Anak Sungai Derhaka |
- Serah diri sebelum kami 'buru' amaran Polis buat Blogger UMNO
- “Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol”.. ugutan buat Ketua Pengawal Peribadi Anwar
- Identiti Pembaling Cat Bas Jelajah Merdeka Rakyat terdedah..
- Pencacai UMNO dakwa trauma diacu pistol oleh Body Guard Anwar
- Portal Jab. Pelajaran Johor guna logo Merdeka Pakatan Rakyat sempena Hari Malaysia.
- Apa?? Keluarga Sharizat terlibat pemindahan wang haram?
Serah diri sebelum kami 'buru' amaran Polis buat Blogger UMNO Posted: 12 Sep 2012 07:36 AM PDT Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka PKR di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan. Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan. "Saya minta individu berkenaan tampil ke hadapan membantu siasatan kita. "Adalah lebih baik untuk beliau menyerah dahulu sebelum kami cari beliau," kata Bakri pada sidang media di Bukit Aman pagi tadi. Semalam, Setiausaha Wanita PKR, Maisuri Zainal berkata beliau berjaya mengecam seorang saspek dalam kejadian simbah cat kepada bas jelajah Merdeka Rakyat di Jasin selepas dipanggil polis untuk kawad cam saspek kejadian. Kejadian itu merupakan kejadian kedua selepas bas yang sama dipecahkan cerminnya dan turut disimbah cat sewaktu singgah di Kota Bharu pada 1 September lalu. Dalam sidang medianya pagi ini, Bakri Zinin turut menggesa supaya suspek dalam menghina gambar pemimpin PAS supaya tampil membantu siasatan polis. Wajah tiga suspek berkenaan, yang didapati membuang air kecil ke atas poster menteri besar Kelantan dan presiden PAS dalam satu kejadian, dimuatkan di laman Facebook PDRM hari ini. Bakri juga berkata polis setakat ini telah mengambil keterangan daripada sekurang-kurangnya lapan individu berhubung kes melibatkan seorang pengawal peribadi ketua umum PKR yang didakwa mengeluarkan pistol dikhalayak umum dalam satu kejadian di Melaka Sabtu lallu. "Siasatan masih berjalan. Kita masih giat menyiasat kes berkenaan," katanya. Malaysiakini |
“Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol”.. ugutan buat Ketua Pengawal Peribadi Anwar Posted: 12 Sep 2012 03:51 AM PDT PETALING JAYA 12 September: Ahmad Fauzi Mahpab, 39, Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu, beliau menerima panggilan ugutan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali semalam. "Saya menerima panggilan dari seorang lelaki Melayu yang berkata: "Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol", dan selepas itu talian terus diputuskan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media diiringi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad di ibu pejabat parti hari ini. Ekoran itu, beliau membuat laporan pagi tadi di Balai Polis Damansara. Ugutan itu dipercayai berkait rapat dengan program Jelajah Merdeka Rakyat yang dijadual akan meneruskan siri jelajahnya ke Johor Jumaat ini. Menurut Ahmad Fauzi, panggilan itu diterima kira-kira jam 4.24 petang semalam ketika beliau berada di rumahnya di Cheras. Mengecam tindakan tersebut, Nik Nazmi mendesak polis mengambil tindakan serius terhadap ugutan itu. "Kita harap polis Johor dapat tingkatkan kawalan keselamatan menjelang jelajah Ketua Pembangkang ke sana. Seperti di negara lain, isu keselamatan tidak ada pilih kasih, tak kira Perdana Menteri mahupun parti pembangkang," tegas Nik Nazmi. "Kita tak minta layanan khas, cuma nak pastikan keselamatan mereka yang mengikuti jelajah itu," tegas beliau. "Bagaimanapun, kita akan teruskan jelajah seperti sebelum ini walaupun menerima pelbagai ancaman," katanya lagi. Dalam sidang media itu, Nik Nazmi turut mendedahkan maklumat samseng yang bertanggungjawab menyimbah cat merah ke atas bas Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka, Sabtu lalu. "Namanya Sharidan bin Shahidan, merupakan seorang kakitangan sambilan Umno dan Ketua Wira Perkasa Bahagian Jasin, jadi Umno tak perlulah berdolak dalik mengatakan serangan itu tiada kaitan dengan mereka," katanya. "Justeru saya berharap, kejadian yang berlaku di Melaka tidak berulang di Johor nanti," katanya lagi. Samseng Umno dan Perkasa dilihat semakin berani sejak kebelakangan ini dengan bertindak mengganggu setiap jelajah yang disertai Anwar. http://www.keadilandaily.com/?p=35907 |
Identiti Pembaling Cat Bas Jelajah Merdeka Rakyat terdedah.. Posted: 12 Sep 2012 12:42 AM PDT Anggaplah ini sebagai edisi membantu pihak Polis untuk mempercepatkan siasatan.. Inilah wajah antara pembaling cat bas Jelajah Merdeka Rakyat yang di kenal pasti. Kawad cam untuk mengenalpasti samseng Umno telah dilakukan di IPD Jasin semalam. Antara yang dipanggil oleh mengenal pasti samseng-samseng Umno ini ialah wartawan, jurugambar Suara Keadilan serta kakitangan pejabat Keadilan. Jikalau mengikut bukti, ramai lagi yang terlibat dalam serangan tersebut. Di katakan seramai 30 orang yang terlibat termasuklah Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK dan AJK Umno Jasin. Dikatakan samseng UMNO ni menetap di Batu Gajah Pasir, Merlimau. Berikut biodata penuh samseng Umno nih :- Nama : Sharidan bin Shaharan Umur : 29 tahun Tarikh lahir : 25 Mei 1983 No. Kad Pengenalan : 830525-04-5395 Alamat : JA 5819, Jalan Salim, Batu Gajah Pasir, 77300 Merlimau, Melaka. Mengikut sumber blog nih, mamat ni adalah pengendali blog Jiwa Paradox. Blogger pro Umno nih dikatakan sering melemparkan fitnah ke atas Pakatan Rakyat melalui tulisannya. Jadi tidak hairanlah, jikalau mamat nih boleh bertindak ekstrem sebegini. Jikalau inilah produk modal insan yang dihasilkan oleh Umno untuk diangkat sebagai pemimpin.. jahanam negara!! Sumber dari SINI |
Pencacai UMNO dakwa trauma diacu pistol oleh Body Guard Anwar Posted: 11 Sep 2012 10:16 PM PDT Seorang pencacai UMNO yang mendakwa dirinya sebagai Blogger mendakwa dirinya kini berada dalam keadaan taruma berikutan diacu dengan pistol oleh Pengawal Peribadi Anwar Ibrahim baru-baru ini.. Menurut pencacai itu beliau telah diacukan dengan pistol automatik ke mukanya oleh Pengawal Peribadi Anwar Ibrahim. Pencacai yang bernama Shahridhan Shaharan itu berkata pengawal peribadi tersebut secra aggressif telah meluru kepadanya walaupun ketika itu dia bersama dengan sekumpulan orang awam di Kampung Baru Rim pada hari Sabtu. Beliau berkata, dia masih merasa ngeri apabila memikirkan tentang kejadian itu sebagai pengawal "kelihatan sangat mengancam, seolah-olah dia benar-benar bertujuan untuk menarik picu". Kah..kah..kah.. Trauma? padan muka... buatlah kerja bodoh lagi lain kali.. Dah jadi macam ni nak salahkan Pengawal Peribadi Anwar pulak.. nak salah Pengawal Peribadi itu pasal apa?? Dah tugas dia.. sebab dia dibayar untuk melindungi Anwar Ibrahim.. bangsa? |
Portal Jab. Pelajaran Johor guna logo Merdeka Pakatan Rakyat sempena Hari Malaysia. Posted: 11 Sep 2012 07:27 PM PDT Satu demi satu agensi kerajaan UMNO BN "bergaya" dengan logo merdeka Pakatan Rakyat dan bukan logo "Janji Ditepati" ciptaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Sebelum ini Pos Laju, sebuah produk dari POS Malaysia Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sendiri telah menggunakan logo kemerdekaan Pakatan Rakyat yang bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa". Terkini, portal rasmi Jabatan Pelajaran Johor pula menggunakan Logo Merdeka Pakatan Rakyat sempena Hari Malaysia di lamanwebnya (imej slide show). Satu tamparan hebat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Menteri Pelajaran apabila sebuah jabatan kementeriannya seperti seolah-olah "mengiktirafkan" logo Pakatan Rakyat berkenaan. Lebih menarik, jabatan pelajaran itu di negeri di mana Muhyiddin menjadi seorang ahli parlimennya. Samada disengajakan, atau tidak sengaja atau TERsengaja... hakikatnya logo merdeka Pakatan Rakyat nampaknya berjaya menawan hati rakyat sehinggakan pihak agensi kerajaan sendiri "tersasul" menggunakannya. Atau berkemungkinankah sememangnya selepas ini Pakatan Rakyat akan menjadi pemerintah baru bagi negara Malaysia tercinta dengan bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" menggantikan 1Malaysia yang hanya tinggal slogan sedangkan amalannya tersangat rasis dan "assabiyah" itu? Pagi ini akan kelam-kabutlah Jabatan Pelajaran Johor mengeluarkan logo itu dari lamanwebnya, mujur kita telah dapat membuat "printscreen"nya terlebih dahulu seperti gambar di atas - Greenboc Dan pagi ini... logo dah dikeluarkan... |
Apa?? Keluarga Sharizat terlibat pemindahan wang haram? Posted: 11 Sep 2012 09:35 AM PDT Dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Rafizi mengemukakan satu transaksi Global Biofuture — sebuah syarikat broker berpusat di Singapura yang dikawal oleh keluarga Shahrizat — yang disyaki melakukan pemindahan wang bertentangan dengan fungsi dan tujuan Pusat Fidlot Nasional (NFC). Menerusi bukti dokumen e-mel, cek dan invois yang didedahkan, Rafizi mendakwa wang NFC telah dipindahkan secara haram kepada Global Biofuture melalui National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), yang mana ia diluluskan oleh anak Shahrizat, Wan Shahinur Izran Mohamed Salleh selaku ketua pegawai eksekutif. Rafizi juga mempersoalkan tujuan pemindahan wang berjumlah US$990,402 (RM3,065,000) kepada Global Biofuture, yang didakwanya langsung tiada kena mengena dengan NMLC atau NFC. Bagi mengesahkan lagi dakwaan tersebut, Rafizi mengemukakan satu invois bernombor V14/10 dari South East Asian Livestock Services Pty Ltd (SEALS), yang berpusat di Darwin, kepada Global Biofuture bagi menguatkan buktinya berlaku pemindahan tersebut. Berdasarkan bukti-bukti tersebut, Rafizi menggesa Bank Negara dan pihak berkuasa mengambil tindakan dan menyiasat keluarga Shahrizat atas kemungkinan melanggar Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA). "Yang membayar invoisnya adalah NMLC tetapi bukannya Global Biofuture. Perkara ini terang-terang menyalahi undang-undang kerana ini bermakna NMLC sebenarnya telah membayar invois satu syarikat lain dan pengarahnya perlu didakwa kerana membuat pembayaran secara tidak sah walaupun syarikat itu dimiliki oleh orang yang sama. "Perkara ini jelas menunjukkan ia telah melanggar Akta Syarikat dan berlakunya pemindahan secara tidak sah, ini bermakna ia melanggar AMLA," kata Rafizi. **************************************** Berita penutupan restoran-restoran yang dikendalikan oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura memberi ruang kepada saya untuk meneliti kembali beberapa urusniaga dan transaksi (transaction) yang melibatkan dana rakyat yang disalurkan melalui NFC. Walaupun berita penutupan itu perlu disambut dengan rasa lega, ia tidak bermakna bahawa penyelewengan dana rakyat RM250 juta boleh disembunyikan. Saya ingin mengingatkan pihak berkuasa bahawa keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mempunyai 3 syarikat utama yang beroperasi di Singapura melalui sokongan dana RM250 juta NFC, iaitu: 1. Meatworks Singapore Pte Ltd yang mengendalikan restoran-restoran mewah 2. Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang mengendalikan pasaraya 3. Global Biofuture Pte Ltd yang mengendalikan urusan pembelian dan jualan pukal (trading) Setakat ini, siasatan dan pendedahan KEADILAN banyak bertumpu kepada Meatworks Singapore Pte Ltd dan Farmhouse Supermarkets Pte Ltd sehingga menyebabkan operasi yang dikendalikan kedua-dua syarikat ini terpaksa ditutup. KEADILAN kini mengalihkan pula tumpuan kami terhadap syarikat Global Biofuture Pte Ltd untuk memastikan operasinya juga disiasat dan segala pemindahan wang dari dana awam RM250 juta dihentikan serta merta. Hari ini, KEADILAn tampilkan satu contoh transaksi yang melibatkan syarikat-syarikat yang dikawal oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Malaysia dan Singapura yang disyaki melakukan pemindahan wang yang bertentangan dengan mandat dan tujuan NFC. Pemindahan wang sebegini perlu disiasat di bawah Anti Money Laundering Act (AMLA) yang menetapkan bahawa Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan perlu menyiasat sebarang transaksi yang disyaki, sama ada disyaki sumber kewangannya atau disyaki tujuan pemindahan wang dibuat. Saya sertakan 3 dokumen seperti berikut: 1. Email dari Donna Yong, kakitangan Meatworks Singapore yang bertanggungjawab terhadap operasi syarikat-syarikat milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura bertarikh 25 Oktober 2010 kepada Jabatan Kewangan NFC dan disalinkan kepada ketiga-tiga anak Dato' Seri Shahrizat Jalil. 2. Borang permohonan penyediaan cek oleh National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil agar satu bayaran berjumlah US$990,402 (bersamaan hampir RM3 juta) dibuat kepada sebuah akaun bank di Singapura. Seterusnya sila sambung bacaan anda di ( RafiziRamli.com ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan