RAKYAT MARHAEN |
- PAS yakin tawan Perlis kerana pepecahan Umno
- Nafi Hak Mengundi : Pengundi luar negara desak bos SPR undur
- Is SUARAM the target or the bait? Intrigue in Umno as rivals fire Scorpenes torpedo at Najib
- NOW tayang filem tentang ‘whisleblowers’ secara percuma Sabtu ini
- PRU 13 DAN JANGKA HAYAT PRESIDEN UMNO
- Rakyat Bakal Jadi Mangsa : Kastam sudah bersedia untuk pelaksanaan GST
- Najib PM paling takut di dunia umum tarikh pilihan raya
- Siapa pembohong...polis baru siasat Hishammuddin cakap sudah ditangkap
- Talam oh Talam, senjata makan tuan
- Chegu Bard: Seksyen 29(4) Akta SPRM Boleh Disalah Guna Lindungi Rasuah
- Orang asal Baram: Jangan tenggelamkan rumah kami..!!!
- Hina Islam: Umno, hentikanlah hipokrasi
- Pertahan Nabi dengan amal sunnah, akhlak terpuji
- P'raya Kampus: Pro-M mohon pemantauan Suhakam
- Jenayah Makin Merosot : Gadis dirogol lelaki kemaruk seks dalam bilik air
- Tranformer Umno : DULU KUTUK SEKARANG TIRU!!!!! hi..hi.hiii
- Kemunafikan UMNO semakin terserlah!
- UN envoy Brahimi says Syria conflict 'likely to spread'
- Utusan Meloya: Akhbar Penyebar Racun Fikiran Rakyat
- There’s something about Selangor
- MORE LIES? Another Bernama pic of Najib said to be 'doctored'
- Suku Sakat Ayah Pin : Tuduhan persenda al-Quran
- Sedap tajuk akhbar neh, HIDUP MELAYU... HIDUP MELAYU...
- PGSM kecam filem hina Nabi, tapi tolak demonstrasi melampau
- Negara Zina : Lelaki dituduh sumbang mahram dengan anak tiri dalam Pejabat Umno...!!!
PAS yakin tawan Perlis kerana pepecahan Umno Posted: 18 Sep 2012 08:56 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 Sept — PAS yakin dapat menawan Perlis dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 berikutan pepecahan yang teruk berlaku dalam Umno negeri tersebut menurut pesuruhjaya PAS negeri Hashim Jasin. Read More / Baca Lagi >>Menurut Hashim, beliau diberitahu oleh bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa Umno Perlis telah berpecah kepada empat kumpulan. "Ada empat kumpulan, kalau berdasarkan kata Shahidan itu, iaitu diketuai oleh Shahidan sendiri, MB Datuk Seri Mohamad Isa Sabu, adinda Tuanku Sultan Adun Pauh Syed Razlan dan bekas menteri Datuk Azmi Khalid. "Dalam sidang DUN Perlis baru-baru ini, Shahidan bantai MB, bantai Exco. "Saya mencelah, nampaknya Umno pecah dua. "Dia (Shahidan) jawab, dok bukan dua...tiga. "Baru-baru ni, saya tanya lagi...bagaimana doh jadi tiga. "Dia kata lagi...dok, empat," kata Hashim dalam satu temubual eksklusif bersama Harakahdaily. Menurut Hashim, pakatan pembangkang sudah bersedia untuk mengambil alih negeri yang kaya dengan penanaman tebu itu dan telahpun menubuhkan kabinet bayangan. "Kita telah gariskan kabinet bayangan. Kalau diizinkan kita kemenangan kita dah sedia. "Kita juga yakin, kalau menang, saya yakin bahawa PAS mesti menguasai kerajaan dalam bentuk apa aktivitipun. |
Nafi Hak Mengundi : Pengundi luar negara desak bos SPR undur Posted: 18 Sep 2012 08:55 PM PDT MOV yang ditubuhkan bagi melobi hak mengundi mereka mendakwa pengerusi SPR Atan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar menipu rakyat Malaysia di negara asing. SPR juga menghina syok yang dibuat oleh jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya, yang diluluskan Dewan Rakyat, kata MOV dalam kenyataannya semalam. MOV merujuk kepada kenyataan Abdul Aziz Jumaat lalu bahawa Pejabat Peguam Negara masih mengkaji sama ada pindaan Akta Pilihan Raya diperlukan bagi membolehkan pengundian pos kumpulan itu. Sementara itu, MOV juga membariskan kronologi peristiwa yang didakwa menggambarkan SPR tiada hasrat untuk memberikan hak pengundian pos kepada mereka dalam pilihan raya umum akan datang. |
Is SUARAM the target or the bait? Intrigue in Umno as rivals fire Scorpenes torpedo at Najib Posted: 18 Sep 2012 08:53 PM PDT Amid swirling speculation of high-level political intrigue within Malaysia's ruling Umno party, as well as accusations Prime Minister Najib Razak was taking 'revenge' against SUARAM for initiating the Scorpenes corruption trial in Paris, the Malaysian leader is likely to earn himself another black eye when his administration brings charges against the country's largest NGO later this week. Read More / Baca Lagi >>"BN just put another nail to its coffin by charging SUARAM. Making international news for all the wrong reasons," DAP lawmaker Hannah Yeoh, the assemblywoman for Subang Jaya, said on Twitter. "The grapevine has it that this action against SUARAM is aimed to embarrass Najib and who would have control over the government agencies and ministries to get them to take action? Can only be some very powerful people in Umno itself, right?" an Umno watcher told Malaysia Chronicle. The announcement by Domestic Trade Minister Ismail Sabri Yaakob to prosecute SUARAM's operating entity for "misleading accounts" comes just a day after 56 international NGOs signed a joint statement to protest the heavy-handed move. But according to Ismail Sabri, there was no malice in the proposed action to be taken by the Companies Commission of Malaysia against Suara Inisiatif within the next 2 days. "We will take legal action on Suara Inisiatif based on accounts that was reported to us... there are misleading elements in accounts," Ismail told reporters on Tuesday. "In one year, we investigate over 200 cases, Suara Inisiatif is one of them... not because we have personal problems with Suara Inisiatif." No longer about receiving 'foreign funding' |
NOW tayang filem tentang ‘whisleblowers’ secara percuma Sabtu ini Posted: 18 Sep 2012 08:53 PM PDT KUALA LUMPUR 19 September: National Oversight and Whisleblowers (NOW) akan menayangkan filem 'The Most Dangerous Man' di ibu pejabat organisasi itu, Sabtu ini secara percuma. Pengarahnya, Akmal Nasir ketika dihubungi berkata, tujuan penayangan filem itu untuk mendedahkan kepada orang ramai betapa pentingnya peranan pemberi maklumat dalam menyelamatkan sesebuah organisasi mahupun negara. "Kita pilih filem itu sebab nak tunjuk kepada orang ramai bahawa 'whistleblower' itu ada di mana-mana. Mereka tak perlu merasa takut walaupun ada setengah orang menganggap itu satu tugas bahaya, tapi usaha tersebut mampu menghentikan musibah yang lebih besar," kata Akmal. Filem itu mengisahkan bagaimana salah seorang bekas pegawai Pentagon yang hanya berbekalkan sejumlah dokumen sulit serta kesungguhan dan kepercayaan terhadap kebenaran, membuat keputusan mencabar imuniti Presiden kepada Kongres, pihak media dan rakyat dalam usaha menamatkan Perang Vietnam. Read More / Baca Lagi >> |
PRU 13 DAN JANGKA HAYAT PRESIDEN UMNO Posted: 18 Sep 2012 08:47 PM PDT SURVIVAL POLITIK MELAYU UMNO BARISAN NASIONAL Kenyataan Presiden Umno di Majlis Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pekan seolah-olah menegaskan bahawa Umno Barisan Nasional sahaja yang mampu menentukan survival politik bangsa Melayu. Ini sama sekali tidak benar , jika dilihat bangsa Melayu hari ini masih terkebelakang dari bangsa lain malah ekuiti dan pemilikan tanah orang Melayu masih lemah . Mana mungkin hanya Umno Barisan Nasional sahaja yang mampu membela nasib orang Melayu. Survival politik yang dimaksudkan Presiden Umno itu bukan tertumpu kepada orang Melayu itu sendiri tetapi lebih tepat ditujukan kepada survival politik Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan sekutunya yang menggondoli kuasa serta kekayaan negara. |
Rakyat Bakal Jadi Mangsa : Kastam sudah bersedia untuk pelaksanaan GST Posted: 18 Sep 2012 08:45 PM PDT Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) telah bersedia untuk menguruskan sistem percukaian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya kerajaan memutuskan untuk melakasanakannya di negara ini. Ketua Pengarah Kastam Datuk Khazali Ahmad berkata jabatan itu diberi tanggungjawab mentadbir pelaksanaan GST dan sehubungan itu persiapan awal perlu dilakukan. "Kami harus bersedia dari segi kepegawaian dan sistem (yang akan digunakan). Tidak payah menunggu pengumuman baru bersedia. Jadi tak jadi, jabatan tetap bersedia. "Kami tidak mahu berada dalam keadaan tidak bersedia apabila kerajaan memutuskan untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Kastam Sabah di Tawau yang turut dihadiri Pengarah Kastam Sabah Datuk Dr Janathan Kandok serta pemimpin-pemimpin tempatan. Read More / Baca Lagi >> |
Najib PM paling takut di dunia umum tarikh pilihan raya Posted: 18 Sep 2012 08:40 PM PDT KUALA LUMPUR 19 September: KEADILAN mempersoal keengganan Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tarikh pilihan raya dan menggesa Perdana Menteri itu membubarkan Parlimen serta tidak lagi terus berteka-teki berhubung perkara itu. Ketua Sekretariat Pilihan Rayanya, Zakaria Abdul Hamid berkata, pembangkang sama sekali tidak pernah takut dengan bayang-bayang seperti didakwa kerajaan Umno BN. Tegasnya, tuduhan itu sepatutnya ditujukan kepada Umno BN yang sehingga kini takut untuk mengumumkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), bukannya berdolak dalik menuduh pembangkang. "Sebenarnya Umno BN yang takut dengan bayang-bayang sendiri, kalau tidak kenapa sampai sekarang Datuk Seri Najib tak mahu umum tarikh pilihan raya. "Sebelum tuduh pembangkang, baik selidik dulu. Kalau bukan takut, apa maknanya sampai sekarang pun tak boleh umum. Rakyat tak suka keadaan seperti ini," katanya ketika dihubungi. Zakaria berkata, tujuan Pakatan Rakyat memilih untuk mengadakan pilihan raya berasingan adalah untuk mendapatkan bukti penipuan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Read More / Baca Lagi >> |
Siapa pembohong...polis baru siasat Hishammuddin cakap sudah ditangkap Posted: 18 Sep 2012 08:38 PM PDT Susulan dari peristiwa "Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau" yang hangat dibincangkan sejak kebelakangan ini; saya telah dikunjungi oleh seorang pegawai Polis dari Gombak pada hari Khamis pada 13 September sekitar jam 3 petang. Laporan dibuat di Balai Gombak oleh seorang yang sudah pasti meluat dengan sikap berat sebelah pihak berkuasa yang hanya mengambil berat persoalan gambar Najib dipijak tetapi tidak menghiraukan apabila gambar pimpinan PR dilakukan sedemikian rupa, malah lebih dari itu. Read More / Baca Lagi >>Atas laporan tersebut pegawai berkenaan telah bertemu saya kerana telah tersebar luas di Internet bagaimana gambar saya dan pimpinan utama PAS, DAP dan PKR pernah juga dipijak oleh para samseng politik. Semasa pertemuan tersebut, pegawai berkenaan meminta maklumat berhubung peristiwa yang melibatkan gambar saya dipijak di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. Saya memaklumkan bahawa ianya berlaku pada awal 2010 dan bukan sekadar gambar, video pun ada. Apabila ditanya samada saya kenal atau tidak samseng tersebut, saya katakan tidak, tetapi boleh mengagak dari 'cawangan' mana. Saya memberitahunya sekiranya diperlukan, saya boleh cuba dapatkan maklumat berhubung siapakah mereka ini. |
Talam oh Talam, senjata makan tuan Posted: 18 Sep 2012 08:36 PM PDT Kenyataan TPM TS Mahyuddin Yassin bahawa Umno telah menemui formula untuk menawan kembali Selangor dengan Talam adalah sangat melucukan.Bukan sahajaDato Chua Tee Yong (CTY) dan DS IrMohd Zin keliru tentang 'Talam Debt Recovery Exercise' (Pelan Pungutan Hutang Talam) ini, kini TPM Malaysia pun turut dikelirukan mereka berdua ini. Dalam kekeliruannya CTY pernah mendakwa Kerajaan Selangor menggunakan dana rakyat Selangor sebanyak RM1 bilion dan Md Zain dengan segala 'kejahilan'nya mempopularkan istilah "Talam-Gate'. Sekarang Mahyuddin nak guna ini isu Hutang Talam ini sebagai resipi dan formula kemenangan. Saya mahu jelaskan hanya beberapa isu dahulu secara khusus sebab terlalu banyak yang hendak diDEDAHkan bersabit kebingungan TPM dan Umno-MC-BN ini. Pertama Read More / Baca Lagi >> |
Chegu Bard: Seksyen 29(4) Akta SPRM Boleh Disalah Guna Lindungi Rasuah Posted: 18 Sep 2012 08:10 PM PDT SHAH ALAM, 19 SEPT: Seksyen 29(4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang digubal pada 2009 boleh disalahguna pihak berpengaruh bagi melindungi kesalahan rasuah yang mereka lakukan. Ini berlaku apabila pihak yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan kuasa atau pengaruh mereka bagi mempengaruhi badan suruhanjaya itu atau pihak Peguam Negara agar tidak melakukan pendakwaan terhadap mereka. Demikian dakwaan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi TV Selangor hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Orang asal Baram: Jangan tenggelamkan rumah kami..!!! Posted: 18 Sep 2012 08:08 PM PDT Sekumpulan kira-kira 50 Orang Asal dari Baram mengadakan protes di hadapan bangunan sekretariat negeri Sarawak di Kuching semalam, membantah projek mega empangan yang akan menenggelamkan rumah panjang mereka. Read More / Baca Lagi >>Mereka daripada 18 rumah panjang di Baram Hulu dan Tengah juga menyerahkan petisyen yang mengandungi lebih 1,000 tandatangan kepada Pejabat Ketua Menteri Sarawak. Petisyen itu menyuarakan tentangan mereka terhadap rancangan membina empangan mega di Baram yang akan membanjiri kawasan tersebut seluas separuh saiz Singapura, serta menenggelamkan tanah nenek moyang mereka, rumah dan ladang-ladang di situ. Dalam satu kenyataan semalam, Preiden Jaringan Orang Asal seMalaysia (Joas), Thomas Jalong, yang berasal dari Long Anap, Baram, berkata empangan itu akan menjejaskan kehidupan penduduk asal tempatan. |
Hina Islam: Umno, hentikanlah hipokrasi Posted: 18 Sep 2012 08:07 PM PDT Saya mulakan ulasan ini dengan mengungkapkan setinggi-tinggi syukur saya ke hadhrat-Nya kerana menunjukkan saya jalan-Nya yang lurus ini, iaitu iman dan Islam. Namun begitu, saya turut ingin melahirkan rasa sedih dan kecewa atas sikap serta perangai buruk sesetengah mereka yang kononnya mengaku beriman dan seorang Islam tetapi dalam masa yang sama telah berkali-kali menodai kesucian dan maruah agama ini tanpa segan dan malu. Memang benar sekali, penghinaan terang-terangan terhadap Islam di negara kita dimulai sekitar tahun 1980-an lagi; malah, ketika pentadbiran sebelumnya, kalau adapun berlaku perselisihan faham PAS-Umno mengenai agama, tidaklah begitu tersiar secara eksklusif. Justeru, rasanya umum sudah tentu boleh mengagak, siapakah sebenarnya punca terhadap gejala tidak bermoral ini. Juga, kenyataan Tun Mahathir yang pernah disiarkan dalam stesen televisyen pada Februari 1996 mempersenda hukum hudud jelas sekali mencerminkan kedangkalan penghayatannya terhadap rukun iman itu sendiri, apatah lagi sanggup mempersenda sunnah Rasulullah SAW menyimpan janggut, umpamanya. Walhal, dalam masa yang sama, mereka jugalah yang bersandiwara sehingga kini kononnya merekalah pemimpin dan pentadbir Islam agung yang patut dicontohi, dengan menyajikan slogan dan program-program kosmetik semata-mata. Read More / Baca Lagi >> |
Pertahan Nabi dengan amal sunnah, akhlak terpuji Posted: 18 Sep 2012 07:59 PM PDT Nabi Muhammad SAW merupakan makhluk terbaik yang diciptakan Tuhan, diutus buat semua dan menjadi rahmat untuk sekalian alam. Kewajipan mentaati Nabi Muhammad adalah suatu yang tidak mungkin dapat disangkal oleh seorang Muslim yang beriman. Malah, mencintai Nabi Muhammad merupakan antara kewjiban seorang Muslim yang menjadi tanda keimanannya. Perjalanan kehidupan Baginda Nabi SAW, tidak pernah sunyi daripada dugaan dan cabaran, penghinaan dan cacian yang dilemparkan oleh kaum musyrikin yang memusuhi Baginda. Walau apa pun penghinaan dan cacian terhadap Baginda Nabi Muhammad SAW, sebagai Muslim, kita mengetahui akan hakikat kemuliaan Nabi secara yakin tanpa sebarang keraguan. Berikutan insiden penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh Nakoula Basseley Nakoula, 52 tahun dari California yang menghasilkan sebuah filem berjudul "The Innocence of Muslim" dan dimuat naik di laman sosial Youtube, para pelajar dan mahasiswa Muslim khususnya disarankan untuk memperdalam pengetahuan tentang peribadi sebenar Nabi Muhammad SAW. Read More / Baca Lagi >> |
P'raya Kampus: Pro-M mohon pemantauan Suhakam Posted: 18 Sep 2012 07:25 PM PDT KUALA LUMPUR: Pro Mahasiswa (Pro-M) Nasional semalam menghantar satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi memohon campurtangan badan itu memantau perjalanan Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ini. Read More / Baca Lagi >>Pengerusinya, Edikoup Lakip berkata, memorandum yang diberinama 'Bersih Kampus' itu antara lain memohon Suhakam menubuhkan pasukan khas memantau perjalanan pilihan raya kampus kali ini agar ianya berjalan secara bersih, adil dan berintegriti. Selain itu mereka juga mahu Suhakam menyiasat dakwaan camputangan asing termasuk parti politik yang di kenali sebagai 'Ops 2020' dalam pilihan raya kampus kali ini. |
Jenayah Makin Merosot : Gadis dirogol lelaki kemaruk seks dalam bilik air Posted: 18 Sep 2012 07:16 PM PDT Lebih menyayat hati, suspek bersama dua rakan sanggup mengikat ibu gadis terbabit sebelum mengheret mangsa yang berusia 17 tahun ke dalam bilik air lalu merogolnya. Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian berlaku, suspek bersama dua rakannya dipercayai pergi ke rumah mangsa dengan menaiki sebuah kereta. "Suspek dan dua rakannya menaiki sebuah kereta dan berhenti di hadapan rumah mangsa sebelum memecah masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci. "Suspek kemudiannya mengikat ibu mangsa di bahagian dapur sebelum mengheret mangsa yang ketika itu berada di rumah tamu ke bilik air untuk merogolnya," katanya, di sini, semalam. Read More / Baca Lagi >> |
Tranformer Umno : DULU KUTUK SEKARANG TIRU!!!!! hi..hi.hiii Posted: 18 Sep 2012 07:12 PM PDT INI GAMBAR PARA AJK UMNO KETEREH BUKANNYA AJK PAS!!!!.. JANGAN TERKELIRU..Dulu juak-juak UMNO kutuk habis kononnya Islam tidak terletak kepada mereka yang pakai jubah dan berserban. Kini apa sudah jadi?... Inilah gambar para AJK UMNO Ketereh, Kelantan yang melangsung Mesyuarat Tahunannya baru baru ini. Sekali pandang boleh terkeliru macam di Muktamar PAS. |
Kemunafikan UMNO semakin terserlah! Posted: 18 Sep 2012 07:01 PM PDT kunun-kununnya mereka ni membela Nabi Muhammad saw tapi bila si tua kutuk ni hina Nabi saw mereka buat tak tau pulak malah terus memuji-muji kununnya telah berjasa kepada rakyat malaysia…… Lihatlah kata-kata bangang mahadir kutty di bawah ni.. "Hanya yang diperlukan bersyukur kepada TUHAN. Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikannya . Jika tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikannya . Jadi kita juga tidak perlu berterimakasih kepada Nabi Muhammad saw. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan Agama Islam. Oleh itu tidak perlulah kita mengagung-agung kan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada ALLAH sahaja." – Utusan Malaysia 12 Mei 2000 Jumaat. |
UN envoy Brahimi says Syria conflict 'likely to spread' Posted: 18 Sep 2012 06:34 PM PDT |
Utusan Meloya: Akhbar Penyebar Racun Fikiran Rakyat Posted: 18 Sep 2012 06:28 PM PDT Kuliah sejarah tatacara pembinaan negara bangsa Utusan Meloya (UM) oleh Umno Bn (UBN) semata-mata yang terbaru dalam laman rencana UM adalah lontaran 'fatwa' baru. Kenapa UBN perlu dipertahankan oleh rakyat. Sebab musababnya menurut UM yang menfatwanya, takut rakyat ' lemah dan berpenyakit'. Kedua sebab UBN berjaya membawa 'kejayaan' kepada negara ini yang mana boleh 'diteladani oleh negara-negara dunia. UBN juga berjaya bawa pembangunan dengan jayanya tidak tertanding dek negara-negara dunia lain, Tambahnya kini sudah dan sedang berjaya bagi menjadikan negara Malaysia negara maju. Seterusnya, juga (UBN) amat perihatin, sentiasa 'memerah' otak bagi mengatasi semua masalah rakyat yang belum, akan datang. Ada kelemahan UBN tetapi boleh di atasi. Menstabilkan ,mengamankan negara spt Malaysia bukannya mudah Read More / Baca Lagi >> |
There’s something about Selangor Posted: 18 Sep 2012 06:22 PM PDT Najib's speeches now are no longer subtle. His message is loud, brash and clear. And Pakatan will lose Selangor because the dirty voter rolls will enable BN to regain Selangor easily. As BN is so cocksure of getting back Selangor, it will only be a matter of time so it has to be patient for just a few more months. Still, this means that BN's plan to hold the polls in November, assuming that it is in November, has encountered a minor glitch for it must be thinking of recapturing Selangor in the 13th general election. Maybe that is why BN is so cross with Pakatan. Yes, this must be the reason. The statement by the Election Commission (EC) that it is a waste of time, money and resources if Selangor were to hold separate polls is also most telling. And perhaps it is this small hiccup that has caused Prime Minister Najib Tun Razak to come out with a statement that he was "worried about the future of the Malays and the Muslims should the country come under a different regime" as reported in a local English daily on Sept 16. Well, what have MCA and MIC got to say to this? The same English daily also reported Najib as saying, "I believe those in DAP are not at ease with the position of the Malays and Islam. Just ask those who experience it in Perak and Selangor. PKR is weak. With its combination with others, and if DAP wins big, where will the Malays place their hope?" True, ugly colours Read More / Baca Lagi >> |
MORE LIES? Another Bernama pic of Najib said to be 'doctored' Posted: 18 Sep 2012 06:20 PM PDT A Bernama picture showing prime minister Najib Razak greeting UMNO members in his constituency of Pekan, Pahang is the latest to be disputed for its authenticity, after a blog claimed that it had been doctored. Read More / Baca Lagi >>Popular pro-Pakatan Rakyat blog Milo Suam had earlier pointed out inconsistencies in the photo published by the online edition of UMNO's mouthpiece New Straits Times. It shows Najib being greeted by a huge crowd at Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, where the Pekan UMNO's division meeting was held. In its earlier posting, the blog circled several parts on the image to show how images of the people in the crowd are repeated, in an apparent attempt by the daily to make the crowd look mammoth. Hours later, the blog claimed the picture had been removed. "But they [NST] forgot to remove the edited image which has been uploaded on their remote server hosting its website," a posting said, with a link to lead readers to the picture. A check by Harakahdaily however shows that the news story under the heading "Najib: United front crucial for Umno's success in polls" is still online, accompanied by the contentious image, only this time, the words "Bernama pic" have been added to its caption. Not the first time: Fake crowds |
Suku Sakat Ayah Pin : Tuduhan persenda al-Quran Posted: 18 Sep 2012 06:19 PM PDT Muhammad Sombhas Abdullah, 48, yang menghadapi empat tuduhan, dibawa ke kamar mahkamah oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), kira-kira jam 3 petang. Tiada pertuduhan dibacakan kerana pihak pendakwaan masih mengumpul bukti dan siasatan kes. Read More / Baca Lagi >> |
Sedap tajuk akhbar neh, HIDUP MELAYU... HIDUP MELAYU... Posted: 18 Sep 2012 06:16 PM PDT Berhati-hatilah bagi anak yang melukakan hati kedua orang tua mereka. Janganlah sampai tindakan itu menyebabkan ibu mahupun bapa mendoakan keburukan terhadap anak kerana doa ibu bapa itu pasti makbul. Rasulullah SAW bersabda: "Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan, doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan DOA ORANG TUA KE ATAS ANAKNYA."- Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi.Menjaga ibu bapa yang sudah tua bukan satu urusan mudah. Kebiasaannya tubuh dimamah usia menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan ada kalanya memerlukan bantuan daripada anak. Jiwa mereka juga semakin sensitif, kuat terasa hati, bahkan agak cerewet dalam banyak perkara....namun begitu berusahalah dan gembirakanlah kedua ibubapa kita kerana keredhoan ALLAH SWT terletak pada redha ibubapa. Rasulullah SAW bersabda: "Keredhaan ALLAH SWT terletak pada redho kedua ibubapa" - Hadis Riwayat MuslimBersabarlah dalam menjaga kedua ibubapa kita kerana kesabaran inilah yang akan membolehkan kita menempah tiket untuk ke syurga ALLAH SWT. Renungkanlah firman ALLAH SWT: "Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa, jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia" -Surah Al- Isra'-ayat 23 |
PGSM kecam filem hina Nabi, tapi tolak demonstrasi melampau Posted: 18 Sep 2012 06:15 PM PDT Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong bantahan orang Islam terhadap filem Innocence of Muslims yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad s.a.w tetapi tidak setuju dengan tindakan segelintir pihak yang melahirkan bantahan melalui demonstrasi yang melampau sehingga merosakkan harta benda dan kehilangan nyawa. Setiausaha Agungnya, Moeis Basri berkata, PGSM sebagai sebuah pertubuhan yang menaungi semua peguam syarie, melahirkan rasa kecewa dengan penerbitan filem tersebut yang tidak sensitif kepada orang Islam di seluruh dunia. Read More / Baca Lagi >> |
Negara Zina : Lelaki dituduh sumbang mahram dengan anak tiri dalam Pejabat Umno...!!! Posted: 18 Sep 2012 04:18 PM PDT KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu tadbir dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya yang berusia 18 tahun. Tertuduh, Yusoff Ngah , 55, dari Kampung Basung, Jalan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris. Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah membenarkan dia diikat jamin atas alasan perlu menanggung keluarganya termasuk isteri pertamanya yang lumpuh dan mempunyai anak yang ramai. Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di dalam Pejabat Umno Hulu Terengganu/Pekan Kuala Berang kira-kira jam 10 malam pada 15 Jun 2009. Dia turut mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa yang kini berusia 18 tahun di alamat sama kira-kira jam 5.55 petang pada 25 Mei lalu. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan