MIMPI SENJA |
- Perpecahan UMporNO Perlis - Pakatan Rakyat bakal tawan Perlis
- Filem Hina Islam : Apabila KJ berjalan bersilang lengan dengan Nasrudin Hassan, ....
- Rakyat ucap selamat tinggal pada Umno-BN: KERAJAAN AKAN BERTUKAR!
- Walau Suaram didakwa, siasatan Scorpene tetap diteruskan
- Kerana takut kehilangan kuasa, Najib cuba takutkan orang Melayu - Mahfuz
Perpecahan UMporNO Perlis - Pakatan Rakyat bakal tawan Perlis Posted: 18 Sep 2012 11:13 PM PDT Umno negeri hampir berpecah dua antara kumpulan Mohd Isa dan Shahidan selepas pilihan raya umum 2008. PETALING JAYA: Perlis bakal terlepas ke tangan pembangkang jika kemelut dalaman kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohd Isa Sabu gagal diselesaikan menjelang pilihan raya umum ke 13. Umno negeri hampir berpecah dua antara kumpulan Mohd Isa dan Shahidan selepas pilihan raya umum 2008. Sebahagian besar calon pilihan Shahidan digugurkan dan ramai muka baru diketengahkan. Shahidan yang menjadi Menteri Besar sejak tahun 1990 digantikan dengan Mohd Isa. Beberapa pemimpin Umno negeri terutama dari kumpulan Shahidan telah berulang kali menyatakan kebimbangan ini. Kini kedua-dua kumpulan sedang merebut `ehsan' dari Datuk Seri Najib Tun Razak supaya orang mereka dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum ke 13. Bertemu Najib Mohd Isa disokong dua orang bekas menteri iaitu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Azmi Khalid, manakala Shahidan disokong oleh Ketua Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin dan bekas Ketua Penerangan negeri, Datuk Hashim Suboh. "Kumpulan Sahidan menemui Najib di Putrajaya dua minggu selepas hari raya, manakala kumpulan Mohd Isa beberapa hari kemudian. "Masing-masing mengatakan mereka yang terbaik. Terpulang kepada Najib untuk memilih mana yang terbaik," kata seorang pemimpin Umno negeri. Manakala PAS negeri telah menyelesaikan pemilihan calonnya manakala pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat juga telah selesai. Parti itu mendakwa perpecahan Umno disedari bukan sahaja Najib tetapi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terpaksa datang beberapa kali ke Perlis. PAS kini menguasai dua kerui negeri iaitu Simpang Empat dan Sanglang tetapi BN menang 13 kerusi -FMT |
Filem Hina Islam : Apabila KJ berjalan bersilang lengan dengan Nasrudin Hassan, .... Posted: 18 Sep 2012 06:44 PM PDT oleh : NORDEN MOHAMED Filem Innocence of Muslims, yang mempersenda Nabi Muhammad SAW membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Di negara kita, demonstrasi dianjurkan di merata negeri dan daerah. Selain jemaah masjid yang berdemonstrasi selepas solat, beberapa NGO turut menyuarakan bantahan. Memang banyak provokasi dilakukan terhadap umat Islam. Tidak lama dulu, akhbar Denmark, Jyllands-Posten memaparkan kartun yang mempersendakan Nabi Muhammad. Ahli politik Belanda, Geert Wilders, juga sering mencetus provokasi. Begitu juga, apabila Terry Jones, paderi sebuah gereja kecil di Amerika Syarikat membakar al-Quran, demonstrasi demi demonstrasi bantahan diadakan. Demonstrasi adalah salah satu cara memanifestasikan perasaan dan merakam bantahan mana-mana pihak yang menyokong atau menentang sesuatu perkara. Ia sihat dalam amalan demokrasi selagi ia tidak bertukar menjadi rusuhan tidak terkawal. Ia bagus selagi jawatankuasa anjur demonstrasi menjaga disiplin ahli. Ia baik selagi pemimpin demonstrasi itu sendiri tidak lepas tangan apabila sesuatu tidak diingini terjadi. Demonstrasi yang berpaksi daripada sesuatu isu itu seharusnya disertai pihak yang mempunyai pandangan dan pendirian sama, tidak kira daripada kumpulan mana ia datang dan anutan fikiran apa yang diwakili. Sesuai dengan tujuan demonstrasi iaitu menunjuk kuat dengan penglibatan seramai mungkin pembantah, lagi besar kumpulan berdemonstrasi, lagi besarlah impak yang diperolehi. Dalam konteks ini alangkah molek Pemuda Umno dan Pemuda Pas dapat sama-sama berjalan sederap kaki dan berganding bahu suarakan bantahan. Alangkah cantik jika mereka berarak dari dua arah berbeza dan bertemu menjadi arus besar menuju ke kedutaan AS. Isu yang ditangani adalah isu pertahankan imej Nabi yang dipersendakan. Yang ingin dirakamkan kepada Amerika Syarikat adalah ketidaksenangan kita terhadap rakyatnya yang tidak sensitif terhadap agama lain. Yang lebih penting, apa yang hendak ditunjukkan kepada umat Islam ialah betapa perlunya kita membuang pakaian politik apabila soal agama menjadi mainan orang. Pengikut akan ikut apa yang pemimpin buat. Apa yang patut dibuat pemimpin mestilah sesuatu yang boleh dilihat oleh pengikut. Retorik daripada permainan kata pemimpin politik sukar dimengerti oleh ahli. Tetapi, bila Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berjalan bersilang lengan dengan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan, ahli yang lain akan ikut serta. Bayangkan betapa padunya semangat yang bernyala tatkala demonstrasi itu. Lafaz selawat senada dan laungan yang gegak gempita akan mengalirkan ukhuwah dan membarakan rasa persaudaraan yang akan meleburkan seketika hijab prasangka akibat berlainan pendirian dalam politik. Biarpun sekejap, ia adalah satu perasaan yang menegakkan bulu roma. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Kalau dah tentu handal, di mana pun seseorang itu berada, dia tetap kekal dengan kehebatannya. Kalau sudah tentu hebat, dengan siapa pun kita bergaul, keampuhan peribadi akan tetap terserlah. Tidak kiralah siapa yang hendak bergerak dahulu atau kemudian asalkan kedua-dua pihak nampak peri pentingnya kita suarakan bantahan terhadap imej Nabi yang diperkotak-katikkan. Tidak ada yang menang-kalah seandainya kedua-dua pihak membuka baju politik buat seketika dan mempamerkan pakaian Islam yang sememangnya sudah terlekat di kulit dan sudah mendarah daging di dalam tubuh. Datanglah. Datanglah dengan hati yang terbuka lagi tulus dan suci. Bukalah tangan-tanganmu untuk menggenggam tangan-tangan saudaramu yang mungkin tidak pernah kamu sentuh. Rasakan roh persaudaraan yang menggetar dan mengalir di antaramu. Jadikan demonstrasi Innocence of Muslims sebagai permulaan. Kita sudah tiada masa. Onar yang semakin banyak berlaku dalam arena politik yang kian membahang sudah menampakkan kedunguannya. Tindakan merosak kenderaan, menyimbah cat kepada bas dan bangunan, membakar bendera dan memijak gambar pemimpin yang semakin kerap terjadi membayangkan ia makin tidak dapat dikawal. Jika tiada pemimpin yang menegur, menasihati dan menyuarakan kebencian kepada aksi bodoh yang semakin ganas ini., seolah-olah ia bukan dilakukan oleh mana-mana aktivis politik. Para pemimpin boleh menyejukkan suhu politik membahang ini. Tunjukkan gambaran besar yang patut diperjuangkan. Fokuskan kepada perkara yang ada isi dan inti. Apakah kita layak bercakap tentang ukhuwah, tentang perpaduan, kalau diri sendiri tidak boleh berdiri dalam satu saf? |
Rakyat ucap selamat tinggal pada Umno-BN: KERAJAAN AKAN BERTUKAR! Posted: 18 Sep 2012 08:41 AM PDT Sejumlah besar menghadiri "upacara yang tidak perlukan orang dibayar" di DataranMerdeka pada malam Merdeka '55 - 30 OGOS, 2012 – ini merupakan satu lagi petanda yang jelas bahawa rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang. Ia adalah perhimpunan JanjiDemokrasi untuk menyambut Merdeka '55. Mereka berkumpul untuk meraikan Merdeka yang 'sebenar' bagi rakyat dan berada dalam usaha untuk mendesak diadakan pilihanraya yang adil dan bebas, pemeliharaan kesucian Perlembagaan, kebebasan bersuara, media yang bebas dan keadilan sosial untuk semua rakyat Malaysia. Terdapat sekurang-kurangnya 50,000, termasuk rakyat yang berpakaian kasual - penyokong pasif - dan hadirin begitu tenang dan damai. Ia merupakan tanda rakyat Malaysia yang berwawasan dan patriotik daripada semua bangsa, agama dan kepercayaan telah datang bersama-sama untuk menyambut Merdeka '55. Mereka mewakili rakyat Malaysia yang cintakan keamanan yang tidak sedikit pun ingin menjadikan Malaysia sebuah republik, menukar Perlembagaan atau menghapuskan Monarki. Tetapi ini telah diputar belit oleh beberapa pemimpin UMNO dan pembohongan yang jahat telah disebarkan oleh media pro-UMNO untuk menipu rakyat. Semangat untuk perubahan Api Olimpik adalah simbol Sukan Olimpik untuk memperingati kecurian api dari dewa Yunani Zeus oleh Prometheus, dimana api itu telah disimpan untuk membakar sepanjang sambutan Sukan Olimpik di zaman lampau. Dengan cara yang sama, Malaysia telah mengadakan perhimpunan JanjiDemokrasi telah menyalakan Api Demokrasi bagi semua rakyat Malaysia dan 'pembawa obor' adalah rakyat yang akan menyemarakkan semangat untuk perubahan dan menetapkan harapan bagi rakyat dalam pilihan raya umum ke-13. Kerajaan pimpinan UMNO begitu kecut apabila ribuan membanjiri DataranMerdeka untuk mengira detik kemerdekaan. Mereka yang iri hati dengan pencapaian ini tidak dapat menghentikan gelombang demokrasi yang menyalakan semangat Merdeka para prajurit ini, dan semangat rakyat semua pada masa itu terlalu tinggi untuk dikawal UMNO yang dipimpin Barisan Nasional. Ia telah dilaporkan bahawa di kalangan orang ramai ini terdapat juga penyokong UMNO yang tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang. 'Adegan tunjuk punggung Walau bagaimanapun, acara tersebut telah 'dicemari' oleh dua insiden - 'menunjukkan punggung' pada potret Perdana Menteri NajibRazak, RosmahMansor dan Pesuruhjaya Pilihan Raya, dan paparan bendera Sang Saka Malaya oleh beberapa orang prajurit untuk mengingatkan rakyat kepada sejarah Malaya. Rakyat Malaysia, walau bagaimanapun, perlu mengambil iktibar dari kedua-dua insiden tersebut. 'Menunjukkan Punggung atau 'tarian punggung' bukanlah sesuatu yang baru dalam budaya kita. 15 MEI 2012 menyaksikan sekumpulan pesara tentera melakukan senaman punggung' di hadapan kediaman pengerusi bersama Bersih, Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara. Mereka melakukan satu siri latihan pendek, membongkok dan menggerakkan punggung mereka di hadapan pintu pagar. Kumpulan itu terkejut apabila, Ambiga tidak melepaskan anjing Rottweil yang dimilikinya di pekarangan rumahnya, malah, Ambiga muncul dari rumahnya dan dengan rendah diri menjemput mereka untuk meminum minuman tin yang dia disediakan. Dia mungkin faham bahawa orang-orang dewasa ini telah penat selepas 'tarian' mereka. Memang benar, hanya seorang wanita diperlukan untuk melembutkan hati seorang lelaki'. 'Senaman punggung' telah dilaporkan secara meluas oleh media - tempatan dan antarabangsa - dan belia kita pasti telah mengambil iktibar dari insiden ini apabila mereka melakukan perkara yang sama pada potret Najib, Rosmah dan Pesuruhjaya Pilihan Raya pada malam ambang Merdeka '55 di Dataran Merdeka. Orang muda cepat belajar - menteri pendidikan sekarang boleh mengesahkan fakta pedagogi ini. Peribahasa Melayu ada berkata "Bapa borek anak rintik.". Anak-anak sekolah kita diajar peribahasa ini dalam sukatan pelajaran sekolah. Minda muda senang terdedah tetapi mereka yang impresionis biasanya akan mengikuti contoh yang ditunjukkan oleh orang lain, terutama sekali orang dewasa. Sakit mental Negara ini tidak pernah sunyi dari episod bodoh apabila ia menyentuh hal politik. Selain 'senaman punggung' di pintu rumah Ambiga yang dihormati terdapat juga bab menjijikkan iaitu adegan memijak, melangkah dan membuang air kecil pada potret pemimpin oleh sesetengah orang yang bodoh. Dalam kegilaan dan kemuncak kelakuan mereka, haiwan dan tokoh agama juga tidak terkecuali. Ia telah dilaporkan secara meluas - dan dengan bukti-bukti yang jelas – samseng-samseng ini memijak potret tidak bersalah Ambiga, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan Khalid Samad. Ia juga telah dilaporkan dengan bukti bahawa para samseng juga telah membuang air kecil pada potret Nik Aziz Nik Mat Presiden PAS dan Hadi Awang. Orang dewasa yang kononnya dan kelihatan alim di luar, telah menyediakan kek 'najis' untuk meraikan hari jadi ketua menteri. Yang demikian itu adalah mentaliti sakit beberapa watak jahat di negara ini. Dan mereka mengaku diri mereka sebagai 'orang agama'. Media yang dikawal oleh kerajaan tidak teragak-agak untuk menunjukkan beberapa ini isyarat keji kepada orang ramai untuk membangkitkan emosi mereka dan tersilap berfikir bahawa rakyat akan merendahkan martabat pembangkang dan NGO dengan berbuat demikian. Ia hanya memakan diri sendiri. Pada 28 Ogos 2009, sekumpulan orang dewasa yang mengaku ahli persatuan penduduk Seksyen 23 di Shah Alam, menggemparkan seluruh negara apabila mereka mengadakan bantahan kecoh di luar premis kerajaan negeri, di mana mereka membawa kepala lembu dan memijak dan meludah di atasnya. Insiden itu mencemari ulangtahun Merdeka '52. Hanya selepas hari Merdeka pada tahun 2008, pada awal bulan September, Gerakan telah terbabit dalam kontroversi atas kenyataan perkauman yang dibuat bekas ketua bahagian UMNO Bukit Bendera, Ahmad Ismail di mana dia menyifatkan orang Cina di Malaysia sebagai 'penumpang'. Pemimpin Gerakan telah menuntut permohonan maaf daripadanya dan menggesa tindakan akan diambil terhadap ahli UMNO itu. Sebaliknya, orang ramai terkejut melihat penyokong Ahmad menggoyakkan potret KohTsu Koon Sistem pendidikan Malaysia Kerana tiada tindakan diambil terhadap orang-orang yang zalim oleh pihak berkuasa yang berkenaan, golongan muda mesti berfikir bahawa mereka juga boleh melakukan perkara yang sama. Mungkin, sistem pendidikan negara tidak menekankan dengan cukup mengenai 'apa yang betul dan apa yang salah' dalam kehidupan dalam sukatan pelajaran sekolah. Atau ia mungkin bahawa penekanan kepada pendidikan adalah 'apa tidak betul dari segi moral atau agama' boleh dihalalkan oleh politik ? Apabila orang dewasa dan pemimpin tidak menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat muda mereka akan menjadi contoh. Janganlah kita menyalahkan golongan muda apabila mereka lemah akidah atau berbuat jahat dalam masyarakat. Tanggungjawab adalah pada orang dewasa dan pemimpin untuk menjadi teladan. Apabila polis tidak mengambil tindakan terhadap samseng-samseng ini, orang muda akan terfikir ini tidak akan mendatangkan masalah, apabila tiada apa yang akan berlaku. Rupa-rupanya sistem pendidikan Malaysia meletakkan begitu banyak penekanan kepada pendidikan moral dan pengajian agama dari tadika hingga ke peringkat universiti. Tetapi ia seolah-olah seperti nilai-nilai moral atau agama tidak meresap ke hati nurani beberapa rakyat Malaysia. Media dikuasai UMNO-tidak menunjukkan sebarang kejadian serangan yang melibatkan tokoh Pembangkang atau orang-orang yang boleh mencemarkan reputasi UMNO kerana takut tindak balas politik daripada rakyat. Tetapi apabila pelajar didakwa telah menunjukkan punggungnya pada potret Najib, Rosmah dan Pesuruhjaya Pilihanraya dengan pantas dia ditahan oleh pihak polis dan dia kini dibebaskan dengan jaminan polis. Ini sudah tentu menjadi 'berita sensasi' dalam media yang dikawal UMNO. Bagaimanapun, rakyat semua sedar budaya politik UMNO dan pendekatan double standard mereka dalam mendakwa orang-orang yang melakukan kesalahan. Tuduhan yang tidak masuk akal Dua remaja baik membawa bendera Sang Saka Malaya sebagai tanda simbolik pada perhimpunan JanjiDemokrasi, mungkin sebagai penghormatan kepada wira yang tidak diingati dalam memperjuangkan kemerdekaan, telah dicemuh kepimpinan tertinggi UMNO. Bijak sekali isu itu dipintal 'sejarah' menjadi 'politik' dan mula memasukkan ramuan propaganda bahawa helah pembangkang 'begitu licik' kerana cuba menukar bendera Negara - tuduhan yang tidak munasabah ini tidak diterima dengan baik oleh rakyat. Rakyat sedar bahawa bendera Sang Saka Malaya yang dikibar pada malam itu bukanlah bukti bahawa rakyat atau pembangkang berhasrat untuk menukar bendera Negara. Tambahan pula, perhimpunan besar-besaran di Dataran tidak dianjurkan oleh Pembangkang tetapi NGO. Jadi kerana ia boleh dilakukan, isu bendera Sang Saka Malaya telah dipolitikkan oleh UMNO dan ini telah menaikkan kemarahan rakyat. 'Betul dari segi politik' Mengapa menjadi paranoid atas kejadian ini apabila bendera itu mempunyai beberapa erti dalam sejarah negara dan orang Melayu? Semua pelajar sejarah sudah biasa dengan Sang Saka Malaya - yang mempunyai bulan sabit dan 11 bintang tajam di sudut atas sebelah kiri bendera berlatar belakangkan dua warna jalur, merah dan putih. Ia telah digunakan oleh parti Melayu yang pertama – Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 - yang telah berjuang menentang penjajah British untuk kemerdekaan negara. Oleh itu Sang Saka Malaya adalah sebahagian daripada sejarah negara. Dengan sejarah yang diajar dan ditekankan di sekolah, generasi muda pasti sedar kepentingannya daripada perspektif sejarah. Mereka mungkin naif tentang bab politik yang betul. Cinta mereka untuk subjek sejarah di sekolah telah membuat mereka mengibarkan bendera Sang Saka Malaya, kerana ada sejarah yang penting disebalik bendera ini. Mereka pasti merasakan bahawa untuk menghargai masa depan jangan lupa kepada masa lalu, terutamanya mereka yang telah menyumbang kepada perjuangan untuk kemerdekaan. Belia, untuk itu, mempunyai kebijaksanaan ilmiah untuk tidak mengibarkan bendera Jepun atau bendera PKM (Parti Komunis Malaya) semasa majlis itu. Apa lagi, rakyat kini sedar bahawa bendera Sang Saka adalah sebahagian daripada sejarah, tetapi pada masa yang sama mereka menghormati Jalur Gemilang yang telah dipilih untuk melambangkan negara. Dan atas sebab ini, rakyat tidak begitu mentah dengan propaganda politik UMNO. Sistem pendidikan yang kabur Penodaan potret ahli-ahli politik, pemimpin NGO dan tokoh agama tidak mendorong kerajaan untuk berfikir tentang punca perbuatan itu. Adakah mereka muflis dari segi moral selepas berada dibawah pendidikan sistem pendidikan selama bertahun-tahun? Jika ya, salahkan kerajaan pimpinan UMNO yang berusia 55-tahun kerana telah mengekalkan sistem pendidikan yang kabur untuk rakyat. Jika kebenaran diberitahu, tiada siapa yang berfikiran waras akan bersetuju untuk melakukan tarian sumbang, menunjukkan punggung, menoda potret pemimpin 'atau tokoh agama. Rakyat secara umum tidak berminat untuk menukar bendera Malaysia. Mereka tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian. Mereka mempunyai agenda lebih baik untuk difikirkan, iaitu untuk menukar kerajaan. Mungkin, setelah 55 tahun pemerintahan UMNO-Perikatan-Barisan membuat rakyat berasa letih dan bosan. Mereka kini mendesak untuk melihat fajar baru menyinsing bagi negara ini. Lagipun, inilah apa yang dimaksudkan dengan demokrasi. Tetapi ini tidak bermakna bahawa Barisan akan binasa selama-lamanya. Barisan mungkin boleh mengambil peranan Pembangkang dan bertanggungjawab untuk sekurang-kurangnya lima tahun selepas pilihan raya umum akan datang. Mereka boleh membuat kemunculan semula selepas itu. Lagipun, kita kini mempunyai sistem dua parti yang berdaya maju dan monopoli kuasa bukanlah menjadi satu isu. Perubahan kerajaan Kita dikurniakan dengan Pembangkang dan rakyat secara umumnya terdiri daripada rakyat Malaysia yang setia dan cintakan negara. Di bawah mana-mana kerajaan baru, rakyat masih akan menyanyangi negara, memelihara bendera Malaysia dan menghormati raja. Perlembagaan akan sentiasa kekal tertinggi dan Negaraku akan kekal sebagai lagu kebangsaan. Jelas, UMNO Barisan tidak boleh menerima ini semua .'Faktor kagum' akan Janji Demokrasi akan menjadi penentu bagi pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang. Negara akan melihat perubahan kerajaan. Malaysia Chronicle |
Walau Suaram didakwa, siasatan Scorpene tetap diteruskan Posted: 18 Sep 2012 06:41 AM PDT Siasatan di Perancis terhadap dakwaan rasuah dalam perolehan kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, akan diteruskan walaupun jika kerajaan memutuskan untuk mendakwa Suaram atau mengambil apa-apa tindakan terhadapnya, kata NGO hak asasi manusia itu hari ini. telah dimaklumkan oleh peguamnya bahawa kes Scorpene akan diteruskan. Ketika dihubungi, Cynthia berkata, tindakan terhadap Suaram itu tidak akan memberi kesan terhadap kes di Perancis itu. Cynthia juga mengkritik pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob bahawa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mencadangkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini tuduhan yang akan difailkan terhadap Suara Inisiatif Sdn Bhd Katanya, ketika menteri itu membuat pengumuman tersebut, pengarah dalam lembaga pengarah dan pengarah eksekutif Suaram masih lagi berada di ibu pejabat SSM, untuk disoal. Cynthia berkata, bagaimana menteri itu boleh membuat kesimpulan tersebut sedangkan siasatan masih berjalan di dalam bangunan SSM. |
Kerana takut kehilangan kuasa, Najib cuba takutkan orang Melayu - Mahfuz Posted: 18 Sep 2012 01:13 AM PDT Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa, perdana menteri cuba menakut-nakutkan orang Melayu dan Islam apabila menyatakan bahawa pilihan raya umum akan datang merupakan penentu kepada kelangsungan golongan itu. Beliau juga percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden Umno berkata demikian kerana "takut" akan kehilangan kuasa untuk membentuk kerajaan. Dengan mengaitkan slogan 1Malaysia BN, Mahfuz turut memperolok-olokkan usaha itu sebagai "Skim Takut 1Malaysia". "Mereka takut kehilangan kuasa dalam pilihan raya umum akan datang. Masih ada harapan lagi orang Melayu untuk berubah pendirian supaya tidak bersama Umno dan BN. "Saya boleh katakan, mereka ini sedang jalankan Skim Takut 1Malaysia (ST1M) yang menunjukkan pemimpin Umno ada ketakutan dengan ambil pendekatan menakutkan orang Melayu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini. Dalam ucapannya ketika menutup persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan Sabtu lalu, Najib dilaporkan berkata hanya parti Umno dalam BN yang dapat "meneruskan perjuangan bangsa dan agama." Laporan Bernama itu menyebut, Najib berkata orang Melayu tidak mempunyai tempat bergantung harap sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan kerana gabungan parti itu tiada parti Melayu yang menjadi teras pemerintahan seperti Umno dan BN. Tanam kebencian Mengulas lanjut, Mahfuz berkata kenyataan Najib itu menunjukkan bahawa pemerintahan negara akan jatuh ke tangan bukan Islam sekiranya Umno tewas dalam pilihan raya nanti. "Kenyataan ini bersifat secara halus dan tanam sifat kebencian orang Melayu kepada bukan Melayu. Seolah-olah kalau Umno kalah, orang bukan Islam ambil alih pemerintahan. "Mereka tanam pada diri orang Melayu dengan kebencian," katanya lagi. Sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai satu kenyataan yang 'sempit', Mahfuz berkata, PRU-13 sebenarnya yang akan menjadi penentu survival politik Umno. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pokok Sena ini menegaskan agar pilihan raya akan datang dapat menjadi peluang bagi bangsa Melayu merdeka daripada Umno. "Kita telah merdeka selama 55 tahun. Tetapi apa yang perdana menteri kata menunjukkan sifat yang masih lagi belum merdeka. Jadi (pilihan raya umum ke-13) akan menjadi peluang bagi bangsa Melayu merdeka daripada Umno," katanya lagi. - MK |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan