan untuk melakasanakannya di negara ini. 

Yang menggembirakan penyokong UMNO ialah mereka dipercayai bakal dikecualikan dari GST yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO/BN ini.

Dengan syarat mereka menunjukkan kad keahlian mereka sebagai Ahli UMNO ketika berbelanja..

Ini merupakan satu penghargaan dari Najib buat semua ahli-ahli UMNO... he..he..he..

************************************

Kastam sudah bersedia untuk pelaksanaan GST

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) telah bersedia untuk menguruskan sistem percukaian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya kerajaan memutuskan untuk melakasanakannya di negara ini.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Khazali Ahmad berkata jabatan itu diberi tanggungjawab mentadbir pelaksanaan GST dan sehubungan itu persiapan awal perlu dilakukan.

"Kami harus bersedia dari segi kepegawaian dan sistem (yang akan digunakan). Tidak payah menunggu pengumuman baru bersedia. Jadi tak jadi, jabatan tetap bersedia.

"Kami tidak mahu berada dalam keadaan tidak bersedia apabila kerajaan memutuskan untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Kastam Sabah di Tawau yang turut dihadiri Pengarah Kastam Sabah Datuk Dr Janathan Kandok serta pemimpin-pemimpin tempatan.

Beliau berkata selain mengadakan latihan dan kursus berkaitan untuk petugas jabatan itu, pihaknya turut menganjurkan kursus-kursus kesedaran untuk pihak berkepentingan lain.

Khazali berkata dari segi kemudahan dan peralatan, pihaknya sedang merangka sistem komputer yang bersesuaian dengan sistem GST.

Mengenai pencapaian kutipan cukai agensi itu yang sehingga 17 September mencatat RM22.5 bilion, beliau berkata ia merupakan peningkatan sebanyak 6.69 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Antara faktor penyumbang kepada peningkatan kutipan cukai itu ialah perkembangan ekonomi negara yang baik, katanya. - Bernama

Najib ditipu 'Ulama Muda'?

Posted: 18 Sep 2012 06:40 PM PDT

Jika benar apa yang didakwa oleh Mantan Mufti Perlis dilaman twitter milik beliau ini, ianya membuktikan kepada kita semua bahawa adalah mudah untuk memperbodohkan seorang yang bodoh.

Kali ini Mantan Mufti Perlis itu kelihatan telah mendedahkan sesuatu yang kita tidak mengetahui mengenainya.. iaitu mengenai sekumpulan manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Ulama Muda'.

Kumpulan yang ujud dalam parti perkauman dinegara ini, iaitu UMNO..

Dalam hal ini Najib kelihatan diperbodohkan lagi kali ini oleh sekumpulan manusia yang mendakwa diri mereka adalah Ulama, padahal mereka yang mendakwa sebagai Ulama itu bukannya datang dari kalangan yang punya latar belakang agama.

Tulis Mantan Mufti Perlis itu dilaman twitter miliknya "Ada parti trtipu dgn pnggunaan nama ulama muda. Padahal kbnyakan mrk bukan dr latar agama ttp mnulis guna nama ulama"


Rasulullah S.A.W bersabda:

"Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat kehancuran"

Apabila ditanya "Bagaimanakah caranya disia-siakan amanah?"

Jawab Baginda, "Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat kehancuran...


Tiada ulasan: