Rabu, 12 September 2012

shalehudin

shalehudin


FEMES ngalahkan Sayfool dah budak neh.. hehe..

Posted: 12 Sep 2012 10:02 AM PDT

Wahai Rakan Rakan Blogger, Mari Kita Sebarkan Beramai Ramai Gambar Samseng Jalanan Ini

Rupa rupanya jiwa paradox ni yang baling cat merah ke arah bas ya?

Inilah wajah antara pembaling cat bas Jelajah Merdeka Rakyat yang di kenal pasti. Kawad cam untuk mengenal pasti samseng Umno telah dilakukan di IPD Jasin semalam.

Antara yang dipanggil oleh mengenal pasti samseng-samseng Umno ini ialah wartawan, jurugambar Suara Keadilan serta kakitangan pejabat Keadilan.

Jikalau mengikut bukti, ramai lagi yang terlibat dalam serangan tersebut. Di katakan seramai 30 orang yang terlibat termasuklah Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK dan AJK Umno Jasin.

Dikatakan samseng Umno nih menetap di Batu Gajah Pasir, Merlimau. Berikut biodata penuh samseng Umno nih :-

Nama : Sharidan bin Shaharan
Umur : 29 tahun
Tarikh lahir : 25 Mei 1983
No. Kad Pengenalan : 830525-04-5395
Alamat : JA 5819, Jalan Salim, Batu Gajah Pasir, 77300 Merlimau, Melaka.

Mengikut sumber blog nih, mamat ni adalah pengendali blog Jiwa Paradox. Blogger pro Umno nih dikatakan sering melemparkan fitnah ke atas Pakatan Rakyat melalui tulisannya.

Jadi tidak hairanlah, jikalau mamat nih boleh bertindak ekstrem sebegini. Jikalau inilah produk modal insan yang dihasilkan oleh Umno untuk diangkat sebagai pemimpin.. jahanam negara.

Sumber Blogger Pakatan Rakyat.

Orang dah dikenalpasti, maka pihak pihak yang bertanggungjawab boleh lah ambil tindakan keatas samseng taik kucing ni. Jangan buat tak nampak. Gaji kamu dibayar oleh rakyat bukan oleh partai yang memerintah.

Sekarang rakyat mahu keadilan. Jangan mengamalkan double standard dalam undang undang. Hak mendapatkan keadilan adalah hak semua rakyat. Pesalah dibenarkan untuk beladiri. Jadi hadapkan dia kemuka pengadilan supaya dia boleh membela diri keatas perlakuannyan. Biarlah undang undang yang menentukan hukuman yang setimpal.

Kes kes seperti ini jikalau tidak diambil tindakan akan mengancam keselamatan negara. Bagaimana dengan mangsa? Siapa harus bertangungjawab keatas kerosakan material dan mental yang dialami. Apa pandangan masyarakat dunia bila melihatkan kejadian serupa ini berleluasa di negara Malaysia.

Seruan untuk rakan blogger, paparkan lah wajah penjenayah ini didalam blog anda... bagi deme semua nampak.... dan kita tunggu apa tindakan depa...

- TBO



SEYES!!! Polis kena jawab neh...

Posted: 12 Sep 2012 08:15 AM PDT


Polis ada dalam kumpulan samseng serang bas Merdeka Rakyat

KUALA LUMPUR 12 September: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa polis menjelaskan kehadiran anggota mereka berpakaian preman bersama samseng Umno dalam kejadian serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka Sabtu lalu.

Ia berikutan penahanan serta merta ke atas Penolong Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa insiden melempar cat merah oleh samseng Umno.

Ketika berhadapan serangan samseng, Harizal Zahid ditahan oleh beberapa individu yang berada dalam kumpulan itu.
"Ia menunjukkan polis berpakaian biasa sememangnya berada dalam kumpulan (samseng) sejak awal lagi," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin petang semalam.
Pengerusi KEADILAN Melaka itu mengiringi Harizal memberi keterangan tambahan di balai tersebut. Kata Shamsul, polis seolah-olah tahu lebih awal tentang rancangan serangan ke atas bas jelajah itu.
"Perkara cukup dikesali…Jika polis mengenakan uniform, (samseng) tentu tidak akan bertindak ganas," katanya.
Beliau yang juga peguam memaklumkan kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas tuduhan ugutan jenayah.
"Saya juga berharap polis akan buat siasatan secara adil dan jangan tunduk kepada arahan pihak-pihak tertentu yang cuba campur tangan," katanya.
Semalam, seorang samseng Umno berjaya dikenalpasti oleh peserta jelajah semasa kawad cam dibuat di IPD yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan.- KD


Owhh!! Kecewanya TV3... kahkahkah...

Posted: 12 Sep 2012 04:38 AM PDT

Gembirakan kawan, kecewakan lawan

Majlis Syura bukanlah jawatankuasa disiplin, ia adalah mesyuarat bulanan badan tertinggi PAS.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan Majlis Syura yang bersidang semalam menggembirakan kawan dan mengecewakan lawan.
"Majlis Syura bukanlah jawatankuasa disiplin, ia adalah mesyuarat bulanan badan tertinggi PAS. Kami (ahli Majlis Syura) telah memutuskan mengenai perkara ini dan kita perlu menerimanya serta bersetuju untuk hanya Presiden sahaja yang dibenarkan untuk memberikan komen.
Ditanya mengenai ada situasi pilih kasih dalam kes Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu, Tuan Ibrahim menyatakan, keputusan telah dibuat secara perbincangan dan situasi Nasharudin juga tidak sama seperti kes Datuk Hasan Ali.
"Hasan telah diberikan amaran bertulis dan pemecatannya dibuat mengikut prosedur. Situasinya jauh berbeza dengan Nasharudin.",katanya.
Mesyuarat semalam telah dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din setelah Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggalkan mesyuarat itu setelah 20 minit bersidang kerana dipercayai kurang sihat.

Majlis Syura PAS semalam memutuskan untuk tidak membincangkan kedudukan Nasharudin kerana tiada isu berbangkit serta tiada sebarang keperluan untuk membincangkannya. Nasha kekal sebagai anggota Majlis Syura dan tiada sebarang tindakan yang akan diambil terhadap beliau.

Pada 14 Ogos lalu, Nasharudin menggesa kepimpinan PAS menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung penolakan secara konsisten DAP terutama Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atau keluar segera daripada pakatan pembangkang.

Menurut Nasharudin, perkara itu wajar diberi perhatian serius pucuk pimpinan PAS ekoran timbulnya keresahan di kalangan penyokong di peringkat akar umbi selepas DAP dan Karpal berterusan menolak asas perjuangan Pas tersebut.- FMT


Hampa seronok ka baca berita lagu neh...

Posted: 12 Sep 2012 02:17 AM PDT

Pelajar terselamat cubaan rogol di tandas universiti

Seorang pelajar sebuah universiti swasta terselamat daripada cubaan rogol di dalam tandas wanita universiti itu di Bukit Beruang di Melaka semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu, pelajar wanita berusia 21 tahun itu sedang mengulang kaji pelajaran di bilik bacaan, di aras dua universiti berkenaan, sebelum ke bilik air di aras sama.

"Pelajar berkenaan kemudian terdengar seseorang memasuki tandas bersebelahan dan apabila keluar dia melihat kelibat seorang lelaki, sebelum matanya disembur dengan bahan memedihkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 
 Mangsa turut cedera di pipi akibat ditumbuk ketika bergelut dengan suspek yang cuba memasukkan tangan ke dalam bajunya.

Raja Shahrom berkata lelaki terbabit melarikan diri selepas mangsa menjerit meminta pertolongan.

Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan membuat laporan di balai polis di hospital tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata polis akan mengadakan pertemuan khas dengan pihak universiti bagi membincangkan langkah meningkatkan kawalan keselamatan di universiti berkenaan.

- Bernama
P/S: Harap-harap Polis tak tahan pompuan yang buat laporan tuh untuk siasatan... Maklum ja la kan... dah jadi trend kat Mesia yang buat laporan pulak nanti kena...
Kahkahkah... 
Pa pun, Polis mesti memberi perhatian khusus terhadap kes jenayah yang berleluasa sekarang neh... kurangkan membuat tangkapan politik... mereka-mereka tu bukan penjenayah pun...


HOT: Dr Asri pulun TIBAI sapa pulak neh... [BACA]

Posted: 11 Sep 2012 11:17 PM PDT


Politik kita memang caca marba

Nampak kebelakangan ini, perbezaan politik bukan lagi membawa kepada pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan pentadbiran yang lebih baik, tetapi pertarungan siasah di negara ini telah menyuburkan akhlak yang buruk dan kehilangan adab sopan.

Ada yang kencing ke atas gambar pemimpin yang lain, ada pula yang baling kasut ke dalam masjid, tarian punggung dan pelbagai lagi.

Para pemimpin politik kita ini mungkin terlalu sibuk berkempen sehingga lupa untuk mengajar adab sopan sebagai insan kepada para pengikut mereka.

Disiplin

Kehidupan ini bukan segala-galanya politik untuk kita menggadaikan segala adab dan kesopanan hanya kerana politik.

Insan itu walau apapun kelemahan peribadinya, tetapi dia sepatutnya memiliki ketertiban dan kesopanan pergaulan yang diwarisi sama ada dari agama ataupun budaya.

Bahkan dalam Islam, dalam medan perang yang saling bunuh membunuh itu pun, adab dan akhlak yang baik dipertahankan. Disiplin mesti dipatuhi.

Dalam hadis apabila Rasulullah SAW mengirimkan pasukan tentera maka baginda bersabda:
"Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kufur dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat". (Riwayat Ahmad, kata Ahmad Muhammad Syakir: "Sanad hadith ini hasan.")
Nilai pejuang rakyat itu apabila dia dapat mendisiplinkan dirinya dan menghiasi diri dengan budi dan sopan yang menyebabkan rakyat menjadikan ikutan.

Justeru, kawalan diri sekalipun di hadapan musuh yang hendak membunuh antara nilai peradaban yang diajar oleh Islam.

Lihatlah apa yang Allah tegaskan kepada orang Islam yang berperang dengan musuh-musuh yang menyerang dan ingin membunuh mereka.
Maksudnya: "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas."(Surah al-Baqarah ayat 190).
Apakah politik ini lebih buruk dari medan perang darah sehingga kita hendak berlebih-lebih dalam perangai dan budi. Kita jangan lupa apa yang Nabi SAW bersabda:
"Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Orang politik lupa, pengikut yang 'kurang ajar' dan tidak beradab itu hari ini mereka biadap dengan musuh politik mereka, esok kebiadapan itu akan dihalakan pula kepada orang yang disokong pada hari ini.

Dalil agama ikut kehendak parti

Paling masalah apabila setiap pihak cuba bertindak membalas keburukan dengan keburukan.

Jika kita berikan nasihat "mengapa awak londeh seluar kepada gambar pemimpin tertentu" maka akan ada yang menjawab "mereka lagi teruk, ada macam-macam lagi yang mereka pun buat".

Demikianlah puak-puak politik itu saling menghalalkan tindakan masing-masing atas nama keburukan lawan mereka.

Apa yang pelik dalam masa yang sama masing-masing mendakwa mereka lebih baik dari lawan mereka.

Malangnya, apabila tiba masalah budi perangai, masing-masing memakai piawai yang setaraf dengan pihak lawan ataupun lebih teruk.

Itu belum lagi datang "geng agama" parti masing-masing yang akan mengeluarkan dalil untuk menghalalkan perangai buruk anggota dan penyokong masing-masing.

Dalil agama dibaca bukan mengikuti kehendak Tuhan, tetapi kehendak parti!

Ustaz muda

Apatah lagi jika ada pula ulama atau ustaz muda mana-mana parti yang baru kenal politik sehari dua, dan mungkin ghairah hendak menjadi calon maka segala dalil dibawa, segala sirah Salafussoleh dibaca seakan-akan yang dipertahankan itu Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al-Khattab.

Dalil-dalil agama dipermainkan untuk kepentingan politik masing-masing. Apa yang terkena pada orang lain dibaca secara terang, yang terkena diri sendiri ditakwil dengan sejuta penafsiran.

Jika parti lawan berkumpul untuk bantahan maka mereka namakan tunjuk perasaan dan dihukum haram. Kononnya, bukan amalan salafussoleh.

Jika geng parti sendiri berkumpul dinamakan menyuarakan pendirian, hukumnya halal. Dimasukkan dalam amar makruf dan nahi mungkar.

Maka perhimpunan di Kuala Lumpur oleh parti lawan sibuk diharamkan dengan segala fatwa, tetapi di Jeli dan Gua Musang oleh parti sendiri didiamkan.

Jika pemimpin kerajaan parti lain yang buat silap, ditegur dalam media dan ditulis surat terbuka.

Namun jika pemimpin kerajaan parti sendiri buat salah, difatwakan haram bercakap kesalahan pemimpin di khalayak ramai, kena berbisik di telinga mereka.

Dalil-dalil agama dan nama salafussoleh dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik 'orang muda agama'.

Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing. Firman Allah:
"Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. 
"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (Surah al-A'raaf: 175-176)
Fatwa artis

Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi 'sarjana Islam'. Mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain. Sambutannya hebat.

Modalnya bukan ilmu, tapi 'wajah dan penampilan' yang memikat penganjur. Jika 'ustaz' dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah.

Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang 'kurang comel', tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya.

Kita hendaklah tahu seperti yang disebut oleh para sarjana Islam, bab politik islami bukan mudah untuk dihuraikan. Politik memerlukan kefahaman tentang maslahah dan maqasid syarak.

Suatu ilmu yang memerlukan banyak latar pengetahuan yang baik. Namun, jika artis masuk parti politik, segala kesarjanaan itu seakan diberikan kepadanya. Ini memang tanda-tanda akhir zaman.
"Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal -dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu 'al-Ruwaibidoh'
Para sahabat bertanya: "Siapakah al-Ruwaibidoh?" Sabda Nabi SAW: "Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai)." 
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya'la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.

Bukan salah artis berceramah dan berkongsi pengalaman. Mereka yang berubah memang dialu-alukan. Namun setiap orang kena tahu kadar pengetahuannya mengenai apa yang dia perkatakan. Jangan cepat simpulkan hukum sedangkan anda bukan ahlinya.

Apa pun, politik kita memang ajaib. 'Macam-macam ada' dan semua boleh. Dulu ada orang cakap, asal barang jadi duit, kita ambil. Hari ini, asal barang jadi politik, kita angkut!

Dr Mohd Asri Zainul Abidin


LAGI PANAS!! Video Anwar Ibrahim didedahkan!!

Posted: 11 Sep 2012 08:00 PM PDT


Terus terang aku cakap.. dalam hal ini buat kali ini aku tak mampu untuk mempertahankan Anwar Ibrahim lagi, kerana apa yang dilakukannya di dalam video ini sememangnya pelakunya ialah dirinya sendiri.
Aku yakin 110% bahawa lelaki yang melakukan perbuatan ini adalah Anwar Ibrahim dan bukannya lelaki atau individu lain yang menyerupai dirinya.

Kerana lenggok tubuh dan suara yang kedengaran ini memang Anwar Ibrahim.. jadi buat yang menyokong Anwar Ibrahim selama ini fikikirkanlah sedalam-dalamnya...

Adakah anda akan terus menyokong individu yang punya perwatakan begini atau mengalihkan sokongan anda kepada DS Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ada sekarang ini..

Sebelum korang tengok video yang akan aku dedahkan ini.. korang tengoklah dulu video persembahan istimewa dari Najib dan Rosmah buat seluruh rakyat Malaysia di bawah ini..

Berikut adalah video yang aku maksudkan... sila tonton dengan hati yang terbuka.. jangan belasah aku sebelum habis menonton video ini..

Sememangnya ia adalah Anwar Ibrahim...

Dari dua video di atas.. siapa pilihan anda?? fikir-fikirkan...

Pasal tajuk tu..aku tulis PANAS kan?? he..he..he.. pencacai UMNO pasti panas sebab Najib boleh jadi imam ke?

sumber: ASD


Pehal Najib ngan Rosmah suka sangat neh

Posted: 11 Sep 2012 05:24 PM PDT

Najib ngan Rosmah gelak suka tak terkira...
Pasai saham Felda telah naik mencanak dari RM 4.55 semasa pertama kali di apungkan di pasaran... tetiba sekarang ni dan terkini jam 5 petang kelmarin saham Felda telah naik lagi menjadi RM 4.54 sen seunit...

Ini bermakna 1 sen di bawah pembukaan permulaan pasaran saham Felda dan... tentunya terima kasih tak terhingga pada warga Felda... anda memang bijak... FB

Kahkahkah...


Tiada ulasan: